Tugasan 2
Tugasan 2
Tugasan 2
Di dunia ini terdapat pelbagai sistem ekonomi yang diterapkan oleh sesebuah
negara. Setiap negara juga memiliki kebijakan tersendiri untuk menentukan sistem
ekonominya tergantung pada situasi dan keadaan yang sedang terjadi pada
negaranya. Menurut Chuah (2012), ekonomi bermaksud sains sosial yang mengkaji
usaha-usaha manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan demi memenuhi kehendak manusia yang
tidak terhad. Keutuhan ekonomi sesebuah negara memainkan peranan yang sangat
penting dalam menjamin kestabilan dan kekuatan negara tersebut. Negara yang
mempunyai kekuatan ekonomi tidak mudah ditekan oleh kuasa luar dan berupaya
menjaga keperluan rakyatnya. Jadi, ekonomi di Tanah Melayu telah bermula sejak
empayar Melaka lagi dan Tanah Melayu telah pesat membangun sejak tahun 1400
oleh Parameswara. Kita bertungkus lumus dalam membangunkan ekonomi selepas
berjaya mendapatkan semula hak mentadbir sendiri tanah air kita. Sebelum
kemerdekaan, ekonomi Malaysia telah melalui beberapa transformasi sebelum
menjadi sebuah ekonomi yang kuat seperti sekarang. Antaranya ialah sistem ekonomi
tradisional semasa era pra penjajahan, sistem ekonomi semasa penjajah dan sistem
ekonomi selepas kemerdekaan.
Dianggarkan era pra penjajahan ialah tahun 1400 sehingga 1511. Ketika era
pra penjajahan ekonomi tradisional telah diwujudkan. Perkataan “tradisional” merujuk
kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua didefinisikan sebagai sesuatu yang bersifat atau
bercorak tradisi. Maka, sistem ekonomi tradisional merupakan sistem ekonomi di
mana semua aktiviti perekonomian dilaksanakan dengan tujuan untuk memenuhi
kebutuhan hidup dengan melakukan kebiasaan atau tradisi secara turun temurun.
Sistem ekonomi ini merupakan sistem ekonomi di mana kegiatan ekonominya bersifat
sangat sederhana. Menurut Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman (2015),
ekonomi tradisional dapat dibahagikan kepada dua iaitu sistem ekonomi sara diri dan
ekonomi komersial.
Ekonomi sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang hanya mampu untuk
menampung keperluan ahli keluarga sahaja. Sebagai intihalnya, bercucuk tanam,
1
memungut hasil hutan, melombong bijih timah, menangkap ikan, menternak binatang
dan penghasilan kraf-kraf tangan. Apabila lebihan hasilnya dari ekonomi sara diri akan
ditukarkan dengan barangan lain menggunakan kaedah sistem barter. Sistem barter
ini tidak melibatkan mata wang. Selain itu, dari aspek pertanian, memang sinonim
dengan masyarakat Melayu kerana 90% Masyarakat Melayu terlibat dalam
penanaman padi dan padi merupakan tanaman utama. Sekelompok kecil lagi yang
menjadi nelayan dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Selain itu, sistem kerah
yang diwajibkan ke atas rakyat untuk berkhidmat dengan pembesar termasuk raja
merupakan ciri penting. Khidmat yang diberikan seperti membuat jalan, menjaga
perahu, jambatan, gajah, menghantar surat dan berita dan menjaga kepentingan
pembesar semasa melawat daerah dan sebagainya.
Titik permulaan era penjajahan adalah dari campur tangan kuasa-kuasa Barat.
Tanah Melayu telah dijajah oleh empat negara iaitu Portugis pada tahun 1511
sehingga 1541, Belanda pada tahun 1541 sehingga 1824, British pada tahun 1842
sehingga 1957 dan Negara Jepun pada tahun 1941 sehingga 1945. Ekonomi negara
telah dieksploitasi. Portugis ingin menguasai perdagangan rempah yang telah
dimonopoli oleh pedagang Islam di Timur. Kegunaan rempah adalah untuk mengawet
makanan, menyedapkan makanan dan memanaskan makanan. Kemudian, Portugis
telah ditewaskan oleh Belanda dengan bantuan Johor. Belanda ingin menguasai
Melaka disebabkan tempat yang strategiknya dan juga bahan-bahan rempah, buah
2
pala dan chengkih secara langsung dari Timur. Para pedagang Belanda mengelarkan
diri mereka sebagai Syarikat Hindia Timur. Di samping itu, Belanda juga memonopoli
bijih timah dengan menjual dan membeli bijih timah dengan harga yang lebih rendah
berbanding Portugis.
Selain itu, kedatangan British ke Tanah Melayu pada tahun 1842 juga adalah
disebabkan mereka ingin menguasai perlombongan bijih timah kerana Perkembangan
Revousi Perindustrian pada abad ke-19 di Eropah. British telah membawa masuk
buruh Cina dan India yang berasal dari China dan India. Mereka telah menempatkan
orang Cina bekerja di lombong manakala orang India bekerja di ladang-ladang getah.
Tekonologi-teknologi yang dapat menjimatkan kos serta meningkatkan pergeluaran
telah dibawa masuk oleh British. Bank telah menjadi sebagai punca modal kepada
sistem perlombongan serta perladangan yang baru. Namun, orang Melayu masih
kekalkan Ekonomi sara diri iaitu bekerja di sektor pertanian, menangkap ikan dan
pertukangan atau kerja tangan. Di samping itu, British juga memperkenalkan ekonomi
berasaskan eksport. British memberi perhatian kepada sektor perlombongan,
pembukaan ladang tanaman secara besar-besaran dan penyediaan pelbagai bentuk
kemudahan. Infrastruktur seperti jalan raya, telegraf, demarga dan keretapi telah
dibentuk. Hal ini telah mewujudkan jurang kemiskinan yang amat ketara antara
masyarakat bandar serta luar bandar disebabkan wujudnya dwiekonomi yang
bermaksud keadaan moden yang pesat membangun di kawasan bandar dan ekonomi
tradisional atau sara diri di luar bandar. Kesan yang paling ketara adalah wujudnya
jurang ekonomi antara kaum Melayu, Cina dan India.
Bagi negara Jepun pula, setelah mereka berjaya menguasai Tanah Melayu,
mereka telah mengeksploitasikan ekonomi untuk kegiatan perindustrian dan
membiayai peperangan. Semasa pemerintahan Jepun, Tanah Melayu telah
mengalami kemerosotan ekonomi dan hal ini telah mengakibatkan masyarakat
terpaksa mengembali kepada Ekonomi Sara Diri dan membuat catuan makanan. Pada
masa itu, British telah menjalankan Dasar Bumi Hangus. Dasar Bumi Hangus
merupakan satu strategi ketenteraan di mana semua aset yang digunakan atau boleh
digunakan oleh musuh disasarkan, seperti sumber makanan, pengangkutan,
komunikasi, sumber industri, dan juga orang awam di kawasan itu. Semua bekalan
mentah telah musnah akibat Dasar ini. Ekonomi Tan2ah Melayu semakin lumpuh
disebabkan semua urusan perdangangan dihalang oleh tentera berikat. Selain itu,
dasar pemerintahan Jepun yang memilih kasih juga telah menyebabkan harga
barangan melambung naik, pengeluaran barangan utama terhad dan penyebaran
penyakit malaria serta beri-beri.
3
Sistem Ekonomi Selepas Penjajahan
4
yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan
yang menyeluruh, namun banyak kejayaan telah dicapai.
Seterusnya, Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April 2001 oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen.
Tempoh masa perlaksanaan Dasar Wawasan Negara adalah dari tahun 2001-2010,
(10 tahun). Dasar Wawasan Negara meliputi tempoh masa Rangka Rancangan
Jangka Panjang ketiga (RRJP 3), iaitu dari tahun 2001- 2010. Dasar ini memberikan
tumpuan terhadap peningkatan keutuhan dan daya saing negara. Menurut Mohd
Ashraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Mohd Saleh Ismail, Chin dan Amaran@Amran
Abdul Malek (2013), DWN adalah satu-satunya dasar yang menggabungkan teras
kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu DEB dan DPN dengan objektif utamanya
adalah untuk mencapai perpaduan. Membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa,
susun semula masyarakat dan pembangunan seimbang masih menjadi strategi utama.
Dasar ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana
pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran.
Selanjutnya, model ekonomi baru (MEB) ini telah dilancarkan oleh YB Datuk
Seri Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 30 Mac 2010 bagi
5
meneruskan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan ekonomi DEB dan DPN. Model
ini merupakan satu perubahan pelan rancangan yang hendak dicapai dan digerap
menerusi Program Tranformasi Ekonomi (PTE). Matlamat utama MEB adalah
Membangunkan Negara melalui ekonomi berpendapatan tinggi, menyasarkan
pendapatan perkapita setiap rakyat sebanyak AS$15,000 hingga AS$20,000,
mewujudkan upah yang lebih tinggi bagi meningkatkan produktiviti penggunaan
kemahiran dan berinovasi, ekonomi berasaskan pengetahuan serta pelaburan dalam
teknologi baru, kemahiran yang pelbagai serta berinovasi dan kreativitI, melahirkan
tenaga kerja yang berdaya saing serta berlandasan 4 tonggak utama iaitu Konsep 1
Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi
(PTE), Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10).
Rumusan
6
RUJUKAN
Edmund Terence Gomez & Johan Saravanamuttu. (2013). The New Economic Policy
in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice.
Singapore: National University of Singapore, hlm 320.
Mohd Ashraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Mohd Saleh Ismail, Chin dan
Amaran@Amran Abdul Malek. (2013). Hubungan Etnik. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Hashim Musa & Rozita Che Rodi (2013). Dasar Pembangunan Negara Malaysia
Secara Ekuitabel ke Arah Negara Maju Melalui Wahana Bahasa Kebangsaan.
Universiti Putra Malaysia (UPM): PROSIDING PERKEM VIII: JILID 1 (2013)
279 - 296 ISSN: 2231-962X
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman. (2015). Sejarah Perkembangan
Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu
Era Pra- Kolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman): 3
(2). pp. 95-119. ISSN 2289-1706
Mohd Azmi. (2013). Dasar Pecah dan Perintah. [Online], [Diakses 27.2.2019], Boleh
didapati: https://mohdazmi76.wordpress.com/2013/12/16/dasar-pecah-dan
perintah/
Noor Mohamad Shakil Hameed. (2018, Julai 9). Tanggungjawab Bangunkan Negara.
Utusan Online. [Diakses 28.2.2019], Boleh didapati:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tanggungjawab-bangunkan
negara-1.705263