Bahan Rumusan
Bahan Rumusan
Bahan Rumusan
telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon
pintar anak-anak. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Telefon pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak pantas. Di
Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat, iaitu kira-kira 20
peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat untuk memiliki telefon pintar
kerana mereka terpengaruh dengan parubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga turut
dipengaruhi oleh rakan sebaya terutamanya yang telah memiliki telefon pintar. Keinginan untuk
memiliki telefon pintar boleh menyebabkan berlakunya kes salah laku seperti kecurian dan
pergaduhan.
Kewujudan telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai guna
menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi mudah alih yang canggih ini.
Setelah memiliki peralatan tersebut, mereka menjadi mudah leka dengan peranti masing-masing
dan seterusnya membawa perubahan ketara terhadap tingkah laku mereka. Murid yang
menggunakan telefon pintar lebih mementingkan hiburan berbanding aspek-aspek lain, contohnya
dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan. Hal yang demikian boleh membawa kesan
negatif terhadap kehidupan seseorang murid. Penggunaan telefon pintar ini juga menyebabkan
murid sering berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa seperti penggunaan singkatan dan bahasa
slanga dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan Instagram.
Telefon pintar turut berperanan sebagai penghubung keluarga, rakan dan sumber maklumat.
Namun jika disalahgunakan, telefon pintar tersebut mampu mendatangkan pelbagai keburukan.
Keasyikan menggunakan telefon pintar menyebabkan murid mengabaikan tanggungjawab terhadap
pelajaran seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran. Selain itu,
keasyikan bermain telefon pintar sehingga larut malam menyebabkan murid hilang fokus semasa di
dalam kelas kerana mengantuk akibat tidak cukup tidur. Lebih buruk lagi, terdapat murid yang
bermain telefon ketika di dalam kelas hingga mengganggu sesi pembelajaran. Melalui telefon pintar
juga, terdapat pihak-pihak tertentu yang menyebarkan maklumat yang belum tentu kesahihannya
secara sewenang-wenang. Oleh sebab pemikiran yang kurang matang, murid mudah menerima dan
mempercayai maklumat tersebut tanpa mengetahui kesahihannya.
Perkara yang lebih membimbangkan kita ialah keruntuhan akhlak yang serius dalam kalangan
murid. Perkara-perkara seperti ini perlu diambil berat oleh semua pihak dalam usaha untuk
membendungnya. Oleh itu, larangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap murid
yang membawa telefon bimbit atau telefon pintar ke sekolah ada asasnya dan peraturan ini mesti
difahami dan dipatuhi untuk manfaat semua pihak.
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca murid ingin memiliki telefon pintar.
(iii) Penggunaan telefon pintar secara betul dan berhemah banyak membawa kebaikan.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk mendidik masyarakat
menggunakan telefon pintar dengan berhemah? [4 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang peranan media massa
dan langkah menyekat penerbitan bahan yang negatif. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Pada waktu yang Iampau, perhubungan antara orang perseorangan ataupun antara suatu pihak
dengan orang ramai hanya diikat melalui percakapan. Kini, kaedah tersebut sudah tidak memadai.
Peranan media massa menjadi sangat luas. Kemajuan teknologi dunia hari ini membolehkan sesiapa
saja berada di rumah tanpa rasa bosan. Media massa merupakan alat pengumpul dan penyebar
mesej semasa tentang masyarakat. Isu-isu terkini tentang kemalangan, rusuhan, pertelingkahan
politik dan sebagainya dapat disebarkan dengan cepat. Rakyat pelbagai negara dapat berkongsi
kesedihan dan kegembiraan menerusi siaran media massa itu. Selain itu, sebagai bahan hiburan
yang murah, media massa membolehkan orang ramai mengisi masa lapang. Dalam konteks
perpaduan, media massa menjadi agen penggerak pembangunan dan pembaharuan sesebuah
negara. Hal ini kerana menerusi media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam
golongan etnik yang berlainan dapat disebarkan. Secara tidak Iangsung, semangat perpaduan dapat
disemai dalam masyarakat.
Maklumat tentang virus HIV, teknologi DNA atau punca penipisan lapisan ozon dapat difahami
melalui laporan yang dibaca, didengar ataupun ditonton. Dalam hal ini, bagi orang ramai, media
massa merupakan saluran atau sumber penting untuk mengetahui hal ehwal sains dan teknologi.
Rakyat Jepun tidak ketinggalan zaman kerana sering rnemanfaatkan laporan sains yang disiarkan
menerusi televisyen, akhbar dan majalah.
Berita-berita yang sengaja direka, secara tidak langsung berbahaya kerana berkemungkinan melaga-
lagakan masyarakat. Sentimen yang bersifat spekulatif dan provokatif yang mungkin memburukkan
imej negara dapat disekat dengan adanya media yang bertanggungjawab. Media massa menjadi
jambatan untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan dan perselisihan pendapat ini sebelum
rusuhan dan pergolakan politik menjadi kenyataan.
Perang Amerika-Vietnam adalah yang mula-mula disiarkan secara Iangsung oleh televisyen Amerika
dan hasilnya perang ini mendapat tentangan hebat daripada rakyat Amerika terhadap campur
tangan di Vietnam. Ternyata, media massa telah membangkitkan sikap antipeperangan dalam
kalangan manusia. Mesej bahawa peperangan perlu dihentikan sukar untuk sampai kepada khalayak
ramai tanpa bantuan media massa.
Kini, media massa, khasnya akhbar turut menjadi saluran bagi orang ramai untuk mengemukakan
idea dan kritikan mereka tentang sebarang perkara. Malangnya, sesetengah orang telah
menyalahgunakan hak itu. Mereka mengecam sesuatu dasar atau sistem secara membuta tuli. Sikap
antiperubahan dalam kalangan sebilangan ahli masyarakat ini akan menghakis kepercayaan rakyat
terhadap pemerintah secara beransur-ansur. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang dasar yang
dikemukakan sukar untuk dijayakan. Kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas
akhirnya.
Peranan pihak media massa perlu dikaji dari semasa ke semasa. Pengamal media perlu terus
menegakkan kebenaran tanpa syarat melalui kandungan editorial berita, ulasan serta analisis
gambar yang tulen. Selagi media massa menjalankan peranannya dengan betul, institusi itu dan
kerajaan pasti dapat berganding bahu dengan baik ke arah kecemerlangan.
Soalan 2(a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata membolehkan orang ramai mengisi masa lapang dalam petikan di
atas. [2 markah]
ii. Apakah akibat yang akan berlaku jika media massa dijadikan saluran untuk mengecam dasar
pemerintah? [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah pengamal media kian cenderung menyiarkan bahan yang
Soalan 1 – Rumusan
Pendahuluan
Rumusan membincangkan akibat/ natijah/ implikasi/ impak penggunaan telefon pintar dalam
kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak.
Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid mesti dipantau supaya pembinaan
sahsiah mereka tidak terjejas.
Kesimpulan
Kesimpulannya, peranan media massa perlu dipertingkatkan supaya kewibawaannya sebagai
pembekal maklumat yang benar tidak terjejas.