Artikel-7 Suhaimi Final

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 12

55

Jurnal Personalia Pelajar 21(1): 55-66

Perbezaan Gender Tekanan Psikologikal dan Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah
(Gender Differences in Psychological Stress and Mental Health among Undergraduate Students)

MOHD SUHAIMI MOHAMAD* & ROZITA IBRAHIM

ABSTRAK

Individu yang sihat mental mampu mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain dan berupaya
mengambil bahagian serta menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental seseorang sangat berkait rapat
dengan tekanan psikologikal yang dihadapi dan kebolehan individu berkenaan menanganinya. Kertas ini
membincangkan hasil kajian mengenai tekanan psikologikal dan kesihatan mental pelajar prasiswazah di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan memfokuskan kepada perbandingan di antara pelajar-pelajar lelaki dan
perempuan. Kajian tinjauan ini mengambil pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen kajian yang
digunakan adalah General Health Questionnaire (GHQ-12) dan Mental Health Inventory (MHI). Seramai 200 orang
pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai fakulti dan kolej kediaman telah mengambil bahagian dalam kajian ini.
Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden adalah rendah tekanan psikologikalnya. Namun demikian,
pelajar lelaki didapati lebih tertekan berbanding pelajar perempuan. Demikian juga dapatan MHI menunjukkan
hampir kesemua responden mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi dan sederhana. Namun begitu,
kesihatan mental responden perempuan didapati lebih baik berbanding lelaki. Hasil kajian yang memperincikan
perbandingan antara pelajar lelaki dengan perempuan amat relevan pada masa kini yang didominasi pelajar
perempuan dan pengurangan pelajar lelaki di universiti-universiti seluruh negara.

Kata kunci: tekanan psikologikal, kesihatan mental, gender, Soal Selidik Kesihatan Umum, Inventori Kesihatan
Mental

ABSTRACT

Individuals with healthy mental health are able to maintain harmonious relationship with others as well as capable
in contributing to the society through various activities. Mental health is very much linked to psychological stress
and the ways an individual manages his/her stress. This paper presents the findings of a study on the general status
of mental health and psychological stress among UKM’s undergraduate students, focusing on gender differences.
This study adopted a quantitative approach using General Health Questionnaire (GHQ-12) and Mental Health
Inventory (MHI) as the research instruments. A total of 200 male and female students participated in the study.
The results indicated that respondents are generally low in psychological stress and having good or moderate
mental health. However, further analysis showed that male students are more stressed and scored lower in mental
health inventory as compared to female students. A finding from this study is highly relevant during this period that
observed the domination of female students and the decreasing number of male students at Malaysian universities.

Keywords: psychological stress, mental health, gender, General Health Questionnaire, Mental Health Inventory
56

PENGENALAN penurunan pelajar lelaki.

Kejayaan mendapatkan tempat di universiti sebagai


seorang pelajar merupakan pengalaman yang sangat PERMASALAHAN KAJIAN
membanggakan bagi setiap individu. Setiap pelajar
pasti merasai titik perubahan dalam kehidupan Universiti merupakan gedung ilmu yang dibina
mereka bermula daripada hari pertama pendaftaran bagi mendidik dan membentuk keperibadian pelajar
dan akan sentiasa berkembang dari masa ke masa. untuk melengkapkan mereka dalam menghadapi
Perkembangan yang berlaku dalam kehidupan setiap bidang kerjaya yang mencabar dan profesional. Demi
pelajar secara langsung akan melibatkan perubahan mencapai kejayaan di universiti, para pelajar haruslah
yang berlaku terhadap proses psikologikal dan sosial menangani pelbagai cabaran dan rintangan. Kehidupan
mereka. Proses psikologikal melibatkan beberapa di universiti turut memberi risiko kepada pelajar untuk
aspek utama terhadap perkembangan mental, emosi mengalami masalah tekanan mental dan sebagainya.
dan kognitif secara holistik dan semestinya setiap Pelajar zaman kini lebih kerap mengalami masalah
pelajar di universiti tidak dapat lari daripada berdepan kesihatan mental berbanding pelajar zaman dahulu.
dengan situasi dan perkara yang tidak dijangka dan Kohn & Frazer (1986) menyatakan kebanyakan pelajar
pada waktu inilah mereka memerlukan keseimbangan universiti sering berhadapan dengan masalah kesihatan
psikologikal yang seimbang. Kestabilan psikologikal mental dalam menjalani kehidupan akibat daripada
juga saling dipengaruhi oleh faktor sosial kerana sumber tekanan seperti beban tugas yang diberikan oleh
umum mengetahui kehidupan kampus dengan proses pensyarah, situasi pembelajaran yang tertekan, masalah
sosialisasi sangat berkait dan jika para pelajar tidak penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian
dapat menguruskan perkembangan psikologikal dan akademik, kekurangan masa lapang dan kurang masa
sosial mereka dengan baik pasti mereka berhadapan untuk bersama dengan keluarga mereka. Terdapat
dengan pelbagai masalah. Menurut Sigelman dan banyak kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa
Rider (2003) kebanyakan pelajar universiti berada pada prevalen kecelaruan mental dalam kalangan pelajar di
peringkat dewasa dan perlu bersedia untuk memikul institut pengajian tinggi secara globalnya adalah tinggi
tanggungjawab sosial seperti membuat keputusan, (Hunt & Eisenberg 2010; Ibrahim et al. 2013; Pedrelli
memilih rakan sebaya, membina hubungan intim atau et al. 2015). Oleh yang demikian, masalah ini tidak
percintaan, menjaga keselamatan diri, mengurus masa, boleh dianggap mudah kerana ini boleh mendatangkan
kewangan dan membentuk strategi bagi menentukan keburukan kepada semua pihak terutama pelajar itu
kejayaan di masa hadapan. Pelajar-pelajar universiti sendiri. Masalah kesihatan mental boleh memberikan
datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, kesan yang besar kepada pelajar dari segi aspek fizikal,
keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menjalani emosi kognitif dan interpersonal untuk berfungsi
proses sosialisasi dengan pelbagai ragam dan personaliti dengan baik sehingga boleh menjejaskan prestasi
di antara satu sama lain. Menurut Kohn dan Frazer akdemik mereka (Auerbach et al., 2016; Bruffaerts et
(1986) telah membangunkan skala tekanan akademik al., 2018).
mendakwa desakan dalam bidang pendidikan yang Kajian yang dijalankan oleh Intan et al. (2011)
menuntut pelajar untuk bersaing antara satu sama lain di UKM mendapati tahap pengetahuan mengenai
telah mennyebabkan kesihatan mental para pelajar kesihatan mental dalam kalangan pelajar adalah rendah
mudah terjejas akibat daripada tekanan seperti beban di mana 83.3% responden memperoleh skor tahap
tugasan, situasi pembelajaran, penyesuian dengan pengetahuan kesihatan mental yang rendah. Kesihatan
persekitaran, persaingan dalam akademik dan kegagalan mental merangkumi beberapa jenis penyakit mental
dalam pengurusan masa. Kestabilan kesihatan mental seperti tekanan (stress), kemurungan, kebimbangan,
mampu menyeimbangkan proses psikologikal dan kecelaruan pemakanan dan skizofrenia. Penyakit
sosialisasi para pelajar begitu juga dengan sebaliknya. mental tersebut tidak hanya berlaku dengan sendirinya
Kertas ini membincangkan tahap tekanan psikologikal malah disebabkan oleh faktor-faktor yang berada di
dan tahap kesihatan mental yang dialami oleh pelajar sekeliling individu itu sendiri. Mohd Safian Mohd
prasiswazah di institusi pengajian tinggi awam iaitu Tajuddin (2007)berpendapat keadaan perubahan sosial
UKM. Dengan menekankan kepada perbezaan antara banyak menyumbang kepada wujudnya peningkatan
pelajar lelaki dan wanita. Perbandingan antara lelaki masalah kesihatan termasuk beberapa penyakit
dan wanita jarang dilakukan, namun ianya semakin mental dan psikologi seperti penagihan alkohol,
relevan dalam era kini yang menyaksikan dominasi penyalahgunaan dadah, ‘mental breakdown’, masalah
pelajar wanita di universiti berlaku serentak dengan rumahtangga, tekanan mental, keadaan kemurungan
57

dan juga kebimbangan. Hal ini membuktikan penyakit ada berasa selesa atau tidak dengan diri sendiri dan
mental boleh berlaku jika terdapat faktor-faktor luar dengan cara hidup mereka. Atas perkara itu, beliau
yang mengganggu seseorang individu. Seseorang mengklasifikasikan kesihatan mental kepada empat
boleh mengalami tekanan ketika berada di persekitaran bahagian yang boleh dikaitkan gangguan terhadap
kerja yang tidak selesa, persekitaran baru atau interaksi kebolehan individu:
sosial (Kiwamuddin 1991). Penyakit mental ini lebih
(a) Tingkah laku sosial berkaitan dengan
banyak dialami oleh golongan dewasa awal yang baru
merendahkan tahap kemahiran sosial atau
mengalami transisi dalam perubahan hidup; seperti
perhubungan.
pelajar universiti. Hal ini disebabkan, mereka perlu
memenuhi tuntutan tugasan yang banyak, penyesuaian
persekitaran baru dan interaksi sosial yang baru. (b) Tingkah laku emosi ialah menghasilkan keadaan
Dengan itu, kajian yang dilakukan ini dapat kemurungan (depression), kebimbangan
memberi gambaran awal tentang tekanan dan tahap (anxiety), fobia dan gangguan seksual yang
kesihatan mental pelajar-pelajar UKM. Kajian ini juga berdasarkan emosi.
dijalankan bagi melihat perbezaan status tekanan mental
dalam kalangan pelajar universiti mengikut jantina (c) Isu yang berkaitan dengan kesihatan seperti
kerana menurut Srividhya (2007) jantina merupakan insomnia, keupayaan menahan sakit,
salah satu faktor utama dalam menentukan kesihatan kawalan berat badan dan tingkah laku buruk
mental seseorang. Walaubagaimanapun Wade, Cairney seperti merokok, penggunaan alkohol serta
& Pevalin (2002) menyatakan bahawa hasil-hasil penyalahgunaan dadah.
kajian lepas yang dijalankan terhadap kesihatan mental
dengan faktor jantina adalah sangat tidak konsisten. (d) Isu yang berkaitan dengan tugas termasuklah
Oleh yang demikian kajian terhadap kesihatan mental ‘burn-out’, kebosanan, ketidakhadiran,
seperti hubungan di antara kejadian kemurungan ketidakupayaan membuat keputusan, tahap atau
dengan jantina perlu dijalankan dengan lebih saintifik mutu kerja yang rendah dan sebagainya.
bagi mendapatkan senario sebenar tentang perkara ini Penyakit mental tidak hanya berlaku dengan
(Mey & Siew 2005). sendirinya malah disebabkan oleh faktor-faktor yang
berada di sekeliling individu itu sendiri. Maschlach,
Jakson dan Leiter (2016) berpendapat keadaan
KAJIAN LEPAS
perubahan sosial banyak menyumbang kepada penyakit
mental dan psikologi dalam kalangan pekerja. Hal ini
Laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kesihatan membuktikan penyakit mental berlaku disebabkan
Mental Malaysia (2018) menyatakan kesihatan mental terdapat faktor luar yang mengganggu seseorang
merupakan sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang individu. Oleh yang demikian, kefahaman mengenai
kerana kesihatan mental bukan sahaja mengenai faktor-faktor luaran ini amat penting untuk membantu
penyakit mental. Sebenarnya kesihatan mental membina persekitaran yang sihat dari segi mental.
merangkumi kesejahteraan hidup, kebahagiaan, dan Kesihatan mental berhubung kait dengan
kemampuan seseorang menghadapi cabaran, menerima tekanan. Tekanan merupakan masalah kesihatan
keadaan sedia ada dengan terbuka dan mempunyai semulajadi yang biasa berlaku di semua peringkat
sikap positif. Ini melibatkan tiga elemen utama iaitu golongan. Menurut Azrul Hisham (2009), tekanan
persepsi seseorang terhadap dirinya, orang lain dan merupakan satu bentuk keadaan ataupun perasaan yang
kemampuan kendiri untuk mengharungi tuntutan hadir daripada pengalaman apabila seseorang individu
kehidupan. Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggap bahawa permintaan yang diterima oleh
(WHO) yang dibuat pada tahun 1947 mentakrifkan mereka adalah tinggi dan tidak mampu untuk dipenuhi
individu yang sihat mental sebagai seseorang yang atas sebab kekurangan sumber sosial dan peribadi.
berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni Perkara ini boleh mengakibatkan seseorang mengalami
dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti perubahan daripada segi tingkah laku dan emosi apabila
kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam individu tersebut menghadapi tekanan (Hoo Chee
masyarakat. Oleh itu, jelaslah bahawa kesihatan mental Lim 2008). Tekanan atau stress merupakan salah satu
merangkumi pelbagai komponen yang berbeza seperti daripada penyakit mental yang sering berlaku kepada
fizikal, sosial, mental, persekitaran dan kerohanian. setiap individu normal. Tekanan boleh memberi kesan
Danek & Lawrence (1981) berpendapat kesihatan kepada kesihatan dan kesejahteraan individu, sama ada
mental merujuk kepada tahap fungsi individu sama secara fizikal atau pun emosi. Pinel (2003) mentakrifkan
58

tekanan sebagai tindak balas fisiologi dengan ancaman kepada dua faktor iaitu demografi dan peribadi.
yang dilihat. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa
bidang pendidikan merupakan salah satu kerjaya yang (d) Kelompok kerja -Keadaan kelompok kerja
berisiko tinggi untuk mengalami tekanan (Dunham & yang baik akan dapat dilihat dengan adanya
Varma 1998). Kyriacou (2000) menekankan bahawa peningkatan yang tinggi, penerimaan sosial
tekanan yang berpanjangan boleh melemahkan mental serta hubungan yang harmoni antara ahli dalam
dan fizikal, manakala Quick et al. (1997) menyatakan kelompok.
bahawa tekanan kerja sering dikaitkan dengan masalah
yang berkaitan dengan kesihatan mental seperti
kemurungan, ‘burnout’, kebimbangan, penukaran
KAEDAH PENYELIDIKAN
reaksi dan berlaku konflik kerja-keluarga.
Pada umumnya, tekanan dipandang negatif.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
Namun, sebenarnya tekanan boleh dilihat dari dua
dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik.
persepsi iaitu positif (eustress) dan negatif (distress).
Kajian kuantitatif melibatkan nombor atau angka yang
Antara faktor-faktor yang berpotensi menjadi sumber
dikumpulkan dalam bentuk skor (Malek Muhamat,
tekanan secara amnya dapat dikelaskan kepada faktor
2007). Sampel adalah satu kumpulan subjek untuk
dalaman (individu yang bersangkutan) dan faktor
mendapatkan data di samping penggunaan sampel
luaran (lingkungan rumah, sosial mahupun tempat
dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan
kerja). Antoniou et al. (2003) menjelaskan penekanan
(Othman & Norazmah, 2010). Kajian ini melibatkan
yang khusus diberikan kepada sumber yang berpotensi
saiz sampel seramai 200 orang pelajar Universiti
menyebabkan tekanan dalam persekitaran kerja,
Kebangsaan Malaysia daripada pelbagai latar belakang
kurang penggunaan keupayaan, kebosanan, lebihan
yang berbeza. Pemilihan responden adalah secara
beban kerja, konflik peranan, kenaikan gaji, kekaburan
persampelan mudah (convenient). Semua responden
masa kerja, hubungan dan kerja, dan peralatan yang
direkrut secara sukarela dan dimaklumkan tentang
berbahaya. Kajian yang dilakukan oleh Rohany Nasir
objektif kajian. Responden yang memberi persetujuan
dan Fatimah Omar (2006) pula berpendapat terdapat
secara verbal untuk terlibat dalam kajian ini diberikan
tujuh jenis punca tekanan dalam kerjaya iaitu faktor
satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga
intrinsik atau dalaman (persekitaran tempat kerja),
bahagian iaitu Bahagian A adalah maklumat diri
peranan dalam organisasi, perkembangan kerjaya,
responden, Bahagian B mengandungi alat ukuran
hubungan interpersonal di tempat kerja, iklim dan
General Health Questionnaire (GHQ-12) dan Bahagian
struktur organisasi, punca-punca luaran organisasi dan
C mengandungi alat ukuran Mental Health Inventory
faktor individu itu sendiri. Selain itu, Tatik Suryani
(MHI). Semua data yang dikumpulkan dianalisis
& Harry Widyantoro (2001) menyenaraikan empat
secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian
faktor yang menjadi sumber penyebab tekanan iaitu
komputer SPSS versi 19.
lingkungan luar, persekitaran tempat kerja, kelompok
General Health Questionnaire (GHQ-12).
kerja serta faktor yang berasal dari dalam diri individu: GHQ-12 merupakan alat ukuran yang digunakan untuk
(a) Lingkungan luar - Merupakan persekitaran di mengesan tahap tekanan psikologikal terutamanya
luar tempat kerja yang akan mempengaruhi dalam mengesan gangguan emosi. Alat ujian ini telah
keadaan kerja. Ini termasuklah orang-orang yang dibuktikan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
berada di tempat kerja serta persekitaran luar yang tinggi cronbach alpha adalah 0.88. Tahap tekanan
atau lingkungan makro seperti keadaan sosial, psikologikal ditentukan berdasarkan skor pencapaian
perkembangan teknologi, keadaan ekonomi, keseluruhan bagi 12 item GHQ-12 mengikut kiraan
politik dan lain-lain. 0-0-1-1 bagi pengiraan 4 skala Likert. Di mana skor
responden yang melebihi 6.0 ke atas dikategorikan
(b) Persekitaran tempat kerja -Merupakan tempat sebagai skor tinggi manakala bagi skor di bawah 6.0.
yang sangat berpotensi mendatangkan tekanan. Skor tinggi melambangkan tahap tekanan psikologikal
Hal ini berkaitan dengan bebanan kerja, suasana yang tinggi dalam kalangan responden kajian.
kerja, kebosanan, dan lain-lain lagi. Mental Health Inventory (MHI). Alat ini adalah
untuk menilai isu kesihatan mental meliputi pelbagai
(c) Faktor individu -Sumber dari dalam diri individu emosi negatif dan positif. Instrumen ini mempunyai
itu sendiri yang turut menyumbang kepada 18 item yang dipecahkan kepada empat sub-skala
wujudnya tekanan yang boleh digolongkan kesihatan mental iaitu kebimbangan, kemurungan,
59

kawalan tingkah laku dan perasaan positif (positif yang berpendapatan rendah.
afektif). Majoriti responden yang terlibat dalam kajian
ini adalah terdiri daripada pelajar Kolej Keris Mas
yang berjumlah sebanyak 55 orang (27.5%) manakala
HASIL KAJIAN pelajar yang tinggal di Kolej Ibu Zain adalah paling
sedikit iaitu seramai 6 orang (4.0%). Jika dilihat dari
sudut fakulti pula, pelajar Fakulti Sains Sosial dan
Latar Belakang Demografi Kemanusiaan mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu
seramai 76 orang (38.0%) manakala Fakulti Undang-
Kajian ini melibatkan 200 orang pelajar prasiswazah undang adalah paling sedikit iaitu hanya seramai 3
di UKM. Dari segi jantina, majoriti responden adalah orang (1.5%) sahaja yang terlibat. Pelajar tahun tiga
pelajar perempuan iaitu seramai 107 orang (53.5%) merupakan responden paling ramai yang terlibat
manakala selebihnya pelajar lelaki iaitu seramai 93 iaitu seramai 84 orang (42%) manakala pelajar tahun
orang (46.5%) (Rajah 1). Jadual 1 menunjukkan latar satu mencatatkan nilai responden paling rendah iaitu
belakang demografi responden kajian ini. Dari segi seramai 45 orang (22.4%). Bagi etnik atau bangsa
peringkat umur, majoriti responden berumur 19 hingga responden pula, data menunjukkan pelajar daripada
22 tahun iaitu seramai 125 orang (62.5%), diikuti etnik Melayu merupakan majoriti dalam kajian ini iaitu
dengan pelajar yang berumur 23 hingga 26 tahun seramai 191 orang (95.5%). Seterusnya, etnik Cina dan
iaitu seramai 75 orang (37.5%). Dari segi pendapatan India menunjukkan persamaan dimana masing-masing
keluarga pula, majoriti responden berada pada tahap mencatatkan seramai dua orang responden (1.0%),
di bawah RM 1000 iaitu seramai 85 orang (42.5%); manakala pelajar lain-lain etnik iaitu daripada etnik
manakala sebilangan kecil iaitu 12 orang (6.0%) Sabah atau Sarawak pula seramai lima orang (2.5%).
mempunyai pendapatan keluarga sebanyak RM 5001 Pelajar yang beragama Islam adalah paling ramai
dan ke atas. Bagi kategori pendapatan RM 1001 hingga berdasarkan bilangan etnik yang telah dinyatakan iaitu
RM 3000 dan RM 3001 hingga RM 5000 masing- seramai 194 orang (97.0%) dan diikuti dengan agama
masing mencatatkan jumlah seramai 75 orang (37.5%) Kristian, Buddha dan Hindu masing-masing dua orang
dan 28 orang (14.0%). Di sini dapat dilihat bahawa (1.0%).
kebanyakan pelajar UKM datang daripada keluarga
60

Jadual 1: Taburan Demografi

Demografi Kategori Kekerapan (n) Peratusan (%)


Umur 19 hingga 22 tahun 125 62.5
23 hingga 26 tahun 75 37.5

Pendapatan Bawah RM 1000 85 42.5


Keluarga RM 1001 - RM 3000 75 37.5
RM 3001 - RM 5000 28 14.0
RM 5000 ke atas 12 6.0

Kolej Aminudin Baki 14 7.0


Burhanudin Helmi 22 11.0
Dato’ Onn 11 5.5
Ibrahim Yaakub 9 4.5
Ibu Zain 6 3.0
Keris Mas 55 27.5
Pendeta Zaba 23 11.5
Rahim Kajai 27 13.5
Tun Hussein Onn 24 12.0
Ungku Omar 9 4.5

Fakulti Ekonomi Perniagaan 20 10.0


Kejuteraan Alam Bina 9 4.5
Pendidikan 14 7.0
Pendidikan Islam 32 16.0
Sains Sosial Kemanusiaan 76 38.0
Sains Teknologi 40 20.0
Teknologi Sains Maklumat 6 3.0
Undang-undang 3 1.5

Tahun Tahun 1 45 22.5


Tahun 2 71 35.5
Tahun 3 84 42.0

Status Bujang 198 99.0


Berkahwin 2 1.0

Etnik Melayu 191 95.5


Cina 2 1.0
India 2 1.0
Lain-lain 5 2.5

Agama Islam 194 97.0


Kristian 2 1.0
Buddha 2 1.0
Hindu 2 1.0
n = 200
61

Tahap Tekanan Psikologikal tiga daripada jumlah responden mempunyai skor GHQ-
12 yang tinggi iaitu melebihi skor 6.0. Bagi responden
Berdasarkan Jadual 2, seramai 132 orang respoden yang mempunyai skor GHQ-12 yang tinggi adalah
(66%) mendapat skor GHQ-12 yang rendah. dikatakan mengalami tekanan psikologikal yang tinggi
Selebihnya, seramai 68 orang (34.0%) atau satu per dan sebaliknya.

JADUAL 2. Tahap Tekanan Psikologikal Responden

Kategori Kekerapan (n) Peratusan (%)

Tahap Tekanan Psikologikal Rendah 132 66.0

Tinggi 68 34.0

n = 200

Jadual 3 pula menunjukkan skor yang yang signifikan antara jantina dengan tahap tekanan
diperolehi daripada analisis ujian untuk skala GHQ-12 psikologikal di kalangan pelajar prasiswazah UKM.
bagi menentukan hubungan jantina lelaki dan wanita Skor min pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding
dengan tahap tekanan psikologikal. Analisis mendapati pelajar perempuan. Ini jelas menggambarkan bahawa
keputusan yang diperolehi adalah signifikan pada nilai pelajar lelaki adalah lebih tertekan secara psikologikal
p<0.05. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan jika dibandingkan dengan pelajar perempuan.

JADUAL 3. Perbezaan antara Jantina dengan Tahap Tekanan Psikologikal

Lelaki Perempuan Ujian t Nilai p

Tahap Tekanan Psikologikal Min sp Min sp


6.290 0.016*
1.430 0.498 1.262 0.442

* Signifikan pada nilai p<0.05

Tahap Kesihatan Mental kedua atau sederhana iaitu seramai 128 orang (64.0%),
di mana lebih daripada separuh yang mengalami
kebimbangan tetapi tidak pada tahap teruk. Bagi tahap
Jadual 4 menunjukkan tahap skor tahap kesihatan pertama pula iaitu tahap kebimbangan yang melampau
mental pelajar yang dibahagikan kepada tiga kategori adalah seramai 7 orang (3.5%). Selebihnya lagi, pelajar
iaitu rendah (skor di bawah 30), sederhana (skor 30 yang tidak mengalami kebimbangan berada pada
hingga 60) dan tinggi (skor di atas 60). Berdasarkan tahap ketiga antara 61 hingga 100 seramai 65 orang
skor keseluruhan instrumen MHI, seramai 116 orang (32.5%). Jadual mendapati bahawa terdapat 104 orang
(58.0%) berada pada tahap kesihatan mental yang (52.0) responden berada pada tahap 61-100 di mana
tinggi. Manakala untuk kategori bawah 30 iaitu boleh pelajar mempunyai tahap kemurungan yang rendah
dikira sebagai tahap seseorang itu mempunyai tahap berbanding dengan pelajar yang berada pada tahap di
kesihatan mental yang rendah adalah seramai 2 orang bawah 30 seramai 13 orang (6.5%) pelajar. Manakala
(1.0%). Bagi pelajar yang berada di tahap kedua pada yang selebihnya adalah berada pada tahap sederhana
tahap sederhana daripada nilai 31 hingga 60 adalah kemurungannya iaitu seramai 83 orang (41.5%).
seramai 82 orang (41.0%). Di sini dapat diperhatikan Selain itu, subskala yang keempat iaitu skala
bahawa pelajar yang berada di tahap sederhana ini MHC yang berkaitan dengan kawalan tingkah laku
berpotensi untuk mengalami tahap kesihatan mental pelajar yang timbul akibat kesihatan mental yang tidak
yang teruk sekiranya tidak dikawal. Data menunjukkan baik. Berdasarkan Jadual 4, didapati bahawa terdapat
yang tahap kebimbangan pelajar berada pada tahap 124 orang (62.0%) responden berada pada tahap 61-
62

100 di mana pelajar mempunyai tahap kawalan tingkah Berdasarkan jadual 4.9 mendapati bahawa, terdapat
laku yang rendah berbanding dengan pelajar yang 119 orang (59.5%) responden berada pada tahap 61-
berada pada tahap di bawah 30 seramai 3 orang pelajar 100 di mana pelajar mempunyai tahap kawalan tingkah
(1.5%). Manakala yang selebihnya adalah berada laku yang rendah berbanding dengan pelajar yang
pada tahap sederhana kemurungannya iaitu seramai berada pada tahap di bawah 30 seramai 6 orang pelajar
73 orang (36.5%).Subskala yang terakhir adalah skala (3.0%) Manakala yang selebihnya adalah berada pada
MHP yang berkaitan dengan perasaan positif pelajar tahap sederhana kemurungannya iaitu seramai 75 orang
yang timbul akibat kesihatan mental yang tidak baik. (37.5%).

JADUAL 4. Tahap Kesihatan Mental Responden

Kategori Kekerapan (n) Peratusan (%)


Kesihatan Mental (MHI) rendah 2 1.0

sederhana 82 41.0

tinggi 116 58.0

Kebimbangan (MHA) rendah 7 3.5

sederhana 128 64.0

tinggi 65 32.5

Kemurungan (MHD) rendah 13 6.5

sederhana 83 41.5

tinggi 104 52.0

Kawalan rendah 3 1.5

Tingkahlaku (MHC) sederhana 73 36.5

tinggi 124 62.0

Perasaan Positif (MHP) rendah 6 3.0

sederhana 75 37.5

tinggi 119 59.5

n = 200

Jadual 5 pula menunjukkan hubungan di antara jantina dengan semua sub-skala MHI yang lain.
antara jantina dengan skor kesihatan mental pelajar. Ini menunjukkan tidak ada perbezaan di antara pelajar
Berdasarkan analisis ujian t mendapati bahawa terdapat lelaki dan pelajar perempuan dari aspek kebimbangan,
perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan skor kemurungan, kawalan tingkah laku dan perasaan
kesihatan mental (MHI) secara keseluruhan. Walau positif.
bagaimanapun tiada perbezaan yang signifikan di
63

JADUAL 5. Hubungan Jantina dengan Skor Kesihatan Mental Pelajar

Skor Lelaki Perempuan f Nilai p

Min Sp Min sp

MHI 2.473 0.523 2.654 0.497 6.636 0.036*

MHA 3.798 0.637 3.871 0.654 0.305 0.859

MHD 2.430 0.632 2.477 0.604 0.361 0.835

MHC 2.538 0.563 2.664 0.475 0.669 0.970

MHP 2.548 0.562 2.579 0.550 0.158 0.924

* Signifikan pada nilai p<0.05

PERBINCANGAN Kajian telah membuktikan bahawa terdapat


hubungan signifikan terhadap tahap tekanan
Hasil kajian ini menunjukkan bilangan responden psikologikal bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan
perempuan lebih ramai daripada responden lelaki. yang mana min skor GHQ-12 bagi pelajar lelaki lebih
Keadaan ini selaras dengan laporan yang telah tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Hasil
dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan
(2016) yang menunjukkan jumlah pelajar IPTA yang oleh Zulkefly & Baharudin (2010) terhadap pelajar kolej
mengikuti kursus sarjana muda dimonopoli oleh pelajar yang mendapati nilai skor min GHQ-12 pelajar lelaki
perempuan dengan jumlah 57, 684 orang berbanding lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan.
hanya 31, 665 orang pelajar lelaki. Kebanyakan Namun begitu, hasil kajian ini adalah bertentangan
program pengajian di universiti adalah berteraskan dengan kebanyakan kajian-kajian lainyang mendapati
teoridan dan proses pembelajaran dijalankan di dalam bahawa skor GHQ-12 pelajar perempuan adalah lebih
bilik kuliah menyebabkan kebanyakan pelajar lelaki tinggi berbanding dengan pelajar lelaki di institusi
memilih untuk melanjutkan pelajaran ke institut- pengajian tinggi seperti kolej dan universiti (Backavić
institut kemahiran yang mana proses pengajaran lebih et al. 2012; Jaffari 2012; Mahawar et al. 2011, Tamini &
tertumpu kepada praktikal dan kemahiran. Bakar Far 2009; Augustine et al. 2011). Walau bagaimanapun,
(2006) menyatakan bahawa pelajar perempuan lebih kajian-kajian mereka mendapati jantina pelajar tidak
cenderung rajin membaca, menghafal dan menelaah mempengaruhi tahap tekanan psikologikal yang diukur
pelajaran berbanding dengan pelajar lelaki yang menggunakan GHQ-12. Dalam konteks Malaysia,
lebih gemar terhadap bidang-bidang teknikal seperti pelajar lelaki boleh dikatakan lebih tertekan secara
teknologi maklumat, kejuruteraan atau seni bina. Sikap psikologikal berbanding dengan pelajar perempuan
dan minat pelajar perempuan ini membolehkan mereka kerana pengaruh budaya tempatan yang melihat lelaki
mendapat keputusan peperiksaan SPM atau STPM sepatutnya lebih kuat dan tidak lemah. Apabila ia
atau Sijil Matrikulasi yang lebih baik berbanding dikaitkan dengan tekanan psikologikal, kemungkinan
pelajar lelaki secara umumnya. Jadi tidak hairanlah pelajar lelaki lebih gemar untuk memendam dari
lebih ramai pelajar perempuan yang memasuki berkongsi masalah mereka dengan orang lain. Ini
universiti awam mahupun swasta jika dibandingkan turut dipengaruhi oleh sifat maskuliniti yang dimiliki
dengan jumlah pelajar lelaki. Selain itu, di Malaysia oleh pelajar lelaki di mana mereka ingin mengekalkan
hampir semua universiti menawarkan bidang-bidang keegoan mereka yang dikatakan lebih ‘macho’
seperti sains sosial, pendidikan dan sains teknologi berbanding pelajar perempuan. Ini adalah selari dengan
yang memerlukan pelajar untuk banyak membaca dan laporan yang dikeluarkan oleh Green et al. (2005)
menghafal. Keadaan inilah yang turut menyumbang bahawa golongan lelaki muda lebih berisiko mengalami
kepada ketidakstabilan jumlah pelajar mengikut jantina tekanan hidup berbanding golongan perempuan.
di universiti tempatanyang rata-rata dimonopoli oleh Situasi ini berkemungkinan juga boleh dikaitkan
pelajar perempuan. dengan sikap feminin pelajar perempuan yang sering
diberi perhatian dan bantuan jika mengalami masalah.
64

Disebabkan itu, kebanyakan pelajar perempuan di IPT persekitaran tempatan di mana semua pelajar yang
kurang mengalami tekanan dan mempunyai strategi memasuki IPT akan membuat pemeriksaan kesihatan
daya tindak yang lebih baik berbanding dengan pelajar sebelum mereka mendaftar dan setiap pelajar yang
lelaki. Menurut Anita (1994) pelajar perempuan mempunyai masalah kesihatan boleh terus berjumpa
mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap emosi, dengan doktor di pusat kesihatan pelajar. Selain
sosial dan pendidikan berbanding pelajar lelaki sejak itu, kemungkin kaedah persampelan mudah yang
diusia remaja lagi atau dibangku persekolahan. Oleh digunakan hanya mencakupi pelajar-pelajar yang
itu, ketahanan diri pelajar dan keupayaan pelajar normal dan kurang mempunyai masalah tingkah
menghadapi tekanan adalah lebih baik dalam kalangan laku dan pelajar yang sebenarnya bermasalah tidak
pelajar perempuan. Kenyataan ini turut di sokong oleh hadir ke kuliah atau tutorial di fakulti. Disebabkan
Muni & Paviswari (1997). Mereka mendapati bahawa kajian ini adalah memfokuskan kepada pelajar yang
golongan perempuan mempunyai kawalan emosi yang hadir ke kuliah di fakulti sahaja maka hasil kajian ini
lebih baik berbanding dengan golongan lelaki dalam adalah terhad. Dicadangkan kajian-kajian akan datang
menghadapi masalah penyesuaian diri di institusi mengambil kira sampel kajian dari unit kaunseling
pendidikan. dan pusat kesihatan pelajar sebagai responden kajian.
Berdasarkan ujian saringan kesihatan mental Barulah hasil kajian ini dapat dilihat lebih menyeluruh.
yang menggunakan instrumen MHI yang dijalankan, Di samping itu, saiz sampel kajian ini adalah kecil jika
terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap dibandingkan dengan jumlah pelajar yang mendaftar
kesihatan mental pelajar perempuan berbanding pelajar di UKM. Kajian ini hanyalah satu keratan rentas bagi
lelaki. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar melihat secara umum tahap tekananan psikologikal
perempuan mempunyai tahap kesihatan mental yang dan kesihatan mental pelajar dari semua fakulti yang
lebih tinggi berbanding pelajar lelaki yang mengikuti ada di kampus induk, Bangi sahaja dan tidak termasuk
kursus sarjana muda di UKM kampus Bangi. Hasil ini kampus kesihatan dan perubatan.
adalah konsisten dengan hasil tekanan psikologikal
di mana pelajar lelaki adalah lebih tertekan dan
mempunyai skor kesihatan mental yang lebih rendah KESIMPULAN
berbanding pelajar perempuan. Penemuan kajian ini
adalah selari dengan hasil kajian Swati Mishra & Meeta Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya
Jha (2015) terdapat perbezaan signifikan di antara membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan di
jantina dengan kesihatan mental pelajar. Keadaan ini antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari aspek
jelas menunjukkan kebanyakan pelajar perempuan tekanan psikologikal dan kesihatan mental secara
lebih bijak dalam mengendalikan tekanan mereka umum. Perhatian yang lebih serius perlu diberikan
dan mempunyai strategi daya tindak yang baik. Ini kepada keperluan pelajar lelaki dalam menghadapi
boleh dikaitkan dengan pandangan Srividhya (2007) tekanan belajar dan masalah emosi serta mental mereka.
yang menyatakan bahawa pelajar perempuan lebih Ini penting kerana sifat semulajadi pelajar lelaki yang
mampu membuat penilaian dan mengawal masalah lebih suka memendam perasaan jika dibandingkan
interpersonal mereka dalam menghadapi tekanan dengan pelajar wanita menyebabkan mereka lebih
belajar di samping banyak menggunakan sokongan berisiko untuk mengalami tekanan dan masalah mental.
sosial berbanding pelajar lelaki. Selain itu, Intan et Jika perkara ini tidak diambil kira dalam menyediakan
al. (2011) turut mendapati bahawa tahap pengetahuan perkhidmatan kaunseling dan kesejahteraan hidup
pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding kepada golongan pelajar di universiti awam,
pelajar lelaki di IPT mengenai kesihatan mental. kemungkinan bilangan pesakit mental lelaki akan
Walaupun begitu, kebanyakan kajian-kajian lebih tinggi. Tambahan pula, penggunaan telefon
kesihatan mental yang dijalankan dengan melihat pintar menjadikan pelajar pada masa kini lebih bersifat
aspek jantina mendapati bahawa pelajar perempuan individualistik dan kurang menekanan aspek hubungan
sebenarnya lebih terdorong untuk mengalami masalah sosial. Jika hubungan sosial tidak dibentuk maka
mental seperti kemurungan, kebimbangan dan bunuh kuranglah juga sokongan sosial yang boleh digunakan
diri berbanding pelajar lelaki (Huagaard 2001; Ristić untuk menghadapi masalah tekanan hidup terutamanya
et al. 2012; Warwcik et al. 2006). Namun, dalam kajian apabila berada di peringkat universiti. Pihak universiti
ini tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara seharusnya menyediakan sistem sokongan sosial yang
jantina dengan sub-skala kesihatan mental seperti baik dan efisyen dalam membantu pelajar membina
kebimbangan, kemurungan, kawalan tingkah laku dan strategi daya tindak yang positif untuk menghadapi
perasaan positif. Ini mungkin disebabkan oleh faktor tekanan.Selain itu, program kesedaran tentang kesihatan
65

mental hendaklah diberikan kepada pelajar dari semasa Ibrahim, A. K., Kelly, S. J., Adams, C. E., & Glazebrook,
ke semasa bermula dari awal pendaftaran sehinggalah C. 2013. A systematic review of studies of
ke akhir pengajian. Dengan cara ini, isu tekanan dan depression prevalence in university students.
Journal of Psychiatric Research, 47(3): 391-400.
masalah mental dapat dikenalpasti lebih awal dan Intan, N.M.S., Norlija, K., Nur, F.I., Haazik, M.M.,
bantuan sokongan yang sewajarnya dapat disediakan. Yusof, M.A. 2011. Tahap Pengetahuan mengenai
Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA): Kajian kes di
RUJUKAN UKM Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jafari, N., Loghmani, A., & Montazeri, A. 2012. Mental
Anita, K. M.1994. Sex differences in adolescent’s self- health of medical student in different levels of
concept and adjustment. Res. Highlights, 4:79. training. Int J prev. med., 1: 107-112.
Antoniou, Alexander-Stamatios & J. Davidson, Kementerian Pengajian Tinggi. 2016. Statistik
Marilyn & Cooper, Cary. 2003. Occupational Pendidikan Tinggi 2016. http://www.mohe.
stress, job satisfaction and health state in male and gov.my/en/download/awam/statistik/2016-
female junior hospital doctors in Greece. Journal statistik/401-bab-1-makro-institusi-pendidikan-
of Managerial Psychology, 18: 592-621. tinggi-2/file
Auerbach, R. P., Alonso, J., Axinn, W., Cuijpers, P., Kiwamuddin Otham. 1991. Tinjauan Tahap dan
Ebert, D., Green, J., Mortier, P. 2016. Mental Punca Stres di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana
disorders among college students in the World Muda Teknologi Serta Pendidikan. Satu Kajian
Health Organization World Mental Health Kes di Universiti Teknologi Malaysia.Universiti
Surveys. Psychological Medicine, 46(14): 2955- Teknologi Malaysia.
2970. Kohn, J.P., and Frazer, G. H. 1986.An Academic Stress
Augustine, L.F., Vazir, S., Rao, S.F., Rao, M.V.V., Scale: Identification and Rated Importance of
Laxmaiah, A., & Nair, K.M. 2011. Perceived Academic Stressors. Psychological Reports, 59:
stress, life events & coping among higher 415-426.
secondary students of Hyderabadm India: A pilot Kyriacou, C. 2000. Stress-busting for teachers.
study. Indian J Med Res., 134: 61-68. Cheltenham: Nelson Thornes.
Azrul Hisham Abdul Manaf. 2009. Faktor-Faktor Mahawar, P., Phadnis, S., Ghosh, G., Kataria O.P., &
Tekanan dan Kesannya kepada Guru Sekolah Dixit, S. 2011. Psychological morbidity in students
Menengah Kebangsaan: Satu Kajian di Daerah of medical college and science and art college
Timur Laut, Pulau Pinang. Universiti Utara students – A comparative study. Online Journal of
Malaysia. Health and Allied Sciences, 10(2): 1-2.
Backavić, D.V., Živojinović, J.I., Maksimović, J., & Malek Muhamat Said. 2007. Mengurus Bimbingan &
Maksimović, M. 2012. Gender differences in Kaunseling Sekolah. Pahang: PTS Professional
academic stress and burnout amoing medical Publishing Sdn. Bhd.
student in final years of education.Psychiatria Maslach, C., Jackson, S. E., & Leiter, M. P. 2016.
danubina, 24(2): 175-181. Maslach burnout inventory: Manual. Place of
Bakar, N.R.A. 2006.Pendidikan dan segregasi pekerjaan publication not identified: Mind Garden.
mengikut gender.Akademika, 67: 53-57. Mat Zin Mat Nawi. 2002. Hubungan di antara
Bruffaerts, R., Mortier, P., Kiekens, G., Auerbach, R. Personaliti dengan Tekanan Kerja dan Komitmen
P., Cuijpers, P., Demyttenaere, K., Kessler, R. C. Para Pekerja Terhadap Organisasi: Satu Kajian
2018. Mental health problems in college freshmen: Di MCIS, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Prevalence and academic functioning. Journal of Universiti Kebangsaan Malaysia.
Affective Disorders, 225(1): 97-103. Mey, S.C., & Siew, L.S. 2005. Kemurungan di kalangan
Danek, M. M. & Lawrence, R. E. 1981. The multiply pelajar: satu kajian kes. Jurnal Pendidik dan
disabled hearing impaired client: Implications for Pendidikan, 20: 113-129.
rehabilitation practice. J. Rehab. Deaf ,15(3): 1–9. Mohd Safian Mohd Tajuddin. 2007. Kesan Aspek
Dunham, J. & Varma, V. 1998. Stress in teachers past, Kesihatan Terhadap Produktiviti Kerja Dalam
present and future. London:Whurr Publishers. Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan.
Green, H., McGinnity, A., Meltzer, H., Ford, T., & Universiti Sains Malaysia.
Goodman R. 2005. Mental health of children and Muni, A. K. & Pavigrahi, B. 1997. Effect of maternal
young people in Great Britain 2004. London: employment on school going children’sadjustment
PalgraveMacmillan. problems. J Comm. Guid.Res., 14 (3): 209-216.
Haugaard, J.J. 2001. Problematic Behaviors during Othman Mohd Johan & Norazmah Mohamad Roslan.
Adolescence. New York: Mcgraw-Hill Companies, 2010. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Remaja
Inc. Terlibat dalam Masalah Sosial di Sekolah
Hoo Chee Lim. 2008. Analisis Profail Kesihatan Mental Tunas Bakti, Sg Lereh, Melaka. UTM: Fakulti
Pelajar Universiti Malaysia Sabah.Universiti Pendidikan.
Malaysia Sabah. Persatuan Kesihatan Mental Malaysia. 2018. http://
Hunt, J., & Eisenberg, D. 2010. Mental health problems mmha.org.my/understanding-mental-health/
and help-seeking behavior among college students. understanding-mental-illness/
The Journal of Adolescent Health, 46(1): 3-10. Pinel, J.P.T. 2003. Biopsychology (5th ed). United
66

States of America: Allyn and Bacon.


Pedrelli, P., Nyer, M., Yeung, A., Zulauf, C., &
Wilens, T. 2015. College students: mental health
problems and treatment considerations. Academic
Psychiatry, 39(5): 503-511.
Quick, J. C., Quick, J. D., Nelson, D. L., & Hurrell,
J. J. 1997. Preventative stress management
in organisations (2nd ed.). Washington, DC:
American Psychological Association.
Ristić, D.I., Hinić, D., & Jović, J. 2012. Evaluation
of the beck depression inventory in a nonclinical
student sample.West Indian med j., 61(5): 489-
493.
Rohany Nasir & Fatimah Omar. 2006. Kesejahteraan
Manusia: Perspektif Psikologi. Kajian tekanan
kerja dan kesihatan pekerja. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sigelman, C.K. & Rider, E.A. 2003. Life-Span Human
Development, (4th ed.), Wadsworth, Singapore.
Srividhya, V. 2007. Mental health and adjustment
problems of students of Navodhaya, central and
state schools.Thesis Master of Home Science.
University of Agricultural Sciences.
Swati Mishra, & Meeta Jha. 2015. Role of Gender and
Residence on Mental Health. Figshare.
Tamini, B.K., & Far, M.A.M. 2009. Mental health
and life satisfaction of Irani and Indian students.
Journal of the Indian Academy of Applied
Psychology, 35(1): 137-141.
Tatik Suryani & Harry Widyantoro. 2001. Analisis
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tingkat Stress
Kerja pada Tenaga Edukatif Tetap Perguruan
Tinggi Swasta di Surabaya. Jurnal Manajemen
Sumber Daya Manusia, 1-12.
Wade, T., Cairney, J., & Pevalin, D. 2002. Emergence
of gender differences in depression during
adolescence. Journal of the American Academy of
Child and Adolescent Psychiatr, 41: 190–198.
Warwick, I., Maxwell, C., Simon, A., Statham, J., &
Aggleton, P. 2006. Mental Health and Emotional
Well-being of Students in Further Education – A
Scoping Study. Thomas Coram Research Unit
Report. Institute of Education, University of
London.
Zulkefly, N.S., & Baharudin, R. 2010. Using the 12-item
general health questionnaire (GHQ-12) to assess
the psychological health of Malaysian college
students. Global Journal of Health Science, 2(1):
73-80.

Mohd. Suhaimi Mohamad*


Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTRA)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Rozita Ibrahim
Pusat Citra Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia

*Pengarang untuk surat menyurat; e-mel: [email protected]

Diserahkan: 20 September 2018


Diterima: 22 November 2018

Anda mungkin juga menyukai