Cover & Laporan Aktiviti
Cover & Laporan Aktiviti
Cover & Laporan Aktiviti
LAPORAN AKTIVITI
SUDUT BERTEMA
SAMBUTAN
TAHUN BARU CINA 2019
LAPORAN AKTIVITI
SAINS
Gmail : [email protected]
________________________________________________________________________
FAIL MEJA
________________________________________________________________________
TEMPAT : Perpustakaan
AKTIVITI : Menanpal kata-kata hikmah , Sudut Sejarah Sekolah, Membina Sudut Karel,
2. Memanfaatkan ruang yang ada dengan sesuatu yang berfaedah dan ada nilai
sekolah.
KEKUATAN : Sikap dan kesungguhan guru-guru dan warga sekolah menyiapakan tugasan
dengan kemas dan teliti, dalam keadaan santai mengikut masa yang ditetapkan.
KELEMAHAN : Kekurangan bahan seperti cat, menyebabkan sudut karel belum dapat disiapkan
sepenuhnya. Kerja mengecat akan dilakukan pada hari cuti hujung minggu.
AKTIVITI :
OBJEKTIF : Murid dapat melihat dan membaca maklumat tentang budaya dan adat resam
masyarakat Tionghwa ketika menyambut Perayaan Tahun Baru Cina.
Murid mengenali beberapa jenis makanan dan pakaian tradisional kaum tersebut
melalui gambar-gambar yang dipamirkan..
KEKUATAN : Menambah pengetahuan tentang kepelbagaian adat resam dan budaya masyarakat di
negara kita. Mereka boleh membaca dan melihat bahan yang ada di sudut tersebut. Murid sangat
berminat untuk menjawab kuiz yang diadakan. Penyertaan sangat menggalakan.
KELEMAHAM : Peruntukan untuk membeli hadiah sangat sedikit. Mereka hanya mendapat hadiah
bernilai RM2.00 sahaja. Semua penyertaan mendapat hadiah ( 20 orang)
TAMBAH BAIK : Pamirkan bahan maujud lebih menarik kerana murid boleh memegang benda-benda
tersebut. Namun kos yang besar diperlukan untuk membeli pelbagai jenis kuih-muih dan pakaian
tradisional kaum tersebut.
PENUTUP : Program berjalan seperti yang dirancangkan. Kuiz dijalankan pada 11-15 Februari.
…………………………………..
LAPORAN AKTIVITI
KEKUATAN : Murid yang terlibat bersemangat untuk mengikuti program. Mereka teruja mendapat
bimbingan daripada guru sekolah lain. Fasilitator bersedia dengan pelbagai bahan dan teknik untuk membantu
murid agar mudah faham dan mencapai objektif. Pelbagai petua diberi untuk membolehkan murid mudah ingat
dan berupaya menjawab pelbagai bentuk soalan format UPSR terkini.
KELEMAHAN : Jangka masa program agak singkat. Fasilitator yang terlibat tidak dapat mencurahkah
seluruh ilmunya untuk membantu murid-murid ini. Kelihatan beberapa orang murid tidak memberi tumpuan
ketika taklimat. Mereka buat hal sendiri. Mereka juga tidak mengikut arahan ketika menjawab soalan latihan
bertulis yang diberi.
PENUTUP : Ucapan tahniah kepada semua murid yang berjaya menamatkan program. Program
seperti ini sangat baik dijalankan. Namun, adalah lebih baik jika program seperti ini kerap diadakan agar
kelemahan yang dikesan dapati diatasi oleh guru pakar terlibat. Sedikit peruntukan diperlukan untuk
menjayakan program. Disamping menambah ilmu, murid juga dapat memenuhi masa cuti mereka dengan
aktiviti yang berfaedah
AKTIVITI : Ucapan Guru Besar & Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Perarakan , Pertandingan Koir, Pakaian
Beragam, Basikal Berhias, Kelas Ceria Merdeka. Tayangan Video ( Semangat Patriotik), Sajak Kemerdekaan
OBJEKTIF:
1. Menanam sikap cinta kepada Negara dengan mengingati dan merayakan tarikh keramat 31 Ogos ini
dengan pelbagai aktiviti yang sesuai.
2. Mengenang dan menghayati sejarah Negara dari zaman penjajahan (sebelum kemerdekaan) hingga
kini . Tugas berat yang perlu digalas ialah mengekalkan kemerdekaan.
3. Menguji pengetahuan am dan menilai kepekaan murid terhadap isu-isu berkaitan kemerdekaan.
4. Memperkenalkan makanan ruji masyarakat sebelum kemerdekaan.
KEKUATAN: Murid sentiasa diingatkan tentang maksud kemerdekaan dan berusaha mengekalkan
kemerdekan melalui pelbagai maklumat dan aktiviti. Mereka juga diasuh agar memberi komitmen dan sentiasa
berdaya saing secara sihat untuk mencapai kejayaan tampa mengira kaum.
KELEMAHAN: Tidak ramai murid yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan sajak. Mereka
juga kurang berminat mendengar cerita berkaitan Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Bendera Malaysia tidak
diletak ditempat yang sesuai. Ada yang jatuh, bersepah di atas lantai dan sebagainya. Kurang semangat
patriotism dalam diri murid.
PENUTUP : Aktiviti berjalan lancar. Semua pihak memberi kerjasama sebelum, semasa dan selepas program.
Walaupan sambutan dibuat secara sederhana , namun kegembiraan dan keseronokan terpancar di wajah semua
murid dan guru. Laungan merdeka bergema semasa pelancaran Program Semarak Merdeka ini.
TAMBAHBAIK: Murid diingatkan tentang semangat kebangsaan, cinta Negara, menjaga dan memartabatkan
warisan bangsa dan negara dari masa ke semasa.
…………………………………
LAPORAN AKTIVITI
NAMA PROGRAM : Jamuan Perpisahan En. Hasri bin Puasa @ Idris ( Mantan GPK 1 SK Kumai)
YANG DIRAIKAN : En. Hasri bin Puasa @ Idris( Guru Besar SK Titom Kuala Lipis)
AKTIVITI : Kehadiran para tetamu jemputan dan Yang diraikan, Menanam pokok tanda kenangan,
Ucapan En. Hasri, Penyampaian cenderahati , Jamuan makan & Bersurai.
OBJEKTIF : 1. Mengenang dan menghargai jasa yang disumbangkan oleh En Hasri sebagai GPK Pentadbiran
selama berkhidmat di sekolah ini. Pelbagai perkara telah dilakukan terutama berkaitan kurikulum walaupun
tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini lebih kurang dua tahun sahaja.
2. Semua pihak diasuh dan dididik agar menghargai pengorbanan yang disumbangkan oleh
orang lain dan memohon kemaafan atas kesalahan yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak sepanjang
tempoh bersama.
KEKUATAN : Kerjasama semua pihak terserlah bagi menjayakan majlis. Dalam kesibukan dengan pelbagai
urusan kerana minggu ini minggu peperiksaan , semua warga sekolah bertungkus lumus dengan pelbagai tugas
bagi memastikan majlis ini berjalan lancar, meriah dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat .
KELEMAHAN : Masa jamuan agak singkat kerana majlis bermula agak lewat ,hampir pukul 11.00 pagi dan hari
ini hari Jumaat masa persekolahan pendek menyebabkan murid- murid tidak dapat bersalam-salaman dengan
En. Hasri buat kali terakhir.
PENUTUP : Aktiviti seumpama ini perlu diadakan bagi menghargai pengorbanan di samping mengukuhkan
ikatan silaturahim. Walaupun tidak bersama lagi, namun kenangan indah akan menjadi nostalgia sepanjang
hayat. Jasamu tetap dikenang. Semuga En. Hasri tabah menjalankan tugas sebagai Guru Besar di tempat baru
dan cemerlang di dunia dan akhirat.
LAPORAN AKTIVITI
SASARAN : Semua Murid Tahun 6, guru dan Ibu/ bapa / penjaga Murid Tahun 6..
AKTIVITI : 1. Ucapan Pengerusi ( Pn. Nur Faiqah) , Ucapan Penyelaras Tahun 6 ( En. Wan
4. Penyampaian alat tulis kepada Murid Tahun 6 (sumbangan Kedai Buku Sekolah)
OBJEKTIF : 1. Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingan mendapat redha daripada ibu/
bapa dan guru-guru sebelum menduduki UPSR . Ini untuk membolehkan murid berasa tenang dan lapang serta
dimudahkan Allah untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.
: 2. Mengeratkan jalinan silaturahim antara ibu/ bapa/ dan guru. Dengan ini segala masalah
murid di sekolah mudah dimaklumkan kepada ibu/ bapa/ penjaga untuk tindakan selanjutnya.
KEKUATAN : Sebahagian besar ibu/ bapa/ penjaga hadir untuk memberi sokongan moral kepada
anak/ jagaan mereka sebelum melangkah ke dewan peperiksaan 5 September 2016. Anak-anak berasa besar
hati duduk di sebelah ibu/ bapa/ penjaga masing-masing untuk mengikuti program yang telah dirancang oleh
pihak sekolah.
KELEMAHAN : Ada segelintir ibu/ bapa/ penjaga yang tidak pernah hadir dalam semua program
kecemerlangan UPSR termasuk semasa program Redha Ilmu ini. Mungkin mereka menganggap program di
sekolah tidak penting dan mereka tidak perlu melibatkan diri walaupun mendapat surat jemputan.
PENUTUP : Kesimpulannya, aktiviti berjalan lancar. Program motivasi di bawah bimbingan Ustaz
Jalaluddin sangat menyentuh emosi semua hadirin dan memberi impak yang besar terhadap presepsi murid
kepada ibu/ bapa/ penjaga mereka. Sayangi dan hormati mereka yang telah banyak berjasa kepada kita.
ULASAN GURU BESAR;
………………………………………..
AKTIVITI : Bacaan Doa, berbaris Mengambil makanan dan makan di tempat yang disedoakan.
OBJEKTIF : 1. Memberi peluang kepada murid yang kurang berkemampuan untuk menikmati
makanan berkhasiat dan seimbang melalui program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT) di sekolah.
: 2. Murid dapat memulakan pelajaran dengan ceria dan berkesan ekoran pengambilan
sarapan pagi yang kadang kala diambil enting oleh ibu bapa dan penjaga di rumah.
: 3 Murid dilatih berdisiplin dan beradab di hadapan rezeki dengan membaca doa sebelum
dan selepas makan, meletakkan bekas makanan dan minuman ditempat yang disediakan, menjaga kebersihan
tempat makan dan sebagainya.
KEKUATAN : Murid-murid RMT bersemangat untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan di kantin
sekolah. Menu pagi ini ialah koko krunch dan milo, manakala menu makan waktu rehat ialah mi kari. Murid
makan koko krunch dengan berselera. Mungkin kerana koko krunch memang sedap dan digemari oleh semua
peringkat umur.
KELEMAHAN : Hanya 76 orang penerima RMT sahaja yang dapat menikmati sarapan ini sedangkan
murid lain hanya melihat sahaja rakan-rakan mereka menikmati hidangan yang disediakan. Mereka tidak layak
menerima RMT, namun mereka masih bukan dari golongan yang kaya @ mewah.
PENUTUP : Program kerajaan menambah dana untuk program RMT sangat-sangat disambut baik
demi melahirkan anak-anak murid yang cergas, cerdas dan bertenaga untuk mengikuti aktiviti pembelajaran
sepanjang hari. Masalah murid pengsan, lemah dan tidak bermaya kerana tidak memiliki wang untuk membeli
sarapan dapat diatasi melalui program ini. Diharap murid-murid yang mendapat RMT akan lebih tekun belajar
dan sentiasa meningkatkan prestasi dalam setiap mata pelajaran.
…………………………………….
LAPORAN AKTIVITI
OBJEKTIF : 1.Program rehat minda setelah berpenat lelah hampir sepanjang tahun bagi
melaksanakan pelbagai tugasan dan aktiviti yang di rancang oleh pihak kementerian maupun pihak sekolah.
2.Sebagai salah satu program Kelab Guru yang diadakan setiap tahun untuk merapatkan
hubungan silaturahim antara ahli dan keluarga. Dengan ini segala masalah ahli dapat diketahui dan dikongsi
bersama bagi mencari penyelesaiannya.
KEKUATAN: 1.Program lawatan ini sangat menggembirakan walaupun agak memenatkan kerana
perjalanan jauh. Hampir semua guru dan staf menyertai rombongan kecuali beberapa orang guru/ staf yang
tidak dapat turut serta kerana ada urusan yang lebih penting/ tidak dapat dielakan.
2. Ikatan silaturahim dan kerjasama yang erat antara semua ahli rombongan jelas
terserlah sepanjang lawatan ini. Semua terhibur dan dapat melihat keindahan alam di kawasan tanah tinggi
yang nyaman dan menyegarkan serta menimba pelbagai pengerahuan baharu untuk dijadikan kenangan .
KELEMAHAN: 1. Lawatan ke kawasan peranginan tanah tinggi khususnya pada hari cuti umum perlu
dielakkan kerana kesesakan jalan raya. Jalan jem sepanjang pendakian ke puncak Cameron Highland amat
meresahkan.
………………………………………..
SASARAN : 20 keluarga
OBJEKTIF :1 Misi bantuan dari pihak Charity Right bulan ini diberi sebelum umat Islam menyambut Hari
Raya Aidil Fitri. Dengan ini sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh masyarakat yang susah dapat
dikurangkan.
2. Progeam ini juga merupakan salah satu aktiviti PUSPANITA SK FELDA Kumai .Lawatan Guru
Besar dan beberapa orang guru ke rumah penerima sumbangan dibuat untuk meninjau keadaan sebenar
kehidupan mereka setelah menerima bantuan selama beberapa bulan ini.
KEKUATAN Program bantuan makanan ini serba sedikit dapat meringankan bebanan yang ditangguang oleh
ibu/ bapa/ penjaga murid yang berpendapatan rendah. Program bantuan dari pihak NGO ini dapat mengeratkan
perhubungan masyarakat dengan sekolah dan salah sebuah pertubuhan sukarela yang terdapat di negara ini.
KELEMAHAN Sebahagian besar murid yang menerima bantuan ini telah mendapat pelbagai bantuan kerajaan
seperti RMT, KWAPM dan sebagainya. Namun, kesungguhan dan semangat mereka untuk meningkatkan
pencapaian dalam pelajaran kurang menyerlah. Pencapaian sebahagian besar daripada mereka dalam pelajaran
masih di tahap rendah dan sederhana.
PENUTUP : Program membantu rakyat berpendapatan rendah oleh pihak kerajaan dan swasta sangat diali-
alukan. Diharap murid yang menerima bantuan berazam untuk tekun ke sekolah dan belajar bersungguh-
sungguh bagi memenuhi hasrat dan matlamat Charity Right ini.
LAPORAN AKTIVITI
OBJEKTIF 1. Mencungkil pengetahuan murid setelah 9 bulan belajar sejarah disamping persediaan
untuk peperiksaan akhir tahun.
KEKUATAN : Sebahagian besar peserta dapat menjawab soalan yang diajukan dengan pantas dan
tepat berikutan persiapan awal yang telah dilakukan. Murid-murid telah membuat persiapan beberapa minggu
sebelum pertandingan. Komitmen murid-murid ini sangat membanggakan.
KELEMAHAN : Segelintir peserta yang mengambil bahagian kurang membaca dan tiada persediaan
awal. Mereka gagal menjawab soalan mudah yang diberikan. Kurang pembacaan menyebabkan pengetahuan
murid cetek, tidak mendalam dan jawapan kurang tepat.
PENUTUP : Kesimpulannya aktiviti berjalan lancar. Semua pihak member perhatian dan turut serta
ketika aktiviti dijalankan. Aktiviti seperti ini sangat sesuai jika diadakan lebih kerap agar murid-murid sentiasa
mengambil tahu tentang sejarah , minat sejarah dan menghargai tokoh sejarawan negara sejak zaman dahulu
hingga kini.
……………………………….
LAPORAN AKTIVITI
OBJEKTIF 1. Menggalakkan murid membuat penyelidikan dan mencari maklumat dari pelbagai sumber
untuk dirangkum dan dipersembahkan dalam bentuk power point.Mereka juga dilatih bekerjasama untuk
menyiapkan tugasan yang diberi.
2. Murid didedahkan dengan kemahitan teknologi maklumat khususnya program power point
untuk membentangkan sesuatu isu atau tajuk sebagai persediaan untuk mengikuti pembelajaran di sekolah
menengah. Pengalaman dan kemahiran yang dipelajari disekolah rendah dapat diadaptasi di sekolah menengah
kelak.
KEKUATAN 1. Murid dapat membuktikan bahawa kerjasama dan bantu-membantu dalam kumpulan dapat
menghasilkan sesuatu yang menarik dan berkualiti. Binbingan daripada guru yang mahir ICT juga telah
melicinkan lagi urusan setiap kumpulan untuk menyiapkan tugasan mereka.
2. Persembahan setiap kumpulan mantap, padat dan menarik selari dengan tajuk yang
diberikan. Para penonton terhibur disamping mendapat info yang bermanfaat.
KELEMAHAN : Hanya tiga orang murid yang terlibat semasa pembentangan. Ahli kumpulan yang lain hanya
berdiri tanpa sebarang aktiviti yang dilakukan semasa pembentangan tersebut. Adalah lebih mantap jika semua
ahli terlibat untuk membuat pembentangan walaupun ringkas.
PENUTUP : Kesimpulannya, aktiviti sangat berjaya dan sesuai dijadikan aktiviti tahunan. Kelab dan
persatuan juga boleh mengadakan aktiviti seumpama ini semasa kokurikulum. Selain menarik, ia juga
menambah kemahiran guru dan murid menggunakan ICT.
………………………….
SK FELDA KUMAI,
28300 TRIANG, PAHANG
LAPORAN AKTIVITI
PENYERAHAN SUMBANGAN
OLEH
CHARITY RIGHT
TARIKH : 21 JUN 2017
TEMPAT : SK FELDA KUMAI
LAPORAN AKTIVITI
OBJEKTIF :Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kepekaan murid dari segi pendengaran dan
keprihatinan menyalin soalan yang dibacakan. Murid menyalin soalan yang dibacakan berulang kali selama
seminggu pada waktu rehat. Salah satu usaha untuk Memertabatkan Bahasa Melayu & Mengukuhkan
penguasaan dalam Bahasa Inggeris (MBMMBI).
KELEMAHAN : Kebanyakan murid tidak membuat rujukan ketika menjawab soalan. Ada di antara
mereka yang meniru jawapan kawan. Kesilapan menyalin soalan menyebabkan mereka gagal menjawab soalan
dengan betul.Murid kurang menguasai Bahasa Inggeris menyebabkan penyertaan kurang menggalakkan.
PENUTUP : Aktiviti berjalan lancar. Aktiviti akan diteruskan dengan soalan kuiz on air Sains ( Bulan
April). Pemenang menerima hadiah semasan perhimpunan rasmi hari Isnin.
…………………..
AKTIVITI :1. Pamerah Bahan (pelbagai jenis makanan / kuih muih hari raya), Pameran Pelbagai
jenis pakaian Hari Raya dan Kuiz ( bertulis ).
OBJEKTIF : Murid dapat melihat dan mengenali pelbagai jenis kuih muih tradisional dan moden
yang di hidangkan semasa Hari Raya Aidil Fitri. Murid juga didedahkan tentang hidangan istimewa hari
raya seperti ketupat, rending, lemang dan sebagainya.
Pelbagai pakaian tradisional yang sesuai digayakan semasa hari raya juga dipamerkan di
sudut bertema ini seperti baju kurung, baju melayu, kebaya dan sebagainya.
Murid menjawab soalan kuis bertema yang disediakan di PSS. Mereka mencari
maklumat di perpustakaan untuk menjawab soalan kuiz.
KEKUATAN : Menambah pengetahuan murid tentang keistimewaan perayaan hari raya . Terdapat
pelbagai juadah dan pakaian yang dipakai semasa hari raya.
KELEMAHAN :Ada segelintir murid kurang minat untuk mencari maklumat dan menjawab soalan kuiz
berkaitan sambutan hari raya. Mereka hanya melihat pameran sahaja.
PENUTUP : Program berjalan hingga tamat bulan Syawal. Kuiz dijalankan selama seminggu untuk
memberi peluang kepada murid mencari maklumat dan menghantar kertas jawapan. Kemuncak
sambutan hari raya ialah pada 5 Julai 2018 kerana diadakan Jamuan Hari Raya Peringkat sekolah.
…………………………………..
LAPORAN AKTIVITI
GURU TERLIBAT : Pn. Noraida, Pn Laili Azimah, Ust. Jalaludin & Pn. Huraizah
OBJEKTIF :Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kepekaan murid dari segi pendengaran dan
keprihatinan menyalin soalan yang dibacakan. Murid menyalin soalan yang dibacakan berulang kali selama
seminggu pada waktu rehat.
KELEMAHAN : Kebanyakan murid tidak membuat rujukan ketika menjawab soalan. Ada di antara
mereka yang meniru jawapan kawan. Kesilapan menyalin soalan menyebabkan mereka gagal menjawab soalan
dengan betul. Murid kurang menguasai fakta asas Matematik menyebabkan penyertaan kurang menggalakkan
terutama murid tahap 1.
PENAMBAHBAIK : Rendahkan aras soalan agar semua murid boleh menjawab dengan baik semua soalan
yang dibacakan. Dedahkan / terangkan soalan kuiz dalam kelas beberapa minit sebelum pembelajaran bermula,
supaya murid jelas kehendak soalan.
PENUTUP : Aktiviti berjalan lancar. Aktiviti akan diteruskan dengan soalan kuiz on air Sejarah
Bulan Ogos ( Tema : Kemerdekaan). Pemenang menerima hadiah semasa perhimpunan rasmi hari Isnin.
…………………..
LAPORAN AKTIVITI
( Sempena lawatan Penanda Aras PPD Tampin dan Unit LINUS SK Kumai)
AKTIVITI : Menanpal maklunat, carta, melukis mural ,menghias bilikLINUS dan sebagainya.,
OBJEKTIF : 1. Dapat menceriakan suasana, member informasi dan menggalakkan budaya berfikir
dalam kalangan murid Pemulihan dan murid lain. Menampakkan kelainan Bilik LINUS sekolah ini berbanding di
sekolah lain..
2. Memanfaatkan ruang yang ada dengan sesuatu yang berfaedah dan ada nilai murni yang
boleh diamalkan. Menanamkan sikap kerjasama dan bantu membantu dalam kalangan warga sekolah.
KEKUATAN : Sikap dan kesungguhan guru-guru dan warga sekolah menyiapakan tugasan dengan kemas
dan teliti, dalam keadaan santai mengikut masa yang ditetapkan.
KELEMAHAN : Aktiviti diadakan pada hari Sabtu dan tidak dihebahkan lebih awal menyebabkan ada guru
yang tidak dapat turut serta dalam aktiviti tersebut kerana ada urusan yang lebih penting.
TAMBAHBAIK : Makluman awal sesuatu aktiviti yang akan diadakan di sekolah sanagt penting untuk
membolehkan guru-guru merancang jadual aktiviti masing-masing.
PENUTUP : Program berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Suasana Bilik
LINUS dan persekitarannya berubah lebih ceria selepas kerja gotong-royong. Semuga lawatan mesra PPD
Tampin teruja melihat perlaksanaaan LINUS di sekolah ini.
……………………………………..
LAPORAN AKTIVITI
TEMPAT : Bilik Darjah, Kolam Ikan, Mural & Sudut Kesihatan bawah tangga.
AKTIVITI : Mengecat persekitaran kolam ikan, melukis mural ,menghias kelas dan sebagainya.,
OBJEKTIF : 1. Dapat menceriakan suasana, memberi informasi dan menggalakkan sikap bantu
menbantu dan bekerjasama dalam kalangan komuniti setempat. Menampakkan kelainan bilik darjah agar murid
dapat belajar dengan gembira dan selesa
2. Memanfaatkan ruang yang ada dengan sesuatu yang berfaedah dan pentingnya amalan
menjaga kesihatan , contohnya Sudut Kesihatan di bawah tangga. Menanamkan sikap sayangkan sekolah
dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan.
KEKUATAN : Kesungguhan guru, warga sekolah , ibu bapa dan penjaga menyiapakan tugasan dengan
kemas dan teliti, dalam keadaan santai mengikut masa yang ditetapkan sangat dipuji. Mereka bertahan
melakukan pelbagai aktiviti hingga tengah hari. Ada antara mereka yang tidak turun minum di kantin kerana
sibuk menyiapkan kerja.
KELEMAHAN : Aktiviti diadakan pada hari Sabtu.Ramai penjaga yang ada urusan lain. Tidak ramai penjaga
dan murid khususnya Tahun 5 yang datang untuk aktiviti gotong royong. Hanya beberapa orang guru dan ibu
yang datang untuk memindahkan kerusi meja dan menghias kelas. Guru lain tidak dapat membantu
menceriakan kelas tersebut kerana ada tugas masing-masing.
TAMBAH BAIK : Maklumkan dalam Mesyuarat Agung PIBG tentang perlunya ibu, bapa atau penjaga
melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah terutama yang melibatkan kelas anak mereka. Tegaskan kepada
mereka, datang ke sekekolah bukan hanya fokus ambil bantuan kewangan sahaja .
PENUTUP : Program berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Suasana kelas dan
persekitaran sekolah berubah menjadi lebih ceria dan selesa selepas kerja gotong-royong.
……………………………………..
LAPORAN AKTIVITI
OBJEKTIF :Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kepekaan murid dari segi pendengaran dan
keprihatinan menyalin soalan yang dibacakan. Murid menyalin soalan yang dibacakan berulang kali selama
seminggu pada waktu rehat.
KELEMAHAN : Kebanyakan murid tidak membuat rujukan ketika menjawab soalan. Ada di antara
mereka yang meniru jawapan kawan. Kesilapan menyalin soalan menyebabkan mereka gagal menjawab soalan
dengan betul.
PENAMBAHBAIK : Rendahkan aras soalan agar murid- murid boleh menjawab dengan baik semua soalan
yang dibacakan. Dedahkan / terangkan soalan kuiz dalam kelas beberapa minit sebelum pembelajaran bermula,
supaya murid jelas kehendak soalan.
PENUTUP : Aktiviti berjalan lancar. Aktiviti akan diteruskan pada bulan Mei ( Matematik).
Pemenang menerima hadiah semasa perhimpunan rasmi hari Isnin.
ULASAN GURU BESAR:
…………………..
GPM SK KUMAI
LAPORAN AKTIVITI
OBJEKTIF : Memberi pendedahan tentang penyakit berjangkit terutama penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
(HFMD). Murid dimaklumkan tanda-tanga penyakit dan cara penyakit ini berjangkit. Penyakit ini disebabkan
virus, mudah berjangkit dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Murid diberi tunjuk ajar cara memcucu tangan yang betul . Ianya penting kerana tangan
merupakan anggota yang mudah kotor dan boleh memyebabkan pelbagai penyakit jika tidak dicuci dengan cara
yang betul. Cecair anti baktiria juga dibekalkan ke sekolah untuk kegunaan bersama.
KEKUATAN : Semua murid mendengar ceramah dengan penuh minat. Jururawat memberi penerangan
dengan jelas dan sangat menarik. Sesi tunjukcara sangat membantu murid dan guru untuk menjaga kebersikan
terutama tangan.
KELEMAHAN : Masih ada segelintir murid yang suka menggigit kuku walaupun baharu mendengar caeramah.
Tabiat suka menggigit kuku menjadi perkara biasa kepada murid walaupun sudah ditegur kesan buruknya.
TAMBAH BAIK : Sentiasa war-warkan di perhimpunan atau di dalam kelas peri pentingnya mengamalkan
penjagaan kebersihan walau di mana kita berada. Elakkan bergaul dengan orang ramai jika kita disahkan
mengidap HFMD. Dapatkan rawatan dengan segera di pusat kesihatan yang berhampiran.
KESIMPULAN : Aktiviti berjalan lancar. Program ini dijalankan selepas perhimpunan rasmi sekolah. Semua
murid dan guru terlibat dan mendapat manfaat daripadanya.
………………………….