Latihan Peribahasa
Latihan Peribahasa
Latihan Peribahasa
1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia
_______________.
A buta hati B buta huruf C buta kayu D buta gaji
2 Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ______________ .
A anak buah B anak emas C anak tunggal D anak bongsu
3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik
___________________.
A otak cair B otak udang C mulut murai Dmulut tempayan
5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan
rumah tangga.
A anak tut B anak tiri C anak bini D anak beranak
6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan
mula dihidang.
A langkah kanan B langkah bendul C langkah seribu D langkah kiri
8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri B harga mati C tanda mata D tanda harga
9 Pada malam itu, Shamimi ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya
telah dicerobohi pencuri.
A pekak badak B lepas tangan C makan hati D tidur mati
10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton
kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut B berat sebelah C angkat kaki D lepas tangan
16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________ .
A bagai mendukung biawak hidup C bagai pahat dengan penukul
B bagai ayam mengeram telur D bagai wau putus tali
19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti
__________________________________ .
A bumi dengan langit C pinang dibelah dua
B aur ditarik songsang D ular kena palu
25 ______________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati B Hancur hati C Besar hati D Jatuh hati
26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah
kosong.
A Air muka B Ada hati C Ada harapan D Air tangan
29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna
di kedai itu.
A rambang mata B lupa daratan C serkap jarang D lipas kudung
32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi
sejak kecil kerana baginya _____________________________ .
A tepuk dada tanya selera C harapkan pagar, pagar makan padi
B segan bertanya sesat jalan D melentur buluh biarlah daripada
rebungnya
33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari
rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih C sambil menyelam minum air
B segan bertanya sesat jalan D bagaimana acuan begitulah kuihnya
34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun
ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain C ukur baju di badan sendiri
B sambil menyelam minum air D tepuk dada tanya selera
38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya
_______________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
A bagai haruan makan anak C bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai kambing dihalau ke air D bagai melepaskan batuk di tangga
39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan
kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
A bagai gergaji dua mata C bagai kucing kehilangan anak
B bagai pahat dengan penukul D bagai telur di hujung tanduk
Sumber : http://cikguchom.blogspot.my/2013/06/latihan-peribahasa-tingkatan-1-cerdik.html
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka B gelap fikiran C cuci tangan D tangkai hati
3 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi B serkap jarang C angkat muka D curi tulang
4 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat
itu.
A buah fikiran B bauh mulut C buah pena D buah hati
5 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat
orang lain.
A bongkok udang B darah daging C besar kepala D kaki bangku
6 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama
sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung B anak angkat C anak emas D anak buah
7 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak
tahu mengira dan ______
A mata duitan B busuk hati C kaki ayam D buta huruf
9 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku B kaki ayam C kaki botol D kaki lima
10 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja
sekolah.
A lidah bercabang B tangkai jering C buta huruf D akal belut
12 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya
memulaukannya.
A kambing hitam B kera sumbang C lipas kudung D patah hati
15 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja
di luar negara.
A batu loncatan B asam garam C tin kosong D titik peluh
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
16 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergim ke pejabat.
A ambil angin B alas perut C ganti tikar D cuci mata
17 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di
atas pelamin.
A gulung tikar B raja sehari C buta huruf D cari fasal
18 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan
______.
A perut kosong B buah tangan C beri muka D gerak hati
19 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan
pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar B angkat kaki C curi tulang D cuci perut
20 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk B orang dalam C orang gaji D anak air
21 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki
pencuri.
A sampai hati B putih mata C pilih kasih D salah urat
22 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang B pisau cukur C curi tulang D mati kutu
23 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat
pembuangan sampah.
A pisau cukur B lintah darat C otak udang D perigi buta
26 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah B ringan tulang C orang dalam D makan gaji
27 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan B ambil angin C ganti tikar D batu api
30 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang
lalu.
A besar kepala B besar hati C geli hati D isi hati
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
31 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh
majikan mereka.
A durian runtuh B mahkota hati C mata duitan D buah fikiran
32 Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu
membuat apa-apa kerja pun.
A perut kosong B tulang hitam C gelap mata D tin kosong
33 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh
keluarga.
A cacing kepanasan B kaki bangku C gila bayang D otak udang
34 Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan
fakir.
A mulut tempayan B baik sangka C murah hati D pilih kasih
35 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua
musnah dalam kebakaran itu.
A sehelai sepinggang B saudara kandung C kacang hantu D kata putus
36 Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh
badannya.
A mandi bunga B mandi peluh C pasang tangan D cuci tangan
37 Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A sekangkang kera B kucing bertanduk C setengah tiang D jalan tengah
38 Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di
pejabat.
A banyak akal B lintah darat C gaji pokok D gaji buta
39 Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh B makan suap C putih tulang D mati kuku
Sumber : http://bmlatihan.blogspot.my/2015/03/latihan-peribahasa-kbsr.html
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.
3. Aliff tidak mengenang jasa ibu dan bapa angkatnya yang telah membesarkannya.
Sikapnya ________________.
A. bagai gagak pulang ke benua C. bagai kacang lupakan kulit
B. bagai ayam disambar helang D. bagai melukut di tepi gantang
4. Kepulangan Aziz dari luar negara setelah tamat belajar di sebuah university
___________.
A. bagai sireh pulang ke gagang C. bagai menatang minyak yang penuh
B. bagai itik pulang petang D. bagai telur di hujung tanduk
7. Aliana berasa kecewa kerana cintanya terhadap Azizi tidak berbalas, bak kata
orang______________.
A. bagai buluh ditarik songsang C. bagai bertepuk sebelah tangan
B. bagai balak terendam D. bagai mendukung biawak hidup
9. Keadaan televisyen yang rosak itu menjadi lebih teruk apabila dibaiki oleh Tan
Choong. Bak kata orang_______________
A. bagai menarik rambut dalam tepung C. bagai tikus membaiki labu
B. bagai kumbang putus tali D. Bagai melepaskan anjing tersepit
10. Penghulu menyelesaikan masalah rakyat dengan berhati-hati supaya tidak mengguris
hati mana-mana pihak.
A. bagai melepaskan batuk di tangga C. bagai buluh ditarik songsang
B. bagai menarik rambut dalam tepung D. bagai aur dengan tebing
Sumber : http://cikgujawiyahosmand052737.blogspot.my/2012/12/latihan-peribahasa_4.html
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
NAMA : ___________________________ KELAS : ____________ TARIKH : ___________
Soalan A : Nyatakan peribahasa berikut berdasarkan pembayang yang diberi.
Maksud Peribahasa
Bagai aur dengan tebing