Laporan Amali 4

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Nama: Norasyikin binti Mohd Zamuri Laporan: Amali 3

Tajuk Kajian

Kesan dehidrasi terkawal ke atas perubahan fisiologi tubuh badan atlet.

Pengenalan

Dalam fisiologi, dehidrasi adalah kekurangan air yang berlebihan dalam tubuh badan
disebabkan oleh gangguan proses metabolisme. Dehidrasi berlaku apabila jumlah kehilangan
air dari tubuh melebihi jumlah pengambilan semula air oleh seseorang disebabkan oleh
senaman, faktor penyakit atau suhu persekitaran yang tinggi. Salah satu kesan dari dehidrasi
adalah penurunan berat badan yang cepat melalui mekanisme perpeluhan. Bagi seseorang
atlet, dehidrasi akan menyebabkan keupayaan otot berkurang dan meningkatkan kadar nadi.
Dalam tugasan ini, saya akan mengkaji tentang kesan dehidrasi terkawal ke atas perubahan
fisiologi tubuh badan atlet. Saya akan membincangkan tentang kesan dehidrasi ke atas
perubahan prestasi otot, kadar nadi dan penurunan berat badan.

Tujuan / Masalah Kajian

Untuk mengenalpasti kesan dehidrasi terkawal ke atas perubahan fisiologi tubuh badan atlet.

Hipotesis Kajian

Atlet mengalami dehidrasi kesan daripada latihan larian marathon. Dehidrasi menyebabkan
berlaku penurunan berat badan, penurunan prestasi otot dan meningkatkan kadar nadi atlet.

Bahan / Prosedur Yang Digunakan

Bahan :

1. Atlet olahraga
2. Urin strip
3. Sampel urin sebelum dan selepas aktiviti
4. Treadmill
5. Penimbang berat
6. Bekas steril

Prosedur :

1. Berat atlet ditimbang dengan menggunakan penimbang berat sebelum melakukan


latihan larian marathon.
2. Sampel urin atlet diambil dengan menggunakan bekas steril yang bersih dan kering.
3. Kadar denyutan nadi diambil selama seminit sebelum memulakan latihan larian
marathon.
4. Kemudian, atlet berlari di atas treadmill sejauh 10km dalam selama 1 jam.
5. Setelah selesai melakukan larian, kadar denyutan nadi diambil dan dicatat.
6. Berat atlet selepas menjalani latihan diambil semula.
7. Sampel urin diambil dengan menggunakan bekas steril yang baharu selepas
melakukan latihan. Pemerhatian dilakukan.

Huraian Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang dijalankan, terdapat penurunan berat badan atlet yang
ketara. Hal ini disebabkan oleh faktor fisiologi yang melibatkan mekanisme perpeluhan.
Mekanisme perpeluhan telah menghasilkan peluh dan menyebabkan berlaku penurunan
berat badan bagi atlet selepas menjalani latihan. Penurunan berat badan adalah berpunca
dari berlakunya dehidrasi. Hal ini kerana, atlet larian marathon telah kehilangan 1 hingga 1.5
liter air per jam apabila bersukan.

Ujian urin strip dengan menggunakan penentu spesifik graviti dijalankan bagi
mengesahkan berlakunya dehidrasi. Skala bacaan menunjukkan berlakunya peningkatan
dalam skala penentu spesifik graviti yang membuktikan bahawa berlakunya dehidrasi. Dalam
konteks ini, keputusan penentu spesifik graviti adalah berkadar terus dengan jumlah
kehilangan berat badan. Sekiranya berlaku peningkatan terhadap skala penentu spesifik
graviti, maka semakin tinggi tahap dehidrasi.

Rajah

Dari aspek tahap prestasi otot pula, atlet telah mengalami dehidrasi melebihi 2%
daripada berat badan dan menyebabkan atlet mengalami penurunan prestasi otot di
pertengahan latihan. Hal ini kerana dehidrasi menyebabkan berlakunya penurunan isipadu
plasma darah dan bekalan darah ke otot. Penurunan tersebut telah mengehadkan
penghantaran oksigen ke otot untuk digunakan. Jadi, atlet akan berasa letih kerana berlaku
penurunan terhadap prestasi otot.
Seterusnya, dehidrasi memberi kesan ke atas peningkatan kadar nadi atlet selepas
menjalani latihan. Berdasarkan kajian, atlet mengalami dehidrasi dan menyebabkan
penurunan isipadu plasma darah dalam tubuh badan. Penurunan isipadu plasma darah
mengakibatkan penurunan tekanan darah. Ia mengakibatkan jantung perlu mengepam darah
dengan lebih cepat supaya darah dapat dihantar kepada otot. Oleh hal yang demikian, kadar
nadi atlet meningkat kerana tekanan yang dikenakan terhadap salur darah meningkat.

Kesimpulan

Kajian ini telah membuktikan bahawa hipotesis adalah sama dengan dapatan kajian.
Dehidrasi telah menyebabkan kehilangan berat badan melalui mekasnime perpeluhan.
Menurut Sawka dan Pandolf (1990), mekanisme perpeluhan bertujuan untuk mengekalkan
julat normal suhu badan. Peningkatan suhu disebabkan oleh penggunaan tenaga sepanjang
menjalani latihan. Ia akan distabilkan melalui proses suap balik hemeostasis iaitu mekanisme
perpeluhan.

Menurut Mengikut Armstrong, Costill dan Fink (1985), atlet mengalami keletihan akibat
kehilangan lebih daripada 2% berat badan dan menyebabkan atlet mengalami penurunan
prestasi otot. Dehidrasi akan memberi kesan ke atas peningkatan penggunaan glikogen pada
otot ketika aktiviti berpanjangan. Pada masa yang sama. Kehilangan air dan garam ketika
dehidrasi juga menyebabkan keupayaan otot berkurang. Menurut Ching dan Leong (2000),
otot menerima gerak balas apabila impuls yang diterima diterjemahkan di sistem saraf pusat
dan dihantar ke otot berkurangan. Jika impuls berkurang, maka tindak balas otot berkurang.

Dehidrasi turut mempengaruhi perubahan fisiologi atlet seperti kadar nadi dan suhu
badan. Menurut Sawka dan Pandolf (1990), kadar nadi atlet berkurang disebabkan oleh
penurunan isipadu plasma darah dalam tubuh badan melalui mekanisme perpeluhan. Ia
mengakibatkan penurunan tekanan darah. Dalam pada itu, berlaku peningkatan kepekatan
darah dan jantung dipaksa untuk berkerja dengan lebih laju mengepamkan darah. Maka,
kadar nadi meningkat.

Anda mungkin juga menyukai