Alat Berfikir
Alat Berfikir
Alat Berfikir
0 PENGENALAN
Menurut Mohd Azhar Ab. Hamid dalam Mohd Azhar Abdul Hamid
(2004),, pemikiran kritis merupakan kebolehan manusia untuk mencipta
gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai serta
membuat keputusan. Kemahiran berfikir secara kritis juga akan
memperluaskan idea dan memperkembangkan imiginasi seseorang.
1
2.3 KONSEP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Era globalisasi kini, pelbagai alat befikir digunakan dalam pembelajaran hari
ini. Alat-alat berfikir ini digunakan dengan bantuan teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini. Menurut
Shahwiran Shahrany dalam Ismail Zin (2006), menerangkan penggunaan TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bermaksud menggunakan TMK secara
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, teknologi komunikasi maklumat digunakan secara
meluas dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Selain itu, menurut
Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat
membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan. Dengan
menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih
tersusun, jelas dan mudah difahami. Antara alat berfikir ialah melalui:
Apa yang dimaksudkan dengan peta minda? Peta minda adalah suatu
lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan
beebrapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk
menggambarkan idea-idea penting serta cabang-cabang kecil ini sebagai
huraiannya. (Tee et al. , 2012). Peta minda merupakan satu alternatif yang
berkesan digunakan untuk membuat nota ringkas dan sebagainya.
Selain itu, melalui peta minda ini pelajar mudah untuk mengingat
sesuatu perkara serta dapat menyeimbangkan ingatan otak kanan dan otak
kiri. Hal ini kerana, seseorang pelajar itu akan mereka cipta peta minda yang
2
begitu cantik mengikuti kreativiti serta kemahuan diri sendiri. Seseorang juga
dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau
mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu
kaedah untuk digunakan bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti
berasaskan pensil warna. Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan
tangan, sama ada sebagai nota kasar, sebagai contoh, ketika menghadiri
kuliah atau mesyuarat.
Selain itu, individu pada zaman kini tidak begitu kreatif dalam sesuatu
perkara sekaligus akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk
membuat nota dalam bentuk peta minda dan merasakan pembuatan peta
minda ini satu perkara yang membosankan dan tidak memberi manfaat. Maka,
melalui ledakan teknologi kita dapat lihat bahawa seseorang itu lebih gemar
melakukan sesuatu perkara yang mudah dan menarik. Oleh yang demikian,
kita sewajarnya menggunakan kemudahan TMK yang ada dengan baik dalam
3
mempromosi penggunaan peta minda yang lebih efektif sejajar dengan
teknologi yang muncul pada hari ini.
Teknologi maklumat komunikasi (TMK) yang kian canggih dari semasa ke semasa
membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan lebih baik dan
pelbagai cara. Selain itu, melalui alat berfikir juga digunakan dengan bantuan
teknologi maklumat komunikasi. Maka, isu yang dibincangkan ialah penggunaan
peta minda dalam kalangan pelajar semakin berkurang. Jadi, bagaimana peranan
teknologi maklumat komunikasi untuk mengembalikan keyakinan kepada pelajar
dalam membuat peta minda dengan lebih berkesan?
Tidak dapat dinafikan bahawa peta minda merupakan salah satu cara
yang pantas dalam membuat nota di samping memudahkan pemahan.
Namun, penggunaan peta minda ini menjadi sukar jika kita tidak pandai untuk
mengaplikasikannya. Dengan adanya teknologi maklumat komunikasi, para
pelajar boleh membuat peta minda dengan menggunakan aplikasi Mindomo
Melalui pembuatan peta minda ini, ia akan memudahkan para pelajar
mehamai sesuatu perkara dengan lebih jelas dan mendalam.
4
Melalui aplikasi ini, para pengguna juga boleh memilih reka bentuk
yang sesuai serta mengubah warna latar dan jenis tulisan mengikut keinginan
masing-masing. Seterusnya, ia bukan sahaja boleh memilih reka bentuk tetpi
boleh juga memuat naik gambar, ikon dan penerangan bagi sesuatu isi.
Perkara ini membolehkan peta minda yang dihasilkan lebih interaktif.
5
terutamanya dalam komputer pelayan boleh sentiasa dikemaskini dan diakses
oleh pelajar.
Melalui komputer ini juga kita dapat mencari maklumat yang diinginkan.
Menurut Doyle (2007), secara ringkas mendefinisikan kepandaian dan
kemampuan seseorang pelajar memperoleh maklumat berasaskan
penggunaan sesuatu teknik berasaskan komputer dalam penulisan adalah
untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mengenal pasti ketepatan sumber
maklumat, menilai kualiti maklumat, tahu menguruskan maklumat dan
menggunakan maklumat secara lebih efektif.
6
pelajar berada pada tahap yang baik. Namun demikian, berdasarkan soalan kajian
tentang masalah pelajar dalam melakukan peta minda menunjukkan bahawa 49%
bersamaan 72 orang pelajar yang tidak tahu membuat peta minda. Hal ini
merupakan jumlah yang cukup besar kerana peta minda merupakan salah satu
platform terbaik dalam melakukan nota-nota ringkas dan sebagainya.
7
ini kerana, aplikasi ini boleh digunakan untuk membuat nota bagi pelbagai subjek.
Sesuai dengan kehidupan di IPG, aplikasi ini sewajarnya menjadi satu aplikasi yang
wajib digunakan oleh pelajar dalam membuat peta minda. Selain itu, melalui
penggunaan aplikasi Mindomo juga ia dapat mengelakkan pembaziran masa untuk
berfikir cara atau bentuk peta minda yang dikehendaki. Jelaslah di sini bahawa,
penggunaan peta minda amat penting dalam kehidupan seharian sebagai seorang
pelajar.
KESIMPULAN
Akhir kalam, penggunaan peta minda merupakan salah satu teknik yang
sangat berkesan dalam meningkatkan kefahaman seseorang pelajar. Hal ini kerana,
para pelajar akan membaca, memahami dan menulis semula apa yang dibaca dan
diterbitkan dalam bentuk peta minda. Sehubungan itu, dengan adanya teknologi
maklumat dan komunikasi, seseorang individu seharusnya menanam sikap untuk
meneroka teknologi tersebut melalui penghasilan peta minda yang kreatif. Oleh yang
demikian, penghasilan peta minda juga akan menggalakkan seseorang individu
untuk minat dalam membaca sekaligus dapat meningkatkan kecemerlangan
pencpaian individu tersebut. Tegasnya, penggunaan peta minda seharusnya
dipandang serius dan diaplikasikan dalam pembelajaran kita sebagai seorang
pelajar.
REFLEKSI
Menurut Mok dalam Wahidah Bt Abu Bakar (2011), proses pembelajaran yang
menekankan tahap penguasaan yang berbeza antara pelajar penting kerana pelajar
boleh menikmati proses pembelajaran mengikut keadaan kebolehan mereka
seterusnya memberi kesan yang besar dalam menghasilkan proses pembelajaran
yang berkesan. Maka, jelas disini bahawa peta minda membantu pelajar dalam
menghasilkan nota yang berkesan dan melalui proses belajar yang berkesan. Selain
itu, peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea
8
penting diletakkan di tengah-tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang
berkaitan dikembangkan di luar idea utama.
Melalui penulisan ini, saya dapat mengetahui apa peta minda yang sesuai
digunakan sejajar dengan perkembangan teknologi. Pelbagai peta minda yang boleh
digunakan seperti peta minda menggunakan aplikasi Mindomo dan peta minda
interaktif. Kedua-dua peta minda ini mempunyai ciri yang berbeza .
9
BIBLIOGRAFI
BUKU
Ismail Zin (2006). Aplikasi multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors
James Saree (2006). Penggunaan media elektronik sebagai perantara dalam P&P
Bahasa Inggeris. UNIMAS, Sarawak.
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2004). Pengenalan pemikiran kritis & kreatif. Skudai:
Penerbit UTM.
Tee Tze Kiong, Jailani Md Yunus, Yee Mei Heong, Atan Hussein, & Sri Sumarti.
(2012). Pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi menerusi peta minda
dalam pengajaran dan pembelajaran. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
JURNAL
INTERNET
Shelly Lyh. (2008, Mei 10). Penggunaan Peta Minda dalam Penulisan Bahasa
Melayu I Shelley LYH - Academia.edu. Dimuat turun daripada:
http://www.academia.edu/14253666/Penggunaan_Peta_Minda_dalam_Penuli
san_Bahasa_Melayu
Nazafi Ady. (2012, Jun 18). Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT|
nazafi ady - Academia.edu. Dimuat turun daripada: http://www.academia.edu
/22639801/Kepentingan_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_ICT
10