Penilaian Kurikulum 12020

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4

BAHAGIAN A: Baca soalan dengan teliti dan pilih satu sahaja jawapan yang paling tepat.
Sila tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan.

1. Apakah penyakit kardiovaskular?


A Penyakit yang berkaitan dengan tingkahlakudan emosi manusia.
B Penyakit yang disebabkan daripada serangan virus dan bakteria.
C Penyakit yang berhubungkait dengan kerosakan pada salur darah atau jantung.
D Penyakit yang berkaitan dengan pereputan tulang akibat dari kekurangan kalsium.

2. Apakah fungsi hemoglobin yang terkandung dalam darah?


A Untuk mengangkut oksigen
B Untuk mengawal paras gula
C Untuk melicinkan pengaliran darah
D Untuk menyerap lemak yang berlebihan.

3. Sistem kardiovaskular terdiri daripada


I. Hati III. Jantung
II. Otak IV. Salur darah
A I dan II sahaja C III dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I dan IV sahaja

4. Apakah nama alat yang digunakan untuk mengukur aktiviti otak ?


A Caliper C Treadmill
B Risograph D Elektroensefalogram

5. Apakah aktiviti terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang selepas melakukan
aktiviti fizikal atau Pendidikan Jasmani?
A Latihan spesifik C Aktiviti pemanasan badan
B Latihan isotonik D Aktiviti penyejukan badan

6. Antara aktiviti yang berikut, manakah tidak boleh dilakukan untuk mempertingkatkan
daya tahan kardiovaskular seseorang?
A Berjoging C Berbasikal
B Mendengar muzik D Berjalan pantas

7. Keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan kerja secara berulang-ulang atau
berterusan dalam jangka masa yang panjang merujuk kepada
A daya tahan otot C ketangkasan otot
B kekuatan otot D daya tahan kardiovaskular

8. Antara aktiviti yang berikut, manakah merupakan bukan aktiviti jenis isometrik?
A Tarik tuala C Abdominal crunch
B Tolak dinding D Lawan runtun siku

PENILAIAN KURIKULUM 1 1
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4

9. Berapa orang pemain dalam pertandingan hoki bagi setiap pasukan termasuk seorang
penjaga gol?
A 10 C 12
B 11 D 13

10. Antara kemahiran-kemahiran asas dalam permainan hoki ialah


I. Menolak III. Menyerkap
II. Memukul IV. Menghadang
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

11. Pernyataan di bawah adalah berkait rapat dengan

Helmet, leg guard dan kickers, ball guard dan pengalas dada
A Penjaga gol C Pemain penghalang
B Pemain pertahanan D Pemain penyerang

12. Antara kemahiran yang berikut, manakah digunakan untuk membuat hantaran,
clearance atau menjaringkan gol?
A Menguis C Menolak
B Memukul D Menyerkap

13. Apakah akan terjadi sekiranya faul dilakukan di luar kawasan D?


A Pasukan bertahan mendapat sudut penalti
B Pasukan penyerang mendapat strok penalti
C Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma
D Pasukan penyerang mendapat pukulan percuma

14. Berapa pagarkah yang perlu dilepasi oleh seseorang peserta lelaki yang menyertai
acara 400 meter lari berpagar?
A 10 C 30
B 20 D 40

15. Antara yang berikut, manakah turutan yang betul fasa-fasa dalam acara lari berpagar
A Permulaan, layangan, lonjakan, mendarat, penamat
B Permulaan, mendarat, lonjakan, layangan, penamat
C Permulaan, lonjakan, layangan, mendarat, penamat
D Permulaan, layangan, mendarat, lonjakan, penamat

PENILAIAN KURIKULUM 1 2
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4

16. Nyatakan fasa bagi acara lari berpagar berdasarkan rajah di bawah.

A Fasa penamat C Fasa lonjakan


B Fasa layangan D Fasa mendarat

17. Nyatakan fasa bagi acara lari berpagar berdasarkan pernyataan di bawah.

 Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki


belakang mlepasi pagar.
 Berat badan di hadapan kaki.
 Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan
pantas.
 Mendarat dengan hujung kaki hadapan.

A Fasa penamat C Fasa lonjakan


B Fasa layangan D Fasa mendarat

18. Apakah konsep kesihatan yang menyeluruh menurut kepada Pertubuhan Kesihatan
Sedunia(WHO)?
A Tidak mempunyai kecacatan dan mampu bekerja keras.
B Mengambil makanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
C Tidak pernah menghadapi sebarang penyakit dan sihat dari segi mental dan
fizikal.
D Sihat dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan rohani serta bebas daripada
penyakit.

19. Apakah yang dimaksudkan dengan kesenggangan?


A Waktu untuk merehatkan seluruh badan dan juga otak.
B Waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.
C Tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti yang ringan dan tidak aktif.
D Tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal
atau mental.

20. Seseorang yang menghadapi masalah imsomnia


A Tidak boleh tidur
B Tidur nyenyak pada waktu siang
C Tidak bersemangat pada waktu malam

PENILAIAN KURIKULUM 1 3
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4

D Sentiasa mengantuk pada waktu malam.

21. Apakah masalah akibat kekurangan tidur?


I. Menjejaskan ingatan dan keupayaan fizikal
II. Tidak dapat tidur nyenyak pada hari seterusnya
III. Menyebabkan kita mengantuk pada keesokan harinya.
IV. Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

22. Apakah perubahan yang akan berlaku semasa kita tidur?


A Suhu badan meningkat
B Tekanan darah meningkat
C Kadar pernafasan akan menurun
D Menghasilkan tenaga yang banyak untuk metabolisme asas.

23. Seseorang yang mengalami masalah obesiti mudah diserang penyakit yang berikut,
kecuali
A hipertensi C koronari jantung
B ulser peptik D diabetes melitus

24. Berikut ialah faktor yang mengakibatkan penyakit jantung, kecuali


A jantina C ketagihan alkohol
B merokok D kurang bersenam

25. Antara yang berikut, manakah ialah faktor yang menyebabkan hipertensi?
I. umur III. persekitaran
II. genetik IV. penyakit jantung
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

26. Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?


A Suatu ekspresi wajah yang menunjukkan perasaan seseorang.
B Suatu perasaan yang ditunjukkan semasa kesedihan atau mengalami kegagalan.
C Suatu perasaan atau jiwa yang kuat terbit daripada perasaan dalaman seseorang.
D Gerak badan serta nada suara seseorang semasa bertindak balas terhadap kejyaan.

27. Dengan memiliki emosi yang baik, kita akan


I. Mempunyai kesedaran dan kawalan diri yang baik.
II. Berupaya mengawal dan menguasai fikiran, perasaan dan tingkah laku.
III. Dapat menyelesaikan semua masalah dengan cepat dan dalam masa yang
singkat
IV. Berasa positif terhadap diri sendiri dan mempunyai hubungan baik dengan
orang lain.

PENILAIAN KURIKULUM 1 4
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4

A I, II dan IV C I, III dan IV


B I, II dan III D II, III dan IV

28. Antara yang berikut, manakah merupakan cara mengawal perasaan yang berkesan?
A Mementingkan perasaan sendiri.
B Meluangkan masa untuk melepak.
C Meluah perasaan dengan cara yang sewajarnya.
D Memastikan tidak menghidapi sebarang penyakit.

29. Seorang kaunselor perlu mempunyai sifat-sifat yang berikut, kecuali


A Menjadi pendengar yang baik
B Mempunyai sifat empati dan prihatin
C Memberi khidmat nasihat yang terbaik
D Membuat penilaian terhadap murid yang menghadapi masalah.

30. Berikut ialah faktor utama yang menyebabkan perubahan emosi remaja, kecuali
A Daya pemikiran C Perubahan fizikal
B Faktor perubahan sosial D Perubahan mental

JAWAPAN BAHAGIAN A

1. ____ 11. ____ 21. ____

2. ____ 12. ____ 22. ____

3. ____ 13. ____ 23. ____

4. ____ 14. ____ 24. ____

5. ____ 15. ____ 25. ____

6. ____ 16. ____ 26. ____

7. ____ 17. ____ 27. ____

8. ____ 18. ____ 28. ____

9. ____ 19. ____ 29. ____

10. ____ 20. ____ 30. ____

PENILAIAN KURIKULUM 1 5
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4

BAHAGIAN B: Jawab semua soalan pada ruang yang telah disediakan.

1. Labelkan struktur jantung dengan


pilihan jawapan yang betul. [7m]

STRUKTUR
JAWAPAN
JANTUNG

Arteri pulmonari

Ventrikel kanan

Ventrikel kiri

Injap bikuspid

Injap trikuspid

Atrium kanan

2. Nyatakan 3 langkah yang boleh kamu


gunakan untuk mengatasi emosi benci Atrium kiri
terhadap seseorang. [3m]

a) _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

b) _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

c) _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

JAWAPAN

PENILAIAN KURIKULUM 1 6
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 4

BAHAGIAN A:
1. B 11. A 21. C
2. A 12. C 22. C
3. C 13. D 23. B
4. D 14. A 24. A
5. D 15. C 25. B
6. B 16. B 26. C
7. A 17. D 27. A
8. C 18. D 28. C
9. B 19. B 29. D
10. A 20. A 30. D

BAHAGIAN B:

1. Labelkan struktur jantung dengan pilihan jawapan yang betul. [7m]

STRUKTUR JANTUNG JAWAPAN


Arteri pulmonari D
Ventrikel kanan C
Ventrikel kiri G
Injap bikuspid F
Injap trikuspid B
Atrium kanan A
Atrium kiri E

2. Nyatakan 3 langkah yang boleh kamu gunakan untuk mengatasi emosi benci terhadap
seseorang. [3m]

a) Mengenali emosi sendiri

b) Mengurus emosi sendiri

c) Memotivasikan emosi negatif

d) Mengenali emosi orang lain.

e) Menjalin hubungan yang positif

f) Mana-mana jawapan yang sesuai.

PENILAIAN KURIKULUM 1 7

Anda mungkin juga menyukai