Muzik

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 22

Topikȱ4 X Muzik dan

Gerakan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan rasional pengajaran dan pembelajaran muzik dan
gerakan dalam kelas pendidikan khas;
2. Menghuraikan kepentingan dan kelebihan bidang muzik dan
gerakan terhadap murid-murid pendidikan khas;
3. Menjelaskan matlamat dan objektif muzik dan gerakan dalam
kurikulum pendidikan muzik pkbp; dan
4. Menjelaskan kaedah, teknik dan aktiviti-aktiviti muzik dan gerakan
yang sesuai untuk murid-murid pendidikan khas.

X PENGENALAN
Hari ini golongan pendidik semakin menyedari faedah aktiviti muzik dan
gerakan di sekolah ekoran daripada pelbagai dapatan kajian. Para penyelidik
mendapati aktiviti muzik dan gerakan mempunyai impak positif terhadap
pelbagai domain perkembangan kanak-kanak dari lahir hingga ke peringkat
sekolah rendah. Muzik dan gerakan dapat membantu kanak-kanak mempelajari
konsep seperti imbangan, koordinasi dan ruang di samping merupakan satu cara
paling berkesan untuk perkembangan hemah-diri dan kesedaran tubuh mereka.
Melalui aktiviti gerakan, murid-murid boleh diperkenalkan dengan konsep
muzik seperti detik, tekanan, meter, tempo dan dinamik, dan dengan itu dapat
membantu perkembangan diskriminasi auditori mereka. Di samping itu, aktiviti-
aktiviti muzik dan gerakan turut dapat membantu perkembangan kreativiti di
kalangan murid-murid.

Malangnya, tidak ramai guru yang benar-benar mengamalkan aktiviti gerakan


dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah meskipun rata-rata bersetuju
secara teorinya tentang kelebihan muzik dan gerakan sebagai saluran yang
berkesan untuk tujuan perkembangan murid.
58 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

Topik ini berfokus kepada bidang muzik dan gerakan sebagai salah satu bidang
dalam komponen pendidikan muzik untuk murid-murid pendidikan khas.
Adalah diharapkan selepas membaca topik ini, anda akan mempunyai persepsi
positif terhadap bidang muzik dan gerakan di samping lebih berkeyakinan
untuk mengendalikan aktiviti ini di bilik darjah pendidikan khas. Anda akan
melihat bagaimana penglibatan dalam aktiviti muzik dan gerakan bukan sahaja
dapat mengukuhkan kefahaman tentang konsep-konsep muzik, malahan dapat
membantu perkembangan yang sihat dari aspek psikomotor dan afektif di
samping memupuk nilai sosialisasi yang sihat di kalangan murid pendidikan
khas. Anda akan diperkenalkan dengan kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai untuk membimbing pelajar melibatkan diri
dengan aktiviti muzik dan gerakan dalam bilik darjah pendidikan khas
bermasalah pembelajaran secara lebih terancang dan sistematik.

AKTIVITI 4.1
Berdasarkan pengalaman sendiri, berikan pandangan anda mengapa guru
kurang berminat menjalankan aktiviti muzik dan gerakan dalam bilik
darjah.

4.1 RASIONAL DAN MATLAMAT BIDANG


MUZIK DAN GERAKAN DALAM
KURIKULUM PKBP
Bermula dari bayi, kanak-kanak suka bergerak. Kanak-kanak juga suka dengan
muzik. Cuba lihat reaksi seorang bayi apabila mereka mendengar muzik atau
mendengar seseorang bermain alat muzik atau sekadar mendengar tepukan
tangan. Mereka akan bertindak balas melalui gerakan anggota badan sama ada
dengan menggerakkan jari, menggoyangkan tangan atau kaki mereka. Begitu
juga kita sering melihat kanak-kanak yang berumur setahun hingga tiga atau
empat tahun mempamerkan tindak balas gerakan secara spontan terhadap
muzik yang didengar sama ada dengan menghentak kaki, bertepuk tangan,
menggoyangkan badan atau kepala, menari-nari atau sekadar menggerakkan
jari-jari mengikut detik muzik yang didengar. Fenomena ini membuktikan
sekurang-kurangnya empat perkara:
x Pertama, gerakan merupakan satu bentuk komunikasi yang paling awal
bagi setiap manusia.
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 59

x Kedua, bergerak kepada muzik merupakan salah satu ciri asas semula jadi
setiap manusia.
x Ketiga, ianya membuktikan bahawa muzik mempunyai daya tersendiri
yang merangsang manusia untuk bertindak balas dengan gerakan spontan.
x Keempat, ianya menunjukkan potensi dan bakat seni bunyi (seni muzik)
dan seni gerak (seni tari) dalaman sedia ada pada seorang kanak-kanak
yang seharusnya diperkembangkan.
Oleh itu, peranan utama guru seperti anda lebih
merupakan sebagai penggalak dan
pemudahcara untuk mencungkil bakat dan
potensi sedia ada murid melalui aktiviti-aktiviti
muzik dan gerakan dengan terancang dan
sistematik. Ini adalah kerana kadar
perkembangan amat bergantung kepada
pengaruh persekitaran peringkat awal yang
diterima oleh seseorang kanak-kanak. Kanak-
kanak memerlukan pelbagai pengalaman
konkrit gerakan multi-sensori untuk
Rajah 4.1: Aktiviti muzik dan merangsang perkembangan sihat pelbagai
gerakan dapat merangsang domain (sila lihat Rajah 4.1). Mereka juga
perkembangan sihat pelbagai memerlukan banyak permainan imaginatif dan
domain kreatif bagi mengintegrasikan pengalaman-
pengalaman tersebut. Muzik dan gerakan amat
sesuai untuk tujuan ini.
Aktiviti muzik dan gerakan memberi peluang kepada kanak-kanak tidak kira
umur, jantina, atau peringkat perkembangan untuk melalui pengalaman kreatif
yang berorientasikan kejayaan dan dalam suasana yang riang tanpa tekanan.
Muzik dan gerakan adalah satu cara yang
menyeronokkan untuk kanak-kanak pendidikan
khas meneroka melalui muzik, mengembangkan
kemahiran fizikal, menyalurkan tenaga,
merangsang imaginasi dan menggalakkan
kreativiti (sila lihat Rajah 4.2).
Aktiviti muzik dan gerakan menawarkan peluang
pembelajaran yang begitu luas untuk kanak-kanak
dari peringkat dua hingga dua belas tahun.
Sepanjang jangka masa yang kritikal ini,
pembelajaran yang sebenarnya bagi seseorang
Rajah 4.2: Kecacatan fizikal
kanak-kanak berlaku terutamanya dalam bentuk tidak menghalang murid
permainan. Elemen keseronokan yang dibawanya, untuk melakukan aktiviti
secara sendirinya mengukuhkan permainan muzik dan gerakan
60 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

sebagai aktiviti pembelajaran yang berkesan untuk kanak-kanak. Di samping itu


kanak-kanak merasa seronok apabila bahasa permainan dikaitkan dengan
gerakan irama tubuh. Oleh itu, gerakan dapat merangsang pertumbuhan fizikal
dan intelektual di samping menguatkan ikatan emosi kanak-kanak. Justeru, sama
ada untuk meningkatkan daya otak, mempengaruhi tingkah laku, mahupun
sekadar untuk memberikan keseronokan, aktiviti muzik dan gerakan boleh
dijadikan teknik pengajaran yang amat berguna.
Pergerakan merupakan salah satu daripada bentuk komunikasi bagi kanak-
kanak. Oleh itu aktiviti muzik dan gerakan membolehkan kanak-kanak
menggunakan aksi anggota tubuh untuk tujuan berikut:
x Berkomunikasi tentang sesuatu imej
x Berkomunikasi tentang sesuatu perasaan
x Berkomunikasi tentang sesuatu idea

Semua kanak-kanak boleh mendapatkan faedah melalui penyertaan dalam


aktiviti muzik dan gerakan dan murid-murid pendidikan khas tidak terkecuali.
Muzik dan gerakan merupakan satu cara di mana kanak-kanak boleh mengenali
diri masing-masing dan melihat kaitan diri mereka dengan dunia sekeliling
mereka. Aktiviti muzik dan gerakan sekiranya dilaksanakan secara kreatif dan
terancang dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelbagai aspek dan
kemahiran seperti berikut:

(a) Perkembangan Psikomotor


Aktiviti muzik dan gerakan dapat meningkatkan
kemahiran lokomotor (merangkak, berjalan,
melompat, dll.), kemahiran bukan lokomotor
(renggangan, membongkok, memusing,
menggoyang, dll.), dan kemahiran stabiliti serta
imbangan murid-murid pendidikan khas (sila lihat
Rajah 4.3).

Rajah 4.3:
(b) Kesedaran Sensori Peningkatan
Aktiviti muzik dan gerakan dapat meningkatkan kemahiran lokomotor
dan bukan lokomotor
kesedaran sensori murid-murid pendidikan khas. melalui aktiviti muzik
Kesedaran sensori boleh membantu murid-murid dan gerakan
memahami tentang diri mereka dan alam
persekitaran mereka. Ini dapat menguatkan daya imaginatif di samping
meningkatkan keupayaan mereka untuk merasai kehidupan dengan lebih
bermakna lagi. Pembelajaran dapat ditingkatkan apabila keseluruhan
anggota badan terlibat melalui aktiviti muzik dan gerakan. Semua deria
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 61

terlibat apabila murid-murid meneroka pelbagai


aspek pergerakan. Deria kinestetik akan
meningkat dan murid-murid akan dapat merasai
makna dalam bentuk dan aksi yang mereka
lakukan. Secara visualnya, mereka memberi
tindak balas terhadap imej yang mereka lihat di
samping imej yang mereka cipta. Deria
pendengaran pula dapat dirangsang apabila
mereka mendengar muzik. Deria sentuh dan
tektail mereka akan ditingkatkan melalui aktiviti
Rajah 4.4: Penajaman seperti berlari tanpa kasut dan melakukan
deria sentuh dan tektail
melalui gerakan atas
gerakan di atas lantai (sila lihat Rajah 4.4).
lantai Pengalaman sensori ini akan membantu murid
untuk menghargai keindahan alam, seni estetik,
dan kehidupan seharian mereka.

(c) Kemahiran Sosialisasi


Kemahiran kritikal yang diperlukan untuk
kehidupan terarah kendiri dan bermatlamat
bermula dari proses seseorang itu belajar
untuk menyedari keunikan dirinya, mengenal
pasti dan menghargai keunikan orang lain,
meluahkan perasaan diri, bekerjasama dalam
satu-satu struktur sosial di dalam memberi
definisi dan membentuk diri sendiri sebagai
individu. Aktiviti muzik dan gerakan
menyediakan peluang yang banyak untuk Rajah 4.5: Aktiviti muzik dan
memenuhi pengalaman belajar seperti yang gerakan menggalakkan
persekitaran yang interaktif
dinyatakan di atas. Ini adalah kerana aktiviti
muzik dan gerakan menggalakkan persekitaran interaktif di mana murid-
murid khas dapat berkongsi ruang sambil meneroka pelbagai pergerakan
secara bersama. Mereka boleh bergerak dengan cara mereka sendiri,
kemudian beransur memerhatikan pelbagai bentuk tindak balas terhadap
idea pergerakan. Oleh itu kemungkinan untuk mencipta gerakan secara
bersama dengan rakan-rakan menjadi bertambah menyeronokkan.

(d) Kesihatan
Persekitaran kehidupan hari ini khususnya di kawasan bandar agak
terbatas dari aspek fizikal menyebabkan kanak-kanak kadangkala
membesar dengan pengalaman pergerakan yang agak terhad dan kurang
sihat. Keadaan persekitaran yang agak mengekang pergerakan kanak-
kanak ini boleh menyebabkan perkembangan sosialisasi yang turut
terbatas. Oleh itu, aktiviti muzik dan gerakan menjadi semakin penting
62 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

untuk diberi perhatian dan dilaksanakan di sekolah. Peluang untuk terlibat


dalam aktiviti gerakan di sekolah boleh membantu pertumbuhan fizikal
yang lebih sihat di kalangan murid-murid.

(e) Perkembangan Kognitif


Aktiviti muzik dan gerakan turut boleh membantu perkembangan kognitif
murid. Hasil penyelidikan menunjukkan hemisfera kanan otak berfungsi
melalui aktiviti seperti muzik, seni dan kreativiti manakala hemisfera kiri
otak pula menyusun kemahiran urutan dan logikal seperti matematik,
bahasa dan pertuturan. Oleh kerana rujukan silang diperlukan antara
kedua-dua bahagian otak ini, kedua-dua bahagian perlu dikembangkan
secara seimbang khususnya semasa tempoh kritikal di peringkat awal
kanak-kanak. Apabila kanak-kanak terlibat dengan aktiviti muzik dan
gerakan, mereka secara tidak langsung terlibat dengan aktiviti yang
meningkatkan keupayaan mental seperti ingatan, bahasa dan komunikasi.
Muzik bukan sahaja menyentuh jiwa, malahan ia membentuk
perkembangan minda. Apabila kanak-kanak menyanyi, mendengar muzik
atau bermain alat muzik mereka belajar dan menjadi insan pemikir. Lebih
banyak yang dipelajari tentang bagaimana otak berfungsi, lebih
meningkatkan kesedaran kita tentang kepentingan muzik dan gerakan
dalam proses pembelajaran kanak-kanak.

(f) Kesedaran Tubuh


Aktiviti muzik dan gerakan memberi fokus kepada kesedaran tubuh,
kecerdasan, kemahiran ritma, kekuatan, keanjalan, koordinasi, ketahanan dan
kehebatan fizikal. Ini dapat membantu kanak-kanak mendapatkan gambaran
mental yang baik tentang tubuh mereka. Mengawal anggota badan mereka
sendiri merupakan satu bentuk kawalan awal yang setiap kanak-kanak
mampu lakukan terdapat diri mereka. Ianya merupakan langkah pertama
untuk membentuk kawalan dalaman diri dan memupuk disiplin diri mereka.
Kesedaran tubuh merupakan perkara asas yang penting untuk kanak-kanak
menyedari tentang perasaan dan emosi yang merupakan sebagai sebahagian
dari tubuh dan minda mereka. Contohnya, apabila marah, mereka merasai
perasaan itu menyelubungi seluruh tubuh mereka.

(g) Konsentrasi
Konsentrasi merupakan aspek yang sangat penting untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang baik dalam bilik darjah. Akan tetapi, kanak-kanak
bermasalah pembelajaran seperti autisme dan hiperaktif menghadapi masalah
berkomunikasi di samping kesukaran mengawal diri dan memberi tumpuan.
Kawalan diri merupakan perkara asas yang begitu penting kerana faktor
tersebut akan meningkatkan kapasiti untuk mendidik kanak-kanak khas
memberi fokus dan tumpuan. Kanak-kanak khas perlu dibimbing dan belajar
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 63

bagaimana untuk memberi tumpuan dan fokus. Mereka perlu dididik untuk
merasa bagaimana untuk memberi tumpuan dan fokus kepada sesuatu yang
mereka lakukan. Perkara ini lebih mudah untuk dilakukan melalui aktiviti
gerakan jika dibandingkan dengan lain-lain aktiviti pembelajaran yang lebih
serius. Apabila kanak-kanak khas mula belajar memberi tumpuan melalui
aktiviti muzik dan gerakan, maka lebih memudahkan mereka untuk
mengalihkan apa yang telah dipelajari sebagai kerangka rujukan untuk lain-
lain aktiviti yang memerlukan mereka memberi tumpuan.

(h) Tingkah Laku


Di peringkat permulaan persekolahan, kanak-kanak di kelas bermasalah
pembelajaran biasanya mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang sukar
dikawal. Mereka suka bergerak dan tidak suka duduk setempat terlalu
lama. Aktiviti muzik dan gerakan memberi peluang kepada mereka untuk
melepaskan tekanan dan dengan itu mengurangkan tingkah laku yang
kurang menyenangkan yang mungkin boleh mengganggu proses
pembelajaran di bilik darjah. Aktiviti muzik dan gerakan dapat membantu
kanak-kanak ini mendapatkan pengalaman dalam memberi tumpuan dan
fokus di samping meningkatkan kesedaran tentang diri dan orang lain.
Dengan itu, sumbangan terhadap kumpulan akan menjadi lebih kerap dan
lebih produktif apabila kanak-kanak menjadi lebih selesa dengan diri
mereka sendiri dan orang lain.

(i) Sifat Saling Hormat Menghormati


Pengalaman dalam muzik dan gerakan boleh membantu kanak-kanak
untuk menghormati ruang bekerja rakan-rakan apabila mereka mula
belajar mengenali dan faham tentang Âruang sendiriÊ dan Âruang berkongsiÊ.
Kanak-kanak juga belajar untuk mengenali, menghargai dan menghormati
perbezaan pada rakan-rakan. Mereka mula belajar mengenali dan
menghormati kenyataan yang tubuh manusia datang dalam pelbagai saiz
dan bentuk dan dengan itu akan lebih menghormati perbezaan yang ada di
kalangan rakan-rakan mereka.

(j) Keyakinan Diri


Satu lagi kelebihan muzik dan gerakan ialah dari segi meningkatkan
hemah diri dan keyakinan diri murid. Apabila seseorang kanak-kanak
memperolehi kemahiran gerakan baru, rasa kejayaan akan membuat
mereka lebih yakin akan kemampuan diri mereka. Keyakinan yang
terbentuk melalui aktiviti muzik dan gerakan akan membantu meyakinkan
mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain yang lebih mencabar minda
dan fizikal mereka.
64 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

Kesimpulan daripada perbincangan di atas ialah muzik dan gerakan merupakan


aktiviti yang paling hampir dengan diri setiap kanak-kanak. Secara semula jadi,
kanak-kanak gemar bergerak dan mendengar muzik. Dengan itu amat tepat sekali
muzik dan gerakan dijadikan sebagai aktiviti teras dalam kurikulum Pendidikan
Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada peringkat awal
persekolahan. Banyak manfaat dan kelebihannya aktiviti muzik dan gerakan dalam
bilik darjah, syaratnya guru bijak merancang dan mengendalikan pelajaran. Dalam
lain perkataan, aktiviti muzik dan gerakan yang terancang dan tersusun dapat
menjadi satu medium yang amat berkesan untuk tujuan pendidikan, khususnya
murid-murid bermasalah pembelajaran. Pertama, pelajaran muzik dan gerakan
merupakan cara yang paling mudah untuk memperkembangkan bakat, minat dan
kemahiran seni muzik dan seni gerak murid. Kedua, aktiviti muzik dan gerakan
dapat mengembangkan kemahiran insaniah seperti pemupukan nilai-nilai murni,
kemahiran komunikasi interpersonal dan intrapersonal, kemahiran sosialisasi selain
membantu perkembangan mental dan emosi dengan berkesan dan dengan cara
yang menyeronokkan.

Oleh itu, bidang muzik dan gerakan dalam konteks komponen Pendidikan
muzik kurikulum PKBP mempunyai dua peranan umum iaitu:
(i) Memenuhi matlamat muzikal
(ii) Matlamat bukan muzikal.

AKTIVITI 4.2
Jelaskan bagaimanakah aktiviti muzik dan gerakan dapat membantu
perkembangan murid-murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran dari aspek-aspek berikut:
(a) Kognitif
(b) Emosi
(c) Sosial

4.2 MENGINTERPRETASI SUKATAN


PELAJARAN MUZIK DAN GERAKAN
Objektif dan isi kandungan bidang muzik dan gerakan komponen Pendidikan
Muzik dalam Sukatan Pelajaran PKBP mungkin agak mencabar khususnya bagi
guru baru yang kurang berpengalaman. Walau bagaimana pun, guru tidak
seharusnya terlalu runsing untuk mencapai kesemua objektif ini sekiranya
keadaan murid tidak mengizinkan. Yang penting ialah guru sentiasa berusaha
mencari jalan terbaik untuk melaksanakan aktiviti muzik dan gerakan untuk
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 65

murid-murid pendidikan khas. Pengubahsuaian mungkin perlu dilakukan. Oleh


itu, apa yang disaran dalam modul ini berkaitan dengan sukatan pelajaran harus
dianggap sebagai panduan semata dan guru ÂbebasÊ mengubahsuai mengikut
keperluan dan batasan realiti di sekolah.

Rajah 4.6 menggariskan topik dan kandungan kurikulum bidang muzik dan
gerakan komponen pendidikan muzik dalam kurikulum PKBP. Sukatan
pelajaran menggariskan aktiviti-aktiviti untuk setiap topik sebagai panduan dan
memudahkan guru menginterpretasikan kandungan topik dan isi kurikulum
yang dicadangkan.

Rajah 4.6: Topik dan isi kandungan bidang muzik dan gerakan sukatan pelajaran PKBP
66 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

a) Anggota Badan
Topik ini lebih menekankan kepada aspek kepekaan terhadap tubuh badan di
kalangan murid-murid pendidikan khas. Oleh itu guru harus memikirkan aktiviti-
aktiviti muzik dan gerakan yang dapat membantu mereka meneroka keupayaan
dan potensi tubuh badan dan diri mereka. Di samping itu, guru harus memilih
aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan supaya murid dapat merasai kejayaan
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti gerakan demi meningkatkan keyakinan dan
hemah diri mereka. Untuk tujuan ini, salah satu aktiviti yang dirasakan amat
sesuai untuk dijalankan oleh murid-murid pendidikan khas ialah aktiviti yang
dinamakan perkusi badan.

Secara mudahnya, perkusi badan adalah satu seni mencipta bunyi yang
menggunakan gerakan anggota badan bagi menghasilkan irama (sila lihat
Rajah 4.7). Dalam lain perkataan, anggota badan menjadi alat perkusi bagi
menghasilkan irama. Bunyi boleh dihasilkan melalui petikan jari, tepukan tangan,
hentakan kaki dan lain-lain. Sebenarnya, prinsip yang diaplikasikan untuk perkusi
badan adalah sama dengan teknik bermain alat
perkusi iaitu bunyi dihasilkan melalui pukulan,
lagaan, gesekan dan goncangan. Bunyi yang
berbeza dari segi warna ton boleh dihasilkan
apabila teknik yang berbeza digunakan kepada
bahagian anggota badan yang berlainan.
Contohnya, tepukan pada bahagian bahu, akan
menghasilkan bunyi yang berbeza dengan
tepukan pada bahagian dada atau di bahagian
peha. Malahan cara ditepuk akan menghasilkan Rajah 4.7: Aktiviti perkusi badan
sesuai untuk mengukuhkan konsep
bunyi yang berbeza seperti bertepuk tangan irama, meter, dinamik dan tempo
menggunakan satu, dua, tiga, empat atau lima
jari setiap satu menghasilkan bunyi yang berbeza. Begitu juga variasi bunyi (warna
ton) dapat dihasilkan dengan mengubah teknik. Contohnya, di sebalik
menggunakan teknik tepukan pada bahu, gunakan teknik gosokan pada bahu,
bunyi yang dihasilkan pasti ada perbezaannya.

Perkusi badan digunakan secara meluas dalam pendidikan muzik kerana ianya
mudah  tubuh manusia adalah satu-satunya alat muzik yang dipunyai oleh
semua kanak-kanak. Tidak menghairankan beberapa pendekatan utama
pengajaran dan pembelajaran muzik seperti Orff dan Kodaly menggalakkan
aplikasi perkusi badan dalam bilik darjah muzik. Menggunakan anggota badan
dalam aktiviti perkusi badan dapat meningkatkan sensitiviti auditori murid-murid
di samping memberikan pengalaman langsung dengan konsep muzik. Selain
daripada mengukuhkan konsep warna ton kepada pelajar, aktiviti perkusi badan
amat sesuai digunakan untuk mengukuhkan konsep irama seperti detik, tekanan,
meter dan tempo. Selain daripada itu konsep dinamik turut boleh diperkukuhkan.
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 67

Sebagai panduan, berikut adalah beberapa aktiviti gerakan perkusi badan


mengikut urutan dari yang mudah beransur ke irama yang lebih kompleks:
x Aktiviti permulaan yang paling sesuai untuk dijalankan ialah membuat
gerakan perkusi badan mengikut detik lagu.
x Guru perdengarkan muzik yang sesuai dari segi tempo  tidak terlalu laju
dan tidak terlalu perlahan. Muzik yang dipilih juga harus mempunyai
detik yang jelas.
x Guru memberi contoh perkusi badan. Sambil mengira detik dengan
sebutan one, two, three, four secara berterusan mengikut detik lagu, guru
membuat perkusi badan seperti berikut:
o Hentak kaki pada setiap detik untuk satu bar
o Tepuk peha pada setiap detik untuk satu bar
o Tepuk tangan pada setiap detik untuk satu bar
o Tepuk dada pada setiap detik untuk satu bar
o Tepuk bahu pada setiap detik untuk satu bar
x Guru menerangkan kepada murid-murid permainan mengajuk perlakuan
guru iaitu guru akan membuat gerakan (perkusi badan) seperti di atas,
murid-murid diminta perhati dengan teliti dan kemudian mengajuk balik
perlakuan guru.
x Guru terlebih dahulu mengajak murid mengira detik lagu dengan sebutan
one, two, three, four secara berterusan untuk beberapa bar supaya pelajar
selesa dengan tempo lagu dan dapat mengira detik dengan betul.
x Sambil mengira detik dengan sebutan one, two, three, four secara
berterusan, guru mulakan permainan mengajuk kelakuan guru. Guru akan
memilih dan menunjukkan perkusi badan untuk satu bar dan pada bar
yang kedua murid-murid perlu mengajuk.
x Seterusnya guru boleh mengembangkan aktiviti di atas dengan mengubah
susunan gerakan pada setiap detik seperti contoh yang berikut dalam
Jadual 4.1:
Jadual 4.1: Susun Gerakan pada Setiap Detik
One Two Three Four
(Detik Pertama) (Detik Kedua) (Detik Ketiga) (Detik Keempat)
Hentak kaki Hentak kaki Tepuk tangan Tepuk tangan
Tepuk tangan Tepuk tangan Hentak kaki Hentak kaki
Tepuk bahu Tepuk bahu Hentak kaki Hentak kaki
Tepuk dada Tepuk dada Tepuk tangan Tepuk tangan
Hentak kaki Tepuk peha Hentak kaki Tepuk peha
Tepuk tangan Hentak kaki Tepuk tangan Hentak kaki
Hentak kaki Tepuk peha Tepuk tangan Tepuk dada
dan sebagainya
68 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

x Apabila murid-murid telah menguasai detik, guru boleh mengembangkan


aktiviti perkusi badan kepada pola irama yang mudah seperti berikut pada
Rajah 4.8:

Rajah 4.8: Pola irama untuk aktiviti perkusi badan

b) Gerakan Mengikut Irama Muzik

Topik ini menekankan aspek irama sebagai satu


unsur asas yang penting dalam seni muzik.
Gabungan bunyi panjang dan bunyi pendek serta
kadangkala senyap (rehat) serta tekanan pada detik
tertentu menghasilkan irama. Aktiviti muzik dan
gerakan memberi peluang kepada pelajar
pengalaman langsung dengan elemen irama.
Dengan itu kefahaman murid tentang konsep-
Rajah 4.9: Gerakan terkawal konsep muzik yang berkaitan dengan irama seperti
akan memudahkan guru detik, tekanan, meter, pola irama, rentak dan tempo
untuk menguruskan pelajar
akan dapat dikukuhkan.

Untuk tujuan ini, guru boleh menggunakan gerakan bebas dan gerakan terkawal.
Secara mudah, maksud gerakan bebas ialah murid-murid membuat gerakan
mengikut interpretasi masing-masing berdasarkan pola irama atau rentak muzik
yang didengar. Kelebihan aktiviti gerakan bebas ialah pelajar tidak rasa
terkongkong dan bebas membuat ekspresi diri melalui gerakan anggota badan
mereka.
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 69

Gerakan terkawal memerlukan guru merancang bentuk gerakan yang sesuai


untuk diajar kepada murid-murid (sila lihat Rajah 4.9). Murid-murid akan
mengajuk gerakan yang ditunjukkan oleh guru. Salah satu aktiviti gerakan
terkawal seperti yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran pendidikan muzik
PKBP ialah membuat gerakan mengikut lirik (senikata) lagu. Untuk aktiviti ini
guru harus memilih lagu yang mempunyai lirik yang sesuai untuk membuat
gerakan. Sebagai contoh, lagu Âbunyi binatangÊ memang sesuai untuk aktiviti
gerakan bagi murid-murid tahun satu atau dua. Murid membuat gerakan bagi
mengajuk cara pergerakan binatang seperti yang terdapat pada lirik lagu.

Kelebihan aktiviti gerakan terkawal ialah memudahkan guru menguruskan dan


mengawal pelajar. Namun ianya kurang memberi kebebasan kepada pelajar
untuk lebih kreatif dalam membuat corak gerakan sendiri. Namun demikian,
dengan bimbingan yang sewajarnya, pengalaman membuat gerakan bebas dan
pengalaman dalam aktiviti gerakan terkawal akan menjadi asas yang baik untuk
murid-murid menghasilkan gerakan kreatif.

Satu perkara yang perlu diingatkan ialah asas kepada irama ialah detik, iaitu
nadi kepada muzik. Oleh itu, amat penting untuk memperkukuhkan konsep
detik terlebih dahulu sebelum beransur-ansur memperkenalkan kanak-kanak
dengan corak atau pola irama dari yang mudah ke corak irama yang lebih
kompleks.

c) Apresiasi Muzik Melalui Aktiviti Gerakan

Apresiasi seni merupakan satu bentuk kefahaman dan rasa keindahan dalaman
diri seseorang terhadap seni. Oleh itu, ianya berciri agak subjektif. Namun
demikian, apresiasi terhadap seni termasuk apresiasi terhadap muzik boleh
dipelajari. Aktiviti gerakan boleh membantu meningkatkan apresiasi murid-
murid terhadap seni muzik. Malahan gerakan itu sendiri merupakan satu bentuk
penyataan yang paling mudah untuk kanak-kanak menzahirkan apresiasi
mereka terhadap muzik. Justeru, aktiviti gerakan dapat menjadi medium yang
berkesan untuk mendidik murid melahirkan perasaan mereka.

Perkara paling asas untuk guru membimbing murid mengapresiasi seni muzik
ialah mendedahkan mereka dengan pengalaman secara langsung dengan
pelbagai unsur-unsur seni muzik seperti melodi, irama, dinamik, tempo, tekstur,
warna ton, dan lain-lain lagi. Namun demikian, kadangkala murid menghadapi
kesukaran untuk memahami konsep-konsep abstrak muzik (unsur muzik).
Dalam hal ini, aktiviti gerakan mempunyai kelebihan kerana ianya bersifat visual
dan dengan itu dapat membantu kefahaman murid tentang konsep-konsep
muzik. Berikut adalah beberapa contoh aktiviti mudah yang boleh diaplikasikan
70 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

dalam bilik darjah pendidikan khas untuk membantu murid memahami konsep
muzik:
x Konsep Pic:
Merendahkan badan untuk menunjukkan pic rendah dan meninggikan
badan untuk menunjukkan pic yang tinggi.
x Konsep Tempo:
Berjalan laju seperti arnab untuk menunjukkan tempo yang cepat dan
berjalan seperti kura-kura untuk menunjukkan tempo perlahan.
x Konsep Dinamik:
Berjalan dengan hentakan kaki yang kuat untuk menunjukkan dinamik
yang kuat dan berjalan ketinting untuk menunjukkan dinamik lembut.
x Konsep Meter:
Berjalan sambil mengira detik (one, two, three, four) dan menghentak kaki
pada detik pertama bagi menunjukkan meter empatan. Begitu juga,
berjalan sambil mengira detik (one, two, three) dan menghentak kaki pada
detik pertama bagi menunjukkan meter tigaan.

Aktiviti-aktiviti seperti di atas sudah tentu memudahkan murid memahami


konsep-konsep muzik dan memperkayakan pengalaman berinteraksi dengan
pelbagai unsur muzik.

4.2.1 Jenis-jenis Tarian


Tarian adalah satu bentuk seni gerak mengikut muzik.
Semua kaum di dunia mempunyai warisan seni tari
masing-masing. Oleh itu, aktiviti muzik dan gerakan
dapat memaparkan realiti tradisi seni tari yang wujud
dalam masyarakat di luar sekolah kepada murid-murid
pendidikan khas. Tidak mengapa sekiranya mereka
tidak dapat menari dengan baik. Apa yang penting ialah
mereka diberi peluang untuk merasai pengalaman
terlibat dengan aktiviti seni
Rajah 4.10: tari.
Tarian tradisional
Secara mudahnya, tarian
boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu (i)
tarian moden, dan (ii) tarian tradisional. Tarian
moden atau kontemporori ialah gerak tari yang
mempunyai pengaruh elemen tarian barat (sila lihat
Rajah 4.10). Manakala tarian tradisional adalah Rajah 4.11: Tarian moden
warisan seni tari tempatan berasaskan rentak-rentak
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 71

tertentu seperti inang, zapin dan joget (sila lihat Rajah 4.11). Terdapat juga
rentak-rentak tradisional lain seperti sumazau dan sewang (sila lihat Rajah 4.12).

Tarian Zapin

Tarian
Sewang Tarian Inang
Tarian
Tradisional

Tarian
Sumazau Tarian Joget

Rajah 4.12: Tarian tradional

Salah satu aktiviti yang disarankan dalam sukatan pelajaran PKBP ialah
memperkenalkan tarian kepada murid-murid. Bagi guru yang kurang
berkemahiran dalam seni tari, cara yang mudah ialah dengan menayangkan
rakaman bentuk-bentuk tarian sama ada tradisional atau moden untuk ditonton
oleh murid-murid. Salah satu teknik belajar di peringkat awal dalam seni
persembahan seperti nyanyian, lakonan dan tarian ialah dengan cara meniru.
Oleh itu, guru boleh meminta pelajar meniru gerak tari penari yang ditonton
oleh pelajar. Tidak mengapa sekiranya langkah gerak tari murid sumbang atau
bercelaru. Yang lebih penting ialah penglibatan dan mereka mendengar muzik
berentak tradisional supaya terbina di mental mereka bahawa rentak-rentak
tradisional ini berfungsi untuk mengiringi tarian. Dengan kefahaman ini, secara
tidak langsung apresiasi mereka terhadap muzik tempatan akan meningkat.

Bagi guru yang berkemahiran dalam seni tari sudah tentu mempunyai kelebihan.
Kemahiran yang ada boleh digunakan untuk menunjukkan langkah-langkah seni
tari yang mudah, sama ada tradisional atau moden, kepada murid-murid. Bagi
guru yang tidak mempunyai kemahiran, boleh meminta kerjasama mana-mana
guru (atau ibubapa) yang berkemahiran dalam bidang senitari untuk membantu
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

(a) Asas Gimrama


Istilah Gimrama adalah gabungan dua perkataan iaitu gimnastik dan
irama. Gimnastik adalah satu jenis sukan dan dengan itu lebih
72 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

berorientasikan aktiviti fizikal yang menekankan kemahiran pergerakan,


kelenturan dan kordinasi keseluruhan anggota badan. Apabila
digabungkan aktiviti jasmani ini dengan unsur irama muzik, maka terhasil
satu cabang seni gerak yang begitu menarik. Oleh itu, secara mudahnya
gimrama adalah satu bentuk seni gerak yang menggunakan unsur
gimnastik dan irama muzik. Gimrama menekankan lakuan pergerakan di
atas lantai dengan iringan muzik.

Aktiviti gimrama sudah tentunya mempunyai


manfaat dari segi perkembangan kemahiran motor
murid selain daripada meningkatkan kemahiran
mendengar mereka. Tumpuan diberikan kepada
pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk
tubuh badan, ruang masa aliran dan irama (sila lihat
Rajah 4.13). Di samping itu, kestabilan merupakan
aspek yang dipentingkan dalam gimrama untuk
mengekalkan posisi badan yang seimbang. Imbangan Rajah 4.13: Aktiviti
yang baik berupaya mengawal kestabilan badan gimrama
menekankan
pada sesuatu kedudukan. Pengajaran dan pergerakan asas
pembelajaran gimrama berkaitan bentuk
dalam konteks bidang tubuh badan, ruang,
muzik dan gerakan masa aliran dan
irama
pendidikan muzik PKBP
melibatkan kemahiran-
kemahiran asas seperti yang dinyatakan di atas.

Pergerakan dalam gimrama boleh menjadi lebih


menarik dengan menggunakan alatan seperti
Rajah 4.14: Aktiviti gelung, bola, belantan, tali, riben dan
gimrama sebagainya (sila lihat Rajah 4.14). Penggunaan
akan lebih peralatan juga dapat menarik minat murid
menarik sekiranya kerana mereka merasai aktiviti gerakan yang
menggunakan alat dijalankan seolah-olah seperti satu permainan.
Aktiviti gimrama yang menggunakan peralatan juga dapat menggalakkan
kreativiti dalam gerakan. Namun demikian, penggunaan peralatan dalam
aktiviti gimrama memerlukan kemahiran mengendalikan alat dan dengan
itu mungkin memerlukan masa. Oleh itu, penggunaan peralatan hanya
boleh dijalankan sekiranya keadaan dan keupayaan murid mengizinkan.

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk merancang atau


mengendalikan aktiviti gimrama, orang yang paling tepat untuk dirujuk di
sekolah ialah guru-guru pendidikan jasmani. Mereka telah didedahkan
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 73

dengan aktiviti gimnastik dan juga gimrama secara teori dan praktikal
semasa dalam latihan perguruan.

(b) Asas Senamrobik


Istilah senamrobik ialah gabungan perkataan
senaman dan aerobik. Senamrobik ialah satu
bentuk senaman berirama atau senaman yang
dijalankan secara berirama. Ianya merupakan
satu bentuk aktiviti yang menarik kerana
menggabungkan senaman untuk
meningkatkan kecerdasan dan kesihatan
tubuh badan dengan unsur seni muzik. Tidak Rajah 4.15: Aktiviti
menghairankan, hari ini senamrobik senamrobik dapat
merupakan satu bentuk senaman yang begitu menanam budaya gaya
popular diamalkan dalam perhimpunan pagi hidup sihat
pelbagai jabatan kerajaan selaras dengan
kempen budaya hidup sihat di kalangan kakitangan kerajaan dan rakyat
Malaysia amnya (sila lihat Rajah 4.15).
Oleh itu tidak sukar untuk guru menjalankan aktiviti senamrobik. Contoh-
contoh gerakan begitu banyak boleh diambil melalui pengalaman sendiri
atau dengan menonton televisyen. Guru hanya perlu bersedia dengan tiga
perkara asas untuk melaksanakan aktiviti senamrobik:
x Pertama, pilih muzik yang sesuai dan mempunyai tempo yang
sederhana dan detik yang jelas.
x Kedua, merancang bentuk-bentuk gerakan setempat yang sesuai dan
melibatkan semua anggota badan.
x Ketiga, guru harus terus memberi arahan sambil membilang detik di
sepanjang sesi senamrobik.

Aktiviti senamrobik dalam kelas pendidikan muzik dapat membantu


mengukuhkan konsep detik, tempo, tekanan dan meter di kalangan murid-
murid pendidikan khas dengan cara yang menyeronokkan.
74 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

AKTIVITI 4.3
1. Jelaskan perbezaan di antara gimrama dan senamrobik.
2. Pada pandangan anda, apakah masalah dan kekangan yang
mungkin anda hadapi dalam melaksanakan setiap bentuk gerakan
berikut dengan murid-murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran:
(i) Aktiviti tarian
(ii) Aktiviti gimrama

4.3 PERTIMBANGAN UNTUK


MENGENDALIKAN AKTIVITI MUZIK &
GERAKAN
Terdapat beberapa pertimbangan dan perkara yang perlu diambil kira oleh guru
sebelum dan semasa melaksanakan aktiviti muzik dan gerakan dengan murid-
murid pendidikan khas. Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian dan
pertimbangan:
x Dalam apa sahaja konteks ianya dijalankan, aktiviti gerakan perlu
dijalankan secara terkawal dalam persekitaran yang berstruktur. Kanak-
kanak kelas pendidikan khas mudah tercedera sekiranya aktiviti kumpulan
dijalankan secara tidak terancang dan dikawal dengan baik.
x Aktiviti muzik dan gerakan perlu mengambil kira keupayaan murid-murid
berkeperluan khas dari pelbagai aspek seperti keupayaan penglihatan dan
pendengaran mereka, kadar tumpuan mereka dan juga keupayaan mereka
memahami istilah dan mengikut arahan seperti duduk, berdiri, cepat,
perlahan, rendah, tinggi dan lain-lain.
x Guru perlu peka tentang maklumat latar belakang murid seperti
keupayaan dan batasan setiap murid termasuk minat dan kegemaran
mereka. Maklumat ini penting kerana keupayaan murid-murid untuk
bergerak, melihat, mendengar dan memahami konsep akan mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap kadar penglibatan mereka dalam
aktiviti gerakan. Lebih banyak batasan yang dikenalpasti oleh guru, maka
lebih banyak penyesuaian yang perlu dilakukan terhadap aktiviti yang
bakal dirancang oleh guru. Begitu juga dengan mengetahui minat dan
kegemaran murid-murid, guru dapat memilih muzik yang lebih sesuai dan
disukai oleh murid untuk aktiviti muzik dan gerakan dalam bilik darjah.
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 75

x Aspek ruang merupakan perkara asas yang


sangat penting untuk aktiviti gerakan. Oleh itu,
guru harus menggunakan keluasan ruang yang
cukup khususnya untuk murid yang
memerlukan ruang yang selesa untuk bergerak
seperti murid-murid yang berkerusi roda. Begitu
juga murid-murid yang bertingkah laku agresif
atau murid yang mempunyai masalah kabur
penglihatan memerlukan ruang yang lebih luas Rajah 4.16: Guru harus
menyediakan ruang
untuk melakukan aktiviti muzik gerakan bagi
yang selesa untuk
mengelakkan dari berlaku kecederaan. Perkara-
aktiviti muzik dan
perkara berikut perlu diberi perhatian oleh guru: gerakan

- Sediakan ruang aktiviti seluas mungkin yang bebas dari sebarang


halangan.
- Tandakan dengan jelas sempadan kawasan pergerakan. Guru harus
memaklumkan sempadan ini kepada murid-murid dan pastikan
mereka faham.
- Sekiranya ruang aktiviti gerakan diadakan di atas pentas, guru harus
lebih berhati-hati dengan murid-murid yang berkerusi roda dan
mengingatkan mereka supaya mengelak dari berada di posisi yang
terlalu hampir dengan tepi pentas bagi mengelakkan kemalangan
yang tidak diingini berlaku.
- Jika perlu, guru boleh juga menetapkan sempadan ruang pergerakan
untuk setiap murid di mana pelajar boleh bergerak secara bebas
dalam ruang yang disediakan supaya keadaan lebih terkawal. Cara
ini mungkin sesuai sekiranya terdapat murid yang sering kali
berkecenderungan untuk berkeliaran dan mengganggu rakan-rakan
lain dalam aktiviti seumpama ini. Namun demikian, pastikan ruang
tidak terlalu sempit hinggakan pergerakan pelajar terlalu terbatas dan
merasa tidak selesa dan seterusnya mengekang kreativiti dalam
pergerakan mereka.
x Aktiviti muzik dan gerakan adalah berkaitan dengan memberi respon
melalui pergerakan tubuh badan terhadap muzik yang diperdengarkan.
Oleh itu, peralatan sistem bunyi seperti pemain cakera padat dan pembesar
suara harus mampu mengeluarkan bunyi yang jelas untuk didengar oleh
semua murid-murid di setiap posisi ruang aktiviti gerakan yang
disediakan.
76 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

x Guru harus memastikan bilangan alatan seperti bola, gelung, riben, tali dan
lain-lain yang digunakan untuk aktiviti muzik dan gerakan mencukupi
untuk semua murid supaya mengelak murid-murid yang tidak mendapat
alat merasa terpinggir.
x Selain daripada bilangan alat yang mencukupi, guru harus memastikan
semua alat yang akan digunakan berada dalam keadaan yang baik. Alat
seperti gelung rotan misalnya, sekiranya dalam keadaan uzur mungkin
boleh mencederakan murid. Begitu juga pastikan tali yang bakal digunakan
dibuat daripada bahan yang tidak mencederakan tangan murid.

AKTIVITI 4.4
Apakah faktor-faktor yang perlu anda ambilkira atau pertimbangkan
dalam melaksanakan aktiviti muzik dan gerakan dengan kanak-kanak
pendidikan khas selain daripada aspek yang dibincangkan di atas?

 Muzik dan gerakan merupakan aktiviti yang paling hampir dengan diri
setiap kanak-kanak. Secara semula jadi, kanak-kanak gemar bergerak dan
mendengar muzik.
 Gerakan merupakan satu bentuk komunikasi yang paling awal bagi setiap
manusia.
 Para penyelidik mendapati aktiviti muzik dan gerakan mempunyai impak
positif terhadap pelbagai domain perkembangan kanak-kanak dari lahir
hingga ke peringkat ketika mereka di sekolah rendah.
 Bidang muzik dan gerakan dalam konteks komponen Pendidikan muzik
kurikulum PKBP mempunyai dua peranan umum iaitu memenuhi
matlamat muzikal dan matlamat bukan muzikal.
 Perkusi badan adalah satu seni mencipta bunyi yang menggunakan
gerakan anggota badan bagi menghasilkan irama.
 Gerakan mengikut irama muzik boleh dijalankan secara gerakan terkawal,
gerakan bebas atau gerakan kreatif.
 Perkara paling asas untuk guru membimbing murid mengapresiasi seni
muzik ialah mendedahkan mereka dengan pengalaman secara langsung
dengan pelbagai unsur-unsur seni muzik seperti melodi, irama, dinamik,
tempo, tekstur, warna ton, dan lain-lain lagi.
 Aktiviti gerakan mempunyai kelebihan kerana bersifat visual dan dengan
itu dapat membantu kefahaman murid tentang konsep-konsep muzik.
TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN W 77

 Aktiviti muzik dan gerakan dapat memaparkan realiti tradisi seni tari yang
wujud dalam masyarakat di luar sekolah kepada murid-murid pendidikan
khas.
 Secara mudahnya, tarian boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
tarian moden dan tarian tradisional.
 Gimrama adalah satu bentuk seni gerak yang menggunakan unsur
gimnastik dan irama muzik.
 Pergerakan dalam gimrama boleh menjadi lebih menarik dengan
menggunakan alatan seperti gelung, bola, belantan, tali, riben dan
sebagainya.
 Senamrobik ialah satu bentuk aktiviti yang menarik kerana ianya
menggabungkan senaman untuk meningkatkan kecerdasan dan kesihatan
tubuh badan dengan unsur seni muzik.
 Aktiviti muzik dan gerakan perlu dijalankan secara terkawal dalam
persekitaran yang berstruktur. Kanak-kanak kelas pendidikan khas mudah
tercedera sekiranya aktiviti kumpulan dijalankan secara tidak terancang
dan dikawal dengan baik.

Detik Pic
Dinamik Rentak
Gerakan bebas Senamrobik
Gerakan kreatif Tarian moden
Gerakan terkawal Tarian tradisional
Gimnastik Tekanan
Gimrama Tempo
Meter Warna ton (timbre)
Perkusi badan

Dorothy, E. (2002). Creative child: Recognize and stimulate your childÊs natural
talent. London: Barrons.
Friend, M. (2005). Special education: Contemporary perspectives for school
professionals. Boston: Pearson Education, Inc.
78 X TOPIK 4 MUZIK DAN GERAKAN

Hallahan, D. & Kauffman. (2003). Exceptional children: Introduction to special


education. Boston: Allyn and Bacon.
Heward, W. (2003). Exceptional children: An introduction to special education.
Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.
Bab 1: Defining Special Education.
Polloway, Edward A. et. al. (1989). Strategies for teaching learners with special
needs (4th ed.). Colombus: Merrill Publishing Co.
Salmah Ayob. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai