Masalah Dalam Nyanyian
Masalah Dalam Nyanyian
Masalah Dalam Nyanyian
com
Setiap penyanyi mempunyai masalah nyanyian yg tersendiri dan berbeza2.bahkan saya sendiri dan
penyanyi professional juga ada masalah sebegini
Tapi ini bukan lah penghalang untuk kita mempunyai suara yg diidam2kan bukan ?
Yang penting kita kena faham apa masalah tersebut dan bagaimana untuk mengatasinya dan
meningkatkan lagi semangat kita untuk lebih bagus dalam nyanyian kita
Ada 5 masalah yg selalu kita lakukan semasa menyanyi:-
1. Menyanyi Out of Tune /sumbang
2. Buta Irama
3.Tak cukup Nafas semasa Menyanyi
4. Suara yg terlampau lembut/perlahan
5. Sebutan yg tak jelas
Selain itu ada beberpa lagi kesalahan yg biasa dilakukan antaranya
1. Menyiksa tekak anda
2. Tak buka mulut semasa menyanyi
3. Terlampau mendongak
Semua masalah ni akan menjejaskan mutu nyanyian anda
Oleh sebab itu kita kena buat sesautu iaitu:
Berubah!
Nyanyian Sumbang?
Ada beberapa 3 sebab mengapa masalah ini boleh terjadi
Pertama, kita mungkin tak tahu apa itu note atau pic yg kita nyanyikan atau vocal range lagu yg kita
nyanyikan
Sbg contoh,sesebuah lagu mungkin mempunyai banyak lompatan pitcing,dan kita mungkin tak tahu
bagaimana nak nyanyikan perubahan pitching2 ini dan dengan bebrapa latihan mengenai skala
muzik dan intervals akan dapat membantu kita mengenali setiap nada seterusnya membantu kita
menyanyi dalam pelbagi pitch/nada
Kedua, kita mungkin kurang tahu mengenai vocal register/perletakan suara yg seharusnya kita
gunakan semasa kita menyanyikan satu2 pitch
Sebagai contoh,jika saya suruh seorang pelajar lelaki nyanyikan note high E atau F beliau mungkin
tak sampai dan pitch beliau akan tak tepat ini adalah disebabkan belaiu tidak kenal/tidak tahu
dimanakah vocal register yg sepatutnya
Beberapa latihan untuk mempertajamkan lagi teknik ini dan latihan vocal warm-up akan dapat
membantu anda mencapai note yg tinggi dengan lebih tepat
Kita juga mungkin tak beri perhatian pada sokongan pernafasan atau breath support yg diperlukan
bgi mencapai atau pun projectkan note note yg kita nyanyikan terutamanya di range tinggi suara kita
yg mana ini akan menyebabkan kita of tune semasa menyanyi
Latihan latihan pernafasan akan dapat membantu kita mengatasi masalah ini
Ketiga, kita mungkin tak biasa mendengar suara kita dan adakah suara kita serasi dengan muzik
semasa kita menyanyi?Ini adalah amatlah vital skill yg perlu ada pd setiap penyanyi
Kadangkala semasa kita menyanyi,kita lebih fokuskan pada nyanyian tetapi tidak pada muzik yg
mengiringi kita,ini adalah factor yg menyumbang kepada sumbangnya nyanyian kita tanpa kita
sedari.
Pernafasan Dalam Nyanyian
Penting untuk menyedari bahawa pernafasan yang betul adalah
persediaan asas untuk menyanyi dengan bagus. Penyanyi yang bagus
boleh mengawal sepenuhnya pernafasan mereka ketika membuat
persembahan, dan memang inilah teknik yang dipelajari. Penyanyi
perlu belajar bagaimana untuk mengetahui tentang pernafasan mereka
pada semua masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti
suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan
kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama. Mempelajari
teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi
untuk melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya.
Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah
dilakukan menerusi diafragma. Udara tidak boleh bergerak melalui
paru-paru tanpa yang bantuan dari diafragma. Otot berbentuk-kubah
ini terletak melintang bahagian bawah tulang selangka dan untuk
menggunakannya, perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila
kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia
menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk
menghasilkan resonan yang sewajarnya. Sekiranya anda terus
menyanyi tanpa keupayaan paru-paru yang sewajarnya, ia boleh
menyebabkan nyanyian anda tersasar dari nada, membataskan julat
suara anda dan merosakkan pita suara anda.
Penafasan yang betul daripada diafragma memerlukan kebiasaan biasa
sehingga ia menjadi tabiat. Dengan cara pernafasan begini, anda
bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi, anda juga
akan mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul
membantu untuk menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan
mengambil oksigen secukupnya memberi faedah kepada keseluruhan
organ dalaman.
Untuk menyanyi mengikut kemampuan anda sebaiknya dan mengambil
perhatian yang sewajarnya terhadap suara anda, Anda mesti belajar
untuk menarik nafas dan menggunakan paru-paru dengan keupayaan
penuh dan juga mengetahui bagaimana untuk mengambil nafas yang
bagus dengan cepat dan anda mesti mengekalkan kawalan terhadap
berapa dengan cepat udara dihembus keluar.
Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan
mengamalkan senaman mudah ini:
Mulakan dengan berbaring di atas belakang anda dan meletakkan
sebuah buku besar di di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana
anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya
melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum
dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan,
perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda.
Amalkan senaman ini setiap hari sehingga stail pernafasan ini
menjadi sifat semula jadi sampingan dan anda akan bagus di dalam
cara pernafasan yang betul dan nyanyian yang hebat.
Menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap naluri manusia.Nyanyian juga sejak beribu-
ribu tahun dahulu menjadi tunjang kepada peradaban manusia,kesenian,keagamaan dan yang paling
ketara dalam percintaan.Kita tidak semua lahir dengan kebolehan menyanyi,walaubagaimanapun
dengan latihan yang betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi.Berikut beberapa tips untuk
menyanyi dengan cara yg betul bagi mempersiapkan anda untuk menyanyi secara profesional,ke
audition atau di karaoke dan juga menyanyi di bilik air.
1.Kawalan Pernafasan
Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas
ketika menyanyi.Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas
anda mengalir seperti biasa,jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi
dalam nyanyian anda..senang cakap terkehel bila nak tarik..
Untuk itu anda harus beajar satu cara pernafasan yang dipanggil diaphragmatic breathing.Teknik
pernafasan ini adalah dengan menarik nafas masuk ke dalam paru-paru anda yang bawah sekali.ooo
ada yang garu kepala dah...Ok senang cerita macam ni jer,cuba baring melentang atas katil kaki
lunjur,kemudian letakkan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas dan tangan kiri anda diatas
dada sebelah bawah(ddekat tulang rusuk).Bila bernafas pastikan tangan kanan anda diatas dada
sebelah atas tidak bergerak,manakala tangan kiri diatas dada sebelah bawah bergerak keatas dan
kebawah
2.Perkembangkan Suara Asli Anda
Bila menyanyi anda dengan cara tak sengaja akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal,fenomena
ini berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu
juga dengan Dato'Siti Nurhaliza.Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi penyanyi yang
hebat.Untuk menjadi hebat anda kena atau mesti mempunyai identiti suara anda sendiri,pendekata
anda kena ada trademark anda sendiri.Untuk cuba lari dari terikut2 ni cubalah menyanyi lagu yang
anda kurang minat dengan penyanyi nya atau anda langsung tak pernah dengar pun lagu serta
penyanyinya.Mulanya anda akan merasa kurang selesa,jika anda cuba sekerap yang mungkin lama-
kelamaan ianya akan menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian suara
anda,mat saleh cakap original!
p/s Tips ini memerlukan kesabaran dan latihan serta memakan masa sedikit
3.Latih Diri Anda Beremosi
Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan emosi.Sesebuah nyanyian mengutarakan
sebuah cerita,warna,perasaan,kesedihan dan kebahagian etc.
Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi
untuk menjadi penyanyi hebat.Anda harus pandai mengawal emosi anda!
Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus diteliti dan difahami isi kandungan dan ceritanya,apakah
emosi dalam lagu itu?apakah emosi dalam melodi lagu itu?ini semua harus dikaji.Biasa orang cakap
kita kena 'feel' kan lagu tu baru lah sedap.
Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka lengkaplah nyanyian.
4.Menyanyi Depan Cermin
Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi
ini lah hakikatnya.Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat posture badan
anda sewaktu menyanyi(ini amat penting ketika menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik
pernafasan anda.Cuba berxperimen depan cermin dengan menyanyi dengan membongkok,tak buka
mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan membuka mulut dengan
sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil menyanyi
dengan membuka mulut dengan sepatutnya.Itulah kegunaan cermin!
5.Berhenti....
Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi sesetengah orang untuk mempraktikkanya..Namun untuk
menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok,cakap dengan menjerit atau suka
menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda
menyanyi.Saya tak kan kupas bab ni kerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi
tahu jadi pandai-pandailah yer..
6.Latihan Latihan Latihan
Nyanyian jika tidak diasah atau dilatih takkan membawa anda kemana-mana.Dengan berlatih anda
akan mengenali kelemahan dan kelebihan suara anda,anda juga dapat kenalpasti lagu yang
bagaimana selesa dengan anda,juga dengan latihan anda boleh berexperimen dengan suara
anda,cuba cabar suara anda ketahap yang diluar kemampuan anda,dengan cara ini suara anda
menjadi flexible dan mungkin anda boleh jadi versatile singer.Ambil kesempatan untuk menyanyi
dimana-mana sahaja,rasakan keseronokan menyanyi dan cuba menyanyi dihadapan rakan-rakan
secara tak langsung atau secara langsung dan dapatkan komen dari mereka,jikalau komen-komen
yang diterima membanggakan maka anda sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya.
Teknik Vokal (Mengatasi Masalah Nyanyian) http://wahisanusi.blogspot.com/
Perkara pertama yang ditekankan dalam teknik vokal ialah pernafasan. Pada sesi ini pelajar diajar
bagaimana menyimpan udara di dalam perut iaitu di kawasan diafragma. Pada peringkat awal
pelajar masih lagi menyimpan udara di dalam paru-paru seperti pernafasan biasa. Ini dapat dilihat
apabila disuruh mengambil udara, bahu mereka terangkat. Ini membuktikan udara tidak sampai ke
dalam perut.
Teknik Snatch Breathing juga diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar diarah menyentuh perut pada
bahagian ulu hati dengan ibu jari. Kemudian mengisi angin di dalam perut dan seterus diagfram akan
mengembang. Mereka melepaskan angin dengan vokal kho dan kha. Sesetengah pelajar tidak
mempraktikkan kerana masih tidak memahami cara melakukan. Untuk lebih berkesan lagi guru
mengarahkan ianya melakukan secara berpasangan iaitu memegang perut rakan.
Pelajar didedahkan berkali-kali teknik mengambil udara. Latihan dibuat secara individu dan
berpasangan. Pelajar diarah mengambil udara sebanyak 4 kiraan dan melepaskan secara terkawal
sebanyak 8 kiraan. Kemudian menambah sebanyak 12 hingga 16 kiraan melepaskan udara.
Sesetengah pelajar tidak dapat mengawal cara melepaskan udara. Belumpun sampai 12 kiraan udara
yang ada di dalam perut telah kehabisan. Ini berlaku kerana teknik mengawal udara tidak dapat
diaplikasi dengan tepat. Di akhir sesi ini didapati 70 % pelajar dapat mengaplikasikan teknik
pernafasan dengan betul.
Vowel Modification
Pada sesi ini pelajar didedahkan bagaimana membuat pengubahsuaian vokal dilakukan. Penerangan
diberi terlebih dahulu iaitu mengenai penghasilan suku kata. Pada sesi ini ada beberapa maslah yang
timbul iaitu pelajar agak sukar untuk membetulkan kedudukan lidah. Lidah sepatutnya dalam
keadaan flat dan mencecah belakang gigi. Pelajar telah diuji secara berkumpulan dan individu cara
penghasilan suku kata.
Pembentukan vowel amat dititik beratkan. Setiap kali sesi latihan guru mengingatkan pelajar
bagaimana melonggarkan rahang, merehatkan lidah, melapangkan kerongkong, membuka mulut
dan juga pembentukan lidah. Sesetengah pelajar merasa malu untuk membuka mulut dan ini sedikit
sebanyak mengganggu sesi latihan.