Tugasan 1 Muzik 3263
Tugasan 1 Muzik 3263
Tugasan 1 Muzik 3263
MUZK 3233
AKTIVITI KREATIF DALAM PENDIDIKAN MUZIK
Nama : TENG EN CI
No. K/P : 020929 - 13 - 0364
Angka Giliran : 2021112340072
Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN
Ambilan : JUN 2021
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
(BNK 1)
Nama Pensyarah : PUAN NUR
PENGAKUAN AKMAR BINTI MOHD YUSOF
PELAJAR
Tarikh Hantar
Saya mengaku bahawa tugasan: kerja25kursus
APRILini2022
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: ____________________
PRAKATA
Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus ini.
Saya Teng En Ci berasa amat bersyukur dengan mendapat tugasan ini kerana banyak
perkara yang boleh saya pelajari.
Perancangan PdPc yang kreatif adalah penting untuk menarik minat murid
sekolah rendah dalam pembelajaran teori, amali dan apresiasi muzik Pendidikan Muzik.
Dalam tugasan ini, saya telah merancang beberapa langkah aktiviti muzikal kreatif
dalam PdPc untuk nyanyian dan pergerakan. Aktiviti muzikal ini mengaplikasikan
penggabungan pergerakan secara kreatif, nyanyian serta apresiasi muzik dalam
penyampaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Aktiviti ini sesuai untuk
dijadikan sebagai aktiviti peneguhan dan pengayaan semasa guru memberikan
pendedahan tentang pengajaran berkaitan nyanyian dan pergerakan secara kreatif.
Aktiviti muzikal ini sesuai dijalankan bagi murid-murid Tahun 3. Berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun 3, murid akan mencapai hasil pembelajaran
seperti: 2.1.1 Bernyanyi dengan teknik pernafasan yang betul, 2.1.2 Bernyanyi dengan
pic yang betul, 2.1.3 Bernyanyi mengikut tempo, 2.3.1 Membuat pergerakan
berdasarkan corak irama dari muzik yang didengar, 2.3.2 Membuat pergerakan
berdasarkan tempo.
Langkah aktiviti yang pertama ialah menonton beberapa contoh lagu-lagu aksi
(action songs). Sebelum memulakan aktiviti muzikal di bilik darjah, guru akan
menunjukkan beberapa contoh lagu-lagu beserta aksi tersendiri berbentuk video. Guru
boleh memperoleh video-video tersebut melalui internet. Semasa menayangkan video
tersebut, guru boleh menjelaskan konsep muzik yang didapati di dalam video tersebut.
Guru perlulah menerangkan bagaimana pergerakan kreatif dan ekspresi dapat
membantu dalam penyampaian mesej di dalam drama muzikal. Melalui penayangan
video ini, murid memperoleh motivasi dan perincian dalam menjalankan aktiviti drama
muzikal ini. Contoh lagu-lagu aksi yang boleh guru gunakan ialah Row, Row, Row Your
Boat dan Eency, Weency Spider. Seterusnya, guru mengajak murid-murid untuk
membuat imitasi pergerakan berdasarkan video tersebut sambil memainkan lagu-lagu
aksi tersebut menggunakan komputer riba dan alat pembesar suara. Pada tahap ini,
murid akan meniru pergerakan berdasarkan melodi dan seterusnya mengekspresikan
diri. Aktiviti ini mampu menghilangkan rasa bosan dan menyeronokkan sebelum
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Seterusya, guru akan melatih murid untuk menarik nafas dan menghembus
nafas secara perlahan-lahan. Latihan ini merupakan latihan warm-up untuk melatih
pernafasan dan intonasi semasa menyanyi. Seterusnya, guru akan memainkan audio
lagu Senaman Si Tommy menggunakan komputer riba dan alat pembesar suara. Pada
masa yang sama, guru juga akan menayangkan lirik lagu Senaman Si Tommy pada
layar projektor. Berdasarkan lirik lagu Senaman Si Tommy, guru perlulah menekankan
bahawa lirik lagu tersebut sentiasa berulang dan hanya anggota badan sahaja yang
berubah. Contohnya pada rangkap pertama, tangan kiri digunakan dan pada rangkap
ketiga selepas korus, tangan kanan pula digunakan. Lagu tersebut berterusan dan
hanya menukarkan anggota badan yang akan digunakan. Kemudian, guru akan
melakukan demonstrasi dengan menyanyikan lagu Senaman Si Tommy tanpa iringan
muzik. Nyanyian lagu tersebut perlulah diulang baris demi baris agar murid mudah
mengingat irama dan lirik. Kemudian, guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut
secara beramai-ramai dengan intonasi yang kuat dan bersemangat. Seterusnya murid
akan menyanyikan keseluruhan lagu Senaman Si Tommy dengan iringan muzik. Guru
perlu mengambil kira beberapa aspek seperti postur, pernafasan dan penghasilan ton
semasa murid-murid menyanyi.
Selepas itu guru akan menayangkan video Senaman Si Tommy pada layar
projektor. Di dalam video tersebut, pergerakan akan ditunjukkan mengikut muzik. Oleh
itu, guru harus memainkan peranan untuk mewujudkan suasana yang ceria dan gembira
di dalam bilik darjah. Murid perlu melakukan imitasi terhadap pergerakan yang
ditunjukkan di dalam video tersebut. Bagi tujuan ini, guru perlulah menyediakan ruang
yang selesa bagi murid untuk melakukan aktiviti tersebut. Guru perlu menggalakkan
murid-muridnya untuk menyanyi sambil membuat pergerakan mengikut irama dan
melodi. Guru juga perlu mengambil kira beberapa aspek seperti ekspresi yang gembira,
tempo dan intonasi. Aktiviti yang melibatkan pergerakan memberi murid-murid
kepuasan, ketenangan dan kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan
berkomunikasi secara ekspresif.
Akhir sekali, guru akan melakukan aktiviti memodifikasi lagu Kalau Rasa
Gembira. Guru akan menunjukkan satu rangkap lirik lagu Kalau Rasa Gembira pada
layar projektor. Melodi lagu Kalau Rasa Gembira bersifat ostinato (berulang). Oleh itu,
guru melakukan modifikasi pada lirik lagu Kalau Rasa Gembira dengan menukarkan
aksi demi aksi yang lain. Berdasarkan lirik lagu Kalau RasaGembira, frasa ‘tepuk
tangan’ boleh diubah kepada aksi-aksi seperti hentak kaki, kenyit mata, pusing-pusing,
petik jari dan sebagainya. Oleh itu, guru memainkan peranan untuk menjelaskan kepada
murid-murid turutan aksi-aksi sebelum menyanyikan lagu tersebut untuk mengelakkan
sebarang kekeliruan terjadi. Seterusnya, guru bersama-sama murid menyanyikan lagu
Kalau Rasa Gembira tanpa iringan muzik sambil melakukan pergerakkan berdasarkan
aksi-aksi yang diubah oleh guru. Guru juga perlu mengambil kira aspek-aspek seperti
mewujudkan ekspresi dan mud gembira dan ceria, tempo dan melodi semasa menyanyi
bersama-sama murid.
RUJUKAN
Awang Kelabu. (2010). Creative thinking in Music. Retrieved 22 April 2022 from
http://pendidikanmuzikkbsm.blogspot.com/2010/08/creative-thinking-in-music.html