14 Jenis Karangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

Jenis-Jenis-jenis Karangan

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat.

Karangan Berformat

Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan,
rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan
buku, cerpen dan drama.

Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut:

1. Perbahasan, ceramah, syarahan, ucapan


(menghadap majlis/kata alu-aluan, penghargaan kepada audien seperti ucapan tuan-
tuan dan puan-puan, penutup)

2. Surat kiriman rasmi


(nama dan alamat pengirim, nama dan alamat penerima, tarikh, menghadap surat,
tajuk, tandatangan)

3. Rencana, laporan, cerpen


(tajuk, nama penulis)

4. Wawancara
(pendahuluan, berbentuk dialog)

5. Ulasan buku
(judul buku, nama penulis, nama penerbit, nama pengulas)

6. Skrip drama
(judul drama, nama penulis, latar tempat/masa, dialog)

Karangan Tidak Berformat

Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu


perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat,
penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi

Jenis Karangan :

A. Karangan Berformat

1. Jenis Surat Kiriman Rasmi


2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

3. Karangan jenis Ucapan

4. Karangan jenis Syarahan

5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara

6. Karangan jenis Berita

7. Karangan jenis Catatan Diari

8. Karangan jenis Laporan

9. Karangan jenis Perbahasan

10. Kad Jemputan

Jenis dan soalan penulisan UPSR tahun-tahun lepas

TAHUN JENIS KARANGAN DAN SOALAN


1987 Soalan 1 - karangan jenis Ransangan Kata (Ucapan)

Kamu seorang Ketua Murid. Kamu dikehendaki berucap di Majlis


Perpisahan Murid-murid Tahun Enam. Guru-guru akan hadir di
majlis itu. Tuliskan ucapan tersebut. Kamu hendaklah menggunakan
perkataan dan rangkai kata yang diberikan di bawah ini.

-terima kasih - dikenang - mengajar - jasa guru - minta maaf bagi


pihak murid-murid Tahun Enam - jangan seperti kacang lupakan
kulit - di sekolah yang baru nanti.

Soalan 2 - karangan jenis Dialog

Pagi itu hujan. Kamu hendak pergi ke sekolah. Kamu hendak


menumpang kereta bapa kawan kamu. Tuliskan perbualan telefon
mengenai perkara tersebut antara kamu dengan kawan kamu itu.
1988 Soalan 1 - karangan jenis Ransangan Kata (surat kiriman tidak
rasmi)

Kamu tinggal bersama nenek di kampung kerana bapa kamu


bekerja di tempat lain. Tuliskan sepucuk surat kepada bapa kamu
meminta kebenaran daripadanya untuk menyertai rombongan
sekolah melawat ke tempat-tempat menarik di negeri kamu.

Kamu bolehlah menulis surat itu berpandukan isi-isi penting di


bawah ini.

a) tarikh rombongan akan diadakan


b) tujuan lawatan diadakan

c) jumlah wang yang diperlukan

d) tempat-tempat yang hendak dilawati

Soalan 2 - karangan jenis fakta /perbincangan

Murid-murid tidak digalakan tidur lewat malam. Berikan sebab-


sebab mengapa murid-murid patut tidur awal.
1989 Soalan 1 - karangan jenis Temuramah / Dialog

Kamu telah dilantik untuk menemu ramah guru kelas kamu yang
akan bertukar ke sekolah lain. Temu ramah tersebut akan disiarkan
dalam mejalah sekolah. Tuliskan temu ramah tersebut.

Soalan 2 - karangan jenis berpandukan Ransangan Gambar


Bersiri

Lihat gambar-gambar di bawah. Tuliskan sebuah karangan tentang


gambar-gambar ini mengikut urutan cerita.
1990 Soalan 1(a) - karangan jenis Melengkapkan Cerita

Lengkapkan cerita di bawah.

Pada petang itu aku tinggal seorang diri di rumah. Ayah dan emak
masih belum pulang. Tiba-tiba kedengaran bunyi satu letupan yang
begitu kuat. Aku segera……

ATAU

Soalan 1(b) - karangan jenis Autobiografi

Saya sepasang kasut

Soalan 2 - karangan jenis berpandukan gambar tunggal

Lihat gambar di bawah. Tuliskan sebuah karangan tentang gambar


itu.
1991 Soalan 1(a) - karangan jenis Syarahan

Kamu mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan


peringkat daerah. Tajuk syarahan itu ialah “Perlunya Murid-murid
Mematuhi peraturan Sekolah”. Tuliskan syarahan kamu itu.

ATAU

Soalan 1(b) - karangan jenis Dialog


Kamu sedang berbual dengan seorang kawan kamu. Perkara yang
dibualkan ialah tentang cara-cara mengindahkan kawasan sekolah
kamu. Tuliskan dialog antara kamu dengan kawan kamu itu.

Soalan 2 - karangan jenis berpandukan Gambar Tunggal


1992 Soalan 1(a) - karangan jenis Fakta

Masa sangat berharga. Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara


menggunakan masa dengan sebaiknya.

ATAU

Soalan 1(b) - karangan jenis Fakta / Pendapat

Sebagai anak, kita mestilah berusaha untuk menggembirakan ibu


bapa kita. Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara kita boleh
menggembirakan ibu bapa kita.

Soalan 2 - karangan jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

Kamu mengikuti keluarga kamu berpindah ke tempat lain. Tuliskan


sepucuk surat kepada kawan kamu menceritakan tentang
pengalaman di tempat baharu itu.
1993 Soalan 1(a) - karangan jenis Cerita

Suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Tuliskan sebuah


karangan tentang peristiwa tersebut.

ATAU

Soalan 1(b) - karangan jenis Melengkapkan Cerita

Jika saya mempunyai wang yang banyak, saya akan ………

Lengkapkan karangan di atas.

Soalan 2 - karangan jenis Laporan

Pada masa cuti sekolah yang lalu, kamu telah menyertai rombongan
melawat beberapa tempat. Kamu telah diminta oleh guru kamu
menyediakan satu laporan tentang lawatan itu. Tuliskan laporan
kamu selengkapnya.
1994 Soalan 1(a) - karangan jenis Dialog

Kamu sedang berbual-bual dengan rakan kamu. Perkara yang


dibualkan ialah tentang cara-cara menjaga kesihatan badan.
Tuliskan dialog antara kamu dengan kawan kamu itu.

ATAU
Soalan 1(b) - karangan jenis Syarahan

Kamu mewakili kelas kamu dalam satu pertandingan syarahan


peringkat sekolah. Tajuk syarahan itu ialah “Faedah Bersukan”.
Tuliskan syarahan kamu itu.

Soalan 2 - karangan jenis Melengkapkan Cerita

Lengkapkan cerita di bawah.

Waktu itu aku sedang bermain-main di halaman rumahku. Tiba-tiba


aku terlihat asap tebal berkepul-kepul naik ke udara. Aku terus
………
1995 Soalan 1(a) - karangan jenis Cerita

Kita dapat mengetahui pelbagai cerita aneh dengan membaca buku,


mendengar cerita, dan menonton televisyen. Tuliskan sebuah cerita
aneh atau ganjil yang kamu tahu.

ATAU

Soalan 1(b) - karangan jenis Gambaran

Kamu menyaksikan satu sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan.


Tuliskan sebuah karangan tentang sambutan itu.

Soalan 2 - karangan jenis Surat Kiriman Rasmi

Ibu bapa kamu telah menziarahi saudara kamu yang sakit di


kampung. Mereka tidak dapat balik ke rumah oleh sebab yang tidak
dapat dielakkan. Oleh itu kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana
terpaksa menjaga adik-adik kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada
guru kelas kamu menyatakan sebab-sebab kamu tidak dapat hadir
ke sekolah pada hari itu.
1996 Soalan 1(a) - karangan jenis Fakta / Pendapat

Kita perlu menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal kita
setiap masa.

Tuliskan cara-cara kamu menjaga kebersihan diri dan kawasan


tinggal kamu.

ATAU

Soalan 1(b) - karangan jenis Fakta

Kita semua digalakkan membaca.

Tuliskan faedah-faedah yang boleh kamu dapati daripada membaca.


Soalan 2 - karangan jenis Perbualan / Dialog

Rakan kamu telah terpilih sebagai murid cemerlang. Kamu telah


berbual dengan dia tentang kejayaannya itu.

Tuliskan perbualan kamu dengan kawan kamu itu.


1997 Soalan 1(a) - karangan jenis Ucapan

Sekolah kamu telah mengadakan majlis bagi mengenang jasa ibu


bapa yang telah mendidik dan mengasuh kamu.

Majlis tersebut dinamakan, “Majlis Mengenang Jasa”.

Sebagai ketua murid, kamu diminta memberi ucapan pada majlis


tersebut.

Sediakan ucapan kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 1(b) - karangan jenis Syarahan

Kamu ingin mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang


akan diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan ialah “Pentingnya
kerjasama di Kalangan Murid”.

Tuliskan syarahan tersebut selengkapnya.

Soalan 2 - karangan jenis Situasi

Kamu telah terlewat untuk pergi ke sekolah. Kamu masih mahu


pergi ke sekolah pada hari itu kerana ada ujian.

Ceritakan bagaimana cara kamu pergi ke sekolah dan apa yang


kamu lakukan setelah sampai di sekolah.
1998 Soalan 1a - karangan jenis

Soalan 1b - karangan jenis

Soalan 2 - karangan jenis


1999 Soalan 1a - karangan jenis

Soalan 1b - karangan jenis

Soalan 2 - karangan jenis


2000 Soalan 1a - karangan jenis

Soalan 1b - karangan jenis


Soalan 2 - karangan jenis
Surat rasmi: Memesan buku

193,Jalan Hijau,
Taman Hijau,
48000 Rawang,
Selangor darul Ehsan

Tuan Pengurus,
Syarikat Gemilang Sdn.Bhd,
10,Jalan Berlian,
42700 Banting. 10 Mac 2011

Memesan Buku-buku Rujukan UPSR

Berhubung perkara di atas, saya Saravanan a/l Raja ingin memesan beberapa buah
buku rujukan terkini seperti dinyatakan di bawah ini:

a. Bahasa Malaysia Sempurna UPSR RM8.80


b. Matematik Dinamik Tahun 6 RM12.00
c. Bahasa Inggeris Cemerlang Tahun 6 RM10.00
Jumlah RM30.80

2. Bersama-sama surat ini saya sertakan wang pos yang bernilai RM35.00(Ringgit
Malaysia Tiga puluh lima sahaja) termasuk wang belanja pos tuan. Nombor wang pos
ialah T1165370

3. Saya berharap agar pihak tuan dapat menghantar buku-buku tersebut dengan
segera kerana saya ingin memulakan persiapan untuk peperiksaan UPSR.

4.Kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

__________

(_________________)
Surat tidak rasmi:Menghadiri Perkhawinan kakak

No.193,Jalan Ros,
Taman Wijaya,
73200 Gemenceh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

11 Jun 2011.

Menemui saudara kim Cheng yang kini berada di Tanjung Malim, semoga
sihat walafiat.

Saudara,
Apa khabar saudara sekeluarga? Saya berharap agar saudara sekeluarga sihat
sejahtera.Sudah lama kita tidak berutus surat. Bagaimana pula keadaan di sekolah
saudara?
Tujuan saya mengirim surat ini adalah untuk menjemput saudara ke
majlis perkhawinan kakanda saya. Saya percaya bahawa kehadiran saudara akan
menambahkan kegembiraan saya. Selain itu, saudara akan berpeluang untuk
menyaksikan adat istiadat kaum India menjalankan majlis perkhawinan.

Saudara,
Perkhawinan kakanda itu akan berlangsung pada 28 Jun 2011 di Dewan
Raya Gemenceh. Saya amat berharap saudara dapat datang ke rumah saya pada 26
Jun 2011.
Setakat ini sahaja kali ini. Sampaikan salam rindu saya kepada seisi
keluarga saudara.

Sekian,terima kasih.
Sahabatmu,
-------------------
(SUJEN A/L BALAJI)
Laporan “Kempen membaca”

Persatuan Bahasa Malaysia, SJK(T) Ladang Juasseh telah berjaya


menganjurkan “Kempen Membaca” selama 4 hari iaitu mulai 15 Jun 2011 hingga 18
Jun 2011.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 4 hari itu adalah seperti


berikut:

1. Pameran Buku

Pameran buku ini diadakan pada 15 Jun 2011 di dewan sekolah.


Beberapa syarikat penerbitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Penerbitan
Uma dan lain-lain telah diundanguntuk turut serta dalamm pameran ini.

2. Pertandingan Bercerita

Pertandingan bercerita pula diadakan pada 16 Jun 2011 pada pukul 2.00
petang.Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tahunsatu hingga tahun
6. Guru Besar member hadiah kepada para pemenang.

3. Mendeklamasikan Puisi

Pertandingan ini telah diadakan pada 17 Jun 2011 pada pukul 2.00
petang di dewan sekolah.Seramai 25 peserta telah mengambil bahagian . Yang
dipertua PIBG sekolah telah member hadiah kepada para pemenang.

Laporan disediakan oleh:


____________
SARAVANAN A/L JEWAJOTHI,
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK(T) ladang Juasseh.
Berita: Kemalangan di Lebuh Raya

Seremban, Jumaat- Tiga orang terbunuh dan tiga orang cedera parah dalam
kemalangan yang berlaku di lebuh raya Seremban-Kuala Lumpur. Dalam kejadian ini
sebuah Kereta jenis Wira telah merempuh sebuah motosikal Yahama.

Menurut laporan polis, lima orang telah terbunuh pada tempat kejadian dan
seorang pula kini berada dihospital dalam unit rawatan rapi.

Pasukan bomba yang bergegas ke tempat kejadian telah mengeluarkan mangsa


yang tersepit di dalam kereta.

Menurut pihak polis sehingga hari ini ketiga-tiga mayat belum dituntut oleh
ahli keluarga. Pihak polis masih berusaha untuk menghubungi ahli keluarga mangsa-
mangsa kemalangan itu.

Anda mungkin juga menyukai