Deviasi Dalam Sukan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi ilham kepada saya
sehingga kerja kursus ini dapat disiapkan dalam masa yang telah di tetapkan.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
terutama kepada pensyarah subjek Psikologi dan Sosiologi Sukan PJMS3162 ini iaitu
En Khairuddin Bin Mat Hassan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
serta teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik
mungkin.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah
banyak memberi sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja
kursus ini, namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada saya.
Segala peralatan dan keperluan untuk menyiapkan tugasan ini telah disediakan oleh
kedua ibu dan bapa saya. Sekiranya tiada bantuan daripada mereka, kemungkinana
saya akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik
mungkin.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
telah banyak membantu saya daripada belakang sama ada dalam menyediakan
bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada saya. Terima kasih ini juga
diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan semangat
kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya.

1
1.0 PENGENALAN

Individu yang telah melanggar norma setempat atau melakukan perbuatan yang
bercanggah dengan norma dikategorikan sebagai devian. Tingkah laku ini pula digelar
sebagai deviasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), agresif didefinisikan sebagai
cenderung menyerang atau berlaku secara bermusuhan terhadap pihak yang lain. Ganas
atau keganasan pula didefinisikan sebagai liar dan suka menyerang, cenderung
merosakkan harta benda, mencederakan orang. Silva (1988) menganggap keagresifan
sebagai tingkah laku yang berupa percakapan atau perlakuan fizikal yang boleh
mencederakan individu lain. Manakala Alderman (1974), berpendapat bahawa keagresifan
mempunyai kaitan dengan bergaduh atau perlakuan ganas yang bertujuan untuk
mencederakan lawan. Ianya tidak melibatkan sikap dan emosi individu. Kebiasaannya
keagresifan dizahirkan melalui tingkah laku seseorang apabila dirangsang untuk
melakukannya.

Dalam dunia sukan deviasi membawa maksud yang sama dimana seseorang atlet
melakukan penyelewengan untuk mencapai hasil atau kepuasan dirinya melalui cara yang
tidak betul atau dengan melanggar nilai- nilai etika seorang atlet.Dalam konteks sukan,
keganasan dalam sukan merupakan satu fenomena tingkah laku deviasi yang sering
berlaku dalam sukan terutamanya sukan kontak separti bola baling, bola jaring, bola sepak,
hoki dan ragbi. Keganasan deviasi tingkah laku ini dikenali sebagai suatu perlakuan yang
bermatlamat untuk mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal
kepada ahli sukan. Sebarang keganasan yang berlaku dalam sukan adalah melanggar
batas- batas norma yang hanya bertujuan untuk kepentingan individu sahaja.

2
1.1 KEGANASAN DEVIASI TINGKAH LAKU

Sukan bola sepak adalah sukan yang berbentuk kontrak yang juga tidak terlepas
dengan isu keganansa deviasi tingkah laku. Terdapat beberapa kes yang boleh dijadikan
bukti bahawa sukan ini sudah sinonim dengan kes keganasan deviasi yang mana yang
menyebabkan pergaduhan semasa perlawanan. Contoh insiden yang berlaku di Malaysia
dimana perlawanan persahabatan antara pasukan bawah 23 tahun negara dan pasukan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam pada 10 Ogos 2018 dicemari insiden
pergaduhan melibatkan pemain kedua- dua pasukan serta pengawai UAE. Insiden berlaku
di tengah padang pada penghujung perlawanan ketika Malaysia mendahului 2-0 dan
bermula apabila beberapa pemain serta pegawai UAE bertindak menyerang pemain
kebangsaan, dipercayai berpunca daripada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh
pemain kedua-dua pasukan sebelum itu. Mengulas insiden itu pada sidang media selepas
perlawanan, ketua jurulatih B-23 negara Datuk Ong Kim Swee berkata pergaduhan tersebut
sememangnya dapat dijangka kerana menjadi kebiasaan pasukan UAE atau mana-mana
pasukan dari Timur Tengah melakukan provokasi terhadap pasukan lawan apabila mereka
ketinggalan. Pengajaran dari inside itu, Datuk Ong Kim Swee menasihati supaya pemain
perlu lebih pandai mengawal emosi mereka bila berhadapan dengan provokasi daripada
pihak lawan. Bagaimanapun insiden itu tidak menyebabkan kecederaan dari segi fizikal.

Ahli sukan luar negara juga tidak terlepas dengan kes keganasan deviasi ini.
Antaranya isu pemain terkenal bola sepak iaitu Luis Suarez yang dikaitkan dengan
kesalahan menggigit pemain pasukan lawan semasa dalam permainan. Menurut akbar
Berita Harian, Suarez dikatakan cuba melepaskan diri dari kawalan Chiellini dan bertindak
mengigit dan ia merupakan gigitan yang ketiga sepanjang kariernya.Tidak asing juga kes
seperti ini terjadi di Malaysia di mana kes seorang pemain yang ditumbuk. Berdasarkan
akhbar Sinar Harian yang bertarikh 3 Februari 2014 yang bertajuk “PBSNT kecewa insiden
di Larkin” menyatakan bahawa perasaan kecewa mereka berhubung dengan seorang
pemain bola sepak Negeri Terengganu (T – Team) iaitu Evaldo Rodrigues yang ditumbuk
oleh pihak pengurusan pasukan JDT semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA pada
malam 2 Februari 2014 menentang JDT di stadium Larkin, Johor. Selain pemain, jurulatih
kecergasan pasukan iaitu Stefano Impagliazzo turut dikasari pegawai keselamatan.
Kejadian berlaku sejurus tamat separuh masa pertama ketika mangsa menuju ke bilik
persalinan. Akibat daripada kejadian tersebut, pihak pengurusan T – Team telah menarik diri
daripada bermain dengan alasan faktor keselamatan pemain. Kedua- dua kes ini sangat
jelas menunjukkan perbuatan tersebut merupakan antara kes-kes keganasan dalam sukan.
Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan pendapat yang diutarakan oleh Alderman (1974),

3
yang mengatakan bahawa keagresifan mempunyai kaitan dengan bergaduh atau perlakuan
ganas yang bertujuan untuk mencederakan lawan.

Kes keempat ini juga merupakan kes berkaitan dengan pergaduhan semasa
permainan bola sepak dan kes ini lebih teruk kerana melibatkan penyokong yang tidak
perpuas hati. Kes ini berlaku semasa perlawanan Liga Juara juara Asia 19 Oktober 2011 di
Stadium Piala Dunia Suwon di selatan Seoul, Korea Selatan. Berdasarkan kenyataan
akhbar Utusan Borneo pada 21 Oktober 2011 bertajuk “Perlawanan antara Suwon dan Al
Sadd dicemari pergaduhan besar” memperlihatkan kedua-dua pasukan saling berbalas
tumbukan. Kejadian tersebut tercetus disebabkan pemain Al Sadd memecut untuk
menjaringkan gol kedua tanpa halangan, ketika tumpuan pasukan Suwon ialah merawati
seorang pemain yang cedera. Pemain kemudian menunjukkan rasa tidak puas hati kepada
pengadil dan ketika perlawanan hendak diteruskan, seorang penyokong Suwon
menceroboh masuk ke dalam padang dan menyebabkan pergaduhan beramai-ramai
tercetus. Keadaan menjadi lebih buruk apabila pemain dan kakitangan kedua-dua pasukan
juga masuk campur. Maka, dapat disimpulkan di sini adalah perasaan marah menyebabkan
kejadian tumbuk menumbuk berlaku antara penyokong dan kedua-dua pasukan. (Cox,
1998)

Berdasarkan kes empat- empat kes pergaduhan dalam permainan bola sepak, di
dapati keganasan deviasi berlaku bermula dengan bentuk psikologi iaitu memprovokasi
pasukan lawan dan membawa kepada pergaduhan dan kecederaan fizikal. Jelaslah tingkah
laku deviasi ini berlaku bukan sahaja membawa kecederaan dan kesakitan secara bukan
sahaja berbentuk fizikal malah juga dalam bentuk psikologi kepada ahli sukan.

4
1.2 CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN

Dalam memastikan sifar keganasan dalam sukan yang berbetuk tingkah laku deviasi,
beberapa langkah mengatasi perlu diambil. Antara cadangan pertama dalam memastikan
keganasan dalam sukan tidak berlaku, pihak kerajaan di bawah Kementerian Belia dan
Sukan perlu mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya terhadap atlet atau pemain
yang melakukan kesalahan yang sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang
berat kerana bukan sahaja mereka mencederakan atlet yang lain malah juga mendatangkan
kerugian dari segi kos, malahan mereka menjadi contoh negatif kepada pemain-pemain
muda. Contohnya, pemain akan digantung perlawanan dalam tempoh yang ditetapkan dan
perlu membayar denda atas kesalahan tersebut.

Bukan sahaja pemain yang bersalah perlu dihukum, malahan jurulatih dan pasukan
yang menggalakkan keagresifan dan membudayakan stategi kotor untuk meraih
kemenangan seperti mengada- adakan kecederaan yang dibuat oleh pihak lawan,
menggunakan perkataan berbaur ugutan, dan menggunakan kekerasan samasa permain.
Setiap pasukan yang mencentuskan pergaduhan perlulah wajib dijatuhkan bayaran denda
pagi pasukan tersebut supaya kes keganasan dalam sukan dapat dikurangkan. Bayaran
juga perlu dinaikkan supaya atlet takut untuk melakukan taktik kotor semasa permainan.

Selain memberi hukuman, jurulatih juga boleh memastikan atlet di bawahnya


sentiasa berdisiplin dan mematuhi paraturan- peraturan perlawanan dengan mengangkat
ikrar di hadapan jurulatih setiap kali bermulanya sesuatu perlawan atau pertandingan. Ikrar
tersebut perlu menerapkan unsur- unsur fair-play dan berjanji untuk mengawal tekanan
sewaktu bermain bukan sahaja semasa permainan malah selepas tamatnya sesebuah
permainan. Dengan cara itu sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan peringatan
kepada atlet bahawa pentingnya bermain secara adil dan pentingnya menjaga emosi dalam
sesebuah perlawanan agar permainan dapat dijalankan dengan lancar.

Akhir sekal, langkah ini pula lebih berfokus kepada mengurangkan keagresifan di
kalangan penonoton. Menurut Shaharudin (2001), keagresifan di kalangan pemain
sebenarnya berkait rapat dengan keagresifan penonton. Ini adalah kerana penonton
merupakan di antara faktor yang boleh mencetuskan keagresifan di kalangan pemain
semasa perlawanan berlangsung dan kadangkala menjadi pencetus keagresifan apabila
wujudnya konfrontasi di antara pemain dan penyokong. Justeru, antara langkah yang boleh

5
diambil untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengetatkan pemeriksaan kepada
penonton yang ingin memasuki stadium supaya tiada senjata atau perkara yang
membahayakan diri dibawa masuk oleh penyokong ke dalam stadium. Pihak pengurusan
stadium perlu memastikan agar penonton yang melakukan kesalan seperti bergaduh dan
membawa senjata disenaraihitamkan daripada memasuki stadium dalam tempoh yang di
tetapkan agar penyokong lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan untuk mengelakkan
situasi seperti di Eropah di mana ramai penonton yang mati kerana pergaduhan di antara
penyokong.

Ringkasnya, tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang
didapati bersalah bagi membuktikan bahawa Malaysia serius dalam memastikan keganasan
dalam sukan yang merupakan fenomena tingkah laku deviasi, tidak semakin berleluasa.

1.3 KESIMPULAN

Kes deviasi dalam sukan di Malaysia bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah.
Kerana sekiranya kes ini masih berleluasa, kelompk yang terlibat akan berasa selesa dan
norma sedia ada tidak akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi lagi. Sekiranya
keganasan deviasi ini terus berlaku, akhirnya akan membawa kepada pergaduhan dalam
sukan sekaligus dasar kerajaan ‘Sukan Alat Perpaduan’ tidak akan tercapai. Justeru itu
pelbagai pihak perlulah memainkan peranan yang penting untuk memastikan sebarang
sukan sama ada di dalam Malaysia mahupun diluar nagara dapat dilaksanakan dengan adil
dengan bersaing secara sihat tanpa penyelewengan. Barulah seiring dengan dasar
kerajaan, Sukan Alat Perpaduan.

6
RUJUKAN

Alderman,(1974). Psychological bahavior in sports.Philadhepia: W.B.Sounders


Company

Cox, (1998). Sport psychology: Concepts and application (4 th ed.) Dubuque,


IA : WM. C. Brown.

Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Silva (1988). The Silva mind control method of mental dynamics. New York: Pocket
Books.

Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

Pergaduhan sudah dijangka - Sukan | mStar. Retrieved from


https://www.mstar.com.my/sukan/2018/08/11/pergaduhan-sudah-dijangka

7
LAMPIRAN

8
9
Mengulas kenyataan Khairy tersebut, Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia
(PFAM), Hairuddin Omar menegaskan bahawa gejala rasuah tidak akan berlaku sekiranya
kebajikan pemain dan pegawai dijaga oleh pasukan atau kelab masing-masing terutama
gaji.

Berdasarkan kenyataan Hairuddin itu, bermakna di sini, segala jenis kelompongan serta
ruang yang dilihat berupaya mewujudkan gejala rasuah harus dihentikan supaya ia tidak
membarah.

Oleh sebab itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama
Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM harus mencari satu mekanisme paling mujarab bagi
memerangi isu tersebut.

kalau dlm malaysia x ambik berat kes ini nanti bila atlet wakil negara jika tertangkap
melakukan kes tersebut negara yang malu jd kena cegah dari awal

10
http://mondnieltalk.blogspot.com/2015/07/kes-deviasi-dalam-sukan-atau-keganasan.html
http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/keganasan-dalam-sukan-i-pengenalan.html

11

Anda mungkin juga menyukai