RPH Muzik Rabu 5
RPH Muzik Rabu 5
RPH Muzik Rabu 5
Bahan Bantu Mengajar Audio lagu ‘Gajah Menari, lirik lagu ‘Gajah
Menari’
2. Murid
menyanyikan lagu
mengikut kumpulan
lelaki dan
perempuan dengan
iringan muzik.
3. Guru
membahagikan
murid kepada empat
kumpulan kecil.
4. Guru meminta
setiap kumpulan
kecil membuat
pergerakan
mengikut lagu.
5. Setiap kumpulan
membuat
pergerakan
mengikut lagu
dengan iringan
audio lagu ‘Gajah
Menari’.
2. Murid mendengar
penerangan guru.
3. Guru memberi
tepukan dan pujian
atas semangat yang
ditunjukkan oleh
murid.
Refleksi guru pelatih:
Objektif pembelajaran yang dirancang iaitu pada akhir pembelajaran murid dapat membuat
pergerakan berdasarkan lirik lagu ‘Gajah Menari’ tercapai. Hal ini demikian kerana murid
kelihatan seronok semasa membuat pergerakan seperti seekor gajah dan tikus.Sebagai
contoh Adam dan Sufi sangat aktif dan bersemangat semasa menjalankan aktiviti.
Selain itu, terdapat kekuatan yang dapat lihat sepanjang pengajaran berlangsung.
Antaranya ialah dari segi penglibatan murid yang sangat aktif sepanjang menjalankan
aktiviti. Murid sangat seronok menyanyi sambil membuat pergerakan tikus dan gajah.
Semasa aktiviti kumpulan, mereka dapat melakukan bersama-sama dengan ahli kumpulan
yang lain. Tambahan pula, tunjuk cara yang digunakan oleh guru dapat membantu murid
memahaminya dengan baik.
Seterusnya, terdapat juga kelemahan yang dapat saya lihat sepanjang PdPc yang
dijalankan. Antaranya ialah dari segi penggunaan ruang yang sempit untuk melakukan
pergerakan. Hal ini kerana keberadaan kerusi menyebabkan ruang menjadi sempit dan
pergerakan menjadi terhad. Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh guru
ialah dengan mengalihkan kerusi ke bahagian tepi dan murid berada di bawah mengikut
kumpulan. Hal ini untuk memudahkan murid bergerak dan bekerjasama dalam kumpulan
masing-masing.
Akhir sekali, setiap kelemahan yang dikenal pasti akan saya perbaiki untuk aktiviti
pengajaran yang akan datang. Cadangan penambahbaikan akan diambil kira sebagai
langkah penyelesaian dalam merancang strategi pengajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan.