Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Pim 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Pim 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Pim 3101
1.0 PENGENALAN
Selepas ini akan dibincangkan tentang kurikulum pendidikan islam pada zaman
Rasulullah.Selain itu,termasuk juga kurikulum pendidikan pada zaman Khulafa’ al-
Rasyidin.Dan seterusnya kita akan mengetahui hubungkait antara kurikulum pendidikan
islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin dengan kurikulum pendidikan
islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.Tujuannya adalah untuk mengetahui
kaitan tentang kedua-dua kurikulum tersebut.
2
Amnya pendidikan islam pada zaman rasulullah serta para sahabat baginda bermula
sejak zaman penurunan al-Qur’an lagi.Selepas Nabi Muhammad S.A.W menerima
wahyu kenabian dan kerasulan menandakan bermulanya titik tolak kepada amanah
yang perlu baginda tunaikan iaitu sebagai penyampai,pengajar dan pendidik seterusnya
membimbing manusia kejalan yang benar.Dan itu bermaksud bermulanya proses
pendidikan Islam yang di jalankan oleh Rasulullah terhadap umat manusia khasnya
masyarakat arab di Mekah dan Madinah.Di utuskan Nabi Muhammad adalah untuk
memimpin masyarakat jahiliyyah yang pada ketika itu sangat jahil dan jauh tesesat.
Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah bermatlamat untuk melahirkan insan yang
tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan melalui bimbingan
agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran.Selain itu menyeru serta membimbing
manusia kearah aqidah yang benar.Manusia perlu mngenal penciptanya(Mohammad
Yusoff 1986).Permulaan dakwah Rasulullah adalah dengan membetulkan aqidah dalam
masyarakat jahiliyyah.
Antara isi yang terkandung dalam kurikulum pendidikan islam ialah dari segi akidah
yang berkaitan dengan rukun iman yang mengesakan Allah dan m elarang
mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul
teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran
wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan
semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya.Selain itu dalam bidang
3
syariah seperti bersolat, hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat
,halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab.Dan bidang akhlak seperti
konsep amar maaruf seperti hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah,
berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh
anak perempuan.
Stuktur Pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa stuktur.
Antaranya ialah pendidikan umum,khusus dan pendidikan institusi.Pendidikan Umum
dijalankan oleh Rasulullah atau para sahabat daripda khlulafa' al-Rasyidin.
Pelaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas sembahyang fardhu
atau selepas sembahyang Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat,
muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti lumba kuda, bermain pedang, berenang,
bergusti dan lumba lari.Pendidikan khusus pula ialah khusus ialah pengajaran yang
diberikan baginda kepada orang tertentu tanpa mengira masa atau tempat. Sahabat-
sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar Al-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-
lain adalah antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar
secara langsung.Dan pendidikan Institusi pula berkisar tentang Intisari Pendidikan Islam
pada peringkat Madinah. Peringkat pertama adalah kanak-kanak. Mereka diajar
membaca dan menulis. Peringkat ke dua diajar tentang ilmu jasmani dan rohani.
Mereka adalah terdiri daripada Ahli Suffah dan perantau. Pengajian mereka ditanggung
oleh Baitul Mal. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendikiawan Islam pada masa
selanjutnya.
Pendidikan pada zaman Islam terbahagi kepada dua tempoh.Yang pertama ialah di
Mekah dan yang kedua di Madinah.Nabi Muhammad telah berdakwah selama 13 tahun
di kota Mekah dan 10 tahun di kota Madinah.Cara pendidikan pada kedua tempoh ini
berbeza kerana situasinya tidak sama.Di Mekah merupakan permulaan kepada
pengenalan islam itu namun di Madinah,permulaan kepada pembentukan satu sistem
pemerintahan islam yang menguasai dan mentadbir Madinah.
4
Tempoh yang pertama ialah di Mekah. Perkara yang diajarkan berkisar pada ayat-
ayat Makiyyah sejumlah 93 surah dan petunjuk-petunjuknya yang dikenal dengan
sebutan sunnah dan hadith.Perkara yang diajarkan juga menerangkan tentang kajian
keagamaan yang menitikberatkan pada keimanan,ibadah dan akhlak.Terdapat
beberapa cara pelaksanaan system pendidikan di Mekah.Bermula dengan secara
senyap atau rahsia atau sirriyah.Cara ini ditujukan kepada kaum keluarga baginda san
sahabat terdekat pada mula-mula selepas Rasulullah menerima wahyu.Antara Orang
yang terlibat ialah Khadijah binti Khuwailid,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as
Siddiq.Diadakan di rumah Arqam bin Abi Arqam berlansung selama tiga tahun.
Tempoh yang kedua ialah di Madinah. Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada
tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap
penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar
kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi
pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah
bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut
termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat,
khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan
pendidikan. Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi
sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat.
Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah
mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai
al-suffah. Merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan
lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah,
syariah, akhlak) khat, sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan
rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.
Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk iaitu
pendidikan umum,pendidikan khusus dan pendidikan institusi.
i. Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada
Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas
sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang
aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain
pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.
ii. Pendidikan khusus: pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang
diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat
6
atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-
Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat
pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.
Para Khulafa’ al-Rasyidin ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w..
Mereka menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda dengan
mengikut segala jejak langkah yang telah ditunjuk baginda semasa hidupnya (Zawawi
1984).
Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan
pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin
Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah
SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-
Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada kaum muslimin.
masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke
serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang
pada zamannya.
Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah
orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung
usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi
ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.
Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping
memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-
orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya
mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul
dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab
suci al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah
pentadbiran kerajaan Islam Madinah.
seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan
Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang
tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat
pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau memberi penekanan yang serius terhadap ilmu
pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping
menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang,
menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan
tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah,
anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda
dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.
Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan
mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-
sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat
menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.
Pendidikan tidak formal pula dilaksanakan di tempat awam,rumah para sahabat dan di
masjid.Kurikulum yang diajarkan adalah pendidikan aqidah,akhlak dan syariah.Inilah
peringkat pendidikan yang ada pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.
10
Makkah
Madinah
Basrah
Kuffah
Damsyik (Syam)
Mesir
Sistem pendidikan islam pada zaman khulafa al-Rasyidin dilakukan secara sendiri,tidak
diurus oleh pemerintah, kecuali pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab yang turut
terlibat dalam sistem perlembagaan khuttab
Perkara pendidikan islam yang diajarkan pada zaman khalifah Al-Rasyidin sebelum
masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan asas:
Namun apabila Saidina Umar bin Khattab dilantik menjadi khalifah, ia mengarahkan
kepada penduduk kota agar anak-anak diajarkan:
Berenang
Menunggang unta
Memanah
Sedangkan kurikulum pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari:
Fiqh (tasyri’)
11
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan khalifah pertama dalam Khulafa’ al-
Rasyidin.Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad
S.A.W.Saidina Abu Bakar juga merupakan ayah kepada Saidatina Aishah iaitu isteri
Nabi Muhammad.
Pola pendidikan pada zaman Abu Bakar masih lagi sama seperti pada zaman
Rasulullah.Tidak terdapat banyak perubahan kerana tempoh masa yang hampir dengan
zaman Rasulullah.
. Dari segi perkara pendidikan Islam terdiri dari pendidikan tauhid atau keimanan,
akhlak, ibadah, kesihatan, dan lain-lain. Menurut Ahmad Syalabi tempat untuk belajar
membaca menulis ini disebut dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan
yang dibentuk setelah masjid, seterusnya Asama Hasan Fahmi mengatakan
bahwa Kuttab didirikan oleh orang-orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat
pembelajaran pada masa ini adalah Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai
tenaga pendidik adalah para sahabat rasul.(Shamsul Nizar,2008)
Sistem pendidikan islam pada zaman Abu Bakar terbahagi kepada empat peringkat
(Ahmad Mohd Salleh,2008)
12
Peringkat pertama
Pengumpulan al-Qur’an.
Saidina Abu Bakar berjuang untuk menghapuskan golongan ini dan mengerahkan
tentera yang antaranya terdiri daripada para sahabat untuk memerangi golongan ini.
Namun ia telah mengorbankan nyawa ramai para huffaz dan qari al-Qur’an.Kesyahidan
para huffaz ini telah membimbangkan Umar yang telah memberi cadangan supaya al-
Qur’an dikumpulkan.
Walau pada mulanya Abu Bakar tidak besetuju,namun akhirnya Abu Bakar bersetuju
dan mengarahkan Zaid Bin Tsabit untuk bertanggungjawab mengumpulkan al-Qur’an
dengan syarat-syarat tertentu.
Penyebaran Hadith
Antara tokoh hadith ialah Saidatina Aisyah,Abu Hurairah,Abdullah bin Umar dan ramai
lagi.
13
Terdapat ramai yang datang ke Madinah untuk menuntut ilmu terutama dalam bidang
hadith.
Pada zaman ini,institusi masjid memainkan peranan yang penting dalam pendidikan.
Malah Saidina Abu Bakar sendiri yang kerap kali datang melawat dan meimarahkan
masjid serta menyampaikan ajaran islam.
Baginda juga turut menghantar guru seperti Zaid dan Abdullah bin Saad untuk
mengajar al-Qur’an dan hadith di masjid sekitar Madinah.
Gerakan Dakwah
Gerakan dakwah dijalankan secara giat pada zaman Abu Bakar untuk memantapkan
Akidah umat islam.
Sebelum orang bukan islam diperangi,mereka diberi pilihan untuk memilih 3 perkara
iaitu
14
1.Memeluk Islam
Utusan –utusan lain ialah ke Palestin, diketuai oleh Amr bin al-As, Syurahbil bin
Hasanah ke Jordan menerusi Perang Tabuk dan Abu Ubaydah bin al-Jarrah ke Hims.
Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah
b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu
salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan
berkedudukan tinggi.
Berkaitan dengan masalah pendidikan, khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang
pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau juga
menerapkan pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan
mengutus guru-guru untuk tiap-tiap daerah yang ditakluki , mereka bertugas
mengajarkan isi Al-qur’an dan ajaran Islam lainnya. Adapun kaedah yang mereka pakai
adalah guru duduk di halaman masjid sedangkan murid mengelilinginya.
Khalifah Saidina Umar Al-Khatabb memiliki ketinggian ilmu yang tinggi dan amat sukar
ditandingi oleh generasi selepasnya,terutamanya dalam bidang ilmu fikh dan sejarah.
Selain itu,Kahlifah Umar Al-Khatabb juga dikatakan memiliki 9/10 ilmu pengetahuan.
Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju,di sebabkan oleh
semasa Umar memerintah, Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini
disebabkan disamping telah ditetapkannya masjid sebagai pusat pendidikan juga telah
tertubuhnya pusat-pusat pendidikan Islam di pelbagai kota dengan perkara yang
dikembangkan, baik dari segi ilmu bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu
lainnya.(Samsul Nizar,2008)
16
Pendidikan ditadbir di bawah pengaturan gabenor yang berkuasa ketika itu,serta diiringi
kemajuan di pelbagai bidang, seperti jabatan pos, polis, baitulmal dan sebagainya.
Manakala sumber gaji para pendidik waktu itu diambil dari daerah yang ditakluki dan
dari baitulmal.
Khalifah Umar juga merupakan seorang khalifah yang sangat sukakan ilmu.Beliau
sangat menggalakkan rakyatnya supaya menuntut ilmu dan memberi sokongan yang
kuat kepada umat islam.
Menurut ahli-ahli sejarah seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir
menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Telah dikhabarkan
bahawa,semasa zaman Khalifah Umar,semua desa yang ada telah didirikan masjid dan
surau dan tiada satu pun desa atau kampong yang tidak terdapat masjid.Masjid juga
bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat akan tetapi sebagai pusat pelajaran
dan pendidikan.
Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat
spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan
yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah,
matematik dan kemahiran berfikir (mantik).
Khalifah Uthman juga menjadikan sistem pendidikan pada zaman sebelumnya contoh
dalam membentuk dasar bagi pendidikan pada zaman beliau dan memantapkan
pentadbiran.yang sedia ada.
Pada zaman Khalifah Umar para sahabat yang berpengaruh dan rapat dengan
Rasulullah tidak dibenarkan untuk pergi meninggalkan kota Madinah.Namun pada
zaman Khalifah Uthman,mereka semua ini telah diberi kelonggaran dan dibenarkan
untuk pergi keluar ke daerah-daerah yang mereka sukai.
Idea bernas ini sangat memberi impak terhadap perkembangan pendidikan di daerah-
daerah terutama di daerah yang dipilih oleh para sahabat yang pergi berdakwah disana.
18
Namun pada zaman Khalifah Uthman berlaku satu perkara yang agak
menyedihkan.Terdapat beberapa peristiwa di mana ada di antara orang islam pada
zaman tersebut yang berselisih faham tentang cara bacaan al-Qur’an.
Ada ketika dimana pergaduhan sesama orang islam hampir berlaku.Perkara ini berlaku
keran wilayah islam pada ketika dan saat itu telah bertambah luas dan banyak
penduduk dari wilayah yang bukan berketurunan arab memeluk islam.Masing-masing
membaca al-Qur’an mengikut sebutan bangsa mereka sendiri yang mengakibatkan
rasa tidak puas hati dan salah faham bangsa yang lain yang menganggap mereka
membaca al-Qur’an dengan salah.
Perkara ini jika dibiarkan akan boleh mengakibatkan pertumpahan darah sesame
muslim.Khalifah Uthman yang mengetahui berita ini melalui Huzaifah Ibnu Yaman telah
mengambil tindakan pantas.Khalifah Uthman mengarahkan al-Qur’an yang ada pada
Hafsah binti Umar (r.a.) di salin semula sebanyak 6 salinan.
Semua salinan ini di salin dalam bahasa arab Madinah.Salinan al-Qur’an ini dihantar
setiap satunya ke wilayah-wilayah islam.Al-Qur’an yang dikumpulkan pada zaman
Khalifah Uthman di panggil Mashaf Uthmani yang masih diguna pakai oleh umat islam
pada masa kini.
Khalifah Uthman memberi sumbangan yang besar dalam islam umumnya dan bidang
perkembangan pendidikan khasnya melalui idea beliau.Khalifah Uthman telah
memudahkan kita membaca al-Qur’an dan kita dapat membaca bacaan al-Qur’an yang
betul dan sohih.
19
Khalifah Ali bin Talib merupakan khalifah yang keempat dari khulafa’ al-Rasyidin yakni
khalifah yang terakhir dalam Khulafa’ al-Rasyidin.Saidina Ali menggantikan Khalifah
Uthman sebagai khalifah selepas Khalifah Uthman wafat dibunuh.Khalifah Ali dilantik
menjadi khalifah melalui sistem bai’ah
Saidina Ali telah dibesarkan dan diasuh oleh Nabi Muhammad di rumahnya sendiri
sejak Saidina Ali kecil lagi. Nabi Muhammad mengambil Saidina Ali untuk dibela demi
membantu bapa saudaranya, Abu Talib yang mempunyai ramai anak tetapi miskin.
Namun pada zaman Saidina Ali telah terjadi begitu banyak kekacaun dan
pemberontakan malah sehingga mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah dalam
kalangan orang islam.Ini berlakunya disebabkan masuk nya orang-orang Yahudi yang
membuat fitnah dan meracuni fikiran orang islam pada ketika itu.
Dengan masalah dah kekecohan yang berlaku pada ketika itu,maka kegiatan
pendidikan islam menjadi sedikit hambar dan menghadapi cabaran dan gangguan yang
berat dalam proses perkembangannya.
Ini kerana Saidina Ali tidak sempat untuk memikirkan masalah tentang pendidikan
disebabkan memberi perhatian terhadap masalah yang berlaku pada zaman
pemerintahan Saidina Ali.Oleh kerana pemerintahannya tidak stabil Saidina Ali terlebih
dahulu mengutamakan untuk mengembalikan keamanan dan kedamaian bagi seluruh
masyarakat islam.
20
Tapi,walaupun begitu tetap juga berlaku sedikit perkembangan pendidikan pada zaman
Saidina Ali.Ini kerana terdapat golongan seperti Khawarij,Rawafidh,Syiah,Nasihibin dan
Ahli Sunnah yang menjadikan beliau sebagai pokok persolan dan perbahasan.
Selain itu juga Saidina Ali merupakan seorang khalifah yang amat mementingkan ilmu
pengetahuan.beliau amat menggalakkan umat islam agar sentiasa menuntut ilmu.
Khalifah Ali dianggap sebagai orang yang paling berilmu pengetahuan dikalangan para
sahabat.Malah pengetahuan Khalifah Saidina Ali tentang soalan berkaitan hukum
hakam amat sukar ditandingi.
Sebab itulah beliau pernah dilantik oleh Nabi Muhammad untuk menjadi kadi, penulis
wahyu dan setiausaha Baginda.Rasulullah pernah bersabda bahawa Saidina Ali adalah
‘pintu gerbang ilmu’.
Saidina Ali juga dianggap sebagai pengasas ilmu nahu. Beliau mengarahkan agar
tatabahasa Arab dibukukan.Dorongan utamanya menyebabkan ada usaha
membukukan ilmu tatabahasa Arab bertujuan untuk mempertahankan dan memelihara
bahasa Arab. Ia dibukukan untuk menolong orang bukan Arab yang telah memeluk
Islam mempelajarinya.
Beliau meneruskan aktiviti dan subjek pendidikan yang sedia ada sebelum ini dan
beliau juga telah membuat tindakan untuk memajukan pendidikan pada zaman
pemerintahan beliau.
21
PENDAHULUAN
Pendidikan Islam
Sistem pendidikan islam di Malaysia bermula kira-kira 6 abad yang lalu selaras dengan
kedatangan Islam di kepulauan Melayu.Bermulanya pendidikan islam ini di masjid,surau
dan pondok.
Pendidikan Islam yang ada pada zaman sebelum merdeka adalah pendidikan yang
berbentuk tidak atau bukan formal.Pendidikan islam ini berkembang selari dengan
pengembangan agama islam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan
kepulauan Melayu pada abad ke 14.
Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di
waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah
pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan
masyarakat setempat.
22
Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak
sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di
Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah
Melayu termasuk Singapura.
Sekolah pondok ini juga ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang
terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di
bina di sekelilingnya.
Menurut satu kajian yang dibuat oleh Dr. Haron Din dan Dr. Sobri Solomon pada tahun
1988,menyatakan bahawa Institusi Pendidikan Islam di Tanah Melayu telah melalui
empat tahap iaitu
1.Institusi rumah imam atau tok guru
2.Institusi pondok
3.Institusi madrasah
4.Sistem sekular
Proses pengajaran ini berlangsung dirumah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan
dan berkemampuan untuk mangajarkan ilmu kepada orang lain.
23
Antara kurikulum yang diajarkan ialah perkara-perkara asas seperti membaca al-
Qur’an,perkara asas fardhu ain,jawi dan doa-doa. Masyarakat Melayu pada masa itu
Waktu pembelajaran biasanya diadakan selepas solat subuh dirumah imam atau tok
guru tersebut.Selain waktu subuh,pengajaran juga berlangsung pada waktu zohor dan
waktu solat maghrib.Kebanyakan pelajar yang belajar disitu berumur 6-10 tahun
Institusi pondok
Seperti mana yang telah diterangkan diatas sistem pendidikan pondok memainkan
peranan yang penting dalam proses perkembangan pendidikan pada zaman dahulu.
Pondok bermula oleh kerana terlalu ramai pelajar yang menyertai dan menghadiri
masjid.Namun ada juga pelajar yang datang dari jauh dan tiada tempat untuk
Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya
dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang
negara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya
Terdapat juga yang masih meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya
Institut Madrasah
Sistem Sekular
Pendidikan Islam di zaman penjajah di bawah kelolaan dan dibiayai oleh Majlis atau
Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.Sementara itu,pihak penjajah
memperkenalkan pendidikan sekular yang mengakibatkan berlakunya penghakisan
secara langsung terhadap Pendidikan Islam.
Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk
oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah
Melayu yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan
nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf.
26
Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali
corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi
Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan,
yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan
Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah
Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara.
Selama 400 tahun,pendidikan islam telah berjalan dan diteruskan semasa zaman
penjajah.Dan akhirnya wujud dan terhasillah Penyata Razak (1956) dan Penyata
Rahman Talib (1960).Dalam kedua-dua penyata tersebut,Pendidikan Islam telah
dibincangkan untuk diletakkan di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran
(1961), telah memasukkan mata pelajaran Agama Islam di dalam jadual
waktu.Peruntukan masa pada mulanya adalah sebanyak 120 minit seminggu.
Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Pelajaran
Kebangsaan pada bulan Ogos 1955. Dasar ini bertujuan menyatu padukan kaum-
kaum di Tanah Melayu di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan serta mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang
Pelajaran Tahun 1952 . Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak
Hussin yang terkenal dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957 .
Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran
kebangsaan terkenal sebagai ‘ Sekolah Menengah Kebangsaan’. Institusi ini juga tidak
ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam
konteks ini Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah membuat cadangan seperti berikut ;
“ Kami cadangkan di dalam barang mana sekolah jika muridnya tidak kurang daripada
15 orang yang berugama Islam, pelajaran agama yang diberikan kepada mereka itu
hendaklah dengan belanja kerajaan. Pelajaran dalam agama lain kepada murid-murid
27
lain bolehlah juga diberi asalkan belanjanya tiada terbeban kepada kerajaan dan lagi
tiada boleh barang siapa murid dikehendakki menghadiri pelajaran agama dengan tiada
kebenaran ibubapanya.”
Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci
kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah :
iii Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada
mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri
dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau
lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran
tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam dalam sekolah-
sekolah mereka
“ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”
Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan
menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan
perhatian oleh kerajaan.
Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996 :
Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan bertanggungjawab mengajar
Agama Islam.Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid
atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran
tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu
persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan
mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran.
Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh
pihak berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang
menganut Agama Islam.
Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan
negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya
matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran
Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi.
Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil
dalam peperiksaan awam
Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali
Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara
dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai
teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan
dikatakan Falasah Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah
Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur
kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran sama-
sama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang
mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi
pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi
umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah )
30
Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan
Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama
di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihak–pihak berkuasa yang berlainan.
Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada
tiga jenis iaitu :
SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam
Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga
Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir
oleh Kerajaan Negeri . Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-
sekolah tersebut . Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran
Kementerian Pendidikan dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM
(1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasukki Fakulti
Pengajian Islam di UKM
SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan
pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau
Jawatankuasa sekolah masing-masing . Tidak ada sebuah badan berkuasa yang
mewakili kerajaan menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan
sekolah-sekolah tersebut. SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama
Islam Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR digalakkan supaya
mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agma Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan
memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan
nasihat. Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan
kurikulum pelajran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan
oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama
dari dalam dan luar negeri
32
Setelah dikaji dan diteliti serta diperhati,dapat dinyatakan disini bahawa terdapat
hubung kait diantara kurikulum pendidikan islam zaman Rasulullah,Khulafa’ al-Rasyidin
dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka.
Pertama,perkara yang diajar itu tidak berubah.Apa yang diajar oleh Nabi Muhammad
dan para sahabat pada zaman Baginda,begitu juga lah dengan apa yang diajar pada
zaman sebelum dan selepas merdeka di Malaysia.Ini kerana Islam mestilah
berpandukan apa yang Allah wahyukan kepada Nabi Muhammad.Maka apa yang
diajarkan dan dibawa oleh Rasulullah,dari semua aspek dan bidang seperti bidang
akidah,ibadat akhlak dan semua bidang dalam islam yang lain kekal sepanjang
zaman.Oleh itu kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah,Khulafa’ al-Rasyidin
dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka
adalah sama.
Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran merupakan dokumen rasmi yang
penting bagi seseorang guru Pendidikan Islam. Analisis sukatan pelajaran dan huraian
sukatan pelajaran merupakan satu dokumen yang tidak dapat dipisahkan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Para pelajar akan dapat
menguasai dan mengaplikasikan aspek-aspek penting dalam organisasi kandungan
Pendidikan Islam KBSR.
Pendidikan Islam sekolah rendah ini merupakan satu subjek wajib yang perlu dipelajari
oleh setiap murid tahun satu hingga tahun enam.Pendidikan Islam sekolah rendah telah
menetapkan untuk memberi penekanan kepada kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek
keimanan,kemanusiaan,kemasyarakatan dan kenegaraan.Dan didalam pendidikan
islam pendidikan rendah ini terdapat beberapa dokumen seperti kutan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran yang akan kita bincangkan selepas ini dan disamping buku
teks dan buku panduan guru.
Matlamat pendidikan islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,
berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke
arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih bagi
memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan harian.
2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah
sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW sebagai asas
perkembangan tamadun manusia.
4. Implikasi
Akidah,Ibadah dan
Sirah dari segi
tanggungjawab
terhadap diri,
keluarga,masyarakat
dan Negara.
2. Kepatuhan terhadap
peraturan dan
tatacara
perhubungan manusia
dengan diri, keluarga,
alam
sekitar,masyarakat
dan Negara
“ Pengenalan HSP Pendidikan Islam ” merupakan satu bahagian yang penting daripada
dokumen HSP ini. Ia menerangkan bagaimana kandungan Pendidikan Islam perlu
dikembangkan dan disempurnakan kepada murid.
Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan
membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja
lanjutan
Huraian sukatan pelajaran mempunyai format tertentu dan diselaras bagi semua mata
pelajaran.Kandungan Huraian sukatan dipersembahkan dalam bentuk lajur.
Aras 1 :
Aras 2 :
Aras 3 :
Keterangan lajur
Aras 1 :
Aras 2 :
Aras 3 :
Bacaan :
Hafazan :
a. Al-Fatihah l. Al-Takathur
b. An-Nas m. Al-Qari’ah
c. Al-Falaq n. Al-Adiyat
d. Al-Ikhlas o. Al-Zalzalah
e. Al-Kafirun p. Al-Bayyinah
f. Al-Kawthar q. Al;-Qadr
g. Al-Ma’un r. Al-‘Alaq
h. Al-Quraisy s. Al-Tin
i. Al-Fil t. Al-syarh
44
j. Al-Humazah u. Al-Dhuha
k. Al-‘Asr
Kefahaman :
Pengertian Al-Quraan
Kelebihan membaca Al-Quraan
Sejarah ringkas al-Quraan
Memahami surah-surah berikut secara umum
Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7
Surah al-Nas ayat 1-6
Surah al-Falaq ayat 1-5
Surah al-Ikhlas
Surah al-Kawthar
Surah al-Ma’un ayat 1-7
Surah al-Qadr ayat 1-5
Surah al-Dhuha ayat 1-11
Ibadah
o Konsep Ibadah
o Pengertian
o Jenis-jenis
o Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
o Jenis-jenis hukum
o Bersuci :
Pengertian
Tanggungjawab bersuci
Istinjak
Bersuci dari najis
Bersuci dari hadas
Tayammum
o Solat:
Pengertian
Solat Fardu
Bacaan dalam solat serta terjemahannya
- Takratul Ihram
- Surah AlFatihah
- iii.Doa Iftitah
- Ketika Ruku’
- Ketika Iktidal
- Ketika Sujud
- Ketika duduk antara dua sujud
- Tahyatul awal dan akhir
- Doa Qunut.
Pelakuan Solat (Rukun Fi’li) dan hikmahnya
Perkara-perkara yang membatal solat
Rukun-rukun
Syarat-syarat wajib
Syarat-syarat sah
Sunat Ab’adh dan Hai’ah.
Azan dan Iqamah
46
Solat berjamaah
Solat Jumaat
Ibadah puasa
Solat Hari Raya Aidil fitri dan Aidiladha
Solat Jenazah
Sirah :
4.Pelajaran Jawi
Analisis :
Tahun : 1
Tahun : 2
Tahun : 3
Tahun : 4
Tahun : 5
Tahun : 6
1.Buku Teks
Buku teks Pendidikan Islam yang terbaru kini dan digunakan disekolah dibina
berdasarkan semakan semula KBSR.Isi kandungan memenuhi dan menepati kehendak
sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
Buku teks ditampilkan sebagai agen perubahan yang berkemampuan untuk membantu
memberikan prospek baru dalam penerokaan, penguasaan kemahiran baru dan terkini,
progresif, dinamik dan seimbang bagi para pelajar sekolah
I. Buku teks telah digubal oleh panel penulisan yang telah dilantik.
II. Buku Teks mengandungi dua jilid iaitu jilid satu untuk ‘ Asuhan Tilawah Al
Quran’ dan ‘Pelajaran Jawi’ dan jilid dua “Bidang Asas Ulum Syariyyah” dan
“Adab dan Akhlak Islamiah’
III. Setiap tajuk pelajaran telah disediakan dengan isi pelajaran yang lengkap.
57
IV. Bagi setiap isi pelajaran telah ditentukan hasil pembelajaran dan aras
pembelajaran seperti yang telah ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
VI. Di akhir setiap topik dicadangkan aktiviti susulan dan latihan untuk penilaian.
VII. Setiap tajuk juga disediakan dengan aktiviti gerak minda, penghayatan dan info
islam.
Rumusan
Buku teks sangat berguna dalam semua mata pelajaran yang ada di dalam sistem
pendidikan di negara ini.Ia sebagai sumber rujukan utama bagi para pendidik.Begitu
juga bagi buku teks Pendidikan Islam.Buku teks ini sangat membantu bagi
memudahkan pelajar memahami pelajaran Pendidikan Islam ini.Namun,masih lagi
terdapat ruang yang kecil yang boleh ditambah baik.Antaranya adalah isi yang
58
terlalu ringkas dalam sebilangan kecil tajuk.Ini menyebabkan murid tidak dapat
memahami sepenuhnya perkara dalam tajuk tersebut.Keseluruhannya,buku teks
merupakan satu elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Buku Panduan Guru (BPG) ialah sebuah buku yang digunakan sebagai suber rujukan
kepada guru untuk melaksanakan pengajaran denagn baik dan mudah. BPG dapat
membantu guru untuk menjalankan pengajaran matapelajaran dengan lebih infension
dan bermutu serta dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pelajar.
Hasil pembelajaran.
Kangkah aktiviti bagi setiap aktiviti.
Panduan jawapan.
Set induksi.
2. Sebagai garis panduan yang terarah bagi guru untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran.
3. Buku Panduan Guru juga menyediakan contoh-contoh aktiviti dan latihan yang
sesuai yang boleh membantu guru di dalam kelas.
Rumusan
Buku panduan guru ini boleh diibaratkan sebagai buku teks untuk guru.Ia sangat
membantu dalam memberi contoh dan tunjuk ajar kepada para pendidik di Malaysia
sekelian.Kementerian Pendidikan menghasilkan buku panduan guru ini adalah sebagai
satu strategi bagi memastikan kurikulum berjalan dengan cara yang terbaik dan
terkini.Keseimpulannya para guru perlu menjadikan buku panduan ini sebagai panduan
dan rujukan utama dalam mereka menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran
mereka.
60
Takrif
Matlamat
3.1 Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra’.
Kumpulan Sasaran
Strategi Pelaksanaan
Tempoh Pelaksanaan
Murid Tahun Satu akan mengikuti aktiviti Model 6 Bulan Khatam al-Quran
selama 6 bulan pertama setiap tahun (Januari hingga Jun). Bagi 6 bulan
berikutnya mereka akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan
sukatan pelajaran sedia ada.
Peruntukan Waktu
Pada enam bulan berikutnya mulai Julai hingga Disember peruntukan waktu Asuhan
Tilawah al-Quran ialah tiga waktu,Ulum Syariah dua waktu dan Jawi satu waktu.
i. Murid Tahun 1 pada enam bulan pertama hendaklah menggunakan buku Iqra’ 1
hingga 6dengan berdasarkan Agihan Bacaan Iqra’ Model 6 Bulan Khatam al-Quran
ii. Proses P&P model ini bermula dengan penentuan tahap pencapaian murid melalui
satu ujian ringkas untuk tujuan diagnostik.
iii. Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan instrumen yang disediakan oleh
pihak sekolah
iv. Berdasarkan hasil ujian guru membahagikan murid kepada beberapa kelompok
mengikut tahap kebolehan masing-masing. Bagi murid yang belum membaca Iqra’
dimulakan dengan Iqra’ 1 manakala murid yang telah membaca Iqra’ dan
menguasainya mereka menyambung bacaan pada buku Iqra’ yang seterusnya. Murid-
murid yang telah menguasai bacaan al-Quran boleh meneruskan dengan aktiviti
bacaan al-Quran model 6 bulan khatam al-Quran. Murid yang telah khatam akan
mengulangi bacaan untuk tujuan peningkatan mutu bacaan al-Quran.
vi. Proses talaqqi dan musyafahah dalam kelas dikendalikan oleh Guru Pendidikan
Islam (GPI) dan 3 orang guru j-QAF.Proses ini dilakukan secaralangsung oleh guru
untuk setiap murid. Guru hendaklah menetapkan sasaran minima lima minit masa
bacaan untuk setiap murid bagi setiap waktu P&P. Bagi kelas yang ramai murid
sasaran ini sukar dicapai, oleh itu guru boleh meminta dua orang murid yang
berkebolehan membaca secara serentak.
62
vii. Penilaian hendaklah dilakukan pada setiap bulan pengajaran dijalankan. Laporan
penilaian Iqra’ hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian al-
Quran seperti yang digunakandalam Pelaksanaan Program Jawi dan al-Quran Enam
Bulan Pertama Tahun Satu 2005.
ix. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh
tersebut,pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang tercicir.
x. Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah
dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik.
Murid mendengar bacaan contoh dari guru, kaset contoh bacaan,CD atau lain-
lain.
Murid membaca dengan bimbingan guru PI, guru j-QAF atau murid turus.
Guru PI, guru j-QAF atau murid turus membetulkan bacaan murid.
Guru PI, guru j-QAF atau murid turus mengesahkan bacaan murid dengan
memberikan pujian.
Penilaian
Penilaian bacaan Iqra’ perlu dilakukan pada setiap 3 bulan kepada murid bagi
mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh
guru PI dan guru j-QAF. Laporan penilaian hendaklah dilengkapkan dengan
menggunakan borang penilaian al-Quran seperti yang digunakan dalam Pelaksanaan
63
Program Jawi dan al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu 2005. Laporan penilaian
yang dilengkapkan ini hendaklah difailkan untuk simpanan dan dihantar ke pihak
yangbertanggungjawab seperti berikut:
ii. PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan Julai dan Okt).
iii. JPN kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI, BPK dua kali setahun iaitu Julai dan
Oktober).
Penilaian menyeluruh bagi model 6 bulan khatam al-Quran hendaklah dilakukan pada
Julai dan Oktober bagi menentukan tahap pencapaian bacaan al-Quran setiap individu.
Laporan analisa pencapaian murid hendaklah menggunakan borang yang disediakan
dan dihantar ke JPN pada bulan Julai dan Oktober. Pihak JPN akan menghantar
laporan analisa tersebut ke BPI, BPK pada Julai dan Oktober. Penilaian hendaklah
menggunakan ayat bacaan semasa murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan
panduan berikut:
Agihan markah
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang di baca
ayat tertinggi X 60 =
Rumusan
Program enam bulan pertama ini sebenarnya satu program penting kerana
membolehkan pelajar untuk mengenali dan berkebolehan untuk membaca al-Qur’an
dengan fasih dan lancar serta bertajwid.Namun,guru perlulah memastikan bahawa
murid betul-betul boleh membaca al-Qur’an dan Iqra’ dengan sendiri sahaja dan
bukannya baca ikut guru.
J-QAF
Program j-QAF adalah satu program yang memantapkan lagi sistem pengajaran
dan pembelajaran pendidikan islam. Program ini juga bertujuan untuk memberi
penekanan yang mendalam berdasarkan beberapa bidang antaranya Jawi, Al-Quran,
Arab dan Fardhu Ain. Program ini hasil cetusan ilham daripada bekas perdana menteri
Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah B. Ahmad Badawi.
Melalui program ini juga, murid-murid akan didedahkan dengan aktiviti ko-kurikulum
serta kurikulum yang bersesuaian.
Antara objektif atau matlamat program ini ialah, semua murid islam sekolah rendah
akan dapat :
i. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi.
ii. Khatam al-Quran.
iii. Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi.
iv. Memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.
Jawi adalah salah satu daripada kompenen pendidikan islam dan mula
dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada
6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauan telah menyatakan bahawa
penguasaan bacaaan jawi dalam pendidikan islam semata-mata masih belum
mencukupi dan berkesan.
Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid
tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara
berterusan. Pengukuhan terhadap jawi juga perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Oleh itu, murid dapat membaca dan menggunakan tulisan jawi dengan betul dan lancar.
Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang
Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran
sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada para
ustaz dan ustazah. Oleh itu, Pendidikan Islam pada masa ini hanya mengutamakan
kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di
sekolah tetapi menyerahkannya kepada Masyarakat. Justeru, murid dapat membaca
dan menguasai al-quran pada peringkat rendah lagi seterusnya boleh mengamalkan
dalam kehidupan seharian mereka.
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran dan
bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak
semua murid berpeluang memmuridinya.
67
Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan
penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam hal ibadah
mendirikan solat. Berdasarkan pemerhatian ini, salah satu pendekatan yang perlu
dipraktikkan ialah dengan mengadakan kelas-kelas fardhu ain, amali solat dan
sebagainya.
Setelah diteliti dan dikaji, maka beberapa model telah dikenalpasti untuk dilaksanakan
di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005. Antara model-model yang telah
dipilih dan digunakan ialah :
Model Kelas Pemulihan Jawi adalah salah satu model yang telah dipilih untuk
program j-QAF. Guru khas yang telah dilantik akan menjalankan tugas bagi setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran pada waktu yang telah ditetapkan menggunakan modul
yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap sekolah perlu
menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-
bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan
68
kemudahan ICT sedia ada. Selain itu, guru perlu membuat pemantauan dan
memastikan setiap murid dapat menguasai jawi dari semasa ke semasa.
Objektif
Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat
mengenal, menyebut, menulis huruf- huruf tunggal, serta membaca suku kata terbuka
dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada suku kata tersebut.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran modul ini ialah murid-murid Tahun 1 yang tidak dapat melepasi ujian
khas sepertimana lampiran iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.
Matlamat
Memastikan semua murid islam menguasai bacaan dan tulisan jawi serta memupuk
semangat cintakan warisan budaya bangsa.
Strategi Pelaksanaan
6. Menjalankan Ujian Pengesanan sebelum murid mengikuti kelas Jawi sedia ada.
Murid kelas biasa yang gagal dalam ujian pengesanan akan di masukkan ke Kelas
Pemulihan Jawi.
Penilaian
Agihan Tugas
ANALISIS
Dari hasil pemerhatian saya,Model Kelas Pemulihan Jawi ini merupakan satu usaha
yang sangat bagus dan dipuji kerana dalam keadaan sekarang ini ramai orang melayu
sudah tidak mengenali lagi tulisan jawi ini.
Dengan adanya model ini,para murid sekelian mampu untuk belajar dan mengetahui
dan menguasai tulisan jawi.Bagi pelajar yang ketinggalan pula,model ini sangat
71
berkesan dan berguna bagi mereka supaya mereka dapat juga menguasai tulisan jawi
ini.
Model ini haruslah diteruskan dan dilaksanakan serta ditambahbaik sentiasa bagi
memastikan model ini berjalan dengan lancar.
Objektif
Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah rendah.
Strategi Pelaksanaan
Penilaian
Agihan Tugas
1. Tugas terbahagi kepada Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,
Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai dan
Penyelia Pelajaran Daerah dimana bertanggungjawab memastikan program j-
QAF berjalan seperti yang dijadualkan.
2. Guru Besar bertanggungjawab :
Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah
Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF
Mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing
Memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat
Memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan sempurna
Memantau perlaksanaan Model Tasmik dan mengesahkan laporan yang
dibuat oleh guru dan dihantar ke JPN.
Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan borang Analisa
Pencapaian Murid yang disedikan oleh JAPIM.
3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab
Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah
Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari Guru tasmik
Bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan
pelaksanaan program j-QAF
Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.
73
ANALISIS
Model tasmek khatam al-quran merupakan salah satu daripada model yang telah
dipilih dan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Model ini merupakan satu nafas baru
kepada murid untuk mempelajari dan membaca al-Qur’an.
Waktu sekolah biasa memang tidak mencukupi untuk murid betul-betul pandai
membaca al-Qur’an.Dengan adanya program ini,maka ia sangat membantu dalam
mengukuhkan lagi kemahiran murid membaca al-Qur’an.
Dengan bertasmek dengan guru yang berkelayakan pula,murid akan jadi lebih faseh
dan baik dalam bacaan.Oleh itu,model ini bertepatan dengan keadaan sekarang
dimana ramai orang tidak pandai membaca al-Qur’an
74
Model pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara
terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan
pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah wajib bagi semua
murid yang menganut agama Islam dan sebagai mata pelajaran pilihan untuk murid
bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran
bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60
minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.
Objektif
Antara objektif yang telah digariskan oleh modul ini ialah murid-murid dapat :
1. Mendengar bunyi huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab serta memahaminya
2. Menyebut dengan betul huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab
3. Bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya
4. Membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab
5. Menulis dengan betul, perkataan dan ayat bahasa Arab serta memahaminya
6. Menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah dan
memahaminya.
Kumpulan Sasaran
Matlamat
Strategi Pelaksanaan
Agihan Tugas
Penilaian
ANALISIS
Model perluasan Bahasa Arab Komunikasi adalah satu model yang mengajarkan
bahasa arab komunikasi kepada murid-murid sekolah rendah.Dengan ini membolehkan
murid dapat mengetahui dan mempelajari bahasa arab selain bahasa melayu dan
bahasa inggeris.
Model ini memberi penambahan ilmu yang berguna kepada murid.Diharap kan agar
model ini dapat diwajibkan kepada semua sekolah tidak lama lagi agar semua
mendapat manfaat dari model ini.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan
menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan
pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka
dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik
dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah
IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam
al-Quran modul 6 bulan.
79
Objektif
Kumpulan Sasaran
Semua murid yang beragama Islam Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah rendah.
Strategi Pelaksanaan
1. Tempoh Pelaksanaan
o Murid Tahun Satu dan Tahun Enam akan mengikuti aktiviti Model 6 Bulan
Khatam Al-Quran selama 6 bulan pertama setiap tahun (Januari hingga Jun).
Bagi 6 bulan berikutnya mereka akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam
berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.
2. Peruntukan Waktu
Agihan Tugas
Penilaian
i) Penilaian Iqra’
1. Penilaian bacaan Iqra’ perlu dilakukan pada setiap 3 bulan kepada murid bagi
mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan
oleh guru PI dan guru j-QAF.
2. Laporan penilaian yang dilengkapkan ini hendaklah difailkan untuk simpanan dan
dihantar ke pihak yang bertanggungjawab seperti berikut:
- Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG
pada setiap bulan Julai dan Oktober).
- PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan
Julai dan Oktober).
- JPN kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM dua kali
setahun iaitu Julai dan Oktober)
82
Agihan Markah :
Jumlah ayat : 60 markah
Kualiti bacaan : 40 markah
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang di baca oleh
murid iaitu : ayat tertinggi X 60 = Jumlah ayat keseluruhan
ANALISIS
Model Enam Bulan Khatam Qur’an ini merupakan satu model yang mensasarkan
murid-murid dapat khatam al-Qur’an dalam masa enam bulan.Ia bermula pada bulan
Januari hingga Jun.
Kebaikan model ini adalah murid-murid yang terlibat dapat khatam al-Qur’an dalam
tempoh masa yang singkat.Murid juga akan lebih mengenali dan lebih mahir dalam
membaca al-Qur’an.
Model Bestari Solat adalah model kokurikulum yang dilaksanakan di luar jadual waktu
persekolahan. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4
kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam
takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama
penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan
kepada guru pendidikan Islam.
84
Objektif
Murid-murid akan :
Kumpulan Sasaran
Strategi Pelaksanaan
Agihan Tugas
Penilaian
ANALISIS
Diantara semua model,model ini merupakan yang paling penting kerana melibatkan
fardhu ain.Solat adalah ibadat yang utama.Solat juga merupakan tiang ugama.Solat
juga mampu untuk mencegah kemungkaran.
Oleh itu adala penting untuk kita melaksanakan model ini dengan sebetulnya.Ramai
orang pada hari ini tidak bersolat dan tidak tahu cara bersolat.Dengan itu,tujuan model
ini adalah untuk mengajar murid-murid supaya murid-murid tersebut tahu,pandai dan
mempraktikkan solat sentiasa.
Model ini patut dipuji kerana satu usaha yang murni dan betul-betul dapat memberi
seribu kebaikan kepada murid-murid sekelian.Dan sepatutnya program ini ditambah
lebih banyak masa dan waktu agar lebih memberi kesan dan manfaat pada murid.
86
PENULISAN ILMIAH
Pendidikan merupakan satu aspek yang penting di dalam kehidupan setiap individu.
Pendidikan bermula sejak seorang itu dilahirkan sehinggalah ia menemui ajalnya.
Pendidikan bagi manusia meliputi aspek jasmani,rohani, akal dan sosial. “Manusia
mendidik anaknya supaya badannya sihat dan kuat, akalnya waras dan cerdas,
rohaninya luhur dan berbudi pekerti tinggi, tahu bermasyarakat dan menyesuaikan diri
dalam kelompoknya” (Musa bin Daia,1986).
Di antara pendidikan yang paling penting bagi setiap manusia ialah pendidikan
Islam.”Pendidikan Islam adalah pendidikan yang melatih kepekaan para peserta didik
sedemikian rupa sehingga sikap hidup dan perilaku, juga keputusan dan
pendekatannya kepada semua jenis pengetahuan dikuasai oleh perasaan mendalam
nilai-nilai etika dan spiritual Islam. Mereka dilatih dan mentalnya didisiplinkan, sehingga
mereka mencari pengetahuan tidak sekadar untuk memuaskan keingin-tahuan
intelektual atau hanya untuk keuntungan dunia material belaka, tetapi juga untuk
mengembangkan diri sebagai makhluk rasional dan saleh yang kelak dapat
memberikan kesejahteraan fisik, moral dan spiritual bagi keluarga, masyarakat dan
umat manusia”(Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf , 2000)
Dalam konteks negara Malaysia, pihak kerajaan amat mementingkan pendidikan Islam.
Pendidikan Islam mula diberikan kepada kanak-kanak sejak mereka berada di peringkat
prasekolah hinggalah ke universiti. Untuk menanamkan ajaran-ajaran Islam di kalangan
pelajar-pelajar dengan lebih berkesan, maka satu kurikulum yang lengkap,kemas dan
tersusun rapi serta berkesinambungan amatlah diperlukan.
KURIKULUM
Definisi Kurikulum
Dalam ertikata lain berubahlah kurikulum bagi setiap sekolah, maktab, universiti
dan pusat pengajian tinggi lainnya. Selaras dengan perkembangan ini, maka definisi
kurikulum juga turut berubah.
87
Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi kurikulum sebagai:
”Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru
atau yang dipelajari oleh pelajar di sekolah atau lain-lain institusi
pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks
dalam setiap tahap pendidikannya”.
Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar di
sekolah yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan anak di bawah
bimbingan guru bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.
88
Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa kurikulum bukan hanya meliputi mata
pelajaran dan pengalaman yang berlaku dalam kelas, malah ia meliputi semua
pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang diberikan kepada pelajar atau yang
mereka kerjakan atau yang mereka jumpai di sekolah atau yang dikelolakan oleh
sekolah. Ini termasuklah , semua kegiatan, pengalaman budaya, seni, sukan dan sosial
yang dikerjakan oleh pelajar di luar jadual waktu dan di luar bilik darjah yang
dikelolakan oleh pihak sekolah.
2.1 Pendahuluan
Pendidikan Islam mempunyai sejarah yang panjang seiring dengan kedatangan Islam
itu sendiri (Dr.Gamal Zakaria,2002). Pendidikan Islam berterusan seumur hidup, secara
formal dan tidak formal. Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah tidak
hanya menghadkan pengajaran akademik dalam bilik darjah. Bimbingan dan asuhan
yang dilakukan oleh para pendidik diusahakan setiap masa secara ikhlas bertujuan
menjadikan individu beriman dan bertakwa (Kamarudin Hj.Kachar,1989).
Istilah “Pendidikan Islam” merupakan rangkai kata yang membawa makna yang sangat
luas. Dalam ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep, falsafah dan matlamatnya. Ini
agak berbeza dengan kefahaman umum masyarakat hari ini yang menganggap
pendidikan Islam itu ialah Mata Pelajaran Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam
di sekolah(Mohd Yusuf Ahmad, 2004).
Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu kita
menjelaskan makna kata ‘pendidikan’ dan ‘Islam’. Menurut Al-Attas,Hassan Langgulung
dan Burlian Somad maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan
tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi
lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islam yang
berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah
perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam.
افغير دين هللا يبغون وله اسلم من فى السموت واالرض طوعا وكرها واليه يرجعون
“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal
kepada-Nyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan
suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan”
Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu ‘kesatuan’ yang terdiri daripada dua aspek
yang bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian daripada ajaran Islam dan
undang-undang serta moral hendaklah diajar dengan begitu rupa untuk membolehkan
pelajar memahami, setakat yang memadai, asas-asas Islam. Aspek yang kedua ialah
untuk melatih pemikiran pelajar dengan cara yang saintifik dan rasional supaya dia
dapat menyelaraskan perilakunya dengan moral, undang-undang dan keimanannya
terhadap Islam (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) .
Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu pengetahuan
di bawah authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras
dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya. Akidah Islam menjadi
pusat bagi semua ilmu serta sifatnya integrated. Menurut beliau pendidikan Islam itu
bolah dibahagi dua, iaitu formal dan informal (Mohd Yusuf Ahmad,2004).
Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tiada makna yang tepat bagi pendidikan
Islam namun dapat difahami oleh semua orang bahawa pendidikan Islam adalah satu
usaha untuk mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan ajaran agama Islam
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang akhirnya akan mewujudkan satu
90
masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat dan kebahagiaan serta mendapat
keredaan Allah.
Dasar adalah tempat bermula sesuatu aktiviti manusia. Maka ketika menetapkan dasar
sesuatu perkara, khasnya dasar pendidikan Islam, setiap individu akan menjadikan
pandangan hidup dan hukum-hukum dasar agamanya sebagai panduan. Pendidikan
Islam adalah satu aktiviti manusia yang mempunyai dasar-dasar tertentu. Adapun dasar
pendidikan Islam ialah al-Quran,Hadith (As-Sunnah) dan Ijtihad para ulama.
Tujuan adalah dasar yang hendak dicapai dalam semua kegiatan manusia.Tujuan
berfungsi untuk mengarahkan, mengendalikan dan mengembangkan sesuatu kegiatan.
Oleh sebab itu setiap tujuan hendaklah dirumuskan dengan tegas dan jelas. Dengan
adanya tujuan semua aktiviti dan pergerakan manusia akan menjadi terarah dan
bermakna.
Kefahaman kita mengenai tujuan hidup di dunia adalah penting untuk menetapkan
tujuan pendidikan Islam kerana setiap didikan yang diterima oleh manusia adalah untuk
mencapai tujuan hidup tersebut.
Menurut Islam, manusia diturunkan ke bumi oleh Allah swt adalah sebagai seorang
khalifah yang mempunyai tugas untuk:
i.Memakmurkan bumi demi kebahagiaan hidup seperti firmannya dalam Surah Faathir
ayat 39:
ii.Berbakti kepada Allah swt seperti firmannya dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56:
Ertinya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku”
satu sama lain saling menompang. Islam tidak memandang bahawa pencarian
pengetahuan adalah demi pengetahuan sendiri tanpa merujuk pada cita-cita spiritual
yang harus dicapai manusia, tetapi untuk mewujudkan sebanyak mungkin
kemaslahatan bagi umat manusia. Pengetahuan yang diceraikan dari agama bukan
hanya membuat pengetahuan menjadi bias, bahkan akan menjadikannya sebagai
kejahilan jenis modern. Islam menganggap orang yang tidak beriman kepada Allah swt
sebagai orang yang tidak berpengetahuan. Orang semacam ini, betapapun luas
pengetahuannya, hanya akan mempunyai pandangan yang tidak lengkap mengenai
jagat raya” (Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf,2000).
Sementara itu menurut Sayid Sabiq (1981) ,tujuan pendidikan Islam ialah agar
jiwa seseorang dapat terdidik secara sempurna. Agar seseorang dapat menunaikan
kewajipan-kewajipannya kerana Allah. Dapat berusaha untuk kepentingan
keluargannya, kepentingan masyarakatnya, serta dapat berkata jujur, dan berpihak
kepada yang benar serta mahu menyebarkan benih-benih kebaikan pada manusia.
Apabila seseorang mempunyai sifat-sifat seperti itu, bererti ia telah mencapai tingkat
orang-orang salih sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, iaitu orang-orang yang
berpegang teguh pada agamanya.
Sementara itu, menurut hasil Kongres Pendidikan Islam Sedunia Tahun 1980 di
Islamabad, menyebutkan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan mencapai
pertumbuhan keperibadian manusia yang menyeluruh, secara seimbang melalui latihan
jiwa, intelek, diri manusia yang rasional, perasaan dan indera. Kerana itu, pendidikan
harus mencapai pertumbuhan manusia dalam segala aspeknya; spiritual, intelektual,
imajinatif, fisik, ilmiah dan bahasa secara individual maupun kolektif. Mendorong semua
aspek kearah kebaikan dan mencapai kesempurnaan. Tujuan akhirnya adalah dengan
perwujudan ketundukan yang sempurna kepada Allah, baik secara peribadi, komunitas,
maupun seluruh umat manusia (Dr. Samsul Nizar,M.A, 2001)
Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa tujuan pendidikan Islam itu tidak
statik. Ia sering mengalami perubahan mengikut kepentingan dan perkembangan
masyarakat di mana pendidikan itu dilaksanakan. Walaupun begitu sebagai umat Islam
92
kita mestilah berpegang teguh dan terus merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah
dalam melaksanakan tujuan pendidikan Islam.
Ustaz Abdul Raof Dalip (1990) ada menyatakan beberapa matlamat pendidikan
Islam. Antaranya ialah untuk mentauhidkan diri kepada Allah,untuk pembentukan
akhlak yang mulia, menyedarkan manusia mengenai keperluan ilmu pengetahuan,
menyedarkan manusia mengenai peranannya sebagai Khalifah, untuk pembentukan
insan soleh, untuk pembentukan akhlak atau syahsiah Islamiah di dalam diri manusia,
untuk mempersiapkan manusia bagi kehidupan di dunia dan di akhirat, untuk memberi
perhatian serta menjaga kemanfaatan individu dan masyarakat, dan akhir sekali untuk
penyediaan tenaga mahir dan profesion dalam berbagai bidang kehidupan.
Daripada keterangan di atas maka jelaslah bahawa tujuan dan matlamat pendidikan
Islam itu tidak jauh berbeza malah hampir sama. Sebagai rumusan kita lihat petikan
berikut;
93
Kurikulum pendidikan Islam meliputi tiga perkara iaitu masalah keimanan (aqidah),
masalah keislaman (syariah) dan masalah ihsan (akhlak). Bahagian aqidah menyentuh
hal-hal yang bersifat iktikad (kepercayaan). Termasuklah mengenai iman setiap
manusia dengan Allah,Malaikat,Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Qiamat dan Qada dan
Qadar Allah swt.
Bahagian syariah meliputi segala hal yang berkaitan dengan amal perbuatan manusia
dalam kehidupan sehari-hari yang berpandukan kepada peraturan hukum Allah dalam
mengatur hubungan manusia dengan Allah dan antara sesama manusia.
94
Bahagian akhlak merupakan suatu amalan yang bersifat melengkapkan kedua perkara
di atas dan mengajar serta mendidik manusia mengenai cara pergaulan dalam
kehidupan bermasyarakat.
Ketiga-tiga ajaran pokok tersebut di atas akhirnya dibentuk menjadi Rukun Iman,Rukun
Islam dan Akhlak. Dari ketiga bentuk ini pula lahirlah beberapa hukum agama, berupa
ilmu tauhid, ilmu fiqeh dan ilmu akhlak. Selanjutnya ketiga kelompok ilmu agama ini
kemudian dilengkapi dengan pembahasan dasar hukum Islam, iaitu al-Quran dan al-
Hadis serta ditambah lagi dengan sejarah Islam.
Sementara itu menurut Dr. Hj. Maimun Aqsa, perkara yang perlu didahulukan
dalam kurikulum pendidikan Islam ialah al-Quran, Hadis dan juga Bahasa Arab. Kedua
ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia sebagai individu dan juga
sebagai anggota masyarakat. Menurut istilah moden hari ini, bidang ini dikenali sebagai
kemanusiaan (al-ulum al-insaniyyah). Bidang-bidangnya termasuklah psikologi,
sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-lain. Ketiga bidang ilmu mengenai alam tabie atau
sains natural ( al-ulum al-Kauniyyah), yang meliputi bidang-bidang seperti astronomi,
biologi dan lain-lain.
Ruang lingkup materi pendidikan Islam sebenarnya ada terkandung di dalam al-
Quran seperti yang pernah dicontohkan oleh Luqman ketika mendidik anaknya. Bagi
Negara Malaysia Keluasan ruang lingkup pendidikan Islam tertakluk kepada pihak
Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perkembangan
Kurikulum, tingkat kelas, tujuan dan tingkat kemampuan pelajar. Bagi sekolah Arab dan
agama khas tentunya mempunyai pembahasan yang lebih luas dan lebih terperinci
berbanding sekolah umum. Begitu juga terdapat perbezaan yang jelas di antara
peringkat rendah, menengah dan peringkat tinggi dan universiti.
“Bagi pengajian tinggi, Pengajaran Agama Islam hendaklah dijadikan suatu mata
pelajaran khas yang juga merupakan suatu pengajian yang mendalam mengenai
sesuatu hukum dan difahamkan maksud-maksud pengajaran Agama Islam itu
supaya mereka dapat mengamalkan pengajaran itu menjadi sebagai suatu cara
hidup dan menjadi panduan semasa mempelajari ilmu-ilmu yang lain terutama
sekali ilmu Sains” (Hj.Mohd. Jamil Al-SufrI, 1982)
Di antara perkara yang paling penting di dalam pembentukan setiap kurikulum, tidak
terkecuali kurikulum pendidikan Islam, ialah penyusunannya. Untuk penyusunan yang
rapi dan berkesan, kerjasama antara pihak sekolah dan pihak penggubal kurikulum
amatlah diperlukan. Penyusunan tersebut hendaklah menitikberatkan kesesuaiannya
menurut kemampuan pelajar.
Penyusunan kurikulum yang tepat akan membawa manusia semakin hampir kepada
Allah. Seterusnya akan melahirkan genarasi manusia “para sahabat” yang intelek,
berilmu, beriman dan baramal. Kurikulum yang disusun hendaklah berkesinambungan
dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah berterusan ke peringkat
universiti bersesuai dengan kehendak dan keperluanNegara.
Selanjutnya, oleh kerana matlamat kurikulum dan pendidikan Islam untuk melahirkan
individu yang sempurna, samaada dari segi rohani mahupun jasmani, mata pelajaran
dalam kurikulum itu hendaklah bersifat sepadu. Dengan kata lain mata pelajaran dalam
kurikulum pendidikan Islam tidaklah terbatas kepada ilmu-ilmu yang berbentuk teoritis
sahaja, baik bersifat naqli mahupun aqli tetapi juga berbentuk praktis, seperti
pendidikan jasmani,latihan ketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan.
Kurikulum yang semata-mata membekalkan pelajaran yang berbentuk spiritual boleh
menyulitkan sesuatu institusi pengajian khususnya dari segi pembangunan material (
Hj. Abdullah Ishak, 1989)
BAB V: PENUTUP
4.1 Kesimpulan
Berdasarkan kepada rencana yang ditulis ini maka dapatlah penulis membuat beberapa
kesimpulan seperti berikut:
i. Pendidikan Islam mencelup keperibadian Muslim dengan celupan yang khas yang
membezakan dari bentuk-bentuk pendidikan yang lain. (Hassan
Langgulung,1979). Pernyataan di atas memberi gambaran kepada kita
96
bahawa pendidikan Islam merupakan faktor utama yang paling penting untuk
membentuk ketinggian peribadi setiap Muslim. Pendidikan Islam mempunyai
tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang semata-mata untuk
mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan seterusnya untuk
memperolehi keredaan Allah s.w.t.
ii. Skop pendidikan Islam terlalu luas. Ia merangkumi syariah, adabiah, riadhah,
akliah dan seluruh penghidupan manusia,perbuatan, tingkahlaku dan amalan.
Untuk menghayati skop pendidikan Islam ini, maka setiap individu Muslim
haruslah memahami terlebih dahulu asas-asas dan konsep yang
bertunjangkan akidah Islamiah. Kemudian diikuti dengan akliah ilmu
pengetahuan, akhlak dan kesihatan. Pendidikan Islam itu memerlukan
amalan dan penghayatan sebab seseorang itu tidak boleh mengamalkan
sesuatu perkara tanpa memahaminya terlebih dahulu, khasnya asas-asas
pendidikan Islam, seperti mengenal Allah, memahami rukun-rukun iman dan
rukun-rukun Islam dan sebagainya (Ustaz Abdul Raof Dalip, 1990).
iv. Dalam konteks Negara Malaysia pihak kerajaan pernah menegaskan tentang
kepentingan penyusunan kurikulum secara teliti. Penekanan ini dibuat
dengan tujuan untuk melahirkan penuntut-penuntut yang berguna kepada
bangsa, agama dan negaranya:
Akhir kata kurikulum pendidikan Islam di Malaysia mampu untuk menjana modal insan
terbaik yang memenuhi kriteria ulul albab seperti yang pernah dilaungkan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia yang ke 5,Tun Abdullah Ahmad Badawi.Namun,perkara ini
97
Tiada kelemahan besar dalam sistem kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sekarang
ini.Walaupun begitu,satu masalah yang boleh kita lihat disini adalah guru atau pendidik
terpaksa memikul beban yang berat.
Guru sekarang bukan hanya bertindak sebagai guru namun banyak lagi kerja yang
perlu dilakukan oleh seorang guru selain mengajar.Ini menyebabkan guru tidak dapat
memberikan penumpuan sepenuhnya kepada perkembangan pelajar.
Ini menyebabkan murid agak ketinggalan dan guru pula yang dipersoalkan atas prestasi
murid tersebut.Ramai guru yang mengalami tekanan kerana terlalu banyak kerja
terutama yang bukan dalam bidang perguruan atau melibatkan proses pembelajaran
dan pengajaran.
Selain itu,satu lagi masalah ialah guru tidak pandai atau tiada kepakaran untuk menarik
minat pelajar dalam kelas.Ini menyebabkan murid tiada minat untuk belajar.Guru hanya
membaca buku teks sahaja dan tiada aktiviti lain.
99