Esei 1
Esei 1
Esei 1
0 PENGENALAN
Bahasa merupakan sesuatu yang indah dan dianggap sebagai nadi manusia. Bahasa
digunakan untuk menjalani aktiviti seharian, di samping menyampaikan keinginan dan
kehendak serta meluahkan perasaan hati. Oleh itu, semua korpus untuk melaksanakan
peranan bahasa tersebut terungkap dalam kamus. Justeru, kamus bukan sahaja merupakan
instrument penting dalam mempelajari sesuatu bahasa bagi semua golongan, terutamanya
guru bahasa, penyelidik mahupun murid, malah hakikat ini mencetuskan galakan agar setiap
rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kamus. Hal ini demikian kerana “Dictionaries
have a good image. They have social prestige. Many families believe that every good home
should have one” (Ronald, C., 2000). Jelaslah bahawa kamus sangat penting dalam
penguasaan bahasa dalam diri seseorang.
Oleh hal yang demikian, menurut Ibrahim (2015), kamus ialah sebuah buku rujukan
yang mengandungi kata-kata daripada sesuatu bahasa yang biasanya disusun mengikut
abjad, diberi makna, dan keterangan lain yang berkenaan dengan kata-kata tersebut. Bagi
Noresah (2009), kamus bermaksud sebuah buku yang mencatat sesuatu tentang kata
seperti ejaan, sebutan, golongan kata, makna, cara menggunakan kata, etimologi dan
beberapa hal lain tentang kata dalam sesuatu bahasa. Oleh itu, bahasa Melayu juga
memiliki kamus yang mencatatkan kata-kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Hal ini
kerana kamus penting dalam kehidupan untuk memajukan sesuatu bangsa. Malah, kamus
dan kehidupan saling memerlukan (Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2005).
Hal ini kerana, dalam mempelajari bahasa Melayu misalnya penggunaan kamus
telah dimulakan sejak awal bagi membolehkan kanak-kanak mengenali kamus dan
seterusnya memperkenalkan perkataan baharu kepada kanak-kanak. Pada peringkat awal
kamus yang digunakan ialah kamus bergambar. Berdasarkan kepada gambar yang disusun
mengikut domain atau situasi, kanak-kanak diperkenalkan dengan sesuatu perkataan dan
menerusi kamus kanak-kanak dapat melahirkan pendapat dengan cara bercerita (Lew Teck
Onn, 1994). Kamus dilihat cukup berkesan dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak pada
peringkat awal. Dalam kamus juga dimuatkan segala maklumat yang merangkumi kata yang
mudah difahami bersesuaian mengikut peringkat umur bagi merangsang daya berfikiran dan
seterusnya meluaskan kosa kata.
1
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PERKAMUSAN BAHASA MELAYU ABAD KE-20
HINGGA KINI.
“The earliest of all, not dated but believe to come from fifteenth
century Malaka, is a Chinese-Malay vocabulary containing 482
entries; it is written wholly in Chinese characters, which are employed
both to give the Chinese word and for a transcription of the sound of
malay word”
Namun demikian, bagi menjawab tugasan ini saya akan menjelaskan sejarah
perkembangan perkamusan bahasa Melayu bermula abad ke-20 hingga kini iaitu sejak dari
tahun 1900 hingga kini. Perkembangan perkamusan bahasa Melayu merangkumi tiga jenis
kamus iaitu kamus dwibahasa, kamus ekabahasa dan kamus aneka bahasa.
2
seperti An English Malay Dictionary (rumi) pada tahun 1922 dan kemuncak
sumbangan beliau dalam perkamusan melayu ialah penyusunan Kamus Bahasa
Melayu pada tahun 1960.
Kamus Inggeris-Melayu Dewan susunan Sheikh Othman dan Nor Aziah pada
tahun 1992. Kamus ini setebal 1977 halaman telah mencatat suatu sejarah baharu
dalam dunia perkamusan Melayu, baik di Malaysia mahupun Indonesia. Menurut
Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
surat penghargaannya kepada sidang penyusunan kamus ini:
Dengan jumlah entri sebanyak 38 ribu ditambah lagi dengan 50 ribu contoh
ayat yang dipilih secara cermat daripada himpunan 150 ribu ayat contoh,
memungkinkan segala-galanya dapat dicari dalam kamus ini serta meletakkan
kamus ini mempunyai bilangan ayat contoh yang paling banyak setakat ini.
Pada tahun 1935, Shamsuddin Yunos al-Haj juga telah menyusun kamus
Melayu. Perkamusan di Malaysia terus berkembang. Terdapat banyak lagi kamus
yang dihasilkan. Contoh kamus lain adalah seperti Kamus Angkatan Baru, Kamus
Am Bahasa Melayu dan Buku Katan.
Dalam masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
ditubuhkan. Kesan penubuhan ini telah menerbitkan beberapa buah kamus
ekabahasa. Contohnya ialah Kamus Dewan pada tahun 1970 dan dicetak semula
dengan edisi pertama dan kedua pada tahun 1984 dan 1989. Kamus Bahasa
Malaysia Edisi Pelajar pula diterbitkan pada tahun 1975. Ini diikuti Kamus Pelajar
Bahasa Malaysia pada tahun 1987. DBP juga telah menerbitkan Kamus Rendah
Dewan Bergambar pada tahun 1989.
3
Selain usaha perbadanan sebagai usaha agen bahasa Melayu, usaha
persendirian terus menambah jumlah kamus ekabahasa. Contohnya ialah Kamus
Umum Bahasa Malaysia, susunan Yang Kui Yee pada tahun 1972, Kamus Pelajar
Federal oleh Mohd Salleh Daud pada tahun 1973 dan banyak lagi.
Menurut Ibrahim Ahamd (1994), antara kamus yang bersifat aneka bahasa yang
terdapat di Malaysia ialah Loghat Empat Bahasa, Arab, Parsi, Urdu dan Melayu
susunan Muhammad Jaafar Haji Mului pada tahun 1908; Guguskata Sanskrit-
Melayu, Hindustan-Melayu dan Cina-Melayu susunan Muhammad Said Suleiman
pada tahun 1938; Kamus Tiga Bahasa: Inggeris-Melayu-Arab, susunan Mustafa A.R
Mahmud pada tahun 1939; Kamus Berguna Bahasa Melayu-Tioghoa-Inggeris,
susunan Lu Poh Yeh pada tahun 1959; Kamus Malaysia-Russia-Inggeris susunan
N.V. Rott pada tahun 1977; Kamus Bahasa Malaysia-Tionghoa-Inggeris susunan
Lutfi Abas pada tahun 1981; Oxford English Picture Dictionary susunan E.C.
Parnwell pada tahun 1984 dan Thai-Malay-English Dictionary susunan Wichian
Tantraseney pada tahun 1987; serta Kamus Tribahasa (Bahasa Melayu-Cina-
Inggeris) susunan Chong Swee Huat pada tahun 1988.
Kamus Dewan berperanan dalam pemerian maklumat makna dan definisi. Definisi
merupakan salah satu komponen dalam struktur mikro karya rujukan yang memuatkan
huraian tentang makna kata, frasa, atau istilah. Dalam kontek penyusunan Kamus Dewan,
terdapat gaya pemerian makna yang berbeza. Selain itu, gaya taktif lebih mengutamakan
4
pemahaman pengguna dan memberi penekanan kepada keidiomatikan bahasa tabii.
Biasanya kata-kata yang terkandung dalam Kamus Dewan mengambil kira beberapa aspek
bagi memantapkan kaedah pentakrifan. Menurut Zgusta (1971), semua perkataan dalam
definisi mestilah dihuraikan. Aspek yang paling penting dalam definisi ialah pemerian makna
mestilah sejajar dengan kelas kata entri. Oleh itu, huraian sesuatu entri harus mengelakkan
definisi yang berbelit-belit atau yang tidak masuk akal. Dalam Kamus Dewan, penggunaan
contoh telah dimasukkan bagi memudahkan penggunn untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih ringkas.
Selain itu, pada dasarnya Kamus Dewan memuatkan keseluruhan unit leksikal
bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan, kosa kata daripada semua medan pengetahuan
perlu dimasukkan bersesuaian dengan golongan sasaran yang terdiri daripada pengguna
umum. Hal ini bermakna bahawa kosa kata dalam Kamus Dewan bukan sahaja mempunyai
unsur leksikal, malah meliputi aspek-aspek lain seperti ejaan, label penggunaan dan
sebagainya. Yang dimaksudkan dengan entri yang mempunyai unsur leksikal termasuklah
kata, proleksem, klitik, partikel (Harimurti, 1989) dan singkatan semu, penggalan dan aloleks
(Amdun Husain, 1990). Bentuk akronim dan kependekan tidak dianggap sebagai bentuk
leksikal (Abdullah Hassan, 1989).
Seterusnya, Kamus Dewan juga mempunyai kosa kata serapan pinjaman daripada
bahasa asing membentuk 21 peratus manakala kata dialek membentuk 7.8 peratus
kandungan entri dalam meningkatkan pemahaman pengguna terhadap bahasa Melayu.
Selebihnya merupakan kosa kata umum daripada sumber data yang autentik berdasarkan
situasi bahasa baku dan tidak baku, termasuk neologisme dan istilah pelbagai bidang yang
dianggap popular dan digunakan dalam wacana umum.
Dalam Kamus Dewan bentuk kata ganda berentak diperlakukan sebagai frasa entri
yang diletakkan di bawah tema utama. Kata majmuk pula terhasil daripada proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang memberikan makna tertentu. Pola sedemikian
jelas terlihat dalam Kamus Dewan yang sedia ada. Tatabahasa pegangan yang menjadi
rujukan autoritatif negara ini telah mempengaruhi penyusunan kata tersebut sehingga
memberi kesan kepada persembahan entri dalam Kamus Dewan.
5
4.0 KESIMPULAN
Sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan kamus telah lama digunakan dan pelbagai
kamus telah terhasil bagi meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan manusia. Oleh
itu, kamus yang mempunyai entri yang sesuai tahap pengguna mampu meningkatkan
kecekapan individu meneroka dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan jelas.
Pendedahan kepada penggunaan kamus yang berkesan mestilah dimulakan dari awal agar
mampu pengguna kamus dalam mengembangkan kosa kata mereka. Hal ini sejajar dengan
pandangan Atkin dan Varantola (dalam Nunan 1991:285) yang menyatakan penggunaan
kamus secara berkesan perlu diajar dengan tepat dan tuntas sekiranya pengguna ingin
mendapatkan segala maklumat yang dimasukkan oleh penyusun kamus di dalam kamus.
Malahan individu yang terdedah kepada penggunaan kamus mempunyai tahap penguasaan
leksikal yang tinggi, mampu memberikan makna yang tepat kepada leksikal yang disoal dan
lebih yakin untuk membina ayat.
Selain itu, sebagai guru Bahasa Melayu penggunaan kamus sangat penting sama
ada untuk diri sendiri atau murid-murid secara berkesan ditambah pula dengan kekerapan
merujuk leksikal entri di dalam kamus secara tidak langsung menjadikan kita lebih yakin
dengan penguasaan leksikal. Aktiviti menggunakan kamus dilihat dapat mengembangkan
dan menggalakkan kreativiti. Secara kesimpulannya, penggunaan kamus dengan entri yang
sesuai kepada pengguna umum mampu meluaskan leksikal mereka malah serta
meningkakan penguasaan bahasa Melayu secara mendalam.
6
5.0 BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1989). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Melayu Malaysia. Kuala
Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Amdun Husain. (1990). Teori Perkamusan. Seri Kembangan: Penerbit Weng Seng Sdn.
Bhd.
Ibrahim Ahmad. (1994). Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Ahmad. (2015). Asas Ilmu Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Jones & Russell. (1984). Practical Lexicography. Oxford: Oxford University Press.
Lew Teck Onn. (1994). Perkembangan dan pemasalahan perkamusan Melayu untuk KBSR
dan KBSM. Seminar Perkamusan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Persatuan Linguistik Melayu. 20-21 Disember.
Noresah Baharom. (2009). Kamus dan Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2005). Kamus dan Kehidupan. Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 5
(6), 46-49.