Latihan Kata Ganda Separa
Latihan Kata Ganda Separa
Latihan Kata Ganda Separa
2 Puan Rohana meletakkan ______ di rumahnya untuk membezakan antara ruang tamu dengan
dapur.
A sesendal C sesekat
B kekuda D kekisi
3 Manisah amat menggemari pekasam ikan _______ yang dibuat oleh neneknya.
A peparam C pepuyu
B jejentik D reriang
4 Air yang dibekukan akan berubah menjadi ______ apabila terkena cahaya matahari.
A bebalang C peparu
B pepejal D cecair
5 Puan Nora meletakkan pasu yang dihadiahkan oleh sahabatnya di ______ rumah.
A pepenjuru C kekuda
B pepara D kekisi
6 Nenek amat menggemari ulam daun _____ yang dimakan dengan nasi dan sambal belacan.
A kekabu C bebuas
B reriang D kekisi
7 Ramai yang tidak tahu bahawa bawang menyimpan makanan di _____ nya.
A bebawang C bebola
B rerambut D jejari
8 Wanita yang memakai _______ berwarna putih itu baru pulang dari Mesir.
A kekudung C reriang
B rerambut D jejari
12 Perajurit itu melemparkan ______ ke arah musuh yang baru hendak menyerang.
A bebalang C bebuas
B bebola D bebuli
13 Encik Anand memasang _______ tingkap pada rumah baharunya untuk keselamatan.
A tetingkap C sesiku
B kekuda D kekisi
14 Pada zaman dahulu, ________ atau dikenali sebagai kincir angin, digunakan untuk mengisar
gandum.
A bebaling C bebuluh
B bebalai D kekuda
15 _______ yang memandu Proton Inspira itu jiran sebelah rumah saya.
A Tetangga C Jejaka
B Tetamu D Jejari
17 Nenek membuat ______ untuk kakak yang baru lepas melahirkan anak.
A kekacang C bebola
B jejamu D jejurai
18 Aidil merupakan salah seorang _____ yang membawa barang hantaran semasa istiadat
peminangan itu.
A bebalang C jejawat
B bebaling D jejari
19 ______ yang tersusun di atas meja itu berisi barangan jualan langsung Puan Dahlia.
A Tetingkat C kekayu
B Kekotak D Bebola
20 Tukang kayu itu menggergaji papan di atas ______ sebelum dijadikan perabot.
A tetulang C kekuda
B sesiku D kekisi
23 Ayah menggantikan _______ di rumah kami dengan yang baru kerana sudah reput.
A tetulang C tetikus
B tetupai D sesiku
24 Kereta sorong itu tidak digunakan lagi kerana ______nya telah rosak.
A sesendal C tetulang
B sesondol D kekuda
25 Puan Wong berasa sakit hendak melahirkan anak apabila air ______nya pecah.
A tetulang C tetuban
B pepejal D cecair
26 Kos untuk membina _____ di sepanjang pantai itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
A tetambak C bebola
B kekuda D kekisi
28 Nadium minum segelas air asam jawa kerana _____nya terasa kering.
A kekorok C peparu
B rerambut D jejari
31 Adik berasa sangat teruja kerana dapat melihat ikan _______ semasa melawat Aquaria.
A sesumpah C kekupu
B lelumba D jejentik
32 Luqman bermain _______ semasa membuat persembahan ghazal di majlis perkahwinan itu.
A tetingkat C tetikus
B bebola D tetarik
33 Saya suka minum air yang disimpan di dalam ______ itu kerana rasanya sejuk.
A bebalang C reranting
B rerambut D kekabu
34 Tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar _____ boleh menyimpan air dengan banyak.
A bebawang C reranting
B rerambut D kekabu
35 ______ ialah sejenis kutu yang berbau busuk dan seka tinggal di tempat-tempat tersembunyi.
A Rerama C Jejentik
B Reriang D pepijat
36 Mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah _______ bangunan itu telah berjaya dikeluarkan
oelh penyelamat.
A reranting C tetulang
B reruntuh D kekuda
37 Pohon ______ banyak terdapat di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands.
A bebawang C dedaun
B rerambut D reribu
38 Syarikat Sasmurni bakti mengiklankan produk keluarannya melalui _____ yang direntang di pusat
membeli-belah.
A gegantung C jejurai
B gegelung D jejari
40 Pengantin perempuan pada masa kini kurang gemar memakai _____ sewaktu bersanding kerana
berat.
A jejamang C lelangit
B rerambut D kekuda
42 ______ yang banyaka di rumah nenek membolehkan angin masuk dan menyebabkan kami
berasa nyaman.
A Tetingkat C Kekuda
B Lelangit D Jejala
43 Kakak yang baru lepas melahirkan anak itu menyapu _____ di seluruh badannya selepas mandi.
A peparam C Kekuda
B dedaun D pepara
44 Terdapat sebuah gerai yang menjadi air cendol di bawah pohon _____ itu.
A pepohon C deduit
B jejarum D jejawi
45 Hakim measukkan semua anak kunci pada ____ supaya mudah dicari.
A gegelung C cecincin
B sesendal D jejari
LATIHAN 2
1 Encik Adian memelihara beberapa ekor _____ yang diimport dari luar negara.
A bebawang C bebola
B bebuluh D bebiri
2 Syakir membantu ayahnya membersihkan sarang _____ yang melekat di siling rumah.
A lelabah C lelangit
B kekuda D lelabi
3 Ibu memotong _______ ikan itu kepada empat bahagian supaya mudah dimakan.
A dedaun C dedalu
B bebola D cecair
5 Kain songket yang ditenun dengan _______ emas itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang
melihatnya.
A bebenang C bebola
B kekabu D deduit
6 _______ saya berasa pedih setelah makan buah nanas yang masam itu.
A Lelangit C Jejentik
B Sesiku D Jejari
7 Saya kagum melihat _____ milik peserta dari Kelantan yang kreatif dan dapat terbang tinggi itu.
A lelayang C kekuda
B tetikus D lelangit
10 Bunyi muzik yang terlalu kuat itu amat menyakitkan ______ telinga saya.
A gegendang C bebola
B kekunci D jejari
15 Pembinaan ______ di kampung Ulu Cermai memudahkan para penduduknya untuk ke bandar.
A jejambat C kekuda
B tetulang D pepara
16 Mak Piah membuang semua air yang bertakung di rumahnya untuk mengelakkan _____.
A sesumpah C jejentik
B kekupu D tetikus
19 Adik menekan _______ komputer itu dengan cermat semasa mencari meklumat di internet.
A kekunci C pepara
B kekuda D jejari
21 Puan Diana dan Encik Fadil gembira kerana ramai ______ yang datang ke majlis ulang tahun
perkahwinan mereka.
A tetingkap C kekuda
B kekupu D tetamu
23 Swee lan lebih gemar menggunakan _______ berbanding pad sentuh apabila mencari maklumat
di internet.
A tetingkap C tetikus
B kekuda D sesiku
24 Pak Leman menggunakan _______ untuk mengukur sudut tepat meja yang dibuatnya.
A kekuda C kekisi
B sesiku D jejari
26 Jurugambar itu mengambil gambar ______ yang sedang hinggap di atas sekuntum bunga.
A lelayang C lelangit
B kekupu D tetikus
27 Bukan sahaja kaum _____, kaum wanita juga layak menjadi pemimpin.
A tetamu C jejala
B kekisi D lelaki
28 _____ mawar yang berwarna-warni menghiasi pentas Anugerah Pelajar Cemerlang itu.
A Bebayang C Bebunga
B Pepohon D Dedaun
30 ______ ialah sejenis haiwan yang boleh bertukar-tukar warna badannya mengikut keadaan
persekitaran.
A Sesumpah C Rerama
B Jejentik D Tetikus
33 ______, Jason akan bertandang ke rumah saya jika dia ada masa lapang.
A Sesetengah C Sesiapa
B Sesekali D Sesia
34 Bunyi ______ semakin jelas kedengaran apabila kami hampir tiba di puncak gunung itu.
A gegendang C jejarum
B sesungut D reriang
35 Adira meletakkan _______ yang diperbuat daripada getah pada pintu itu supaya tidak bergerak.
A sesendal C kekuda
B sesungut D kekisi
36 ______ sahaja dia meolong orang yang tidak tahu berterima kasih itu.
A Sesiapa C Reriang
B Sia-sia D Sesia
37 ______ pun akan marah jika rakyat negara luar mencemuh negara.
A Sesetengah C Sesiapa
B Sesekali D Sesia
38 Rama-rama, lipas dan siput adalah antara haiwan yang mempunyai ______.
A gegendang C rerambut
B sesungut D jejari