Teks Pengacaraan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2024

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2024

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu
sekolah.

Semua diminta berdiri .tegak

 Bagi memberkati majlis, dipersilakan saudara _________________________


untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan
keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

 Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan _________________________


untuk memimpin bacaan ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.

Guru-guru dipersilakan duduk.


Murid-murid dipersilakan duduk.

**************************************

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera. Bismillahirahmanirahim

Ceria wajah terserlah manis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang berusaha,
Encik Khairul Annuar Abdul Rahman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh

Yang dihormati,
Puan Salawati Abd. Shukur
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Zaharah Baharudin


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Rizam Shamsudin


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru seterusnya murid-murid sahabat yang dikasihi.

. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
senantiasa diiringi kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Para guru dan murid SKPB yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak didik di
sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik.
Tema tahun ini adalah , Malaysia Madani: Jiwa merdeka harus menjadi pedoman kepada kita
agar menjadi masyarakat yang bertamadun‘’. Negara kita juga akan meraikan sambutan
kemerdekaan ke-67 pada tahun ini sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang
bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah.

 Majlis seterusnya mempersilakan Encik Khairul Annuar Abdul Rahman selaku guru besar
Sk Permatang Buloh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 67 Peringkat Sk Permatang Buloh. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Para hadirin yang dikasihi,

Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi..

*PERSEMBAHAN GIMIK

Penyerahan bendera kepada semua murid-murid akan dibuat sebagai tanda gimik perasmian
program pada hari ini.
Para guru dan murid yang dikasihi,

 Majlis diteruskan dengan persembahan Sajak Kemerdekaan oleh wakil guru iaitu
Cikgu __________________dengan sajak
bertajuk______________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu ________________atas


persembahan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Majlis kita terus berlayar ke destinasi terakhir iaitu Nyanyian lagu jalur gemilang. Semua murid
diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik yang penuh semangat
daripada para guru dan murid.

Para guru dan murid yang dikasihi,

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, telah diadakan pelbagai program dan pertandingan
antaranya pertandingan nyanyian lagu patriotik, persembahan sajak bahasa Melayu dan
Inggeris dan beberapa pertandingan lain yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai