Faktor Perkembangan Kaunseling Di Malaysia
Faktor Perkembangan Kaunseling Di Malaysia
Faktor Perkembangan Kaunseling Di Malaysia
1Jabatan Pengajian AM
Article History:
Submit: 9 October 2018 Accepted: 22 December 2018 Revised: 23 December 2018 Published: 31 December 2018
Abstrak
Kaunseling di Malaysia bermula seawal era penjajahan selari dengan perkembangan pendidikan di
tanah air. Tumpuan utama bidang kaunseling ketika itu adalah memberikan perkhidmatan kepada
pelajar, penjaga dan guru-guru dalam menyediakan para pelajar untuk bidang pekerjaan. Walau
bagaimana pun bidang kaunseling hanya bermula secara rasmi di Malaysia setelah kemerdekaan
tanah air atau secara lebih tepatnya pada tahun 1963. Berdasarkan penelitian literatur yang
dijalankan didapati bahawa kajian berkaitan sumbangan agama terhadap kesihatan mental telah
meningkat semenjak awal abad ke 21. Dalam konteks Malaysia ada berberapa kajian yang dibuat
memfokuskan tentang kepentingan Islam dalam kaunseling. Dengan menggunakan metod analisis
kandungan kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif untuk meneliti faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan Kaunseling Islam di Malaysia. Selepas segala data dari pelbagai
sumber diperolehi, pengkaji melakukan proses analisis data dengan menggunakan kaedah induktif,
deduktif dan komparatif. Analisis adalah tertumpu terhadap aspek sejarah dan faktor
perkembangan Kaunseling Islam di Malaysia.Dapatan kajian menunjukkan bahawa perkembangan
kaunseling Islam di Malaysia dikenal pasti bermula sekitar awal 80an. Situasi ini didorong oleh
beberapa faktor. Antaranya; (1) terkesan dengan kesedaran psikologis Islam seperti Malik Badri
dalam memperjuangkan Psikologi Islam di peringkat antarabangsa; (2) karya-karya Hassan
Langgulung; (3) perkembangan kajian dan penyelidikan dalam bidang kaunseling Islam; (4)
terkesan dengan gerakan mengintegrasikan agama ke dalam kaunseling di peringkat antarabangsa;
dan (5) pengiktirafan undang-undang. Kajian lanjut untuk melihat bagaimana perkembangan
Kaunseling Islam turut mempengaruhi bidang kaunseling yang lain seperti kaunseling keluarga,
kaunseling kerjaya dan kaunseling sekolah juga perlu dilakukan. Ia perlu dijalankan bagi melihat
gambaran sebenar kaunseling Islam yang sedang berjalan di Malaysia.
Kata kunci: Sejarah Kaunseling, Kaunseling Islam
Abstract
Counselling in Malaysia began as early as the colonial era in line with the development of education in the country.
The main focus of the counselling field at that time was to provide services to students, guardians and teachers in
providing students for the field of work. However, the counselling field only started officially in Malaysia after the
independence or more precisely in 1963. Based on literature studies conducted, it is found that researches related to
religious contributions to mental health have increased since the beginning of the 21st century. In Malaysian
context, there are several studies that have been focused on the importance of Islam in counselling. Using the method
of content analysis, this study is conducted to achieve the objective of examining the factors that influence the
development of Islamic Counselling in Malaysia. After all the data from various sources is obtained, the researcher
conducts data analysis process using inductive, deductive and comparative methods. Analysis is focused on the
historical aspects and developmental factors of Islamic Counselling in Malaysia. The findings show that the
development of Islamic counselling in Malaysia has been identified since the early 80's. This situation is driven by
several factors. Among them; (1) impact due to Islamic psychological awareness such as by Malik Badri in
developing Islamic Psychology internationally; (2) the works of Hassan Langgulung; (3) the development of studies
and researches in the field of Islamic counselling; (4) impact due to the movement of integrating religion into
counselling internationally; and (5) recognition of the law. Further studies to see how the development of Islamic
Counselling affects other areas of counselling such as family counselling, career counselling and school counselling are
also needed. It should be carried out to see the true picture of Islamic counselling in Malaysia.
Keywords: Counselling history, Islamic Counselling
30
1.0 PENGENALAN
Di Malaysia kaunseling bermula seawal era penjajahan selari dengan perkembangan pendidikan di tanah
air (Abdul Halim Othman & Sharifah Bee, 1993). Ia bermula dengan pembentangan laporan keperluan
bimbingan di sekolah-sekolah oleh H.R Chessman. Beliau merupakan seorang Pegawai Kanan
Pendidikan, Pentadbiran kolonial British pada tahun 1938. Dalam laporan tersebut, Cheeseman memberi
penekanan perlunya menggembeleng keseluruhan potensi para pelajar di sekolah untuk menyediakan
mereka dalam bidang pekerjaan (Cheeseman, 1938). Laporan tersebut secara tidak langsung menyatakan
keperluan guru bimbingan dan kaunseling di Sekolah-sekolah. Bermulalah penawaran khidmat bimbingan
dan kaunseling di sekolah-sekolah walaupun para guru yang diberi tanggungjawab tersebut masih belum
menerima sebarang latihan formal sebagai seorang kaunselor (Cheeseman, 1938). Tumpuan utama bidang
kaunseling ketika itu adalah memberikan perkhidmatan kepada pelajar, penjaga dan guru-guru dalam
menyediakan para pelajar untuk bidang pekerjaan. Walau bagaimana pun bidang kaunseling hanya
bermula secara rasmi di Malaysia setelah kemerdekaan tanah air atau secara lebih tepatnya pada tahun
1963. Ada berberapa orang pengkaji yang merakamkan sejarah awal bermulanya bidang kaunseling di
Malaysia dan perkembangannya pada peringkat awal seperti Abdul Malek, Nor Junainah, & Azizah,
(2013), M. Pope, Muhaini, Singaravelu, Bringaze, & Russell, (2002), Abdul Halim, (1984), Lloyd, (1987)
dan Scorzelli, (1987), Alimuddin, (1988).
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif untuk meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan Kaunseling Islam di Malaysia. Kajian turut memfokuskan sejarah perkembangan
Kaunseling Islam bermula daripada pengasasan perkhidmatan kaunseling di Malaysia.
Dalam menjayakan kajian ini pengkaji menggunakan kaedah analisis. Metod ini adalah usaha penyelidikan
yang dilakukan dengan mengumpulkan data yang terdapat pada sumber-sumber seperti perpustakaan
(Ismail Rejab dan Nik Rahimah Nik Yacob, 1986). Kaedah ini amat penting untuk mendapatkan data-data
kualitatif dalam bentuk dokumentasi dan bertulis. Data yang diperolehi melalui kaedah ini merangkumi
data berbentuk primer dan sekunder (Audrey, 1988). Data-data kajian merujuk kepada bahan tulisan para
pengkaji terdahulu berkaitan Kaunseling Islam di Malaysia yang diperolehi daripada pelbagai perpustakaan
dan sumber-sumber lain dalam bentuk buku, jurnal, akhbar, majalah, laman sesawang dan seumpamanya.
Selepas segala data dari pelbagai sumber diperolehi, pengkaji melakukan proses analisis data dengan
menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Analisis adalah tertumpu terhadap aspek sejarah
dan faktor perkembangan Kaunseling Islam di Malaysia.
Kajian berkaitan sumbangan agama terhadap kesihatan mental telah meningkat semenjak awal abad ke
21(Ellison & Levin, 1998; Young et al., 2002). Ini dibuktikan dengan penerbitan pelbagai jurnal berkaitan
kefungsian agama merangsang kesihatan fizikal dan mental seperti American Journal of Public Health,
American Journal of Psychiatry, Journal of the American Medical Association, Journal of Gerontology,
Journal of Psychosomatic Medicine, (Ellison & Levin, 1998; Cornish, 2010; Young et al., 2002) dan
Journal of Psychology and Theology dan jurnal Counseling and Values (Worthington, Kurusu,
McCullough, & Sandage, 1996).
Bahkan para pengkaji berpendapat, dengan menggabungkan nilai-nilai agama dalam kaunseling
mampu membangunkan suatu model yang holistik (Tisdale, 2002; Hage, Hopson, Siegel, Payton, &
DeFanti, 2006; Myers & Williard, 2003).
Manakala dalam konteks Malaysia ada berberapa kajian yang dibuat memfokuskan tentang
kepentingan Islam dalam kaunseling. Antaranya kajian Dini Farhana, Zuria, Salleh, & Mohd Rushdan,
(2017). Dalam kajian mereka, dinyatakan bahawa kaunseling adalah profesion yang berkaitan dengan
semua aspek pembangunan individu dan ia sinonim dengan falsafah kesihatan. Elemen kesejahteraan ini
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education
Vol. 2, No. 2 (2018), 29-35| eISSN: 2600-7622
31
tidak dibahaskan secara tuntas dalam kalangan pengkaji-pengkaji barat. Sedangkan Islam mengaitkan
konsep kesejahteraan dengan kesepaduan disiplin ilmu naqli dan aqli. Kajian ini membincangkan secara
ringkas konsep kesejahteraan dari perspektif Islam dan Barat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Islam
dan Barat kesejahteraan adalah proses seumur hidup yang holistik, yang terdiri daripada pelbagai dimensi.
Walau bagaimanapun, Islam memiliki sudut pandang yang lebih menyeluruh. Kajian ini juga menggesa
agar pemerhatian lebih diberikan terhadap pembangunan diri individu bukan hanya sekadar meliputi
intervensi bahkan pencegahan juga perlu diberikan perhatian.
Amran Hassan & Noriah Mohamed, (2014) dalam kajian mereka, meneliti gejala homoseksual
dan kaedah rawatan berasakan pendekatan kaunseling dan agama. Objektif kajian ini adalah untuk
mengkaji intervensi agama dan kaunseling bagi menyelesaikan permasalahan homoseksual dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menggunakan temubual sebagai
kaedah mengumpul data. Seramai lapan orang responden ditemu bual terdiri daripada mereka yang
berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes homoseksual di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan
agama dan pendekatan kaunseling berpotensi menyelesaikan dilema yang dihadapi kelompok tersebut.
Salasiah Hanin, (2010) dalam kajiannya menyatakan bahawa penerapan elemen spiritual dalam
kaunseling merupakan satu keperluan yang telah diiktiraf secara meluas. Situasi tersebut didorong oleh
pelbagai masalah yang dihadapi klien turut bersangkutan dengan soal hati dan emosi. Pengkaji
memfokuskan kajiannya untuk meneliti bimbingan spiritual daripada perspektif al-Ghazali yang
diaplikasikan di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kajian yang dijalankan juga turut
cuba melihat hubungan antara bimbingan spiritual al-Ghazali dengan keberkesanan kaunseling yang
dijalankan. Kajian ini turut mengkaji perbezaan faktor perkahwinan dengan kecenderungan kaunselor
menerapkan bimbingan spiritual menurut al-Ghazali dalam kaunseling. Dengan menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen kajian berbentuk tinjauan ini, seramai 30 orang responden telah dipilih secara
bertujuan (purposive) dalam kalangan klien yang pernah menjalani sesi kaunseling di PK MAINS. Dapatan
kajian menunjukkan ada berberapa elemen berkaitan bimbingan spiritual menurut al-Ghazali diaplikasikan
dalam sesi terutama yang bersangkutan dengan tazkiyah al-nafs. Dapatan kajian juga membuktikan
terdapat hubungan yang signifikan antara bimbingan spiritual dari perspektif al-Ghazali dan keberkesanan
kaunseling iaitu r =0.469; p < 0.01 . Terdapat juga perbezaan faktor perkahwinan dengan kecenderungan
kaunselor menerapkan pemikiran al-Ghazali tentang bimbingan spiritual dalam kaunseling iaitu, t = 3.450;
p < 0.05.
Daripada kajian-kajian yang dijalankan, pengkaji merumuskan bahawa pendekatan Islam sangat
diperlukan dalam kaunseling kerana proses intervensi kaunseling Islam menitik beratkan elemen hati, akal,
roh dan nafsu. Ia berbeza dengan pendekatan kaunseling Barat yang hanya menekankan aspek kognitif
dan tingkah laku semata-mata. Sedangkan masalah yang dihadapi oleh seseorang bukan hanya berkaitan
dengan kognitif dan tingkah lakunya, tetapi nafsu yangmempengaruhi tingkah laku dan cara fikirnya.
Perkembangan kaunseling Islam di Malaysia dikenal pasti bermula sekitar awal 80an (Norazlina & Noor
Shakirah, 2016). Situasi ini didorong oleh beberapa faktor. Antaranya; (1) terkesan dengan kesedaran
psikologis Islam seperti Malik Badri dalam memperjuangkan Psikologi Islam di peringkat antarabangsa;
(2) karya-karya Hassan Langgulung; (3) perkembangan kajian dan penyelidikan dalam bidang kaunseling
Islam; (4) terkesan dengan gerakan mengintegrasikan agama ke dalam kaunseling di peringkat
antarabangsa; dan (5) pengiktirafan undang-undang.
Badri, 2010). Buku ini turut di terjemah ke dalam Bahasa Inggeris dengan tajuk: The Dilemma of Muslim
Psychologists (1979) dan ke dalam Bahasa Melayu dengan tajuk: Dilema ahli psikologi Islam: Keadaan serba
salah yang dihadapi oleh pakar ilmu jiwa Islam (1980). Dalam konteks Malaysia, semangat dan kesedaran
itu semakin meningkat apabila Malik Badri ditawarkan untuk berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (Haque, Khan, Keshavarzi, & Rothman, 2016).
6.0 PENUTUP
Pengkaji dapat merumuskan bahawa kaunseling Islam telah mula bertapak di Malasyia seawal tahun 70an
dan terus berkembang pada tahun-tahun berikutnya. Ada berberapa faktor utama dikenal pasti yang
mempengaruhi perkembangan kaunseling Islam di Malaysia antaranya; (1) terkesan dengan kesedaran
psikologis Islam seperti Malik Badri dalam memperjuangkan Psikologi Islam di peringkat antarabangsa;
(2) karya-karya Hassan Langgulung; (3) perkembangan kajian dan penyelidikan dalam bidang kaunseling
Islam; (4) terkesan dengan gerakan mengintegrasikan agama ke dalam kaunseling di peringkat
antarabangsa; dan (5) pengiktirafan undang-undang.
Pengkaji mencadangkan perlunya ada kajian lanjut bagaimana perkembangan Kaunseling Islam
turut mempengaruhi bidang kaunseling yang lain seperti kaunseling keluarga, kaunseling kerjaya dan
kaunseling sekolah. Dapatan kajian-kajian tersebut akan dapat memberikan gambaran sebenar kaunseling
Islam yang sedang berjalan di Malaysia secara menyeluruh.
7.0 RUJUKAN
Abdul Halim Othman, & Sharifah Bee, A. B. (1993). Guidance, Counseling, and Counselor Education in
Malaysia. In Abdul Halim Othman & Amir Awang (Eds.), Counseling in the Asia-Pacific Region
(1st ed., pp. 1–26). London: Greenwood Press.
Abdul Halim Othman. (1999). Kaunseling untuk kesejahteraan insan: Satu pengalaman di Malaysia. 1999.
Abdul Halim, O. (1984). Penyelidikan kaunseling dan bimbingan di Malaysia : Satu penerokaan di sebuah
institusi pengajian tinggi. PERKAMA, 1(1), 122–139.
Abdul Malek, A. R., Nor Junainah, M. I., & Azizah, A. (2013). A Guidance and Counseling Model
Practiced within Malaysian Schools. A Guidance and Counseling Model Practiced within
Malaysian Schools, 1(4), 1–12.
ACA. (2014). Code of ethics. American Counseling Association. American Counseling Association.
Alimuddin, M. D. (1988). Tanggapan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
Enam Buah Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Pertanian Malaysia.
Amran Hassan, & Noriah Mohamed. (2014). Alternatif Keagamaan Dan Kaunseling ; Sebagai Rawatan.
Journal of Human Development and Communication, 3, 79–92.
Aziz Salleh. (1993). Kaunseling Islam asas. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Briggs, M. K., & Rayle, A. D. (2005). Incorporating Spirituality Into Core Counseling Courses: Ideas for
Classroom Application. Counseling and Values, 50(October), 63–76.
Career in Malaya : A guide for parents, teachers and pupils. (1939). Faderation Malay States Government
Press.
Cheeseman, H. A. R. (1938). Report on vocational education in Malaya : being proposals regarding the
provision of additional facilities for vocational education and modifications in school curricula so
as to bring into closer touch present day conditions. Kuala Lumpur: Malaya Education Service.
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education
Vol. 2, No. 2 (2018), 29-35| eISSN: 2600-7622
34
Corey, G. (2013). Theory and practice of counseling and psychotherapy (Internatio). Canada: Cengage
Learning.
Cornish, M. A. (2010). The integration of religion and spirituality in group therapy : Practitioners ’
perceptions and practices by. Iowa State University.
Dailey, S. F., Curry, J. R., Harper, M. C., Moorhead, H. J. . ., & Gill, C. S. . (2011). Exploring the Spiritual
Domain: Tools for Integrating Spirituality and Religion and Counseling. Vistas Online, 2–12.
Dailey, S. F., Robertson, L. a., & Gill, C. S. (2014). Spiritual Competency Scale: Further Analysis.
Measurement and Evaluation in Counseling and Development, 48, 15–29.
https://doi.org/10.1177/0748175614544688
Dini Farhana, B., Zuria, M., Salleh, A., & Mohd Rushdan, M. J. (2017). Potential Integration Of Naqli
And Aqli Knowledge In Counseling By Understanding The Concept Of Wellness. Abstrak
Introduction. Ulum Islamiyah, 20(April), 1–9.
Ellison, C. G., & Levin, J. S. (1998). The Religion-Health Connection: Evidence, Theory, and Future
Directions. Health Education {&} Behavior, 25(6), 700–720.
https://doi.org/10.1177/109019819802500603
Hage, S. M., Hopson, A., Siegel, M., Payton, G., & DeFanti, E. (2006). Multicultural Training in
Spirituality: An Interdisciplinary Review. Counseling and Values, 50(3), 217.
https://doi.org/10.1002/j.2161-007X.2006.tb00058.x
Halimah, A. H., & Zainab, I. (2015). Pendekatan Pencegahan Kaunselor Muslim dalam Menangani Salah
Laku Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Klang, Selangor. International Journal of Islamic
Thought, 8(Dec), 17–26. Retrieved from www.ukm.my/ijit
Hamzah, M. (1983). Bimbingan dan Kaunseling dari Sudut Pandang Islam. PERKAMA, 1(1), 79–84.
Haque, A., Khan, F., Keshavarzi, H., & Rothman, A. E. (2016). Integrating Islamic Traditions in Modern
Psychology: Research Trends in Last Ten Years. Journal of Muslim Mental Health, 10(1).
https://doi.org/http://dx.doi.org/10.3998/jmmh.10381607.0010.107
Kamal Abd Manaf. (1995). Kaunseling Islam perbandingan antara amalan dan teori kaunseling barat.
Kuala Lumpur: utusan publication & distributor.
Kamal Abd Manaf. (1996). Perbezaan dan persamaan pandangan Carl Rogers dan Imam Ghazali terhadap
beberapa aspek kaunseling. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamal Abd Manaf. (2000). Kaunseling Islam satu alternatif baru di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors.
Khairunnas Rajab. (2015). Nilai-nilai Holistik Dalam Kaunseling Islam. Jurnal Afkar, 17, 25–50.
Lembaga Kaunselor Malaysia. (2011). Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia. Kod Etika
Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia (1). Kuala Lumpur: Penerbitan Lembaga Kaunselor.
Lloyd, A. P. (1987). International Perspective Counselor Education in, (MARCH).
Malaya Tribune. (1939, October 5). Official book on careers in Malaya, p. 4. Retrieved from
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/maltribune19391005-1.2.46
Malik Badri. (1978a). Ulama al-Nafs al-Muslimun Fi hujr Al-dhab. Majallah Al-Muslim Al-Maashir, 97–
113. Retrieved from http://almuslimalmuaser.org/index.php?option=com_
k2&view=item&id=113:2-الضب-جحر-في-المسلمون-النفس-علماء
Malik Badri. (1978b, September). Ulama al-Nafs al-Muslimun Fi hujr Al-dhab. Majallah Al-Muslim Al-
Maashir, 105–124. Retrieved from http://almuslimalmuaser.org/index.php?option=
com_k2&view=item&id=107:3olamaa-elnafs
Malik Badri. (2010). Azminah Ulama’ al-Nafs al-Muslimin. Amman: Dar Debono li al-Thiba’ah wa al-
Nashr wa al-Tawzi’.
Martinez, P. A. (2001). The Islamic State or the State of Islam in Malaysia. Contemporary Southeast Asia,
23(3), 474–504. https://doi.org/10.1355/CS23-3E
Mazidah, M. D. (2013). Faktor yang mempengaruhi integrasi kefahaman beragama dalam amalan
kaunseling pelbagai budaya di Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Mazidah, M. D., Raja Zirwatul Aida, R. I., & Azlina, A. B. (2015). Integrasi agama dalam amalan
kaunseling di malaysia. In Proceedings of ICIC2015-International conference on empowering
Islamic Civilization in the 21th Century (pp. 600–612).
Md Noor, S. (2012). Pembinaan Modul Bimbingan ’Tazkiyah An-Nafs Dan Kesannya Ke Atas Religiositi
Dan Resiliensi Remaja. Universiti Utara Malaysia.
Miller, G. (1999). The development of the spiritual focus in counseling and counselor education. Journal
of Counseling and Development, 77, 498–501.
Mohamed Sharif. (1998). Kaunseling Islam. Jurnal Pendidikan UTM, (April), 19–30.
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education
Vol. 2, No. 2 (2018), 29-35| eISSN: 2600-7622
35
Myers, J. E., & Williard, K. (2003). Integrating spirituality into counselor preparation: A developmental,
approach. Counseling and Values. https://doi.org/http://dx.doi.org/10.1002/j.2161-
007X.2003.tb00231.x
Norazlina, Z. (2017). A comparison of the recognition of Islamic and christian counselling in Malaysia.
Universiti Sains Malaysia.
Norazlina, Z., & Noor Shakirah, M. A. (2016). Theories and Modules Applied in Islamic Counseling
Practices in Malaysia. Journal of Religion and Health, 56(2), 507–520.
https://doi.org/10.1007/s10943-016-0246-3
Perlembagaan Persekutuan, Pub. L. No. 3 (2008). Malaysia.
Pope, M., Muhaini, M., Singaravelu, H., Bringaze, T., & Russell, M. (2002). From Colonialism to
Ultranationalism: History and development of career counselling in Malaysia. Career
Development Quarterly, 50(March), 264–276.
Robertson, L. A. (2010). The spiritual competecy scale. Counseling and Values, 55(1), 6–24.
https://doi.org/10.1002/j.2161-007X.2010.tb00019.x
S. Mohamed Iqbal. (1981). Islamic perspective in personality assessment and curent trends in psychology.
The Journal of IMA, 13, 67–72. https://doi.org/10.5915/13-2-11935
Salasiah Hanin Hamjah. (2008). Pendekatan Da‘Wah Al-Irsyad Al-Nafsiyy Menurut Al-Ghazali : Satu
Kajian Di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Tesis UKM, 1–24.
Salasiah Hanin. (2010). Bimbingan Spiritual Menurut al-Ghaz ali dan Hubungannya dengan Keberkesanan
Kaunseling : Satu Kajian di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS).
Islamiyyat, 32(32), 41–61.
Scorzelli, J. (1987). Counseling in Malaysia: An Emerging Profession. Journal of Counseling &
Development. https://doi.org/10.1002/j.1556-6676.1987.tb01273.x
Siti Zalikhah Md. Nor. (2002). Kaunseling menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Thikens, T. Q. (2012). Best Practices in Couple and Family Therapy Spiritual Diversity Education :
Experts ’ Beliefs , Experiences , and Recommendations. Alliant International University.
Tisdale, T. (2002). Three voices, one song: A psychologist, spiritual director, and pastoral counselor share
perspectives on providing care. Journal of Psychology, 31(1), 52–68.
Walz, G. R., & Benjamin, L. (1983). Shaping Counselor Education Programs in the Next Five Years: An
Experimental Prototype for the Counselor of Tomorrow. In Proceedings of the Flagship
Conference of the Association for Counselor Education and Supervision, April 29-May 2, 1983.
Orlando, Forida.
Wan Hussain Azmi Abdul Kadir. (1994). Kaunseling Dan Psikologi Menurut Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Young, J. S., Cashwell, C., Wiggins-Frame, M., & Belaire, C. (2002). Spritual and Religious Competencies:
A National Survey of CACREP Acredited Program. Counselling and Values, 47, 22–33.
Zainab, I., Wan Ibrahim, & Asyraf. (2014). Counseling services in muslim communal life in malaysia.
Middle - East Journal of Scientific Research, 20(11), 1445–1448.
https://doi.org/10.5829/idosi.mejsr.2014.20.11.21075