Teks Pengacara Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2019

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

MAJLISPENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS TAHUN 2019


SMK PADANG PIOL

BIL SKRIP
1. Ketibaan
Diumumkan ketibaan Yang Dihormati, Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendie ,Ketua Bahagian
Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Daerah Jerantut merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah.

Hadirin diminta berdiri.

Seterusnya, kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu :


Lagu Negaraku, Lagu Negeri Terengganu dan Lagu Sekolah….
Semua hadirin diminta bersedia.

(LAGU)
Hadirin dipersilakan duduk.
2. Kata aluan Sireh Berlipat Sireh Pinang,
pengacara Sireh Dari Pulau Mutiara,
majlis Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berbahagia, Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei, Ketua Bahagian Siasatan &
Penguatkuasaan Trafik Daerah Jerantut merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah bersama
pengiringnya, …………………………………………….

Yang Berusaha
Pn. Habibah Bt. Abdul Rahman,
GPK Pentadbiran SMK Padang Piol

Yang Berusaha:
En. Mohd Romdzi B. Jamaluddin,
GPK Hal Ehwal Murid

En. Shamri B. Sodo,


GPK Kokurikulum

guru-guru, para pengawas sekolah, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS serta Pelancaran Kempen Anti Buli,
Gengsterisme, Vendalisme.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan sayap penting
sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh mereka.

Para hadirin sekalian,


Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan seterusnya mendapat
keberkatan daripada Allah jua.
3. Bacaan Doa Tetak Buluh Panjang Sepuluh,
Mari Jolok Sarang Penyegat,
Angkat Tangan Jari Sepuluh,
Doa Diminta Biar Selamat.

Meneruskan acara, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Mohd Hanafiah B. Yusof
untuk memimpin Bacaaan Doa.

BACAAN DOA

Amin...amin ya rabbal a’lamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Ustaz Hanafiah atas bacaan doa itu tadi.

4. Ucapan 1 Meneruskan acara, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha  Pn. Habibah Bt.
Abdul Rahman, GPK Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dengan hormatnya dipersilakan …

                                           (UCAPAN ALUAN Gpk 1)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pn. Habibah Bt. Abdul Rahman atas
ucapan aluan itu tadi.

5. Ucapan Buah Langsat di Tepi Busut,


Perasmi Mari Dimuat Di dalam Peti,
Besar Hati Kami Menjemput,
Besar Niat Di dalam Hati.

Meneruskan acara, Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei ,Ketua Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan
Trafik Daerah Jerantut merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah, Balai Trafik Jerantut untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelantikan Pengawas Tahun 2019.

(UCAPAN PERASMIAN)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei atas
ucapan dan perasmian MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS TAHUN 2019 itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput YDP PIBG dan Barisan Pentadbir sekolah untuk bersama Tuan
Inspektor Sebastian Anak Pendei untuk menyempurnakan gimik Pelancaran Kempen Anti Buli,
Gengsterime, Vandalisme.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei kerana sudi
menyempurnakan gimik Pelancaran itu tadi.

6. Penyampaian Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...


Watikah Kini tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaianwatikah pelantikan
kepada Ketua Pelajar, Penolong Ketua Pelajar dan pengawas sekolah yang baru dilantik pada
tahun ini. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini menjemput Yg Berusaha Pn. Habibah
Bt. Abdul Rahman untuk menjemput dan mengiringi  Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei ,
Pegawai Perhubungan Sekolah untuk menyempurnakannya.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....


*rujuk kertas nama pengawas
1. pengawas sekolah
2. pengawas pusat sumber
3. pengawas bilik tayang
4. pengawas siaraya
5. pengawas SPBT
6. PRS Sekolah

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang Dihormati Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei  kerana sudi menyempurnakan majlis
penyerahan watikah itu tadi.

7. Bacaan Ikrar Hadirin Sekalian,


Kepimpinan Dengan penyerahan watikah tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan
Pengawas pengawas sekolah SMK Padang Piol tahun 2019. Untuk itu, majlis mempersilakan 
, Ketua Pelajar SMK Padang Piol  untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Semua
pengawas diminta berdiri dan majlis mempersilakan ...

                                                            (BACAAN IKRAR)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Saudari …………………………………………………………


atas bacaan ikrar itu tadi.

Ucapan ketua
pelajar Majlis seterusnya menjemput Ketua Pelajar ......................................................................
Untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ..................................................................selaku ketua pelajar


sesi 2019 diatas ucapan itu tadi.

8. Penyampaian Dari Daik pulang ke Daik,


Cenderamata Sehari-hari berkebun pisang,
Budi Baik dibalas baik,
Dalam hati dikenang orang.

Menjadi adat orang melayu, orang berbudi kita berbahasa, sebagai tanda mengenang jasa serta
ucapan terima kasih. Majlis mempersilakan yang berusaha En. Mohd Romdzi B. Jamaludin, GPK
Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada yang
berbahagia Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei   , untuk menerima cenderamata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan………..

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei  diatas
kesudian menerima cenderamata itu tadi.

9. Majlis Demikianlah tadi berakhirnya MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMK PADANG PIOL
Penutup TAHUN 2019. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei   , Yang Mulia Tn. Abdullah B. Tuan Sulaiman,YDP PIBG
SMK Padang Piol, Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan para pelajar sekalian kerana telah
memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan majlis penyampaian watikah
pelantikan pada kali ini dengan jayanya.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Habibah Bt. Abdul Rahman dan En. Mohd
Romdzi B. Jamaludin bagi menjemput Tuan Inspektor Sebastian Anak Pendei   , untuk sesi
bergambar bersama pengawas sebelum mengiringi Tn. Inspektor menikmati jamuan yang
disediakan .

Dengan segala hormatnya dipersilakan …

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabrakatuh......

10. Sesi TAMAT


Bergambar
Diminta kepada semua pengawas untuk berada di depan pentas bagi sesi bergambar

Anda mungkin juga menyukai