Isu-Isu Nyanyian

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 3

TOPIK 6: ISU-ISU DALAM NYANYIAN

 Isu-isu Dalam Nyanyian


1. Kemahiran pendengaran yang kurang baik
Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti akan membebankan
pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran nyanyian. Pelajar tidak
akan dapat mengetahui sama ada mereka telah menyanyi dengan betul atau
salah. Jika ini berlaku,sudah pasti mereka tidak dapat menikmati apatah lagi
menghayati lagu yang dinyanyikan. Kesilapan membuat anggaran kelajuan,
tekanan dan jumlah udara inilah merupakan antara punca yang
menyebabkan pic berubah dan akan memberi kesan yang ketara pada pic,
harmoni, dan sebagainya.

2. Pernafasan yang tidak cukup


Dalam nyanyian yang didasari oleh pic, irama dan melodi memerlukan
kawalan pernafasan yang lebih dinamik bagi mengelakkan nafas diambil
pada bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya untuk menjaga keindahan
sesebuah lagu yang disampaikan. Selain itu, penggunaan ekspresi dan
rangkaian lagu dalam nyanyian juga memerlukan kawalan pernafasan.

3. Nyanyian Sumbang
Kemahiran pendengaran yang kurang baik turut menyebabkan nyanyian
sumbang. Selain itu, tidak memberi perhatian kepada sokongan pernafasan
atau breath support yang diperlukan bagi mencapai ataupun not-not yang kita
nyanyikan. Di samping itu, kurang mahir dalam vokal perletakkan suara yang
harus digunakan semasa menyanyikan pitch.

4. Sebutan yang tidak jelas


Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Sebutan yang tidak jelas
menyebabkan lirik yang dinyanyikan tidak didengari. Organ yang terlibat
dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan
sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ
tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah
jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan
intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada awal dan akhir sesuatu perkataan
perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang
konsisten.
 Etika Persembahan

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, etika bermaksud prinsip moral atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seorang individu atau sesuatu
kumpulan. Persembahan pula bermaksud sesuatu yang dihidangkan atau
dipertunjukkan.

Sebelum Persembahan
1. Berpakaian sesuai dengan persembahan
2. Mempunyai rambut yang kemas dan dapat menyenangkan hati
3. Bersedia awal beberapa minit sebelum masa yang ditetapkan
4. Penyelarasan untuk persembahan sudah bersedia.

Semasa Persembahan
1. Masuk dan keluar dengan cara yang teratur
2. Tunduk hormat pada kelajuan yang sederhana dan ke bawah
3. Kekal perhatian kepada penonton
4. Mengekalkan postur yang betul semasa berdiri atau duduk ketika
mengadakan persembahan.
5. Mengekalkan prestasi etika yang betul, termasuk menahan diri dari gula-gula
getah dan memakan makanan dan minuman
6. Jangan melambai-lambai atau bercakap dengan penonton
7. Ketika di atas pentas, bertindak sebagai professional. Jika melakukan
kesilapan, jangan menarik perhatian kepadanya.
8. Sentiasa memberi senyuman yang manis
9. Mengamalkan dan menunjukkan nilai-nilai murni yang berkaitan seperti
mempunyai keyakinan diri sendiri dan bekerjasama dengan rakan.

Etika Semasa Latihan


Masa latihan adalah masa yang memerlukan tumpuan sepenuhya setiap ahli
kumpulan.

1. Sentiasa mengikut arahan ketua atau konduktor terutamanya memulakan dan


menamatkan permainan muzik.
2. Elakkan mencuba melakukan latihan secara individu semasa latihan
berkumpulan sehingga mengganggu latihan.
3. Jika ada bahagian yang tidak faham, bertanya kepada ketua atau konduktor
pada masa yang sesuai.
4. Sentiasa perbaiki perkara-perkara yang diajar oleh ketua, misalnya
keseimbangan bunyi, teknik dan sebagainya.
5. Membuat catatan bagi perkara-perkara yang perlu, misalnya tarikh dan waktu
latihan akan datang. Begitu juga dengan sebarang pindaan penting pada skor
muzik.

Anda mungkin juga menyukai