Kajian Literatur KPP

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN LITERATUR

Secara perspektifnya, kajian yang dijalankan ini merupakan tinjauan terhadap masalah
disiplin dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang memperlihatkan simbiosis antara
persekitaran pelajar yang mempengaruhi perkembangan seseorang pelajar dalam menjalani
proses pembentukan lahiriah dan rohaniah mereka. Tinjauan dijalankan dalam kalangan
pelajar sekolah rendah adalah bagi memperlihatkan pembentukkan asas seorang pelajar yang
sebenarnya bermula daripada aspek permulaan sekolah rendah itu sendiri sebelum mereka
meningkat ke tahap pembelajaran di sekolah menengah. Hal ini demikian kerana aspek
pertumbuhan dan perkembangan manusia tidak berlaku serentak. Kimberly (2007)
mengatakan bahawa menempuhi peringkat usia remaja selalunya digambarkan sebagai saat-
saat yang paling kritikal dan mencabar bagi seorang remaja mahupun ibu bapa. Kajian
menunjukkan bahawa remaja melalui proses penyesuaian dalam pembentukan diri sebagai
seorang individu dari segi aspek biologikal, kognitif, emosi dan sosial sepanjang proses untuk
menjadi dewasa.1 kebanyakan kajian-kajian yang lepas adalah mengenai masalah disiplin
dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan kajian bagi pelajar sekolah rendah agak sukar
diperolehi. Bagi kajian ini permasalahan displin akan hanya berpandukan kepada maklumat-
maklumat yang diperolehi melalui kajian-kajian literatur yang terdahulu dan informasi-
informasi sekunder yang pandangan guru sekolah itu sendiri serta pengalaman penulis
sendiri. Rujukan melalui kajian-kajian literatur adalah diambil daripada kajian-kajian
tempatan dan luar negara. Di antara topik yang akan di bincangkan di dalam kajian ini adalah
seperti berikut:

i. Tahap masalah disiplin pelajar di sekolah rendah (dapatan kajian)


ii. Masalah disiplin pelajar yang berfokuskan kepada ingkar arahan guru (dapatan kajian)
iii. Cara menangani masalah disiplin pelajar (kajian lepas)
iv. kesimpulan

1
Novandri Hasan Basri (2000). “Masalah Disiplin Pelajar Satu Pendekatan Dan Penyelesaian”. Kuala Lumpur:
Dewan Budaya. Edisi Budaya. Hlm.8-9
Pengaruh masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah menengah sebenarnya
dipengaruhi oleh tingkah laku pelajar sejak mereka berada di sekolah rendah lagi. Menyedari
situasi ini, pengkaji cuba mengenal pasti masalah disiplin yang berlaku di sekolah rendah
sehingga membawa kepada masalah disiplin yang serius di tahap sekolah menengah kelak.

Antara masalah disiplin yang dominan berlaku di sekolah rendah adalah seperti masalah
ponteng sekolah, masalah vandelisme, pergaduhan sesama pelajar, salah laku melawan guru
dan salah laku perlakuan lucah. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, tahun 2017 telah
mencatatkan hampir 402 sekolah yang dikategorikan mempunyai masalah disiplin yang
tinggi dan 91 daripadanya merupakan sekolah dalam pemerhatian. 2 Hal ini mempelihatkan
kebejatan moral dalam kalangan pelajar begitu serius. Oleh itu, masalah disiplin dalam
kalangan pelajar di sekolah rendah dapat dilihat menerusi teori perkembangan ekologi yang
diketengahkan oleh Bronfenbrenner pada tahun 1979 yang menekankan pengaruh
persekitaran ke atas perkembangan sesebuah organisasi. Persekitaran ekologikal manusia
sebenarnya berdasarkan kepada hubungannya dengan konteks individu itu berinteraksi.3
Dalam teori ini, Bronfenbrenner telah membahagikan kepada 5 sistem, iaitu sistem mikro,
sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono.4 Sistem ini sangat berhubung kait
antara satu dengan lain sebagai aras individu itu berkembang. Sebagai contoh, sistem mikro
ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu. Sekolah rendah memperlihatkan
situasi bahawa persekitaran rumah dan bilik darjah meraka adalah kawasan utama
perkembangan mereka berlaku. Dalam keadaan ini, pelajar lebih cenderung dengan kawasan
persekitarannya. Mereka akan melihat dan merasai sendiri kehidupan mereka di rumah
mahupun bilik darjah. Oleh itu, masalah disiplin pelajar banyak mencerminkan kawasan di
sekelilingnya.

Selain itu, masalah disiplin pelajar ini juga memperlihatkan bahawa peniruan daripada
tingkah laku yang mereka lihat ataupun mereka dengar dan seterusnya cuba untuk
mengadaptasi dalam keadaan seharian mereka. Sebagai contohnya, dengan nama Teori
Kognitif Sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura menyatakan bahawa faktor-faktor
sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran seseorang
individu. Faktor kognitif mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya dan faktor

2
Husni Mohd Noor. (2017).” 402 sekolah, kementerian Pendidikan sudah tubuh jawatankuasa bertikdak”.
Harian Metro. https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170622/281801398962958
3
Urie Bronfenbrenner. (1979). The Ecology of Human Development. England: Harvard University Press. Hlm.
3-4
4
Ibid. hlm.4
sosial mempengaruhi pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya,
akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.5 Dengan ini bolehlah disimpulkan bahawa
masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar selama ini sebenarnya hasil daripada
peniruan terhadap individu di sekitarnya. Kajian ini bakal mengfokuskan kepada masalah
utama yang berlaku di sekolah yang telah ditinjau oleh pengkaji iaitu masalah ingkar arahan
guru.

5
Chris Watkins;Eileen Carnell & Caroline Lodge. (2007). Effective Learning in Classroom. London: Paul
Chapman Publishing

Anda mungkin juga menyukai