Adab Mesyuarat

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Mesyuarat : Adab-Adab & Fadhilat

Firman Allah yg bermaksud:

dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh
itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan
pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu
(Ali Imran: 159) 

Firman Allah lagi yg bermaksud:

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menyahut dan menyambut perintah
Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna: dan urusan mereka dijalankan
secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa
yang Kami berik kepadaNya; [Syura: 38] 

TUJUAN MESYUARAT 
Untuk mewujudkan satu fikir, satu hati dan satu kerja didalam menyempurnakan tuntutan
usaha agama. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan satu
perintah Allah subhanahu wataala yang amat penting. 

FADHILAT MESYUARAT: 
Berkat mesyuarat menyebabkan tertangguhnya sebarang azab yang hendak diturunkan dan
akan mempercepatkan turunnya rahmat Allah taala.

Melalui mesyuarat kita akan mendapat berkat wahyu.


Tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak menyesal mereka yang bersolat istikharah
untuk membuat 
sesuatu pilihan dan keputusan.
Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan. 
Mereka yang menerima keputusan mesyuarat dan berazam untuk beramal denganya, Allah
Subhanahu wataala akan menghantar malaikat untuk menyertainya. 

ADAB-ADAB MESYUARAT 
Lantik seorang Amir untuk mengendalikan mesyuarat.
   
Mesyuaratlah dengan penuh tawajjuh kepada Allah taala.
Mesyuaratlah dengan kasih sayang dan berniat untuk mengamalkannya.
Amir boleh meminta syor dari sebelah kanan dan tidak semestinya meminta syor dari setiap
orang, tetapi maruah setiap orang mesti dijaga.
Apabila Amir meminta syor dari kita, maka berilah syor dengan penuh kasih sayang dan
lemah lembut, jangan ada niat untuk menyokong atau membangkang.
Janganlah merasakan syor kita sahaja yang terbaik lalu mendesak Amir dan ahli jemaah
untuk menerimanya kerana ini akan menjauhkan kita dari mendapat nusrah dari Allah taala.
Sebaliknya berilah syor yang paling baik dari kita dan anggaplah syor kita yang paling lemah
dari syor orang lain.
Berilah syor dengan meletakkan kepentingan agama di depan dan kepentingan diri dan
kepentingan dunia di belakang.
Hargailah dan hormatilah setiap syor dari orang lain. 
Janganlah mentertawakan atau memandang rendah syor orang lain kerana setiap syor boleh
mencetuskan idea yang lebih baik. 
Setiap orang semestinyalah ingat dalam dirinya bahawa syornya hanyalah mengikut hawa
nafsunya sahaja. Maka jika ditolak hendaklah dia bersyukur dan jika syornya diterima maka
hendaklah beristighfar kerana mungkin syornya akan mendatangkan keburukan dan
kemudharatan kepada agama Allah subhanahu wataala.
Janganlah mengeluarkan sesuatu syor yang kita sendiri merasakan syor itu akan membawa
kepada perpecahan dan perbalahan.
Syor diberi sebagai syor saya dan keputusan sebagai keputusan kita
Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilham yang dikurniakan oleh Allah taala kepada
Amir berkat kerjasama dan tawajjuh semua ahli mesyuarat.
Keputusan yang dibuat tidak bergantung kepada jumlah syor yang majority atau minority
tetapi jika syor majority itu boleh membawa perpaduan dan kasih sayang maka itu adalah
dibenarkan. 
Amir hendaklah memikirkan setiap syor secara mendalam dan membuat keputusan dengan
jujur dan ikhlas tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan ahli jemaah.
Mesyuarat sebelum mesyuarat adalah khianat dan mesyuarat selepas mesyuarat adalah fitnah
Seorang amir janganlah bersikap seperti seorang diktator di dalam membuat keputusan
sebaliknya dia hendaklah selalu berbincang dengan ahli jemaahnya. 
Semua ahli mesyuarat hendaklah memberi kerjasama kepada Amir dan mentaati setiap
keputusan yang Amir buat. Anggaplah bahawa syor merekalah yang sedang di amalkan
bersama.
Kalau seseorang merasakan bahawa syorlah yang paling betul maka dia janganlah sekali-kali
mencebir atau mencemuh Amir sebaliknya dia hendaklah yakin bahawa keputusan Amirlah
yang akan membawa kejayaan dan kebaikan. 
Jika sesuatu keputusan itu sangat benar untuk kita terima maka kita hendaklah sabar dan taat
sebaliknya jika keputusan itu bersesuaian dengan kita maka hendaklah taat dan sabar.
Sebarang perkara yang berlaku selepas mesyuarat adalah ditakdirkan didalam Qada dan
Qadar Allah Subhanahu wataala, maka janganlah kita mengungkit atau memberi sebarang
komen terhadap perkara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai