Kertas Kerja Lawatan Slps Pt3

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMJK CHUNG HWA, TENOM

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOTA
KINABALU

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DENGAN KERJASAMA :
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
“KAUNSELOR ANDA SAHABAT ANDA”
1.0 PENGENALAN

Asas kepada pendidikan adalah usaha untuk memperkukuhkan dan mengembangkan


semangat ingin tahu para pelajar. Oleh itu, sebelum menempuh alam pekerjaan, para pelajar
dituntut untuk mengisi diri dengan ilmu pengetahuan. Ini adalah untuk mempersiapkan diri ke
arah perkembangan sains dan teknologi di alaf 21. Justeru itu, pendedahan awal perlu diberikan
kepada para pelajar dalam meransang pendidikan terutama alam kerjaya. Pengalaman yang
mereka perolehi daripada lawatan ini dapat menangani fenomena pelajar yang tidak peka dengan
minat, cita-cita dan kurang jelas dengan matlamat yang ingin dicapai dalam hidup.

2.0 MATLAMAT

Lawatan sambil belajar merupakan program yang dapat menambahkan ilmu dan
pengalaman para pelajar. Di samping itu, pengalaman yang dirasai sendiri lebih bermakna
daripada maklumat yang diketahui hasil penceritaan orang lain.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan generasi yang berkualiti dan mempunyai kriteria-kriteria positif


sebagai pemangkin untuk menjana kecemerlangan pada masa hadapan.
3.2 Memberi peluang kepada para pelajar menambahkan pengalaman dan
pengetahuan terutama dalam aspek kerjaya.
3.3 Memberi ruang kepada pelajar untuk berinteraksi secara sihat dan terkawal.

4.0 SASARAN
37 orang pelajar tingkatan 3 dan 7 orang guru
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 11 – 12 November 2015
Tempat : Kota Kinabalu
(Jadual tentatif : rujuk lampiran)

6.0 PENGURUSAN
Semua pengurusan akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Guru Bimbingan dan Kaunseling
dan Guru tingkatan tiga SMJK Chung Hwa, Tenom.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Puan Teh Siew Suan (Pengetua)


Naib Pengerusi I : Puan Chiew Kui Mei (PK HEM)
Naib Pengerusi II : Puan Yee Lee Ling (PK 1)
Naib Pengerusi III : Puan Paulinia Tanim (PK Ko-Kurikulum)
Penyelaras Program : 1. Puan Mizni binti Napiah
2. Cik Josepine Mary Velagnani
3. Puan Lee Moon Choi
AJK : Guru – guru Pendidikan Seni Visual
9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Semoga pelajar dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik

mungkin dan setiap aktiviti lawatan yang dijalankan menjana dan merangsang pemikiran pelajar

supaya matlamat program tercapai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ __________________

(Pn. Mizni Napiah) (Puan Teh Siew Suan)


Guru Bimbingan & Kaunseling Pengetua Cemerlang
SMJK Chung Hwa SMJK Chung Hwa
LAMPIRAN

 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Kos Pengangkutan 1 buah x 2 hari RM 3400.00


2. Penginapan RM 15 x 44 orang RM 660.00
3. Cenderahati RM10 x 5 RM 50.00
4. Kontijensi RM 550.00

Jumlah Keseluruhan RM 4660.00

 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Sumbangan sekolah RM 2500 RM 2500.00

2. Yuran peserta RM 50 x 37 RM 1850.00

3. Yuran guru RM 50 x 7 RM 350.00

Jumlah keseluruhan RM 4700.00

 SENARAI TEMPAT YANG AKAN DILAWATI

Bil. Tempat Tarikh Catatan

1. Petrosains Playsmart Kota Kinabalu 11 November 2015 Lawatan sambil belajar

2. Rumah Terbalik 11 November 2015 Lawatan sambil belajar

3. Muzium Negeri Sabah 11 November 2015 Lawatan sambil belajar

4. Akuarium dan Muzium Marin UMS 12 November 2015 Lawatan sambil belajar

5. Sabah Art Gallery 12 November 2015 Lawatan sambil belajar


6. Taman Hidupan Liar, Lok Kawi 12 November 2015 Lawatan sambil belajar

7. Kinabalu Hostel 11 – 12 November 2015 Penginapan

 TENTATIF PROGRAM
11 November 2015 (Rabu)

Masa Perkara

6.30 am Bergerak dari SMJK Chung Hwa

9.30 am Tiba di Petrosains Playsmart

11.30 am Bertolak ke Rumah Terbalik

12.00 pm Lawatan Ke Rumah Terbalik

1.00 pm Pendaftaran masuk ke Kinabalu Hostel / pengurusan diri / makan


tengah hari

2.30 pm Lawatan ke Muzium Negeri Sabah

4.00 pm Pulang ke Kinabalu Hostel / pengurusan diri

7.00 pm Makan malam / rehat / aktiviti bebas

12 November 2015

Masa Perkara

7.00 am Sarapan pagi dan daftar keluar dari Kinabalu Hostel

8.00 am Tiba di Akuarium dan Muzium Marin UMS

10.00 am Lawatan ke Sabah Art Gallery

12.00 pm Makan tengah hari / rehat

1.00 pm Bertolak Ke Taman Hidupan Liar, Lok Kawi

2.00 pm Lawatan ke Muzium Negeri Sabah

3.00 pm Pulang ke SMJK Chung Hwa. Tenom

6.30 pm Tiba di SMJK Chung Hwa. Tenom

Anda mungkin juga menyukai