Tips Temuduga SPP

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Sebelum, tu, nak beritahu.

SPP nak tengok 2 aspek dalam diri kita iaitu karakter kita sebagai
penjawat awam dan karakter kita sebagai guru. Jadi jangan expect soalan tentang guru aje.
Soalan tentang perkhidmatan awam pun akan ditanya sebab kerjaya guru kena balance
antara customer-oriented dengan process-oriented. Nama jawatan kita misalnya. Jawatan
kita namanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Bukan cikgu.

Okeylah. Biar Abang Zailee tulis guna nombor macam Mahathir. Panjang sikit ni.

1. Penampilan - Yang ini tahu-tahu sendirilah. Baju kurung, pakai blazer, dan kasut kena ada
tumit. Tanda nama adalah crucial. Ada penemuduga akan tanya sebab cikgu kena pakai
tanda nama, pakai pakaian sukan, atau baju kurung. Jawablah sebab itu ialah arahan
pekeliling. Dia tanya pekeliling mana, jawablah itu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 1985.
Jangan pusing-pusing cakap sebab nak selesa la, sebab nak sopan la. Apa-apa soalan aje
mesti jawab sebab PEKELILING. Tunjuk karisma kita yang dah ready nak jadi penjawat awam.
Cara susun sijil dan dokumen sila ikut senarai semak.

2. Kredibiliti - Ini tentang karakter masa sesi temuduga. Suara kena jelas. Cara duduk dan
cara jawab tu boleh tanya kawan. Paling penting, tanya runner yang urus borang tu siapa
yang akan temuduga awak. Datuk ke? Datuk Seri ke? Kena tahu sebab masa temuduga nanti
nak kena address jawatan dia. Nanti kang yang interview tu Datuk Seri tapi duk panggil dia
tuan aje. Ada jugak ditanya pengalaman mengajar. Pernah ke jadi cikgu ganti? Masa tunggu
konvo buat kerja apa? Aku jujur je jawab aku jadi petani dan menoreh getah.

3. Pengajaran - Sesi temuduga dibuat secara kelompok. Maknanya satu sesi kita bukan
temuduga sorang-sorang. Ada 3-4 orang lagi calon akan ditemuduga serentak. Kenapa
macam tu? Sebab SPP nak test calon. Penemuduga akan tanya, "siapa nak jadi cikgu?" Calon
yang paling cepat angkat tangan akan disuruh mengajar. Kahkahkah. Aku dah kena dulu ni.
Bila macam tu, mengajar sajalah. Calon lain akan jadi pelajar kita. Macam micro-teaching
lah. Kalau nak confirm dapat, lebih baik offer diri untuk mengajar. Seriously.

4. Ilmu subjek - Part ni yang utama. Dalam bilik temuduga tu akan ada dua penemuduga.
Seorang dari SPP, seorang lagi ialah guru pakar subjek. Soalan mereka berbentuk random.
Misalnya kalau kita ditemuduga sebagai cikgu BM, dia tanyalah ada berapa kata hubung.
Kalau ditemuduga sebagai cikgu Sejarah, dia tanyalah bila JWW Birch kena bunuh. Senang je
kan? Ada jugak soalan berapa kaedah dan teknik pengajaran. Apa itu pemulihan? Apa itu
pengayaan? Apa itu pengukuhan? Apa beza ketiga-tiga tu? Untuk subjek kita, apa kaedah
yang paling kerap diguna?

Paling-paling kena tekan, apa elemen pengajaran dan pembelajaran abad ke-21? Yang ini
tolonglah beri perhatian lebih. Dan jangan tak tahu, sekarang tak sebut pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dah. Sekarang disebut Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

5. Ilmu falsafah & dasar - Part ni pun susah jugak. Kena tahu 100% tentang Falsafah
Pendidikan Negara, NKRA Pendidikan (ada 4), PPPM 2013-2025, MBMMBI, LINUS, 1 Murid 1
Sukan, dan RMK-11. Sikit je. Tak banyak punnnnn. Benda ni semua cikgu memang kena tahu
kot. Jangan lupa ambil tahu isu semasa.

6. Ilmu pemikiran kritikal - Sekarang ini KPM tengah tekankan KBAT (HOTS). Jadi, akan ada
jugaklah at least satu soalan KBAT akan ditanya. Misalnya soalan "apa impak subjek awak
ajar ni kepada Wawasan 2020?" Kahkahkah. Meroyan la nak jawab kalau tak bijak. Tapi
soalan terbuka macam tu jangan buat diam. Kena goreng jugak. Penemuduga nak tengok
attitude kita bila dapat soalan sebenarnya. Bukan nak tengok jawapan kita.

7. RPH - Jangan lupa bawak buku Rancangan Pengajaran Harian waktu praktikal. Aku dulu
lupa bawak. Tak pepasal kena tulis baru. Rilekss je penemuduga bagi kertas A4 sehelai. Lepas
tu suruh tulis rancangan pengajaran bagi Unit 28 Pendidikan Moral Tingkatan 4. Kena tulis
semua dari set induksi hingalah refleksi. Dia tak sebut tema apa, tajuk apa. Sebut unit je. Haa
amacam? Benda dah setahun tinggal tetiba waktu tu jugak nak kena recall. Padan la dengan
muka sendiri. Mujurlah aku cikgu yang genius. Kurang 10 minit aku setel siap.

8. Sanggup - Ini biasalah. Penemuduga tanya apa-apa, jawab sanggup je. Sanggup pergi
pedalaman? Sanggup. Sanggup tinggal anak bini? Sanggup. Sanggup bekerja hujung minggu?
Sanggup. Sanggup kawin dengan Abang Zailee? Sanggup. Dah kerja nanti barulah pikir
alasan-alasan bila pengetua suruh sesuatu. Yela, waktu interview ni suruh apa pun semua
sanggup. Lepas tu buka FB komplen itu ini pasal kerja. Sistem lapuk la, internet sekolah slow
la, nasi kantin rasa pasir la.

9. Integriti - Sampai awal. Aku dulu dalam slip temuduga tu tulis sesi aku ialah jam 8 pagi.
Jam 7 pagi aku dah tercongok depan pagar IPG Pengkalan Chepa. Satu sesi temuduga
biasanya makan masa selama sejam. Last-last jam 2 petang baru temuduga sebab isu-isu
yang tak dapat dielakkan. Bila macam tu, pandai-pandailah adapt. Jangan duk marah-marah
sebab waktu kerja nanti situasi macam tu akan wujud jugak.

10. Kenapa nak jadi cikgu? - Ini soalan wajib. Jawablah ikut citarasa sendiri. Biasanya orang
jawab sebab minat dan cita-cita. Aku dulu jawab sebab nak memenuhi hadis Rasulullah SAW
yang berbunyi "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" dan aku nampak kerjaya guru ni
beri banyak peluang untuk aku penuhi hadis tu. Lepas tu tambah la sikit.

"Saya ni puan dah 99% nak jadi cikgu."

"99% aje? Mana lagi 1%?"

"1% lagi ada dengan puan."

********

Okeylah. Tu aje Abang Zailee boleh kongsikan sebab taip guna talipon aje. Ada la yang lupa
sikit-sikit. Apa-apa hal, jangan gelabah. Berdoa dan buat solat hajat. Study baik-baik tentang
dasar tu semua. Kalau ada apa-apa tak tahu, bolehlah mesej. Abang Zailee bukan hanya
bantu pelajar sekolah. Junior-junior pun Abang Zailee akan bantu (yang cun sahaja).

Anda mungkin juga menyukai