Halwa Maskat

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

CARA MEMBUAT HALWA MASKAT

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum
1 kg gula pasir
1 kg gula batu
5 sudu tepung sagu
1 tin sedang minyak sapi (500gm)
sedikit buah pelaga
Badam dan Gajus
Sedikit air mawar

Cara:

1. Tepung gandum diuli menjadi sebuku doh, kemudian ambil doh tadi dan letak dalam
satu besen atau bekas untuk mulakan proses membasuh tepung. Basuhkan doh tadi dengan
cara tuangkan sedikit demi sedikit air anggaran 11/2-2mug air basuh doh ratakan dengan
tangan pada doh dan airnya di simpan dalam bekas2 yang disediakan. Ulangi proses hingga
tinggal getah sahaja pada doh tepung tadi..ini bermakna air yang kita ketepikan dalam bekas
dalam 3-4 bekas. Proses untuk basuh tepung makan masa anggaran 3-4 jam.
2. Air yang diketepikan dalam bekas tadi dibiarkan sehingga mendap tepungnya,
buangkan air perlahan2 bila masuk hari pertama dan nampak jernih airnya iaitu keesokkan
harinya dan tinggalkan kanji tepung sahaja..xboleh guna tapisan perlahan2 buangkan airnya.
Lakukan proses yang sama sekurang2nya 2 atau 3 hari jangan lebih nanti masam pula kanji
tepung yang dimendapkan. Setiap kali air dibuang gantikan dengan air bersih yang baru,
kacau sedikit dengan senduk kayu serta biarkan mendap untuk hari yang berikutnya.
3. Bagi proses untuk mengacau kueh ini pula, sediakan kuali atau genseng tembaga
kalau ada lagi bagus yang agak besar untuk mengacaunya.
4. Mula2 ambil gula pasir anggaran 2 cawan di goreng untuk jadikan berwarna perang
keemasan jangan sampai hangus, masukkan air anggaran 4-5 cawan dan masukkan pula baki
gula pasir yang sekilo tadi bersama gula batu. Masakkan sehingga gula mencair dan air gula
mendidih baru di masukkan kanji mendapan tepung yang dicampurkan dengan sekali ganda
air (sukatannya 1 bahagian mendapan tepung + 1 bahagian air kacau hingga rata) Massakkan
adunan ini hingga sebati dan memekat seperti mengacau dodol perlu di kacau selalu.
5. Sambil adunan di kacau masukkan bancuhan tepung sagu bersama sedikit air dan
kacau lagi sambil dimasukkan ghee atau minyak sapi sedikit demi sedikit. Kacau
sekurang2nya 4 jam. Masukkan juga sedikit air mawar dan sedikit buah pelaga yang
dibuangkan kulitnya serta ditumbuk sedikit isinya.
6. Bila halwa maskat dah masak elok akhir sekali masukkan badam dan gajus yang
telah digoreng. Masukkan kueh halwa maskat ini ke dalam loyang atau bekas yang
bersesuaian semasa ia masih panas untuk senang ditetal atau di ratakan. Hidangkan bila dah
sejuk dengan potongkan kecil2 sahaja kalau nak buat hantaran boleh masukkan dalam
mangkuk bersesuaian dan hiasi dengan badam, ceri, kismis atau yang bersesuaian..selamat
mencuba..walaupun payah nak buat tapi amat berbaloi sebab rasanya sedap dan harum
baunya.

Anda mungkin juga menyukai