Tugasan 1-Ulasan Kritis (MUHAMMAD AIMAN) G3.4
Tugasan 1-Ulasan Kritis (MUHAMMAD AIMAN) G3.4
Tugasan 1-Ulasan Kritis (MUHAMMAD AIMAN) G3.4
SEMESTER: 3 TAHUN: 2
MUZK3093
KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN
MUZIK
DISEDIAKAN OLEH:
G 3.4 2019172340017
PENSYARAH:
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)
Markah:
Tandatangan Pelajar :
Tarikh :
ULASAN KRITIS – Sympatico’s Orff Ensemble
Aktiviti bermain instrumen adalah salah satu aktiviti muzik yang sangat menarik dan
digemari oleh kanak-kanak. Kesesuaian dalam pemilihan aktiviti muzikal yang sangat
menarik adalah sangat penting bagi mencapai objektif dan matlamat pembelajaran di dalam
bilik darjah (Szwed, J. F. 2015). Berdasarkan video yang ditonon, dapat dilihat bahawa
kanak-kanak melakukan aktiviti bermain alat perkusi iaitu zailofon dan timpani. Ini sekaligus
menunjukkan bahawa terdapat pengaplikasian pendekatan Orff yang digunakan dimana
aktiviti ini menggunakan alat perkusi “Barred” yang boleh dicabut dan pasang.Terdapat
beberapa perkara yang boleh diberikan perhatian daripada video tersebut iaitu konsep
muzik yang diaplikasikan, bahan pembelajaran yang digunakan, dan kesesuaian
mengadaptasi aktiviti yang dijalankan kepada murid sekolah rendah dalam konteks
tempatan.
Antara kensep muzik yang digunakan adalah irama. Irama adalah bunyi nilai not
yang dimainkan dengan mengikut tempo yang betul dan sekata. Banyak irama yang
digunakan di dalam video tersebut sebagai contohnya seperti di rajah 1 yang dimainkan
pada durasi 0:06 hingga 1:00.
Seterusnya adalah melodi, dimana banyak juga melodi yang digunakan di dalam
video. Melodi bermaksud irama yang dimainkan secara berpic sama ada tinggi ataupun
rendah. Sebagi contohnya, melodi yang jelas didengar pada durasi ke 1:29 hingga 1:50
dimana ada zailofon yang memainkan “so”,”mi” dan”do” sebagai melodi . Kosep irama yang
seterusnya adalah Harmoni. Harmoni adalah gabungan beberapa bunyi sama ada di dalam
satu alat seperti zailofon ataupun harmoni yang terhasil dari alat yang lain. HarmoniHarmoni
jelas sekali dapat didengari pada durasi ke 0:07 hingga 0:46 dimana zailofon 1 dimainkan
dahulu, dan diikuti zailofon2 dan seterusnya zailofon 3. Harmoni yang terhasil adalah dari
instrumen yang berbeza dari zailofon berpic tinggi, sederhana hingga ke pic rendah yang
dimainkan secara serentak dalam satu masa.
Konsep seterusnya adalah bentuk di mana bentuk adalah sesuatu paten ataupun
corak yang dihasilkan melalui gabungan beberapa corak irama dalam 1 bar atau lebih.
Bentuk sesebuah lagu terdiri daripada beberapa elemen seperti frasa dan motif yang
dimainkan di dalam lagu. Motif kebiasannya dimainkan secara berulang di dalam sebuah
lagu. Sebagai contohnya, motif lagu yang dimainkan seringkali diulang oleh zailofon dalam
persembahan tersebut. Seterusnya adalah ekspresi muzik. Ekspresi merupakan ciri muzikal
yang mempengaruhi sesuatu persembahan dari segi mud dan emosi lagu (Broody, W. 2020,
July 9). Jika diteliti, terdapat elemen ekpresi di awal persembahan iaitu crescendo dan di
akhir persembahan iaitu Forte di mana mereka memainkan secara kuat sebagai penegasan.
Sementara itu, warna ton juga merupakan konsep muzik yang diaplikasikan dalam
ensemble tersebut. Warna ton boleh ditafsirkan daripada kualiti bunyi yang dihasilkan
mengikut bahan-bahan yang dibuat. Terdapat perbezaan warna ton yang jelas hasil
daripada bunyi zailofon dan juga timpani yang digunakan semasa persembahan tersebut.
Konsep muzik yang terakhir adalah tekstur. Muzik yang diperdengarkan jelas sekali
menunjukkan pengaplikasian tekstur polifoni dimana terdapat lebih dari satu suara dan bunyi
yang dimainkan dalam satu masa. Bunyi yang bertindih dan saling bersambung-sambung
menunjukkan tekstur polifoni.
Kesimpulan
Szwed, J. F. (2015). Jazz 101: a complete guide to learning and loving jazz. Hachette Books.
Marina Mohd Yusoff. (2017). Pembelajaran Abad 21 Membentuk Disiplin Murid. Retrieved
from Pendidik2u: https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-21-membentuk-
disiplin-murid/