Program Kesihatan Mental Di Sekolah

Download as doc or pdf
Download as doc or pdf
You are on page 1of 14

PELAKSANAAN PROGRAM KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH : SATU

KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BERA

ABD HALIM HJ. ISMAIL

ABSTRAK

Kesihatan mental merupakan satu elemen penting dalam menentukan kesejahteraan


hidup seseorang. Masyarakat kini masih tidak memberi perhatian yang khusus tentang
aspek kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Pencapaian akademik sering kali
dikaitkan dengan pelbagai faktor psikologi dan sosiologi. Namun belum banyak kajian
yang dijalankan di Malaysia berkaitan dengan unsur-unsur kesihatan mental pelajar
dalam proses pembelajaran di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan
antara unsur-unsur kesihatan mental seperti sokongan sosial, empowerment, kualiti
kehidupan dan gejala kemurungan dengan pencapaian akademik dan jantina dalam
kalangan pelajar di sekolah menengah. Sampel kajian terdiri daripada 32 orang pelajar
tingkatan empat. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina oleh Health
Systems Research and Consulting Unit, Center for Addiction and Mental Health in
Collaboration with the CMHEI Working Group, diterjemah dan diubahsuai oleh
pelajar Master Psikologi Pendidikan, UKM di bawah seliaan Dr. Saemah Rahman dan
Dr. Ruslin Amir untuk melihat sejauhmana unsur-unsur kesihatan mental mempunyai
hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian dan jantina pelajar. Analisis data
deskriptif dan data inferensi digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Secara
umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa unsur-unsur kesihatan mental
mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik,
manakala faktor jantina tidak mempunyai hubungan langsung negatif yang signifikan
ke atas pencapaian akademik.

PENDAHULUAN

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja sering diperbincangkan.
Gejala ini bukan sahaja berlaku kota-kota besar metropolitan seperti KualaLumpur,
Pulau Pinang dan Johor, malah gejala ini telah menular dan berleluasa di seluruh
pelusuk-pelusuk desa dan pedalaman seperti felda dan seumpamanya. Golongan
remaja ini merupakan peringkat yang penuh keseronokan dengan pelbagai keinginan
yang tidak terbatas untuk mencapai dan dipenuhi dengan pelbagai matlamat,
pemberontakan untuk menentang orang yang lebih dewasa, mengalami tekanan emosi
dan selalu berada dalam keadaan gelisah. Peringkat remaja bermula dari seawal usia
12 tahun sehingga awal usia 20-an. Ia juga merupakan satu peringkat di mana individu
berada dalam proses mencari keselarasan dan membentuk identiti diri untuk menukar
2

sifat dan kelakuan yang keanak-anakan kepada sifat yang lebih matang. Dari
perspektif sosiologi, remaja merupakan satu zaman peralihan dari zaman kanak-kanak
kepada alam dewasa. Proses perubahan yang berlaku dalam kalangan remaja amat
berkait rapat dengan dengan penerimaan sosial dan sokongan dari persekitaran.
Dengan adanya sokongan ini remaja akan mencapai tahap kesejahteraan dalam
kehidupan. Menurut Slavin dan Compas (1989) yang menyatakan bahawa kepuasan
dalam penerimaan sokongan sosial boleh mengelakkan remaja dari mengalami
kemurungan dan membentuk kesejahteraan hidup.

Fenomena kemurungan juga merupakan satu masalah yang biasa dialami oleh
kebanyakkan remaja. Remaja terpaksa menghadapai pelbagai masalah yang wujud
akibat proses pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku. Perkara asas yang
penting dalam proses perkembangan remaja ialah cuba membuat keputusan sendiri
dan sering mencari kebebasan.diri. Walaupun mereka cuba berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut, namum ia masih lagi dibelenggu oleh perasaan emosional dan
perubahan psikologi. Perasaan kendiri yang masih kabur, pengalaman hidup yang
cetek dan pemikiran yang tidak matang (Burke & Weir, 1978). Ini akan menyebabkan
mereka merasakan diri mempunyai banyak masalah yang timbul dalam diri serta
situasi persekitaran turut menyumbang kepada masalah yang sedia ada.

Setiap remaja akan mengalami proses pertumbuhan, perkembangan dan


perubahan dalam menuju ke arah kesejahteraan hidup. Golongan ini akan menghadapi
berbagai masalah dan pelbagai gangguan psikologi ketika mengalami proses tersebut.
Pada asanya, terdapat sesetengah masalah yang dihadapi dalam kehidupan seorang
remaja boleh diatasi dengan sendiri dan ada yang memerlukan bantuan dan bimbingan
dari orang lain seperti kaunselor, rakan, guru dan ibu bapa. Di samping itu juga,
semua individu sama ada kita sedari atau tidak sentiasa inginkan keselesaan dari segi
emosi, ketenangan jiwa dan kesihatan mental.

Keperluan sokongan sosial terutamanya dari ahli keluarga amat diperlukan


oleh remaja dalam membantu mencapai tahap kesihatan mental yang sejahtera.
Keluarga merupakan konteks sosial yang terpenting dalam kehidupan remaja di
samping faktor persekitaran sekolah. Ini kerana sejak lahir lagi, individu telah
3

didedahkan dan menjadi ahli kepada kumpulan sosial tersebut. Kumpulan sosial ini
akan bertindak sebagai agen sosialisasi yang penting dalam kehidupan seseorang dari
segenap lapisan masyarakat (Clarke, 1998). Sehubungan dengan itu kajian ini juga
akan melihat sajauhmana hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental iaitu
sokongan sosial, empowerment, kualiti kehidupan dan gelaja kemurungan dengan
pencapaian dan jantina pelajar.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara unsur-
unsur kesihatan mental seperti sokongan sosial, empowerment, kualiti kehidupan dan
gejala sosial terhadap pencapaian pelajar. Seterusnya kajian ini juga cuba untuk
melihat pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Di samping itu, kajian
ini dijalankan untuk meninjau sejauhmana program kesihatan mental yang telah
dijalankan di sekolah dapat membantu meningkat tahap kesihatan mental pelajar dan
hubungannya dengan pencapaian pelajar. Kajian ini dirasakan wajar kerana terdapat
kekurangan kajian yang berkaitan kesihatan mental dalam kalangan pelajar di negara
ini. Keadaan ini seolah-olah menunjukan satu kegagalan bahawa faktor kesihatan
mental dianggap sebagai satu fenomena psikologikal yang serius dan sedang dialami
oleh golongan pelajar. Pengkaji berharap agar pelajar mampu mengatasi masalah ini
agar menjadikan mereka sebagai seorang dewasa yang cergas , sihat mental dan tidak
bermasalah dalam kehidupan mereka.

TINJAUAN LITERATUR

Kajian berkenaan dengan unsur kesihatan mental ini telah banyak dilakukan di luar
negara terutamanya pengkaji-pengkaji barat berbanding dengan kajian-kajian yang
dijalankan dalam negara. Namun demikian, kajian tentang hubungan kesihatan mental
dengan tahap pencapaian pelajar adalah jarang dilakukan.
4

Nolan dan Willson (1994), telah menjalankan kajian ke atas tahap kemurungan
di kalangan pelajar. Seramai 417 orang pelajar dijadikan sebagai subjek kajian dengan
308 orang terdiri daripada pelajar perempuan dan seramai 109 orang adalah terdiri
daripada pelajar lelaki. Manakala kajian oleh Worchel, Nolan dan Willson (1987),
menunjukkan bahawa pelajar perempuan pada gred tiga dan 12 adalah lebih murung
berbanding dengan pelajar lelaki yang berada pada gred yang sama.

Windle (1992) pula telah mengkaji 975 orang remaja yang berumur lebih
kurang 15 tahun di sebuah sekolah di Barat New York. Kajian ini melihat kesan
perlakuan dan sokongan sosial terhadap simptom kemurungan dan tingkahlaku
delinkuen. Dapatan kajian ini menunjukkan perlakuan mempunyai hubungan dengan
simptom kemurungan dan tingkahlaku delikuan iaitu kesan dari kurangnya sokongan
keluarga dan rakan sebaya. Terdapat pula perbezaan dalam penerimaan sokongan
sosial dari keluarga dan rakan sebaya dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar
perempuan.

Slavin dan Compas (1989), telah mengkaji masalah penerimaan sokongan


sosial dan kaitannya dengan gejala kemurungan. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih
sebagai responden. Beberapa alat ujian telah digunakan seperti Beck Depression
Inventory (1961) dan The Schedule Disorders and Schizophrenia (1978). Keputusan
yang diperolehi menunjukkan adanya perkaitan antara sokongan sosial dengan gejala
kemurungan yang dialami oleh remaja.

Alexander Toylor dan Murphy (1989), telah menjalankan kajian ke atas pelajar
di 285 buah universiti dengan selang masa enam bulan. Hasil kajian tersebut
menunjukkan hubungan antara peristiwa-peristiwa hidup yang penuh tekanan dan
kemurungan. Dalam ujian pertama, seramai 328 orang responden iaitu 152 orang
pelajar lelaki dan 176 orang pelajar perempuan, manakala dalam ujian kedua pula,
seramai 285 orang responden iaitu 127 orang pelajar lelaki dan 158 orang pelajar
perempuan. Hasil ujian kedua juga menunjukkan bahawa pelajar perempuan
mempunyai skor kemurungan dan min intensiti tekanan yang lebih tinggi berbanding
dengan pelajar lelaki. Kesimpulannya, terdapat perbezaan antara jantina dari segi skor
kemurungan.
5

Norma Hassan (1996), menjalankan kajian sokongan sosial dan gejala


kemurungan dan penghargaan kendiri ke atas 120 orang pelajar di negeri Selangor.
Hasil kajiannya menunjukkan sokongan sosial dari ahli keluarga, mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kemurungan dan penghargaan kendiri. Manakala
sokongan sosial dari rakan-rakan didapati mempunyai hubungan yang positif dengan
kemurungan dan tidak berhubungan dengan penghargaan kendiri. Dapatan kajian ini
juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam penghargaan
kendiri oleh kedua-dua kumpulan subjek kajian.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Felda Triang 3, Bera Pahang.


Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik untuk melihat
hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental seperti sokongan sosial,
empowerment, kualiliti kehidupan dan gejala kemurungan dalam kalangan 32 orang
pelajar tingkatan empat. Sampel dipilih secara berfokus mengikut jantina dan
pencapaian tinggi rendah dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar
masing-masing lapan orang lelaki pencapaian tinggi dan rendah dan lapan orang
pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah. Sebanyak 32 keping borang
soalselidik (100%) berjaya dikutip daripada responden dan digunakan dalam analisis
data ini. Dalam kajian ini, kaedah analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi
telah digunakan untuk merumuskan data mentah yang telah dikumpul dan dianalisa
dengan menggunakan perisian pakej SPSS 11.5 for windows.
6

Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara unsur-unsur
kesihatan mental dengan tahap pencapaian dan jantina pelajar.

Jantina
Unsur –Unsur -lelaki
Kesihatan Mental -perempuan
KESIHATAN
MENTAL
1. Sokongan Sosial Pencapaian
PELAJAR
2. Empowerment Akademik
3. Kualiti Kehidupan -Tinggi
4. Gejala Kemurungan -Rendah

Rajah 1.1 Kerangka Kerja Asas Kajian

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual yang dibentuk untuk tujuan kajian ini.
Unsur-unsur yang terdapat dalam kesihatan mental merupakan pemboleh ubah bebas
dalam kajian ini. Sementara itu pencapaian dan jantina merupakan pemboleh ubah
bersandar. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan mencari hubungan
antara unsur-unsur kesihatan mental dengan pencapaian dan jantina pelajar.

Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan dalam kajian merupakan satu set soalselidik yang dibina
oleh Health Systems Research and Consulting Unit, Center for Addiction and Mental
Health in Collaboration with the CMHEI Working Group, kemudian diterjemah dan
diubahsuai oleh pelajar Master Psikologi Pendidikan, UKM di bawah seliaan Dr.
Saemah Rahman dan Dr. Ruslin Amir untuk melihat sejauhmana unsur-unsur
kesihatan mental mempunyai hubungan antara dengan tahap pencapaian dan jantina
pelajar. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal selidik yang
mengandungi 61 item soal selidik dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu seperti
berikut;
7

Bahagian A mengandungi maklumat-maklumat peribadi responden meliputi


nama sekolah, lokasi, jantina, tingkatan, tarikh lahir, bangsa dan pekerjaan ibu bapa.

Bahagian B pula mengandungi pernyataan-pernyataan untuk mengukur unsur


sokongan sosial. Bahagian ini, responden diminta menyatakan darjah persetujuan
mereka terhadap pernyataan yang diberikan dengan menggunakan skala likert lima
mata yang bermula dengan “1 = sangat tidak setuju hingga “5 = Sangat bersetuju”.

Bahagian C pula bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang unsur self


esteem kendiri dan unsur empowerment. Responden juga diminta menyatakan darjah
persetujuan mereka terhadap pernyataan yang diberikan menggunakan skala likert
lima mata yang bermula dengan “1 = sangat tidak setuju hingga “5 = Sangat
bersetuju”.

Bahagian D pula, item yang dibina ingin mengukur unsur kualiti kehidupan
pelajar. Responden juga diminta menyatakan darjah persetujuan mereka terhadap
pernyataan yang diberikan menggunakan skala likert tujuh mata seperti berikut ;

“1 = Sangat teruk” “2 = Tidak gembira”


“3 = Selalunya Tidak puas hati” “4 = Bercampur-campur”
“5 = Selalunya puas hati” “6 = Puas hati”
“7 = Sangat gembira”

Bahagian E mengandungi pernyataan untuk mengukur tahap gejala


kemurungan. Responden juga diminta menyatakan darjah persetujuan mereka
terhadap pernyataan yang diberikan menggunakan skala likert lima mata yang
bermula dengan “1 = sangat tidak setuju dan “5 = Sangat bersetuju”.

Kesemua item tersebut digabungkan dalam sebuah buku ujian dan ditadbirkan
kepada 32 orang responden. Sebelum responden menjawab soal selidik tersebut.
Pengkaji telah memberi penerangan serba sedikit tentang tatacara menjawab soalan
ujian dan menerangkan tentang tujuan kajian ini dijalakan supaya tidak menimbulkan
sebarang keraguan dan silap tafsir kepada responden. Proses pengedaran dan
8

pengutipan borang soal selidik yang dijalankan dibantu oleh pihak pengurusan
sekolah.

Instrumen ini dipilih kerana kesesuaiannya untuk mengukur unsur-unsur


kesihatan mental pelajar di sekolah yang dibina oleh Health Systems Research and
Consulting Unit, Center for Addiction and Mental Health in Collaboration with the
CMHEI Working Group, diterjemah dan diubahsuai oleh pelajar Master Psikologi
Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM di bawah seliaan Dr. Saemah Rahman dan Dr.
Ruslin Amir untuk mengukur unsur-unsur kesihatan mental dalam kalangan pelajar
tingkatan empat di sekolah menengah.

Kebolehpercayaan Instrumen Ujian

Untuk memastikan sesuatu kajian itu berkualiti dan hasil dapatan kajiannya dapat
dijustifikasi, faktor keesahan dan kebolehpercayaan mesti diberi perhatian yang serius.
Menurut Frankael dan Wallen (2003), kebolehpercayaan merujuk kepada keupayaan
alat pengukur untuk menghasilkan semula atau replicate sesuatu set ujian. Dalam
mendapatkan indeks kebolehpercayaan instrumen, kaeadah Alfa Cronbach akan
digunakan.

Keputusan analisis bagi instrumen sokongan sosial nilai pekali


kebolehpercayaan alfa cronbach ialah 0.80 adalah tinggi. Nilai kebolehpercayaan ini
boleh ditingkatkan jika item SS8 ini disingkirkan pekali kebolehpercayaan akan
berubah menjadi 0.83. Ini menunjukkan bahawa item-item ini mempunyai
keseragaman dalam item ujian. Begitu juga dengan nilai pekali kebolehpercayaan
instrumen empowerment iaitu 0.78 . Nilai intrumen ini juga berada pada tahap yang
memuaskan. Mankala bagi instrumen kualiti kehidupan pula, nilai pekali
kebolehpercayaan alfa cronbach adalah rendah iaitu 0.53. ini menunjukkan item-item
dalam ujian ini perlu disemak dan dikaji semula. Dan instrumen yang terakhir ialah
gejala kemurungan mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan alfa cronbach yang
tinggi iaitu 0.86. Jadi keseluruhan item dalam instrumen ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
9

DAPATAN KAJIAN

UNSUR-UNSUR KESIHATAN MENTAL DENGAN JANTINA DAN PENCAPAIAN PELAJAR

Data telah dianalisis secara deskriptif dengan mencari nilai min. Dapatan kajian
menunjukkan min bagi unsur sokongan sosial (MINSS) pelajar lelaki yang pencapaian
tinggi berada pada tahap sederhana dengan nilai min=3.65, manakala bagi pencapaian
rendah pula berada pada tahap tinggi dengan nilai min=4.35. Secara keseluruhannya
MINSS bagi pelajar lelaki berada pada tahap tinggi iaitu 3.92. Bagi pelajar
perempuan, pencapaian tinggi juga berada pada tahap sederhana dengan nilai
min=3.66 berbanding dengan pelajar perempuan yang pencapaian rendah berada pada
tahap tinggi dengan skor min =4.09. Secara keseluruhan MINSS pelajar perempuan
berada pada tahap tinggi iaitu 3.81.

Hasil analisis min bagi unsur ‘self esteem’ (MINSELF) pula menunjukkan
pelajar lelaki pencapaian tinggi berada pada tahap tinggi iaitu 3.91, manakala bagi
pencapaian rendah pula berada pada tahap sederhana iaitu 3.40. Keseluruhan
MINSELF lelaki berada pada tahap tinggi iaitu min=3.71. Bagi pelajar perempuan
pencapaian tinggi dan rendah berada pada tahap sederhana iaitu 2.88 dan 2.47.
Keseluruhan MINSELF pelajar perempuan ialah pada tahap sederhana iaitu 2.73.

Analisis min bagi unsur ‘empowerment’ (MINPO) menunjukkan pelajar lelaki


pencapaian tinggi berada pada tahap tinggi iaitu 3.71 berbanding pelajar lelaki
pencapaian rendah berada pada tahap sederhana iaitu 3.45. Keseleuruhan MINPO
pelajar lelaki berada pada tahap sederhana iaitu 3.61. Manakala pelajar perempuan
pencapaian tinggi dan rendah berada pada tahap sederhana masing-masing dengan
min 3.16 dan 2.95. Keseluruhan MINPO pelajar perempuan berada pada tahap
sederhana iaitu 3.09.

Bagi unsur kualiti kehidupan (MINKK) min bagi pelajar lelaki pencapaian
tinggi berada pada tahap tinggi iaitu 5.06 berbanding pelajar lelaki pencapaian rendah
berada tahap sederhana iaitu 4.86. Keseluruhan MINKK bagi pelajar lelaki berada
pada tahap sederhana iaitu 4.27. Manakala pelajar perempuan pencapaian tinggi dan
10

rendah berada pada tahp sederhana masing-masing memperolehi min 4.52 dan 3.83.
Keseluruhan MINKK bagi pelajar perempuan berada pada tahap sederhana iaitu 4.27.

Analisis min bagi unsur gejala kemurungan (MINGK) pula menunjukkan


bahawa pelajar lelaki pencapaian tinggi berada pada tahap rendah iaitu 1.64
berbanding pelajar lelaki pencapaian rendah berada pada tahap sederhana iaitu 3.00.
Keseluruhan MINGK pelajar lelaki berada pada tahap rendah iaitu 2.16. Manakala
pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah berada pada tahap sederhana masing
dengan nilai min 2.68 dan 2.55. Keseluruhan MINGK pelajar perempuan berada pada
tahap sederhana iaitu 2.63.

Beradasarkan kepada data Analisis inferensi, kesimpulan statistik boleh dibuat


seperti bertikut; Pertama terdapat hubungan positif yang signifikan dengan jantina.
(nilai signifikan ialah 0.03 adalah lebih kecil dari nilai iaitu 0.05). Kedua terdapat
juga hubungan positif yang signifikan dengan pencapaian. (nilai signifikannya ialah
0.22 adalah lebih kecil dari nilai iaitu 0.05). Ketiga tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara jantina dan pencapaian pelajar. (nilai signifikannya ialah 0.10 adalah
lebih besar dari nilai iaitu 0.05).

PERBINCANGAN

Jantina Dan Pencapaian Pelajar

Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki pencapaian tinggi berada di
tahap sederhana berbanding dengan pelajar lelaki pencapaian rendah berada di tahap
tinggi dan soskongan sosial. Secara keseluruhan min soskongan sosial pelajar lelaki
berada di tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki boleh berdikari dan
tidak terlalu bergantung kepada sokongan sosial. Begitu juga dengan pelajar
perempuan pencapaian tinggi dan rendah masing berada di tahap sederhana dan tinggi.
Secara keseluruhan min soskongan sosial bagi pelajar lelaki dan perempuan berada
11

pada tahap tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan pelajar
perempuan boleh berdikari dan tidak begitu bergantugan kepadan sokongan sosial.

Bagi unsur ‘self-esteem’ pula, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa


pelajar lelaki pencapaian tinggi mempunyai tahap self-esteem yang tinggi berbanding
dengan pelajar lelaki pencapaian rendah mempunyai self-esteem yang sederhana.
Secara umumnya pelajar lelaki mempunayai tahap self-esteem yang tinggi. Manakala
pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah mempunyai tahap self-esteem diri
yang sederhana.

Dalam unsur ‘empowerment’ pula, keputusan kajian ini dapat menjelaskan


bahawa pelsajar lelaki pencapaia tinggi menpunyai tahap empowerment yang tinggi
berbanding dengan pelajar lelaki pencapaian rendah mempunyai tahap empowerment
yang sederhana. Keseluruhan empowerment pelajar lelaki berada pada tahap
sederhana. Bagi pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah mempunyai tahap
empowerment yang sederhana sahaja. Keseluruhan bagi pelajar lelaki dan pelajar
perempuan mempunyai unsur empowerment yang sederhana.

Dari segi unsur kualiti kehidupan pula, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa
pelajar lelaki pencapaian tinggi mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi berbanding
dengan pelajar lelaki pencapaian rendah yang mempunyai kualiti kehidupan yang
sederhana. Keseluruhan pelajar lelaki menpunyai kualiti kehidupan yang sederhana.
Manakala pelajar perempuan pencapaian tinggi dan rendah menpunyai kualiti
kehidupan yang sederhana. Secara umumnya kualiti kehidupan bagi pelajar lelaki dan
perempuan adalah pada tahap sederhana sahaja.

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelajar lelaki pencapaian tinggi
mempunyai kemurungan yang sangat rendah berbanding dengan pelajar lelaki
pencapaian rendah mempunyai kemurungan yang sederhana. Keseluruhan pelajar
lelaki mempunyai kemurungan yang rendah. Manakala bagi pelajar perempuan
pencapaian tinggi dan rendah menpunyai gejala kemurungasn yang sederhana. Secara
keseluruhanya kemurungan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan berada di
tahap sederhana.
12

Unsur-Unsur Kesihatan Mental, Jantina, Pencapaian Akademik

Walaupun kajian ini tidak boleh membuat kesimpulan hubungan sebab akibat antara
pembolehubah yang dikaji, keputusan kajian ini juga menunjukkan saling hubungan
antara unsur-unsur kesihatan mental dengan jantina dan pencapaian pelajar.

Dapatan-dapatan kajian lepas turut menyokong hasil kajian ini antaranya


Nolan dan Willson (1994), hasil kajian mendapati pelajar lelaki dan perempuan tidak
mempunyai perbezaan yang ketara dalam tahap kemurungan. Menurut Alexander
Tolor dan Murphy (1989), hasil ujian menunjukkan bahawa pelajar perempuan
mempunyai skor kemurungan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki.
Norma Hassan (1996), Hasil kajian menunjukkan sokongan sosial dari ahli
keluarga, mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan dan penghargaan
kendiri. Manakala sokongan sosial dari rakan-rakan didapati mempunyai hubungan
yang positif dengan kemurungan dan tidak berhubungan dengan penghargaan kendiri.
Hasil kajian menunjukkan sokongan sosial dari ahli keluarga, mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kemurungan dan penghargaan kendiri. Manakala sokongan
sosial dari rakan-rakan didapati mempunyai hubungan yang positif dengan
kemurungan dan tidak berhubungan dengan penghargaan kendiri.

KESIMPULAN

Program kesihatan mental di sekolah turut memberi sumbangan penting dalam


membantu proses perkembangan remaja yang seimbang. Sebagai rumusan, hasil
daripada keputusan kajian yang mendapati hubungan langsung dan tidak langsung
antara jantina dan pencapaian akademik dengan unsur-unsur kesihatan mental harus
diberi keutamaan bagi membantu pelajar, ibu bapa, guru-guru, sekolah, PPD, JPN dan
KPM memahami dan menyedari tentang pentingnya menjaga kesihatan mental sejak
dari bangku sekolah lagi agar selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segala aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Walaupun kajian ini tidak dapat mengesahkan
hubungan sebab dan akibat berlakunya masalah kesihatan mental, namum kajian
13

seperti mesti di teruskan oleh pengkaji-pengkaji akan datang untuk memberi impak
lebih mendalam.
14

RUJUKAN

Amir Awang. 1987. Teori Dan Amalan Psikoterapi. Edisi Awal. Penerbit Universiti
Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Bandura, A. 1993. Perceived self-efficacy in cognitive development and functioning.


Educational Psychologist 28 (2): 117-148.

Covington, M.V. 2000. Goal theory, motivation and school achievement: An


integrative review. Annual Review of Psychology 51: 171-200.

Eric M.V, Micheal C.R, Anne K.J et. al. 2003. Treating Children With Serious
Disturbances In School And Community: The Intensive Mental Health
Program. Profesional Psychology : Research and Practice. Vol.34. no.5 : 519-
526

http://www.schoolmentalhealth.org/Resources/GenRes/GenRes.html

http://www.mentalhealthworks.ca/general/emotional_wellness.asp

http://www.ontario.cmha.ca/cmhei/links.asp

Hasan Langgulung. 1983. Teori-Teori Kesihatan Mental. Kajang. Pustaka Huda.

_______________. 1983. Psikologi dan Kesihatan Mental di Sekolah-sekolah.


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Kristin E.R, Lisa J.R. 2002. Outcomes Of A School-Based Mental Health Program
For Youth Serious Emotional Disorders. Psychology in the School. Vol. 39(6)
: 661-674.

Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi; Satu Pengenalan Asas


Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

Mark D.W, Julie Goldstein, Steven W.E et. al. 2003. Funding A Full Continuum Of
Mental Health Promotion And Intervention Program In The Schools. Journal
of Adolescent Health. 32s : 70-78

Sabariah Siron. 2001. Pengantar Psikologi; Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan
Tingkah Laku Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Teori Persoanliti dari Perspektif
Islam, Timur dan Barat. Edisi kemas kini : PTS Publications & Distributor
Sdn. Bhd. Bentong.

You might also like