Ujian Sumatif BM 2022

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

UJIAN SUMATIF

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST


JALAN SUNGAI DAUN 14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN.

BAHASA MELAYU
TAHUN 4
Nama : ________________________________________________________
Kelas: _____________________________
BAHAGIAN A (20 MARKAH)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Murid-murid darjah 4 Beta merancang untuk mengadakan lawatan ke Legoland.


__________ telah melantik Iqbal sebagai bendahari untuk memungut wang.
A. Aku
B. Kita
C. Kami
D. Mereka

2. “Jika mahu menang, ___________ perlu bermain bersungguh-sungguh,” pesan Cikgu


Salinder kepada pemain futsal sekolah.
A. kamu
B. kalian
C. mereka
D. engkau

3. “Semua murid perlu duduk di tempat ___________ agar ceramah ini dapat dimulakan
dengan segera,” kata Cikgu Parimala.
A. seluruh
B. segala
C. semua
D. masing-masing

4. Jutawan itu menghabiskan ___________ ringgit untuk mendapatkan lukisan pelukis


terkenal itu.
A. suku
B. ratusan
C. berpuluh
D. sebahagian
5. Jualan murah sempena Hari Raya sudah bermula di kebanyakan pasar raya utama.
____________, semua pengguna dinasihatkan supaya lebih hemat dalam berbelanja.
A. Oleh sebab itu
B. Namun begitu
C. Lebih-lebih lagi
D. Walau bagaimanapun

6. Suara abang menjadi ___________ kerana bersorak sewaktu menyaksikan


perlawanan bola sepak antara Pulau Pinang dan Perlis.
A. serak
B. lunak
C. merdu
D. empuk

7. Kita harus menghindarkan diri daripada sikap _______ sopan apabila bercakap
dengan orang yang lebih tua daripada kita.
A. amat
B. tersangat
C. kurang
D. paling

8. Saya tahu awak tidak sengaja mengoyakkan buku itu. _______, awak perlu membeli
buku lain sebagai ganti.
A. Lantas
B. Namun
C. Manakala
D. Sementara

9. Mi goreng di dalam pinggan itu __________ dimakan oleh adik bersama kawannya
kerana kelaparan.
A. licin-licau
B. gelap-gelita
C. kering-kontang
D. terang-benderang
10. _________, malang sungguh masih aku hari ini kerana kehilangan beg duit!
A. Amboi
B. Alahai
C. Aduhai
D. Alamak

11. Kakak sedang membakar dua _______ roti untuk dibawa bekal ke sekolah.
A. biji
B. buah
C. butir
D. sekeping
12. “ ___________ tunggu di luar dahulu” kata Puan Syazana kepada Encik Kahar”
A. Sila
B. Usah
C. Jangan
D. Jemput

13. Dato Dr. Usman Awang merupakan ________yang bergiat aktif dalam bidang puisi
semasa hayatnya.
A. sejawaran
B. sasterawan
C. bangsawan
D. cendekiawan
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. Kita boleh mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan.
A. Kita yang mengunjungi perpustakaan boleh mengisi masa lapang.
B. Masa lapang akan bertambah apabila kita mengunjungi perpustakaan.
C. Masa lapang kita boleh diisi dengan mengunjungi perpustakaan.
D. Mengisi masa lapang perpustakaan dengan kita.
Pilih ayat yang betul.
15. A. Hujan turun dengan lebat apabila pagi.
B. Murid itu begitu menjiwai watak yang didukungnya.
C. Manjutaa naik ke tingkat atas bila dipanggil Kavineesh.
D. Qairina menjenguk ke luar tingkap untuk melihat tamu yang datang.
16. A. Kulitnya tampak halus dan licin selepas sesi rawatan itu.
B. Kami tidak tahu peraturan yang mana satu yang perlu diikut.
C. Semua baju anak-anaknya itu dijahit sendiri oleh Puan Zana.
D. Pengarah itu mahu syarikatnya sentiasa di puncak kecemerlangan.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan laporan di bawah, kemudian jawab semua soalan.

Laporan Mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan mesyuarat pada 25 Januari 2022. Mesyuarat ini
bertujuan untuk memilih pengerusi, setiausaha, bendahari, dan anggota jawatankuasa yang baharu.

Jawatankuasa pengerusi disandang oleh Syaz Qayyum bin Amran, setiausaha dipegang oleh
saudari Zulaikha binti Amri. Jawatan bendahari dipegang oleh Paul Dalas, manakala anggota
jawatankuasa dipilih dalam kalangan murid tahun 4, 5, dan 6 iaitu dua orang setiap kelas.

Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan beberapa aktiviti. Antaranya, bengkel


menjawab soalan iaitu diadakan pada 25 Januari 2022. Tujuan bengkel tersebut adalah untuk
mendedahkan format baharu peperiksaan. Penceramah yang dijemput ialah Encik Luqman Hakim
bin Yaacob iaitu guru daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau.
17. Apakah tujuan diadakan mesyuarat pada 25 Januari 2022?
A. Untuk membincangkan aktiviti tahunan
B. Untuk memilih jawatankuasa baharu
C. Untuk menganjurkan program motivasi
D. Untuk mengadakan pertandingan Bahasa
18. Siapakah yang telah menulis laporan ini?
A. Ahli jawatankuasa
B. Bendahari
C. Pengerusi
D. Setiausaha

19. Mengapakah bengkel menjwab soalan itu diadakan?


A. Merupakan aktiviti yang mesti dilaksanakan pada tahun tersebut.
B. Memberi pendedahan format baharu kepada murid-murid.
C. Memberi penerangan kepada guru-guru.
D. Untuk memastikan murid dapat menjawab soalan-soalan Bahasa Melayu.
20. Pada pendapat anda, mengapakah Minggu Bahasa Melayu diadakan?
A. Atas arahan pihak guru besar sekolah
B. Untuk menanamkan semangat cinta akan Bahasa Melayu
C. Untuk mengadakan pertandingan Bahasa
D. Merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh ahli persatuan
Bahagian B
1. Lihat gambar di bawah dan ceritakan perihal gambar tersebut satu persatu.

1.

2.
3.

4.

(8 markah)

2. Edit dan murnikan petikan di bawah daripada segi aspek ejaan, tand abaca, penggunaan
kata, imbuhan dan struktur ayat. Tulis semula dengan betul.
(30 markah)
3. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan satu peta pemikiran yang sesuai untuk
mencatatkan proses anyaman mengkuang. (12 markah)

Proses menganyam bermula dengan melayang iaitu menganyam pada bahagian tengah
atau tulang tikar. Proses melayang akan menentukan panjang dan pendeknya tikar tersebut.
Proses menganyam dilakukan secara menyelang-nyelikan daun mengkuang bermula dari
asas melagang sehingga ke tepi.
Seterusnya sisipan dilakukan, iaitu meregang anyaman untuk memasukkan jaluran
lebihan bagi proses menyambung atau mematikan anyaman. Sisipan dilakukan untuk
mengemaskan anyaman supaya tidak longgar.
Proses terakhir dalam menganyam ialah mengerat, iaitu memotong bahagian berlebihan.
Proses ini bertujuan untuk kekemasan.

Anda mungkin juga menyukai