Laporan Projek Seni

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

Tugasan : SHAZLIZA BINTI NUZOL AZAM

Kursus: Pengurusan Dalam Seni

Tarikh: 6 April 2020 (isnin)

Arahan:

 Jawab soalan yang diberi.


 Anda perlu hantar jawapan anda dalam tempoh 2 jam melalui email group.

Soalan

Laporan projek adalah satu bentuk penyataan yang logik dan tersusun.
Kebiasaannya mengandungi maklumat dan fakta, mencadangkan penyelesaian,
menilai sesuatu aktiviti, merekod sesuatu peristiwa dan menganalisis aktiviti
program.

Sediakan satu laporan yang lengkap bagi aktiviti projek seni berdasarkan
pengalaman sedia ada anda.

SK DUSUN TUA, HULU LANGAT


SELANGOR

LAPORAN PROJEK MURAL

1.0 Pengenalan

Pada 11 dan 12 Mac 2020, satu projek seni visual iaitu aktiviti menghasilkan Mural
telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Selangor. Projek yang
dihasilkan ini merupakan satu usaha guru-guru pelatih yang menjalankan intern di
sekolah tersebut sebagai satu tanda terima kasih atas segala bimbingan dan
sokongan yang diterima. Projek ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagu
hubungan sekolah dengan Institut Pendidikan Guru yang diwakili oleh para guru
pelatih ini.

Secara tidak langsung, melalui projek mural ini, para guru pelatih akan dapat
i. Meningkatkan kreativiti diri
ii. Mewujudkan sikap bekerjasama di dalam diri
iii. Memotivasikan pihak sekolah dengan kata-kata pada mural yang dihasilkan

Mural ini telah dihasilkan pada tangga Sekolah Dusun Tua yang telah kelihatan
usuh dan kotor akibat kerap digunakan oleh murid-murid sekolah.

Tangga ini terletak pada bahagian hadapan sekolah, di hadapan pintu utama
sekolah. Oleh itu, setiap murid akan melalui tangga ini setiap kali mereka datang
dan pulang.
Pada bahagian mendatar tangga tersebut, guru pelatih telah mewarnakannya ini
dengan menggunakan cat minyak agar warna tidak akan lusuh. Guru pelatih
memilih untuk menghasilkan kesan gradient pada tangga agar sekolah kelihatan
lebih ceria dengan warna-warna menarik.

Susunan warna disusun dengan strategik agar kesan yang menarik dan gradient
dapat dihasilkan

Berikut adalah hasil mural yang telah dilakukan:


Guru pelatih juga telah meletakkan simpulan bahawa pada setiap bahagian
menegak tangga. Guru pelatih berharap agar murid sekolah akan membaca
simpulan bahasa pada mural ini dan akan berusaha untuk mencari makna kepada
simpulan bahasa ini.

Antara simpulan bahasa yang digunapakai adalah:

i. Buah Tangan
ii. Ringan Tulang
iii. Durian Runtuh
iv. Buah Mulut
v. Ayam Tambatan
vi. Putih Mata

2.0 Kekuatan Projek

Projek ini berjaya memberi manfaat kepada ramai pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung. Bagi para guru pelatih, mereka dapat menanam
sikap kerjasama yang tinggi di antara satu sama lain agar dapat menghasilkan satu
hasil seni yang menarik. Mereka juga dapat meningkatkan kemahiran mengurus,
mentadbir sesuatu organisasi dengan baik dan kemahiran memimpin diri sendiri
dan rakan-rakan. Secara tidak langsung, kemhairan-kemahiran ini akan dapat
mereka praktikkan apabila mereka menjejakkan kaki ke alam perkerjaan kelas.

Bagi pihak sekolah pula, dengan adanya projek ini, sekolah kelihatan lebih ceria
dengan warna-warna yang menarik dan dapat meningkatkan pengetahuan kepada
murid terhadap simpulan-simpulan bahasa yang ada.
3.0 Penambahbaikan Projek

Bagi masa akan datang, satu penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah
dengan mengadakan projek ini dengan skala yang lebih besar. Contohnya
mengadakan mural pada dinding besar sekolah. Dengan ini, pihak sekolah akan
melibatkan lebih ramai guru-guru dan pada masa yang sama, hubungan guru
pelatih degan guru sekolah akan terjalin dengan lebih erat.

Satu penambahbaikan lain yang dapat dilakukan adalah dengan menggunakan


teknik menghasilkan mural dengan lebih kreatif dan menarik. Contohnya,
melakukan eknik 3D yang mana gambar yang dihasilkan seolah-oleh hidup,
ataupun menghasilkan mural dengan menggunakan spray. Kesannya yang dapat
dihasilkan pasti akan lebih menarik minat guru-guru, pentadbir sekolah,
pengunjung-pengunjung yang melawat sekolah dan murid-murid.

4.0 Kesimpulan

Diharapkan projek mural ini dapat memberikan impak yang positif kepada ramai
pihak dan akan dikekalkan hingga jangka masa yang lama.

Disediakan Oleh:

Shazliza Nuzol Azam


(Shazliza binti Nuzol Azam)

Anda mungkin juga menyukai