KELENTURAN
KELENTURAN
KELENTURAN
3 KEKUATAN OTOT
1) Maksud:
Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat
beban dengan menggunakan daya yang maksimum.
2) Faedah Latihan:
a) Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.
b) Mencegah atau mengurangkan masalah penyakit hipokinetik.
c) Mengurangkan rasa tekanan.
d) Mengawal berat badan.
e) Mengurangkan risiko mendapat kecederaan.
f) Membentuk postur yang baik.
g) Mencegah masalah sakit di bahagian bawah belakang badan.
h) Otot menjadi hipertropi.
3) Contoh Aktiviti:
a) Mendagu
b) Tekan tubi
c) Naik turun bangku
d) Bangkit tubi
1.4 KELENTURAN
1) Maksud:
Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak
pada julat pergerakan maksimum.
2) Faedah Latihan:
a) Mengurangkan risiko mendapat kecederaan.
b) Meningkatkan prestasi dalam sukan.
c) Mewujudkan rasa selamat dan selesa semasa melakukan aktiviti.
d) Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja.
e) Meningkatkan kualiti daya tahan, kekuatan dan ketangkasan.
f) Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah.
3) Contoh Aktiviti:
a) Kilas pinggang
b) Bengkok sisi
c) Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.
d) Duduk melunjur dan jangkau
.5 KUASA
1) Maksud:
Kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dalam masa yang singkat dengan
menggunakan daya yang maksimum.
2) Faedah Latihan:
a) Mampu menyelamatkan diri ketika berlaku sebarang kecemasan.
b) Meningkatkan kuasa otot.
c) Meningkatkan daya tahan otot.
d) Meningkatkan prestasi dalam sukan.
3) Contoh Aktiviti:
a) Lontar bola segar sambil duduk.
b) Lompat jauh berdiri.
c) Hop melepasi halangan.
d) Lompat pelbagai aras:-
(i) Lompat ketingting.
(ii) Lompat dakap.
(iii) Lompat squat menegak.
(iv) Lompat selang seli.