Transkrip Temu Bual k1

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

Transkrip temu bual

Kitaran 1

P Assalamualaikum PK 1

PK1 Waalaikumussalam cikgu

P Ok, cikgu nak tanya kamu beberapa soalan berkaitan multimedia Superhero Cilik. Kamu
boleh berikan apa sahaja jawapan

PK1 Ok baik cikgu.

P Apakah pendapat kamu mengenai multimedia interaktif Superhero Cilik?

PK1 Saya suka. Banyak kartun gerak-gerak. Banyak bunyi lawak-lawak. Lepastu, saya faham
apa yang dia ajar.

P Bagaimana Superhero Cilik ini dapat membantu kamu menguasai tajuk perimeter?

PK1 Dia ajar maksud perimeter. Lepastu, dia terang satu-satu cara nak kira. Semua bentuk dia
ajar. Bila ikut cara dia baru boleh kira betul.

P Oh, sebabtu kamu dapat semua betul untuk ujian yang cikgu bagi baru-baru ni. Adakah
kamu yakin kamu dapat menjawab apa-apa sahaja soalan perimeter selepas ni ?

PK1 Inshaallah cikgu. Saya cuma ikut langkah Superhero Cilik tu ja. Setakat ni, saya yakin kot
boleh jawab.

P Adakah kamu suka menggunakan langkah pengiraan perimeter yang diajar melalui
Superhero Cilik? Mengapa?

PK1 Suka. Langkah dia banyak tapi sat ja nak buat. Tak susah pun.

P Ok. Terima kasih sudi jawab soalan-soalan cikgu.

PK1 Sama-sama cikgu.


P Assalamualaikum PK 2. Makan dah?

PK2 Waalaikumussalam. Dah, cikgu.

P Boleh tak cikgu nak minta kamu jawab beberapa soalan berkaitan multimedia Superhero
Cilik.

PK2 Boleh je cikgu.

P Apakah pendapat kamu mengenai multimedia interaktif Superhero Cilik?

PK2 Saya senang faham tajuk perimeter lepas saya guna benda tu. Ada macam-macam dia
ajar. Maksud dengan cara nak kira tambah-tambah tu.

P Bagaimana Superhero Cilik ini dapat membantu kamu menguasai tajuk perimeter?

PK2 Superhero Cilik ni ada ajar langkah nak kira perimeter. Ada empat langkah tu. Bila ikut
langkah tu, saya senang nak kira perimeter. Dia siap terang Perimeter tu maksud dia
ukur keliling.

P Ok. Boleh cikgu tahu kenapa kamu silap kira bagi soalan kedua ni ?

PK2 Saya ingat sisi ni sama dengan sisi ni (merujuk soalan). Silap, cikgu. Sepatutnya, sisi ni 5
cm, mesti sisi ni pun 5 cm kan, cikgu?

P Ya pandai pun. Kamu rasa apa jawapan yang betul ?

PK2 5 tambah 7 tambah 5 jadi 17. Betul tak cikgu ?

P Betul. Bagaimana kamu kira ?

PK2 Saya buh titik dulu. Lepastu tulis panjang semua sisi. Pastu tambah sampai titik. Ikut
yang Superhero Cilik tu la.
P Adakah kamu suka menggunakan langkah pengiraan perimeter yang diajar melalui
Superhero Cilik? Mengapa?

PK2 Suka. Sebab kalau buat ikut langkah mesti dapat jawapan betul. Tengok, lima lagi soalan
saya betul.

P Baiklah, terima kasih PK2.


PK2 Ok, sama-sama cikgu.
P Assalamualaikum PK3. Sihat harini?

PK3 Waalaikumussalam. Sihat, cikgu.

P Boleh cikgu tanya kamu beberapa soalan berkaitan multimedia Superhero Cilik ?

PK3 Boleh je.

P Apakah pendapat kamu mengenai multimedia interaktif Superhero Cilik?

PK3 Saya rasa benda ni best. Dia terang maksud. Pastu, dia ada ajar cara nak kira.

P Bagaimana Superhero Cilik ini dapat membantu kamu menguasai tajuk perimeter?

PK3 Benda ni memang dah ajar cara nak kira perimeter macam-macam bentuk. Sebabtu saya
dah boleh kira perimeter sikit-sikit.

P Eh, kenapa sikit-sikit ?

PK3 Sebab saya tak praktis cukup lagi (sambil senyum).

P Baiklah. Cuba kamu lihat ujian diagnostik yang kamu jawab ni. Di manakah kesilapan
kamu ?

PK3 Soalan 5 ni saya silap. Saya tak tulis sisi yang kat bawah ni. Saya tak perasan.

P Kalau ikut Superhero Cilik, langkah apa yang kamu dah skip ?

PK3 Oh ya. Saya tak lukis titik. Kalau tak mesti saya tulis panjang sisi ikut urutan. Mesti saya
dah betul soalan ni.
P Kamu rasa apa jawapan yang betul ?

PK3 5 tambah 5 tambah 5 tambah 5 tambah 5 jadi 25 cm.

P Betul. Ada lagi tak cara lain yang lebih cepat ?

PK3 Darab. 5 darab 5. Tapi saya takut sifir saya salah. Sebabtu saya suka tambah.

P Adakah kamu suka menggunakan langkah pengiraan perimeter yang diajar melalui
Superhero Cilik? Mengapa?

PK3 Suka. Langkah-langkah dia senang. Tapi saya tak suka bila kena tulis satu-satu ukuran
sebab bentuk hat besar tu banyak kena tulis.

P Ok, terima kasih PK3.


PK3 Ok, sama-sama cikgu.
P Assalamualaikum PK4. Apa khabar?

PK4 Waalaikumussalam. Khabar baik, cikgu.

P Boleh cikgu tanya kamu beberapa soalan berkaitan multimedia Superhero Cilik ?

PK4 Cikgu nak tanya apa?

P Apakah pendapat kamu mengenai multimedia interaktif Superhero Cilik?

PK4 Benda ni seronok. Dia ajar satu-satu. Ada gambar-gambar dengan warna-warni. Saya
senang faham sikit.

P Bagaimana Superhero Cilik ini dapat membantu kamu menguasai tajuk perimeter?

PK4 Saya dah faham dah perimeter tu apa dengan cara nak kira perimeter dengan betul. Dia
dah ajar macam-macam, konsep perimeter dengan cara macamana nak kira perimeter
segiempat, segitiga dengan bentuk hat besar tu.

P Okay. Kalau begitu, kenapa kamu suka panggil cikgu bila kamu jawab ujian.

PK4 Sebab saya takut langkah saya salah. Saya tak yakin lagi.

P Kenapa kamu kata kamu tak yakin ? kan kamu dah belajar guna Superhero Cilik.

PK4 Tapi saya tak buat latihan lagi. Sebabtu saya tak yakin. Lepasni kalau ada soalan lagi,
baru saya yakin sikit. Sebab saya dah jawab ujian ni.

P Untuk soalan 5 dan 6 ni, ada lagi tak cara lain yang lebih cepat ?

PK4 Ada. Tapi kena darab. Saya tak hafal sangat darab. Nanti jawapan saya salah pulak.

P Adakah kamu suka menggunakan langkah pengiraan perimeter yang diajar melalui
Superhero Cilik? Mengapa?

PK4 Suka. Sebab ada empat langkah ja. Tanda, ukur, tambah pastu siap. Mesti jawapan tu
betul. Sebabtu saya dapat semua betul ujian tu. Cuma, saya lambat sikit. Kalau saya
darab, cepat sikit kot.

P Ok, baiklah terima kasih PK4.

PK4 Sama-sama, jumpa lagi, cikgu.


Transkrip temu bual

Kitaran 2

P Assalamualaikum PK1

PK1 Waalaikumussalam cikgu

P Boleh cikgu tanya kamu beberapa soalan berkaitan multimedia Superhero Cilik ?

PK1 Boleh je.

P Apakah pendapat kamu mengenai elemen “JOM PRAKTIS”?

PK1 Menarik sangat, cikgu. Ini pertama kali saya main game matematik macamni. Kuiz pun
banyak soalan yang ada jalan kira.

P Bagaimanakah “JOM PRAKTIS” dapat membantu kamu menguasai perimeter ?

PK1 Soalan-soalan game dia kena kira atas kertas. Bila banyak kali buat, saya rasa perimeter
ni senang ja nak kira. Tambah boleh, darab boleh.

P Bagaimanakah kamu boleh jawab soalan yang cikgu bagi ni dengan cepat?

PK1 Saya darab. Sebab kalau sisi sama boleh darab. Baru cepat. Tapi kalau darab 8 saya tak
hafal sangat.

P Ok. Terima kasih PK1.

PK1 Sama-sama cikgu.


P Assalamualaikum PK2

PK2 Waalaikumussalam cikgu

P Ok, cikgu nak tanya kamu beberapa soalan berkaitan multimedia Superhero Cilik. Kamu
jawab je.

PK2 Ok cikgu.

P Apakah pendapat kamu mengenai elemen “JOM PRAKTIS”?

PK2 Syok, cikgu. Ada banyak soalan senang. Siap tunjuk jalan kira.

P Bagaimanakah “JOM PRAKTIS” dapat membantu kamu menguasai perimeter ?

PK2 Dia ada soalan kuiz dengan game. Kuiz tu senang. Dia ada tunjuk jalan kira darab. Cuma
game susah sikit. Tapi ada jawapan betul. Bila jawab banyak soalan, saya dah pandai
kira perimeter. Sebabtu, ujian baru ni saya betul semua.

P Oh, sebabtu kamu jawab soalan-soalan ni guna operasi darab?

PK2 Ha, saya cuba jawab guna darab sebab cepat sikit.

P Ok. Terima kasih sudi jawab soalan-soalan cikgu.

PK2 Sama-sama cikgu.


P Assalamualaikum PK3

PK3 Waalaikumussalam cikgu.

P Boleh cikgu tanya kamu beberapa soalan berkaitan multimedia Superhero Cilik ?

PK3 Cikgu nak tanya apa?

P Apakah pendapat kamu mengenai elemen “JOM PRAKTIS”?

PK3 Saya rasa “JOM PRAKTIS” ni best. Ada kuiz dengan game Asteroids. Game susah sikit.
Kena jawab cepat. Boleh lawan dengan kawan.

P Bagaimanakah “JOM PRAKTIS” dapat membantu kamu menguasai perimeter ?

PK3 Soalan-soalan kuiz sangat membantu. Sebabtu saya dapat jawapan betul untuk semua
soalan. Saya dah tak cuai dah. Game pun best. Baru tak boring.

P Ok. Terima kasih sudi jawab soalan-soalan cikgu.

PK3 Sama-sama cikgu.


P Assalamualaikum PK4

PK4 Waalaikumussalam cikgu.

P Boleh cikgu tanya kamu sikit?

PK4 Apa, cikgu ?

P Apakah pendapat kamu mengenai elemen “JOM PRAKTIS”?

PK4 Saya rasa seronok. Sebab boleh main game. Baru tak mengantuk. Cuma, soalan susah
sikit. Kena lukis sendiri. Kuiz tu best. Banyak soalan perimeter untuk saya cuba.

P Bagaimanakah “JOM PRAKTIS” dapat membantu kamu menguasai perimeter ?

PK4 Kuiz tu ada banyak soalan perimeter. Dia siap tunjuk jalan kira. Selagi tak boleh jawab,
saya tak boleh teruskan. Jadi saya kena berlatih kira sampai betul.

P Jadi, adakah kamu masih memerlukan bantuan dan bimbingan guru ?


PK4 Dak dah. Saya pandai dah. Ujian ni saya betul semua lagi. Saya siap buat darab lagi
untuk soalan macam segiempat sama tu.
P Ok. Terima kasih sudi jawab soalan-soalan cikgu.

PK4 Sama-sama cikgu.

Anda mungkin juga menyukai