Teori Makna Semantik

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

teori semantik

TEORI-TEORI DALAM KAJIAN SEMANTIK

Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan


sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori
linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data
bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada
setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.
Kempson (1991:2) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan
sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti
Teori Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik Simbolik.

Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepadaan, satu-satu teori semantik itu


mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu :
i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat,
dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut.
ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa,
samada perkataan atau ayat.
iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan
antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti member huraian yang agak
jelas hubungan sinonim, perangkuman logik, penaabiran, pertentangan dan
sebagainya.
Mana-mana teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, samada antaranya
atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai samada dari segi prinsipnya atau
pada bahagian tertentu teori itu (Kempson 1991:3-5).

a) Teori Imejan

Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan
secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Mereka bersetuju
bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan dapat ditafsirkan
secara automatik oleh fikiran masing-masing.
Teori yang juga dikenali sebagai Teori Imej Makna ini didefinisikan sebagai imej
makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu
benda atau perkara disebut. Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan
berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang. Sesuatu perkataan yang
dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan ditafsir sehingga
memberi makna yang abstrak
Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak
menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung
kepada keluasan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri.
Justeru, kekurangan teori ini adalah imej yang tergambar dalam fikiran seseorang
itu betul atau salah. Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu
ungkapan atau pun dalam situasi yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan
yang berkongsi imej yang sama. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai
lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.
Misalnya frasa bunga di jambangan. Farid yang kurang membaca dan tinggal di
kawasan pedalaman mungkin hanya memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum
bunga di dalam pasu yang dijadikan sebagai hiasan di atas meja. Sebaliknya bagi
Asiah yang rajin menelaah buku dan majalah mungkin memahami bahawa frasa itu
mempunyai dua maksud, iaitu bunga hiasan dan anak gadis yang diibaratkan
seperti bunga dalam masyarakat Melayu.
Contoh kedua ialah tok mudim. Bagi golongan orang dewasa khususnya pada
zaman dahulu, tok mudim ini dihormati kerana jasanya mengkhatankan anak-anak
kecil di kampung. Khidmat yang diberikan kepada masyarakat setempat ini amat
dihargai kerana kemudahan pada zaman itu adalah sukar didapati dan bayaran
yang dikenakan untuk berkhatan di klinik kebanyakannya di luar kemampuan
masyarakat.
Situasi yang berbeza berlaku jika panggilan tok mudim ini disebut kepada kanak-
kanak lelaki. Semerta, akan terbayanglah dalam fikiran mereka imej lelaki tua yang
mempunyai raut wajah yang garang, dihiasi misai lebat dan melingkung di
hujungnya sambil memegang pisau yang tajam berkilat. Oleh yang demikian, tidak
hairanlah apabila terjadi kes kanak-kanak yang bakal berkhatan menghilangkan diri
apabila masa untuk upacara itu sudah tiba.

b)Teori Behaviorisme

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh
Thorndike dan Skinner ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan
dengan perubahan tingkah laku. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan
antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.
Bahasa dianggap wujud hasil daripada operasi rangsangan (R) dan gerak
balas/stimulus (S) ini.
Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama
ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar
boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Dalam bidang semantik pula, Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini
dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan
dan jika tidak ia hanya akan dianggap sebagai andaian sahaja. Dalam erti kata
lain,individu akan dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang
digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain
kepadanya.
Empat ciri umum teori behaviorisme ialah menolak konsep mentalisme yang
mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, mempercayai
bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, tingkah laku
manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan perlakuan
manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas.
Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada
rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang
berlangsung antara mereka. Rangsangan tersebut berlaku samada melalui proses
perkaitan antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran.
Osgood (1980) telah menjalankan kajian semantik yang lebih menekankan proses
penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar untuk memahami ujaran
tersebut. Hal ini bermaksud perlu wujudnya situasi saling memahami makna yang
sama bagi kata-kata yang digunakan.
Contohnya seseorang itu akan marah jika dikatakan Engkau lambat seperti siput
kerana dia mampu mengaitkan makna kata lambat seperti siput itu dengan ciri
haiwan siput yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran
Engkau lambat seperti kumbang kerana makna kata lambat seperti kumbang itu
tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan.
Contoh mudah lain adalah Emak, saya lapar. Nak makan kata Hafiz. Hafiz yang
berasa lapar meminta makanan daripada emaknya. Lapar ialah rangsangan,
manakala perbuatan meminta makanan daripada emak ialah gerak balasnya.
Kedua-dua unsur ini didapati berturutan. Justeru, adalah dapat disimpulkan di sini
bahawa hubungan operasi R-------------S ini adalah mampu menghuraikan makna
ujaran dalam aspek semantik.

c) Teori Analisis Komponen

Teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu
dengan yang lain. Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal. Makna bagi
sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci
sebagai satu komponen-komponen yang kompleks. Komponen tersebut dinamakan
sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa.
Secara ringkasnya teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan
hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan/ujaran. Di samping itu teori ini turut
menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan.
Misalnya teruna dara dan suami isteri.
Antara perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah
melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan adanya
hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan melihat ciri
khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur
semantik kata itu dengan kata yang lain. Terdapat dua cara yang boleh digunakan
untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat, iaitu yang pertama ialah
dengan menganalisis komponen kata yang diberikan, misalnya bunga. Huraian
boleh dilihat dalam rajah di bawah:

Analisis komponen bagi kata bunga


Kata bunga telah dianalisis komponennya sehingga boleh dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu berduri dan tidak berduri. Bunga berduri mempunyai ciri-ciri seperti
berbatang keras dan daunnya lebar. Bunga mawar adalah contoh bunga jenis ini.
Manakala untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciri-cirinya termasuklah berbatang
kecil dan lembut, misalnya bunga kekwa dan bunga orkid.
Cara kedua untuk mengenal pasti kewujudan elemen semantik ialah dengan
melakukan analisis fitur atau ciri semantik. Fitur atau ciri semantik merupakan
hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri
tersendiri. Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini. Tanda (+) bermaksud ciri
tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya,
manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak mempunyai ciri itu. Contoh
perkataan seperti makanan boleh dianalisis fiturnya seperti berikut :
Nasi Aiskrim Buah-buahan Sayur-sayuran
+ berkhasiat - berkhasiat + berkhasiat + berkhasiat
- lemak + lemak - lemak - lemak
+ tenaga - tenaga + tenaga + tenaga

Analisis fitur semantik bagi kata makanan.


Huraiannya ialah nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan
memberi tenaga, tetapi tidak mengandungi lemak. Sebaliknya aiskrim merupakan
hidangan yang tidak mempunyai khasiat atau pun tenaga, bahkan mengandungi
lemak yang boleh menjejaskan kesihatan badan.
Analisis terperinci sedemikian memberikan faedah kepada pengguna bahasa kerana
dapat membantu memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung
dengan makna rujukan. Setelah mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu
juga dapat membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau sesuatu
ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu
perkataan.
Bagaimanapun antara kekurangan teori ini termasuklah memerlukan proses yang
panjang untuk menghuraikan sesuatu makna, makna dianalisis pada peringkat
perkataan,bukannya ayat, sukar menentukan komponen-komponen semantik yang
khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan dan sering terikat dengan
hiponim.

d) Teori Logik Simbolik

Teori yang juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis Linguistik ini adalah
lebih lengkap dan menyeluruh jika dibandingkan dengan ketiga-tiga teori
sebelumnya. Hal ini adalah kerana teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari
peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia,
sebagai reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu
perkataan. Bahasa menurut definisi teori ini ialah sejenis sistem lambang.
Menurut teori ini, ciri-ciri situasi dan tingkah laku yang mengiringi bahasa adalah
sebahagian makna perkataan itu. Takrif makna seperti ini adalah takrif fungsional.
Ia adalah pendekatan yang lebih berkesan untuk mengkaji makna kerana ia
mengambil kira proses bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya. Teori
logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya melalui apa
yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks situasi yang wujud
semasa perkataan itu digunakan. Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku
melihat bahasa sebagai sejenis tingkah laku. Oleh itu, bagi teori ini, bahasa bukan
setakat petunjuk apa yang ada dalam fikiran manusia semata-mata.
Terdapat tiga sub bahagian dalam kajian yang diteliti oleh teori ini, iaitu semantik,
sintaktik dan pragmatik. Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian
tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan
sebagai hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak
terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili
sekumpulan benda atau pun peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu
dengan lain. Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang
mempunyai persamaan.
Sintaktik pula merupakan bidang kajian yang mengkaji hubungan di antara
perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna. Makna sesuatu ayat
bukan hanya diperoleh dengan mencampurkan makna satu perkataan dengan
perkataan lain dalam ayat itu. Sebaliknya, makna ayat juga bergantung kepada
susunan perkataan dalam ayat. Contohnya istilah orang kecil boleh membawa
maksud orang yang saiz badannya kecil atau juga orang yang berpangkat rendah
atau biasa sahaja. Selain itu misalan seperti rantai tangan dengan tangan rantai,
itik telur dengan telur itik dan Korea Selatan dengan Selatan Korea mempunyai
tafsiran yang berbeza.
Manakala pragmatik pula ialah bidang kajian yang mengkaji hubungan antara
lambang dengan tingkah laku. Jika dibandingkan dengan kedua-dua sub bahagian
teori Logik Simbolik di atas, pragmatik didapati lebih menarik kerana dalam proses
komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut adakah
makna itu sampai kepada penerimanya atau tidak. Justeru, kajian makna jenis ini
bergantung kepada bagaimana perkataan menyebabkan manusia bertindak balas
melalui tingkah laku.
Contohnya seperti panggilan perempuan, wanita dan betina. Wanita ialah perkataan
paling manis untuk seorang perempuan, manakala betina ialah panggilan untuk
seorang perempuan yang rendah akhlaknya. Ketiga-tiga panggilan ini merujuk
kepada makna yang sama, iaitu seseorang yang mempunyai jantina perempuan.
Bagaimanapun, konteks keadaan individu itu mempengaruhi cara ia dipanggil.
Reaksi yang diberi tentulah berbeza-beza apabila dipanggil sebagai wanita,
perempuan atau betina.
Tamsilan seterusnya ialah perkataan yang mempunyai unsur keagamaan seperti
babi. Bagi masyarakat bukan Islam, haiwan ini tidak diharamkan dalam agama
mereka. Bagaimanapun hal yang sebaliknya berlaku dalam masyarakat Islam
kerana haiwan itu adalah dilarang sama sekali untuk disentuh, apatah lagi dijadikan
makanan. Oleh yang demikian, adalah lebih elok dan sopan jika ia disebut sebagai
khinzir sahaja. Selain itu perkataan jamban yang merujuk kepada tempat
membuang air adalah lebih sopan disebut sebagai tandas atau bilik air.

Friday, September 11, 2009


TEORI IMEJAN (Semantik)
uTeori ini bermaksud makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej
yang ada dalam fikiran seseorang.
uBila sesuatu perkataan disebut, didengar atau dibaca, maka mental atau fikiran
akan menggambarkan maksud perkataan tersebut.
uFikiran akan memberi tafsiran-tafsiran tertentu terhadap perkataan itu.
uTeori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang
digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional.
uMereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca
akan dapat ditafsirkan secara otomatik oleh fikiran masing-masing.
uMasalah teori ini:
uApabila seseorang itu tidak dapat menentukan bentuk imej dengan tepat apa yang
disebut oleh perkataan.
uImej yang muncul di dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh
gambar atau lambang-lambang yang nyata dan objektif.
uImej yang muncul dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar
atau lambang-lambang yang nyata dan objektif.
uSatu contoh umum ialah mengenai rajah segi tiga.
uAdalah sukar bagi kita hendak menentukan apakah imej segi tiga yang ada pada
otak seseorang itu.

TEORI ANALISIS KOMPONEN (Semantik)


uTeori ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli antropologi dalam
menentukanhubungan kekeluargaan.
uAnalisis komponen ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang
terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
uMakna-makna yang terkandung pada setiap perkataan itu dapat dianalisis dan
didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu.
uMisalnya istilah anak, bapa dan datuk dapat dijelaskan dengan menganalisis
komponen-komponen yang berkaitan.
udatuk adalah lelaki, dewasa, ayah kepada
u
ubapa adalah lelaki, dewasa, anak kepada.
u
uanak adalah lelaki/perempuan, bayi/kanak-kanak/dewasa, anak kepada.
uMelalui teknik ini, setiap konsep dipecahkan ke dalam komponen atau fitur yang
terkecil dipanggil fitur distingtif (diperkenalkan Jacobson, 1938).
uBagi menghuraikan status seseorang manusia, kata kekerabatan digunakan
berdasarkan jantina, perbezaan generasi dan darjah pertalian.
uTeori ini perbaharui oleh Katz dan Fodor (1963).
uTeori ini menganalisis menggunakan kata-kata kekerabatan.
uContoh bagi set kata: man, woman, boy dan girl yang tergolong dalam medan
makna manusia.
uTeori ini menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan
ada atau tiada fitur pada perkataan itu.

Anda mungkin juga menyukai