Kertas Kerja Solat SMK Chalok

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

SMK CHALOK MODEL KHAS

22100 SETIU

KERTAS KERJA
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH

1.0 PENGENALAN
Masih ramai murid Tahap 2 yang tidak mengamalkan sahsiah terpuji dan tidak dapat
menunaikan solat dengan betul dan sempurna. Apa yang membimbangkan ialah ramai
pelajar tidak menunaikan solat di rumah. Pelajar yang selalu bersolat pun masih ramai
yang lemah dalam penghayatan solat. Justeru pihak sekolah di bawah Jawatankuasa Ko-
Akademik berasa perlunya ada satu program yang dapat mengubah fenomena ini. Dengan
konsep ’solat boleh mencegah perkara keji dan mungkar’ mereka telah dipilih untuk
menyertai program ini. Mereka akan didedahkan dengan kepentingan solat, amalan-
amalan rukun dan sunat dalam solat bertujuan untuk memantapkan lagi iman dan amalan
solat serta sahsiah di dalam kehidupan seharian pelajar.

2.0 RASIONAL
Ibadat solat adalah satu ibadat yang amat penting dalam kehidupan sebagai seorang
Muslim. Sebahagian kecil daripada pelajar-pelajar yang kurang mahir dari segi bacaan
dan perbuatan dalam solat menyebabkan mereka kurang berminat untuk menunaikan
solat. Justeru itu, program ini telah dirancang untuk memberi kesedaran dan
membimbing mereka dalam menunaikan solat. Program ini menitikberatkan
kepentingan solat, pengambilan wuduk, bacaan-bacaan al-Quran dan amalan-amalan
dalam solat yang merupakan kunci utama kesempurnaan ibadat solat. Di samping itu
akhlak Rasulullah sentiasa diikuti untuk membentuk sahsiah terpuji.

3.0 OBJEKTIF
1. Melahirkan pelajar yang boleh menunaikan ibadat solat dengan betul dan
sempurna
2. Membetulkan perlakuan dan bacaan dalam solat serta memantapkan sahsiah
terpuji.
3. Dapat menghayati dan melaksanakan ibadat solat dalam kehidupan seharian.
4. Memberi pendedahan tentang kepentingan solat dan akibat sekiranya
meninggalkan solat.
5. Sebagai persediaan mantap sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
6. Mengamalkan sahsiah terpuji sebagaimana yang digaris oleh Rasulullah SAW.

4.0 SASARAN
37 Orang murid tahun 4,5,6

1
5.0 TEMPAT
SMK Chalok Model Khas, Setiu Terengganu

6.0 TARIKH
25 Julai 2018 (Selasa)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


(Sumber Perbelanjaan: BPL-BBTP (Rendah)
Jumlah : RM 185.00)

Bil Perkara Jumlah


1 Minum petang ( 37 X RM 3.00) RM 111.00
2 Fail, alat tulis (37 X RM 2.00) RM 74.00
JUMLAH RM185.00

8.0 NAMA PROGRAM


Kem Pemantapan Sahsiah

9.0 ANJURAN
JAWATANKUASA UNIT MODEL KHAS SMK CHALOK

10.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Hjh. Rusmawati bintiMahmood (Pengetua)
Pengerusi : Pn. Fatimah bt Ibrahim ( PK Kokurikulum)
N/Pengerusi 1 : Pn. Zuzaina bt Samsudin (PK Rendah)
Penyelaras : Mohd Sabri bin Fuzi
Setiausaha : Pn. Kelsom bin Osman

2
JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Bidang Tugas

Persediaan Tempat - Menyediakan tempat ceramah


En. Maizul Azlan Umar - kerusi & meja untuk pengacara majlis
En Amran bin Omar - kerusi untuk guru dan kakitangan duduk
Pengawas semasa ceramah dijalankan

Siaraya - menyediakan siaraya memastikan ianya


En. Yusri bin Mat Min berfungsi semasa
En. Hamir bin Halias majlis dijalankan
Pengawas

Dokumentasi - Mengambil gambar dan membuat


En. Denny Teow bin Abdullah dokumentasi untuk rekod
-
Jamuan Murid - Menyelia dan menguruskan jamuan untuk
Pn. Kelsom bin Osman semua murid
En. Mohd Sabri bin Fauzi -

11.0 TENTATIF PROGRAM

2.00 petang - Taklimat/Pembahagian kumpulan


2.15 petang - Penghayatan Solat
3.15 petang - Teori solat
3.45 petang - Praktikal solat
4.30 petang - penilaian & rumusan
4.45 petang - Solat Asar
5.00 petang - Pulang

12.0 Penutup

Adalah diharapkan selepas mengikuti kem ini peserta yang terlibat akan lebih
berkeyakinan dan bermotivasi serta mengamalkan sahsiah terpuji dalam kehidupan
seharian mererka serta dapat menyempurnakan solat dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh:

...................................... .....................................
(Mohd Sabri bin Fauzi)
Penyelaras

3
SMK CHALOK MODEL KHAS,
21450, SETIU
TERENGGANU

KERTAS KERJA

MINI OLAHRAGA SMKC


(UNIT MODEL KHAS)

8 OKTOBER 2018 (ISNIN)


SMK CHALOK MODEL KHAS

PANITIA PJ
UNIT MODEL KHAS

Anda mungkin juga menyukai