Aishwarrya Rajasegar Tugasan Edup PPB

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

1.

Dari segi pandangan saya, Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah usaha
bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri
atau dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta
amalan profesional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang
terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan
kerjaya.

Selain itu, melalui Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) kita dapat


meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan serta pengurusan pendidikan secara berterusan.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga dapat memastikan PPP memperoleh (acquire),
menambah baik (improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk
keberkesanan PdP, keberhasilan serta kemenjadian murid. Perkara ini juga menggalakkan
PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan,
pembelajaran dan pembangunan kendiri dan dapat memenuhi keperluan PPP mengikuti
kursus wajib PPB sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh gred semasa.
2.

Antara kepentingan PPB adalah meningkatkan pemahaman dan penghayatan


berhubung teori pembelajaran, amalannya, kurikulum baharu, dan kandungannya. Guru
akan memahami dan mengamalkan teori pembelajaran yang berkaitan dengan tahap
muridnya berdasarkan pendekatan pedagogi terkini iaitu PdP abad ke – 21. Seterusnya
ialah, PPB dapat mendorong perubahan sikap ke arah lebih positif. Sebagai contohnya,
guru akan sentiasa berfikiran positif terhadap peranan dan tanggungjawab yang telah diberi.
Guru akan menunjukkan sikap positif terhadap murid, berfikir secara positif terhadap
perubahan kurikulum berhubung dasar pendidikan. Kepentingan seterusnya ialah, PPB
dapat membangunkan kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan PdP. Contohnya,
guru akan meningkatkan kemahiran dan keupayaannya dari segi pelaksanaan strategi dan
kemahiran yang baru dalam PdP. Perkara ini amat penting kerana ia dapat memberi kesan
kepada pencapaian prestasi murid.

3.

Antara kebolehlaksanaan aktiviti PPB berasaskan individu ialah Portal e – Guru.


Portal e – Guru KPM mula beroperasi dan boleh diakses oleh guru bermula pada April 2013.
Portal e – Guru berupa perpustakaan maya bagi koleksi video. Portal ini dapat diakses
secara atas talian, iaitu dengan melayari laman sesawang URL:
http://pnp.moe.edu.my/eguru/public/ . Portal ini mengandungi video e – Guru yang berkaitan
dengan PdP guru berlandaskan standard 4 SKM 2010, iaitu satu standard untuk menilai
keberkesanan PdP guru yangg dicerap. Setiap video e-Guru menunjukkan dengan jelas
pelbagai kemahiran pedagogi guru di dalam bilik darjah yang sebenar dan boleh dijadikan
contoh oleh guru – guru yang lain.

Anda mungkin juga menyukai