Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacara majlis Hari Guru

Bismillah…….

Yang Berusaha ..............


Guru Besar SK batu yon Puan Haliza bt Mohamed@Mohd Ghazali
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Guru-guru dan murid-murid sekalian ..

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan
Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan
Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2016 dengan tema : Guru Pembina Negara
Bangsa

Awal Bismillah pembuka bicara 


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan.

marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz
Ahmad Fadzil bin Kamarudin   .Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ..

(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga
yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah
lagu,Lagu Negeri Pahang ,Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah........Semua guru dan
murid dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan En. Kamaruzi bin AbasGPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan
Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


.Seterusnya dipersilakan. Puan Rashidah bt Hj Ahmad Jopri GPK1 untuk
membacakan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Khas Guru Besar.Puan Haliza
Mohamed @Mohd Ghazali untuk menyampaikan ucapannya .Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara
melafazkan ikrar dan Nyanyian Lagu Guru Malaysia diketuai oleh Encik Jafni bin
Abu Bakar. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan guru & murid .

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis Sesi Pertukaran Hadiah dijemput


Puan Guru Besar Puan Haliza bt Mohamed @Mohd Ghazali untuk
menyampaikan hadiah .

(penyampaian hadiah) ..

Seterusnya di jemput Puan Rashidah bt Ahmad Jopri untuk menyampaikan hadiah


bagi sukaneka Hari Guru Sesi 2016.

Sidang dataran sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adad Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........


untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang
Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,


Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak saya dan kemaafan jua
yang saya pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh


dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai