Teks MC Anugerah Cemerlang

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGERUSI MAJLIS

ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT MUTIARA

TARIKH 23 NOVEMBER 2017


MASA : 07.20 PAGI
TEMPAT : FOYER SK BUKIT MUTIARA
CUE ANN
Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat masing-
masing kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini, pastikan tuan-tuan
dan puan-puan telah membuat pendaftaran di meja pendaftaran
yang berada di bahagian belakang dewan foyer.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada


hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat


mematikan nada deringan telefon bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir
dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan
terlebih dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu
yang akan datang seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat berdiri
semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat.
4. Pihak majlis meminta jasa baik hadirin semua untuk berada di
dalam majlis sehingga majlis bersurai.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan


kerjasama hadirin sekalian.
MENGUMUMKAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdul Aziz
KETIBAAN bin Tohak, Ketua WHIP Majlis Bandaraya Johor Bahru diiringi oleh
Yang Dihormati Encik Zamri bin Mohd Saad, Pengerusi PIBG SK
Bukit MUtiara dan Yang Dihormati Tn Syed Zainal Abidin bt Tn
Zakir, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Yang
Dihormati, Pn Noredah bt Sarmin, Guru Penolong Kanan
Kokurilum masuk ke dalam dewan. Para hadirin diminta berdiri.
NYANYIAN (TAK PERLU UMUM)
Hadirin dan hadirat dipersilakan berdiri bagi menyanyikan 3 buah
lagu. Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Muafakat
Johor. Dipersilakan.

 Hadirin dipersilakan duduk.


PERSEMBAHAN Dari dewan Foyer SK Bukit Mutiara, terimalah persembahan
PEMBUKAAN pembukaan daripada murid-murid pra sekolah SK Bukit Mutiara di
bawah bimbingan guru prasekolah, Puan Safura bt Khalid dan
Puan Norazliza bt Said. Majlis mempersilakan.
Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdul Aziz bin Tohak, Ketua WHIP
Majlis Bandaraya Johor Bahru
SALUTASI Yang Dihormati, Encik Zamri bin Mohd Saad, Pengerusi Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Mutiara
En Syed Zainal Abidin B Tn Zakir, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Pn Nor Redah Bt Sarmin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Dif-Dif Jemputan dan Penerima-Penerima Anugerah
Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Bukit Mutiara sesi 2017/2018,
Guru-guru penjana modal insan gemilang,
Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,
dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w. b. t, Salam
Sejahtera dan Salam Muafakat Johor
KATA ALU-
ALUAN Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Hadirin dan hadirat sekalian.


Selamat datang ke Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Bukit Mutiara tahun tahun 2017.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya


dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi
meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat


memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi yang damai ini, di
samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan serta jalinan
kerjasama di antara guru-guru, ibu bapa dan penjaga serta murid-
murid sekalian.
Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

BACAAN DOA Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil
Ustaz Mohd Fazli bin Mohd Ghazi untuk memimpin bacaan doa.

 Amin Ya Rabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih


atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
TAYANGAN Hadirin sekalian,
MULTIMEDIA
KORPORAT Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia

Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan klip video


korporat Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara.
Marilah kita sama-sama saksikan.

 Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia


sebentar tadi telah disediakan oleh En Muhd Fahmi bin
Salim dengan kerjasama semua warga SK Bukit Mutiara.
Terima kasih dan tahniah diucapkan.
Hadirin sekalian,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


UCAPAN PK Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
HEM Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Untuk itu, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Tn Syed Zainal Abidin
bin Tn Zakir, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Dihormati Tn Syed Zainal Abidin bin Tn Zakir, di atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
UCAPAN YDP Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang DiPertua
PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Mutiara.. Untuk itu, majlis
menjemput Yang Dihormati En Zamri bin Mohd Saad untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Dihormati En Zamri bin Mohd Saad di atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
UCAPAN
PERASMIAN Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia,


Tuan Haji Abdul Aziz bin Tohak, Ketua WHIP Majlis Bandaraya
Johor Bahru untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Mutiara
bagi tahun 2017. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 Begitulah tadi berlangsungnya simbolik perasmian Majlis


Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Mutiara Tahun
2017.Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia,
Tuan Haji Abdul Aziz bin Tohak di atas kesudian
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,
HADIAH DAN
TAYANG TOKOH Insan yang cemerlang bukan hanya lahir dari akal yang cemerlang,
tetapi perlulah seiring dengan kecemerlangan sahsiah dan
kokurikulum. Kini tibalah masanya yang dinantikan oleh semua
murid yang telah berjaya mencatat kecemerlangan sepanjang
tahun ini untuk menerima penghargaan atas usaha yang
berterusan. Sebagai pembuka tirai persada majlis, marilah sama-
sama kita beri perhatian ke atas pentas bagi menyaksikan
persembahan multimedia yang memaparkan senarai penerima
anugerah khas bagi sepanjang tahun 2017. Majlis mempersilakan.

Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi,


majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia,
Tuan Haji Abdul Aziz bin Tohak, Ketua WHIP Majlis Bandaraya
Johor Bahru dengan diiringi oleh Yang Dihormati En Syed Zainal
Abidin bin Tn Zakir untuk naik ke atas pentas. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

Kita mulakan dengan

TOKOH TUNAS HARAPAN


TOKOH TUNAS JAYA
TOKOH SWADAYA
KECEMERLANGAN AKADEMIK KESELURUHAN
TOKOH MURID
TOKOH NILAM
Kita teruskan penyampaian anugerah seterusnya dengan
Penyampaian Sijil Anugerah Khas Komuniti. Untuk pengetahuan
semua, anugerah ini merupakan satu hadiah sanjungan kepada
individu yang berkecimpung secara aktif dalam membantu
menjayakan program-program sekolah.

Kita mulakan dengan mempersilakan.

1. Encik Mohd Fuad bin Mohd Sarmin


Penolong Pengarah Pengurusan Aduan Jabatan Pendidikan
Negeri Johor
2. Tn Hj Mohd Saufi bin Nawawi
Juruhebah Johor FM
3. Encik Amirul Faiz bin Azidin
Wakil daripada Firma Guaman Ikbal Salam & Co
4. Supt Rupeah bt Abd Wahid
Timbalan Ketua Polis Daerah
Wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan
5. ASP Wan Marzuki b W Sohak / Sub Ins Salleh bin Kassim
Wakil Balai Polis Bandar Dato Onn
6. Pn Siti Baizurah bt Yusof
Wakil daripada Balai Bomba Tebrau
7. Pn Nooruzilawati bt Ruddin
Timbalan Pengurus Besar Johor Corporation
Wakil daripada Johor Corporation
 Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Dihormati Tn Syed Zainal Abidin bin
Tn Zakir bagi menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia, Tuan Haji Abdul Aziz bin Tohak sebagai tanda
penghargaan dan kenang-kenangan.. Dipersilakan.
 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdul Aziz bin
Tohak dan Yang Dihormati Tn Syed Zainal Abidin bin Tn
Zakir di atas kesudian menyampaikan anugerah dan
cenderamata sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian.
HADIAH
Kehadiran Penuh Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini dengan penyampaian
Ketua Kelas hadiah seterusnya. Untuk itu, majlis menjemput, Yang Dihormati
Pengawas Pn Noredah bt Sarmin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk
mengiringi Yang Dihormati, En Zamri bin Mohd Saad, Yang
Dipertua PIBG SK Bukit Mutiara untuk menyempurnakan
penyampaian hadiah.

Kita mulakan dengan …..


HADIAH KEHADIRAN PENUH TAHUNAN
HADIAH KETUA KELAS
ANUGERAH KEPIMPINAN PENGAWAS CEMERLANG
 Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Dihormati Pn Noredah bt Sarmin,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi menyampaikan
cenderahati kepada Yang Dihormati, En Zamri bin Mohd
Saad, Yang Dipertua PIBG SK Bukit Mutiara. Dipersilakan.
 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Dihormati, En Zamri bin Mohd Saad
dan Yang Dihormati Pn Noredah bt Sarmin, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum di atas kesudian menyampaikan
anugerah dan cenderamata sebentar tadi.
KEBERANGKA Hadirin sekalian,
-TAN PERASMI Majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdul Aziz bin
Tohak, Ketua WHIP Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk melawat
pusat sumber sekolah dan seterusnya menikmati jamuan ringan
dengan diiringi oleh Yang Dihormati, En Zamri bin Mohd Saad,
Yang Dipertua PIBG SK Bukit Mutiara, serta Tn Syed Zainal
Abidin bin Tn Zakir, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
bersama penerima-penerima Anugerah Tokoh Khas Komuniti.
Majlis mempersilakan.
PENYAMPAIAN Baiklah hadirin dan hadirat sekalian,
HADIAH
Ikut Aliran Kita teruskan agenda majlis pada pagi ini dengan penyampaian
hadiah kecemerlangan mengikut aliran Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih ……….


Hadirin sekalian,

Sehabis merah daun yang sihat,

Dahan melebar bercerita sakan,

Majlis anugerah mohon berehat,

Persembahan kedua kita saksikan

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


seterusnya daripada kelas 4 Cerdik. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan penyampaian hadiah
bagi aliran tahun 3.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


ANUGERAH
KHAS TOKOH Kita teruskan lagi sesi penyampaian hadiah seterusnya iaitu
GURU kepada anugerah tokoh guru SK Bukit Mutiara bagi tahun 2017.
Sebelum itu, marilah kita sama-sama memberi perhatian ke
hadapan pentas untuk saksikan tayangan montaj berkenaan Tokoh
Guru pada tahun ini. Dipersilakan.

Oleh itu, tanpa membuang masa saya menjemput Yang Berusaha


Puan Noor Huda bt Hamid untuk mengumumkan gerangan
penerima Anugerah Tokoh Guru Tahun 2017.
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha
Pn Noor Huda bt Hamid atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya Penyampaian Tokoh Guru sebentar tadi,
maka selesailah sudah Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bukit
PENUTUP Mutiara Tahun 2017. Majlis mengucapkan sekalung tahniah buat
penerima-penerima anugerah pada tahun ini. Semoga
kecemerlangan akan terus dikekalkan buat masa akan datang.

Majlis juga merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan
majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga


Sekolah serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak akan
purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari Alah SWT
dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami insan
biasa.

Sebagai penutup tirai majlis hari ini, terimalah persembahan


penutup daripada guru-guru dan murid-murid SK Bukit Mutiara.
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai