Psikososial Erik Erikson

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN :

LAPORAN BERTULIS TEORI :

TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON

KOD DAN NAMA KURSUS:

SKPX 1043 – PERSONALITI

NAMA DAN NO. MATRIK:

SITI AISYAH BINTI ADI MINIF - A168872

NUR AINA NAJIEHAH BINTI TARMIZI – A168888

NURADIBA AMNI BINTI MOHAMAD NOR – A170444

WAN NURSABRINA BATRISYIA BINTI WAN RUSHDAN – A168472

NAMA PENSYARAH:

DR. HILWA BINTI ABDULLAH BINTI MOHD NOR


TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON

A) Latar Belakang Erik Erikson


Teori ini diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 – 1994 ) dan dikenali sebagai Teori
Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Ini kerana teori ini menggabungkan faktor kendiri,
emosi dan sosial dalam perkembangan individu. Beliau telah membuat penyelidikan
mengenai perkembangan kanak-kanak dan jangka masa kehidupannya. Dalam kajiannya,
beliau menjelaskan bahawa keperluan asas setiap manusia adalah sama dan tindak balas
terhadap keperluan itu yang memberi kesan kepada perkembangan mereka. Teori ini
merupakan kesinambungan daripada rangka kerja psikoseksual Sigmund Freud. Erik Erikson
percaya bahawa personaliti seseorang terbentuk dalam satu siri peringkat berbanding
Sigmund Frued yang menerangkan dalam teorinya mengenai kesan pengalaman yang
merentasi keseluruhan hidup seseorang dari lahir hingga kematian. Erikson percaya
perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut satu tahap ke tahap yang berikutnya sebanyak
8 peringkat dan setiap tahap mempunyai konflik tertentu.
Erik Homburger Erikson dilahirkan dengan nama Erik Salomonsen. Tokoh
psikososial ini dilahirkan di Franfrurt Jerman (15 Jun 1902 – 12 Mei 1994) dan dikenali
dengan teorinya iaitu teori perkembangan psikososial manusia. Beliau dilahirkan sebagai
seorang yang berketurunann Jerman-Yahudi. Sejak kecil beliau sering diejek kerana menjadi
satu satunya kanak-kanak yang berambut perang dan bermata biru di kalangan Yahudi. Di
sekolah pula, beliau diberi tekanan dengan ejekan Yahudi. Sepanjang beliau menginjak
dewasa, beliau selalu berada dalam kebimbangan dengan identiti dirinya sehingga bertindak
untuk menggantikan namanya. Beliau menggunakan nama Erikson sebagai cara menentukan
identiti peribadinya.
Berdasarkan pengalaman tersebut, Erik Erikson menjadi kurang berjaya dalam bidang
akademik. Namun beliau dikenali sebagai seorang pengembara dan banyak menghabiskan
berjalan ke beberapa buah negara dan berjumpa dengan beberapa ilmuan dan pengiat ilmu
sehingga terdorong untuk menyambung pengajian di Institusi Psikoanalisis . Sepanjang
tempoh itu, Erikson sangat tertarik dengan perkembangan kanak-kanak kesan dari pengaruh
masyarakat. Keinginan yang mendalam untuk mengkaji perkembangan kehidupan manusia
didorong dengan pengalaman buruk yang dialaminya ketika di alam persekolahan. Beliau
memberi sumbangan yang sangat besar dalam dunia psikologi apabila buku pertamanya
dilancarkan iaitu Childhood and Society (1950) dan beberapa buah buku lain seperti Young

1
Man Luther (1958), Insight and Responsibility (1964), Identity (1968), Gandhi's Truth(1969)
dan Vital Involvement in Old Age (1986).
B) Tahap Perkembangan Psikososial
Erik Erikson menerangkan teorinya melalui 8 (Delapan ) tahap perkembangan yang akan
dilalui oleh manusia iaitu :

i. Tahap 1 : Kepercayaan Vs Ketidakpercayaan


Tahap ini merupakan tahap perkembangan yang pertama berlaku dalam
perkembangan manusia. Tahap ini berlangsung pada masa oral iaitu pada peringkat lahir
hingga berusia 18 bulan. Tahap ini disebut sebagai tahap oral kerana bayi secara fitrahnya
akan memasukkan segala sesuatu yang mampu dicapai kedalam mulutnya.
Hal pertama yang akan dipelajari seorang anak atau bayi adalah rasa percaya pada
orang sekeliling terutamanya kepada mereka yang selalu berada disekelilingnya. Pada
peringkat awal rasa kepercayaan dibina secara berperingkat. Dalam hal ini, seorang ibu atau
pengasuh memainkan peranan penting untuk memberikan perhatian positif dan kasih sayang
kepada anak maka anak akan berasa selamat dan percaya. Apabila bayi berhasil membina
kepercayaan kepada si ibu atau pengasuhnya dan tempoh tersebut dilalui dengan baik, bayi
akan membina perasaan percaya kepada sekelilingnya dan melihat bahawa kehidupan pada
dasarnya baik.
Namun, sebaliknya apabila wujud ketidakstabilan dan emosi terganggu dalam tempoh
ini, bayi akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi
seterusnya wujud perasaan takut dan tidak percaya pada sekelilingnya sehingga bayi tersebut
akan selalu curiga seterusnya mendorong kepada berlakunya tingkah laku negatif.
Kesimpulannya, seorang bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta
kepercayaan dengan ibunya atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Bayi yang
tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin yang
tidak ditukar menyebabkan sifat ketidakpercayaan kepada orang lain itu timbul dalam diri
bayi yang seterusnya memberikan impak ketakutan dan berprasangka negatif kepada bayi.

ii. Tahap 2 : Autonomi Vs Malu/Ragu


Pada tahap ini merupakan peringkat awal kanak-kanak iaitu pada usia 18 bulan
sehingga 3 tahun. Tahap ini merupakan tahap anus otot memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan kanak-kanak. Kemampuan kanak-kanak untuk melakukan beberapa hal
pada tahap ini sudah berkembang. Pada tahap ini kanak-kanak sangat aktif dan dalam waktu
2
ini ibu bapa atau pengasuh dilarang bertindak keras atau mengehadkan keaktifan kanak-
kanak tersebut namun tidak pula terlalu memberikan kebebasan melakukan apa sahaja yang
diminta. Kanak-kanak mula belajar untuk diri sendiri, mereka bukan sekadar belajar berjalan,
bercakap, makan tetapi juga mempelajari latihan yang halus seperti latihan tandas atau ‘ toilet
training’. Kanak – kanak akan mula mempelajari harga diri dan kemampuan anggota badan
mengendalikan bahagan tubuh. Dari situ, wujudnya pemahamam mengenai salah atau betul.
Seterusnya di peringkat ini juga, keinginan kanak-kanak untuk memiliki kuasa sangat
tinggi, Kepercayaan yang diberikan si ibu dan pengasuh memberikan kesempatan kepada
kanak-kanak untuk belajar bereksplorasi sendiri dengan di bawah bimbingan akan dapat
membentuk keperibadian dan kepercayaan dalam diri. Kanak-kanak menginginkan sokongan
ibu bapa dalam membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri. Kebebasan dan ruang yang
diberikan akan menimbulkan rasa percaya dengan keupayaan diri dan kanak-kanak tersebut
akan cuba mengawal penguasaan diri dengan baik.
Selain itu, kegagalan dalam peringkat ini khususnya berkenaan dengan kegagalan
dalam proses ‘toilet training’ atau kemahiran lain akan menyebabkan wujudnya perasaan
malu dan ragu-ragu dalam diri kanak-kanak. Di samping itu, ibu bapa atau pengasuh yang
terlalu mengawal kebebasan anak dan bersikap keras akan menganggu perkembangan kanak-
kanak. Mereka akan membesar menjadi seorang yang pemalu dan tidak memiliki rasa
percaya diri dan juga kurang berdikari. Hasilnya, kanak-kanak akan menjadi lemah dan tidak
bersaing sehingga berasa malu dan ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri, mereka berasa
takut untuk melakukan kesalahan dan seterusnya kanak-kanak tersebut hilang rasa
kepercayaan dalam diri mereka.
Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada
perkembangan kemahiran fizikal seperti ‘toilet training’, berjalan, bercakap dan lain-lain.
Perasaan percaya kepada keupayaan diri timbul apabila kanak-kanak ini berjaya mendapat
sokongan sebaliknya jika gagal, mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri.

iii. Tahap 3: Inisiatif Vs Rasa Bersalah (Inisiative Vs Guilt)


Peringkat ini adalah kanak-kanak yang berumur 3-5 tahun. Peringkat ini juga selari
dengan teori psikoseksual Freud iaitu peringkat kubul (phallic). Kawasan pemuasan
berpindah kepada alat kelamin lelaki iaitu zakar dan alat kelamin perempuan iaitu faraj.
Seterusnya, kepuasan seksual didapati apabula kanak-kanak mula mengenal organ seks
mereka dan mula bereksperimentasi (sentuhan). Dalam fasa ini juga, konflik dengan ibu bapa
tercetus menurut Freud iaitu Oedipus kompleks dan Elektra komples. Oedipus kompleks
3
ialah kanak -kanak lelaki sukakan ibunya sendiri manakala Elektra kompleks kanak-kanak
perempuan sukakan ayahnya sendiri.
Kanak-kanak yang berada di sekolah pada tahap ini mula menunjukkan kekuatan dan
kontrolnya tentang dunia melalui permainan dan interaksi sosial bersama kawan-kawannya.
Mereka menunjukkan minat kerana dunia sosial lebih luas, maka perilaku mereka lebih aktif
dan bertujuan. Anak-anak yang lahir pada tahap ini akan merasa mampu dan yakin untuk
memimpin oran lain.
Mereka yang gagal mencapai tahap ini akan merasa bersalah, ragu-ragu dan kurang
inisiatif. Perasaan bersalah yang tidak menyenangkan dapat muncul apabila ibu bapa tidak
memberi kepercayaan terhadap anak-anak mebuatkan mereka merasa cemas. Erikson yakin
bahawa kebanyakan rasa bersalah dapat digantikan dengan cepat oleh rasa inisiatif.

iv. Tahap 4 : Tekun Vs Rasa Bersalah (Industry Vs Inferiority)


Individu yang berada peringkat kelima ini berumur 5-12 tahun. Peringkat ini selari
dengan teori psikoseksual Freud iaitu peringkat laten. Tindak balas seks mereka pula tidak
aktif pada peringkat ini. Bagi tiga struktur terbesar personaliti iaitu id, ego dan superego
telah menjadi solid pada peringkat ini .Individu yang berada di peringkat ini akan mula
membina hubungan persahabatan dengan teman sejantina. Mereka turut bergiat aktif dengan
aktiviti-aktiviti di sekolah contohnya seperti sukan, pertandingan dan akademik. Mereka
menjadi lebih serius untuk menyelesaikan tugasan dengan memberi perhatian, berhati-hati
dan gigih.
Selain itu, tingkah laku dan perangai ibu bapa menjadi galakan untuk kanak-kanak
menggunakan kemahiran mereka dalam melakukan kerja. Seterusnya jika anak-anak telah
dimarah atau dibiarkan, mereka menjadi takut dan rasa bersalah. Kekuatan asas dalam
menjana ketekunan dalam peringkat laten ialah persaingan. Ini melibatkan kemahiran dan
kegigihan dalam menyelesaikan tugasan.
Galakan yang dicapai sebelumnya telah memotivasikan mereka untuk terlibat dengan
pengalaman-pengalaman baru. Ketika beralih ke masa pertengahan dan akhir kanak-kanak,
mereka mengerahkan tenaga mereka untuk menuju ke penguasaan pengetahuan dan
keterampilan intelektual. Permasalahan yang timbul pada zaman sekolah ialah timbulnya rasa
rendah diri, tidak yakin dan tidak produktif dalam diri kanak-kanak. Erikson yakin bahawa
guru memiliki tanggungjawab khusus untuk membentuk ketekunan dalam diri kanak-kanak
di sekolah.

4
v. Tahap 5 : Identiti Vs Kekeliruan Identiti
Golongan yang mengalami krisis ini berumur dua belas hingga lapan belas tahun. Ini
adalah tahap dimana identiti ego ditemui dan diselesaikan. Sekiranya krisis pada tahap ini
dapat diselesaikan, maka diri individu itu akan mendapat gambaran yang jelas mengenai
dirinya. Manakala sekiranya gagal, kekeliruan identiti akan berlaku. Remaja yang melalui
krisis ini akan mempunyai pelbagai persoalan yang timbul di fikiran mereka. Mereka yang
melalui krisis ini juga akan berasa seperti mereka tidak mengetahui di mana tempat mereka
dan siapa yang ingin mereka jadi.
Identity achievement ialah keadaan di mana seseorang itu mencapai identiti mereka.
Seseorang yang mencapai identiti mereka akan mengambil kira minat dan bakat mereka
dalam membuat keputusan tentang masa depan mereka. Mereka juga akan membuat
keputusan dengan baik dan teliti untuk memastikan keputusan yang dibuat adalah yang
terbaik untuk diri mereka. Mereka yang telah mencapai identiti mereka adalah mereka yang
berjaya menyelesaikan krisis identiti. Sewaktu krisis, mereka membuat keputusan sendiri
berdasarkan pendapat mereka tentang apa yang mereka percaya terbaik untuk diri mereka.
Golongan yang mencapai identiti mereka juga terdiri daripada golongan yang mendapat
sokongan dan dorongan daripada ibu bapa mereka untuk membuat keputusan mereka sendiri.
Seterusnya, foreclosure ialah keadaan di mana seseorang itu tahu apa yang mereka
akan buat untuk masa depan mereka berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh orang lain.
Mereka ini membuat komitmen tanpa memikirkan terlebih dahulu tentang apa pilihan yang
terbaik untuk diri mereka. Mereka juga tidak pernah mempertimbangkan untuk membuat
sesuatu yang lain daripada yang telah ditetapkan untuk mereka. Golongan ini gembira dengan
apa yang telah ditetapkan namun mereka akan bersikap dogmatik sekiranya pilihan mereka
dipersoalkan. Golongan ini masih belum melalui krisis dan masih belum membentuk
pendapat mereka sendiri. Sebagai contoh, perkara yang berkaitan agama dan peranan jantina.
Selain itu, moratorium pula ialah apabila seseorang itu mempertimbangkan pelbagai
cara yang akan menuju ke arah komitmen. Golongan ini berbeza dengan mereka yang
mencapai identiti kerana mereka tidak mampu membuat pilihan. Golongan ini tidak pasti
tentang apa yang ingin dan apa yang patut mereka lakukan. Golongan ini akan berasa sukar
untuk membuat keputusan. Namun begitu, golongan ini merupakan mereka yang peramah,
berkeyakinan tetapi mempunyai perasaan takut terhadap banyak perkara. Pada tahap
5
moratorium juga, remaja mula untuk memberi komitmen kepada sesuatu identiti tetapi
identiti tersebut masih lagi diperkembangkan.
Akhir sekali, identity diffusion ialah apabila seseorang itu langsung tiada kesedaran
tentang komitmen dan tidak mengambil berat tentang alternatif dalam kehidupan mereka.
Sebagai contoh, golongan ini tidak mempunyai cita – cita tentang apa yang ingin mereka
lakukan pada masa hadapan dan tidak berasa bimbang walaupun sedikit. Mereka juga akan
sentiasa berasa bahawa mereka pasti boleh membuat pilihan apabila tiba suatu masa yang
sesuai. Mereka akan berpuas hati dengan apa sahaja yang mereka boleh capai tanpa perlu
berfikir panjang dan tanpa membuat penilaian terhadap sesuatu perkara terlebih dahulu.
Golongan ini kebiasaannya tidak yakin dengan diri sendiri dan sentiasa menolak komitmen.
Mereka juga selalunya berasa kesunyian dan tidak gembira.

vi. Tahap 6 : Kemesraan Vs Keterasingan


Peringkat ini berlaku pada waktu dewasa awal iaitu pada umur dua puluh hingga
empat puluh tahun. Pada peringkat ini, mereka akan terlibat dengan kemesraan atau isolasi.
Erikson percaya bahawa ia amat penting untuk membentuk hubungan yang rapat dengan
orang lain. Hal ini kerana perkara tersebut memainkan peranan yang amat penting pada tahap
ini. Erikson juga menyatakan bahawa hubungan mesra ini juga boleh dikaitkan dengan
keakraban, kejujuran dan cinta.
Mereka yang berjaya melepasi tahap ini akan mampu membina hubungan yang akrab
dan bermakna dengan orang di sekeliling mereka. Mereka juga bukan sahaja akan
mempunyai hubungan yang mampu bertahan pada masa yang lama malahan hubungan
kekeluargaan yang baik. Selain itu, mereka akan mempunyai hasrat dan ingin mencari
pasangan hidup. Mereka juga akan dapat bergaul dengan orang yang berlainan jantina dengan
mereka dengan mesra. Mereka turut menjadi seorang yang amat aktif dalam masyarakat.
Manakala sekiranya mereka gagal, mereka akan lebih memilih untuk menyendiri
daripada bergaul dengan masyarakat. Mereka juga kurang berinteraksi dengan masyarakat
selain daripada ahli keluarga mereka. Orang dewasa yang gagal pada tahap ini akan
mengalami hubungan romantik yang tidak begitu baik. Mereka juga berkemungkinan untuk
tidak membentuk apa - apa hubungan. Hal ini adalah sukar terutamanya apabila mereka
melihat rakan – rakan mereka jatuh cinta, membina keluarga dan sebagainya. Mereka ini juga
akan merasa kesunyian dan dan terpinggir. Sesetengah daripada mereka juga akan merasa
kesunyian apabila mereka cuba untuk membina hubungan persahabatan yang rapat dengan
seseorang.
6
vii. Tahap 7 : Generativiti Vs Stagnasi
Ini adalah tahap kedua dalam perkembangan kedewasaan dan berlaku pada sekitar
usia 30 sampai 60 tahun. Generativitasi adalah perluasan cinta ke masa depan. Sifat ini
adalah tindakan peka terhadap generasi yang akan datang. Generativitasi dapat dicerminkan
sebagai sikap mempedulikan orang lain. Individu yang tidak berjaya melalui generativitasi
ini akan mengalami stagnasi dan tidak peduli kepada sesiapa. Jika individu tersebut sudah
berjaya didalam kehidupannya dan telah mengembang dan mengekalkan identiti positif serta
menjalani hidup yang bahagia, beliau akan berusaha untuk mengembangkan situasi itu
kepada generasi yang seterusnya pada masa hadapan.

Harapan yang ingin dicapai oleh setiap individu pada masa ini ialah lahirnya
keseimbangan antara generativitasi dan stagnasi dalam mendapatkan nilai positif untuk
meneruskan kelangsungan hidup diri dan generasi seterusnya. Ritualisasi dalam tahap ini
meliputi generasional dan otoritisme. Generasional ialah suatu interaksi/hubungan yang
terjalin secara baik dan menyenangkan antara orang-orang yang berada pada usia dewasa.
Ritual ini bercirikan dimana orang dewasa akan memupuk dan cenderung untuk mewariskan
nilai- nilai budaya kepada generasi yang seterusnya. Manakala otoritisme pula adalah apabila
orang dewasa merasakan bahawa mereka memiliki kemampuan yang lebih berdasarkan
pengalaman yang telah mereka alami serta tegas dalam memberikan segala peraturan yang
ada untuk dilaksanakan sehingga hubungan diantara mereka dan generasi seterusnya akan
menjadi keruh dan kurang menyenangkan.

viii. Tahap 8 : Integriti Vs Keputus Asaan


Tahap terakhir dalam teori Erik Erikson ini disebut tahap usia senja yang berlaku
pada sekitar usia 60 atau 65 ke atas. Dalam teori Erikson, orang yang sampai pada tahap ini
sudah sudah berjaya melalui tujuh tahap-tahap sebelumnya. Tugas pada usia ini adalah
integritasi dan berupaya menghilangkan rasa putus asa dan kekecewaan. Pada masa ini,
seseorang individu akan melihat kembali (flash back) kehidupan yang telah mereka jalani
dan berusaha untuk menyelasaikan segala permasalahan yang berlaku pada sebelum ini.
Tahap ini merupakan tahap yang agak sukar kerana sesetengah individu merasakan bahawa

7
diri merasa terasing. Mereka beranggapan bahawa orang pada usia senja tidak dapat berbuat
apa-apa lagi atau tidak berguna.

Menurut Erikson, individu yang berpuas hati dengan pencapaian sebelumnya akan
berasa tenang dan bagia. Individu ini juga dikatakan mempunyai perasaan yang utuh
manakala individu yang tidak berjaya dan kecewa dengan pencapaian sebelumnya akan
mengalami rasa keputusasaan. Inidividu yang berputus asa ini merasakan ketidaksenangan
didalam hati mereka kerana mereka beranggapan bahawa mereka belum meraih tujuan utama
di dalam kehidupannya.

C ) Kesimpulan
Teori perkembangan yang dikeluarkan oleh Erik Erikson merupakan salah satu teori
yang memiliki pengaruh yang besar dalam dunia psikologi berbanding teori yang
dikemukakan oleh Sigmund Freud. Hal ini dikatakan demikian kerana, Erik Erikson
menjelaskan dengan terperinci tahap perkembangan manusia dari lahir sehingga kematian
dengan menerangkan aspek kehidupan sosial dan fungsinya yang dianggap lebih bersifat
realiti. Beliau menegaskan tahap-tahap perkembangan seseorang dari lahir dipengaruhi oleh
pengaruh sosial yang berlaku disekelilingnya. Oleh itu, masyarakat perlu peka dengan
terhadap layanan mereka kepada kanak-kanak dengan menerapkan unsur-unsur kebaikan dan
positif kepada mereka sejak kecil.

8
RUJUKAN

________, 2012. Teori Erik Erikson. http://wonderlandfull.blogspot.com/ [5 Disember 2018]


________, 2017. Teori Psikososial Erikson dan Perkembangannya. https://dosenpsikologi.com/teori-
psikososial-erikson [ 5 Disember 2018 ]
_________, 2012. Tahap-tahap Perkembangan Psikososial Erik Erikson.
https://kharinblog.wordpress.com/2012/11/24/tahap-tahap-perkembangan-psikososial-erik-erikson/
[ 5 Disember 2018 ]
Saifol Hamree, 2012. 8 Tahap Perkembangan Manusia – Erikson.
https://kharinblog.wordpress.com/2012/11/24/tahap-tahap-perkembangan-psikososial-erik-erikson/
[ 5 Disember 2018 ]
James Marcia, 2009. Adolescent Development. https://www.slideshare.net/VTer/james-marcia-
1753476 [5 Disember 2018]
Kendra Cherry, 2018. Intimacy vs. Isolation: Psychosocial Stage 6.
https://www.verywellmind.com/intimacy-versus-isolation-2795739 [5 Disember 2018]
Mohd Azlan Abdullah, 2015. Personaliti. http://www.ukm.my/personalia/wp-
content/uploads/2015/06/6-Mohd-Azlan-Abdullahet-al.pdf [ 6 Disember 2018 ]

Nisak, M. K dan Wantah, M. E. 2013. Educate by Rima. Teori Perkembangan Psikososial Erick h.
Erikson. https://rimatrian.blogspot.com/2013/12/teori-perkembangan-psikososial-erick-h.html

[5 Disember 2018]

Kharinblog, 2012. Tahap-tahap Perkembangan Psikososial Erik Erikson.


https://kharinblog.wordpress.com/2012/11/24/tahap-tahap-perkembangan-psikososial-erik-erikson/
[5 Disember 2018]
KongKoh. 2010. Teori Perkembangan Psikososial Erik. https://kongkoh.blogspot.com/2010/01/teori-
perkembangan-psikososial-erik.html[5 [ 5Disember 2018]

9
10

Anda mungkin juga menyukai