Laluan Peningkatan Profesionalisme Keguruan

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 29

Peningkatan Profesionalisme Keguruan

Penyelidikan Kajian Tindakan Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran Laluan Peningkatan Profesionalisme Guru

Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan

Kerjasama Profesional/ Kolaborasi

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Globalisasi Pendidikan

PENGERTIAN : Menurut Mook Soon Sang ( 2010 ) Penyelidikan Tindakan adalah satu bidang soal selidik dan kajian yang berbentuk refleksi kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik atau individu.
Di bawah konteks perkembangan profesionalisme keguruan , penyelidikan tindakan ini boleh digunakan untuk mengkaji masalah-masalah pendidikan dan membaiki keadaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah.

TUJUAN :
Menggalakkan guru membuat refleksi terhadap masalah-masalah yang berlaku semasa sesi PdP seterusnya mengesan dan membaki kelemahan dan kekurangannya. Donald Schon (1983) dalam Zaim (2012) menekankan amalan refleksi sebagai asas dan saluran untuk perkembangan ilmu professional.

TUJUAN :
Boleh meningkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan.
Dapat meningkatkan kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data, menganalisis, menilai, menginterpretasi, membuat refleksi serta merumus.

TUJUAN :
Dapat meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan imej guru dalam profesion keguruan. Guru berpeluang mengubah dan mencuba sesuatu kaedah dan teknik mengajar baharu yang lebih sesuai. Dokumentasi hasil dapatan menjadi bahan rujukan dansumbangan idea baharu untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guru-guru di sekolah lain.

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti PdP oleh guru-guru di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik dari pihak Pengetua/ Guru Besar

Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua dan Guru Besar adalah pelaksana utama kurikulum dan penyeliaan PdP di sekolahnya.

TUJUAN :
Mempertingkatkan daya profesionalisme guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses PdP.

Dapat berkongsi dengan Pengetua/ Guru Besar berkaitan pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran mengajar.

BIDANG YANG DINILAI :


Bidang Organisasi : - Iklim Kelas : organisasi kelas, kawalan murid, komunikasi, motivasi, sikap murid , kebersihan dan perhiasan; - Penyeliaan Gerak Kerja; - penilaian prestasi; - profil murid - Panitia Mata Pelajaran Ciri bidang organisasi tersebut merupakan petunjuk yang boleh membantu keberkesanan PdP.

Penyeliaan PengajaranPembelajaran BIDANG YANG DINILAI :


Bidang Pengajaran dan Pembelajaran : - Rancangan pengajaran iaitu objektif dan isi kandungan; - Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya; - Penyampaian isi pelajaran; - teknik bersoaljawab; - interaksi guru-murid dan - penggunaan masa.

TINDAKAN SELEPAS PENYELIAAN:


Perbincangan yang berfokuskan maklumatmaklumat prestasi berkaitan kelemahan dan kekuatan pengajaran pembelajaran antara guru dan Pengetua/Guru Besar. Tindakan susulan akan dirancang bagi meningkatkan keberkesanan PdP di mana beberapa perubahan perlu dibuat supaya dapat mencapai objektif pencerapan.

Sistem latihan perguruan yang terdahulu boleh dianggap tidak begitu relevan untuk digunakan untuk mencapai matlamat pendidikan yang sering berubah seiring dengan peredaran masa.

Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan merupakan satu cabang bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Guru perlu sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi PdP dalam bilik darjah. Guru boleh mengikuti Kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

ASPIRASI NEGARA: Memastikan seratus peratus guru mempunyai ijazah pertama menjelang tahun 2020.
Antara kursus yang dijalankan - Kursus Dalam Perkhidmatan misalnya KDP 14 Minggu, KSPK - Kursus Peningkatan Profesionalisme Program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah ( PGSR ) dan PPG

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang menyatakan Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
Guru yang telah mengikuti kursus perlu menjalankan Kursus Dalaman untuk berkongsi maklumat yang telah diperolehi semasa berkursus.

LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN :
KPM juga telah memperkenalkan konsep latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah bagi mendukung konsep lets manager manage. Pelaksanaan latihan secara on-site dan school based telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah guru meninggalkan kelas.

TUJUAN :
Untuk mendedahkan kepada inovasi terkini. Meningkatkan profesionalisme keguruan. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Mewujudkan sistem nilai dan amalan yang mantap


Memartabatkan profesion perguruan.

PENGERTIAN :
Menurut Mook Soon Sang (2010) Kerjasama membawa maksud saling membantu. Professional ialah orang yang mempunyai kelayakan akademik serta ikhtisas dalam sesuatu perkerjaan. Seorang guru terlatih boleh digolongkan sebagai seorang yang professional kerana dia mempunyai kedua-dua kelayakan akademik dan ikhtisas.

AKTIVITI KOLABORASI :
Menggalakkan pendidik bekerjasama menjalankan idea yang dicipta untuk mencapai matlamat mereka berkaitan dengan projek dan pembangunan pelajar seperti sering bertukar pendapat, kerjasama di dalam seminar, forum, mesyuarat, atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme guru.

AKTIVITI KOLABORASI :
Menganjurkan perjumpaan secara tetap bertujuan berbincang mengenai masalah pelajar, bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman mengajar, nota pelajaran, menggubal soalansoalan ujian dan meneliti semula penilaian dan pencapaian pelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar melalui Panitia Mata Pelajaran yang telah dibentuk.

AKTIVITI KOLABORASI :
Merancang aktivti penilaian sebaya di antara guru mata pelajaran. Mengadakan Latihan Dalaman dengan tujuan berkongsi pengalaman dan kemahiran mengajar dengan rakan sejawat yang lain.

Menurut Boon Pong Ying ( n.d ) dalam meningkatkan perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang pendidikan.

Bagi membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, kerajaan Malaysia juga menggalakkan institusi pengajian tinggi swasta mengambil bahagian dalam menggalakkan guru menyambung pengajian.

Kerajaan telah membenarkan pusat pengajian swasta untuk menyediakan latihan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru sekolah rendah dan menengah.

Budaya ilmu ini boleh dioperasikan dalam enam jenis bidang iaitu melalui : - budaya membaca - budaya berfikir - budaya belajar - budaya berkarya - bermusyawarah dan - refleksi.

Globalisasi bermaksud merentasi sempadan dan media. Dengan adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), pemerolehan ilmu telah tidak terhad dalam bangku sekolah sahaja, tetapi juga melalui internet antarabangsa.

Menurut Prof Michael Gibbons (2003). Setiausaha Agung Persatuan Universiti Komanwel : Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan pengajaran yang berkualiti di mana ia akan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada yang baharu, mengikut hasil dapatan penyelidikan yang terkini. (Mook Soon Sang, 2010).

Ledakan ilmu pengetahuan hari ini merangkumi dunia tanpa sempadan dan mencabar kredibiliti guru dalam mendidik pelajar. Guru perlu bersifat dinamik iaitu sentiasa responsive dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Guru mesti bersedia berubah mengikut perubahan era globalisasi.

Guru hendaklah berorientasikan maklumat, iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumatmaklumat baharu yang berkaitan dengan pendidikan bagi meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini. Mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guruguru lain yang lebih berpengalaman.

Kesimpulannya, segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk memartabatkan profesion keguruan haruslah dipuji kerana menjadi laluan guru untuk memartabatkan profesion perguruan. Oleh hal yang demikian semua pihak terutamanya pihak guru di Malaysia itu sendiri haruslah menyokong segala rancangan dan projek dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.

Anda mungkin juga menyukai