Penulisan Jawapan 2-4 - 20190615175329

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 41

Susun Perkataan ( Jawapan )

Latihan 1
1. Hobi saya membaca buku cerita.
2. Abang saya bercita-cita menjadi doktor.
3. Ibu pandai menjahit baju dan langsir.
4. Bapa saya bekerja di Balai Bomba Klang.

Latihan 2
1. Kakak membantu ibu melipat baju.
2. Ibu memasak sayur sambil mendengar radio.
3. Abang mengajar saya dengan sabar.
4. Kami menonton televisyen di ruang tamu.

Latihan 3
1. Keluarga Kai Ling bercuti di Pulau Pinang.
2. Kai Ling dan Kai Ting membuat istana pasir.
3. Ibu dan ayah duduk sambil mendengar radio.
4. Pemandangan di pantai itu sungguh indah.

Latihan 4
1. Saya berjalan kaki ke sekolah.
2. Murid-murid membeli makanan di kantin.
3. Hari sukan diadakan pada hari Jumaat.
4. Murid-murid beratur untuk meminjam buku.

Latihan 5
1. Ibu membeli baju untuk kakak.
2. Abang mengajar saya membuat layang-layang.
3. Beg sekolah saya sangat berat.
4. Ibu menggoreng telur di dapur.

Latihan 6
1. Saya suka minum jus epal.
2. Kereta ayah berwarna putih.
3. Saya menerima sebuah hadiah daripada kawan.
4. Ben terpijak kaki Alan.
Latihan 7
1. Ibu mencuci pakaian dengan mesin basuh.
2. Kakak saya pandai menyanyi.
3. Adik suka membaca buku cerita.
4. Kakak-kakak bermain dengan gembira.

Latihan 8
1. Kami berkelah di tepi pantai.
2. Mereka berehat di bawah pokok.
3. Burung berkicau di atas pokok.
4. Sayur-sayuran itu disimpan di dalam bakul.

Latihan 9
1. Jack membuang sampah ke dalam tong sampah.
2. Murid-murid beratur ketika menaiki bas sekolah.
3. Kanggaru bergerak dengan melompat.
4. Lucas sedang mengira wang simpanannya.

Latihan 10
1. Cuaca di Cameron Highlands sungguh dingin.
2. Ai Ling dan kawan-kawannya dapat pergi ke Cameron
Highlands.
3. Terdapat ladang teh dan strawberi di Cameron Highlands.
4. Ai Ling dan kawan-kawannya dapat memetik buah strawberi
di ladang.
5. Ai Ling membeli sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

Latihan 11
1. Murid-murid SJK ( C ) Masai mengadakan perkhemahan.
2. Mereka pergi berkhemah di kawasan air terjun.
3. Mereka membersihkan kawasan itu sebelum mendirikan
khemah.
4. Mereka makan dan mandi-manda di kawasan di air terjun itu.
5. Suasana di situ sangat tenang dan menggembirakan mereka.
Latihan 12
1. Komputer sangat penting pada masa kini.
2. Komputer digunakan di sekolah dan pejabat untuk pelbagai
urusan.
3. Komputer dapat memproses data dengan cepat.
4. Kita dapat memperoleh maklumat dengan melayari Internet.
5. Komputer juga boleh digunakan untuk menaip dan melukis.

Latihan 13
1. Air amat penting dalam kehidupan.
2. Air boleh diperoleh dari sungai, kolam , tasik, laut, dan hujan.
3. Manusia menggunakan air untuk melakukan tugas harian seperti
memasak, mencuci , dan mandi.
4. Air juga digunakan dalam bidang pertanian, perindustrian,
dan pembinaan.
5. Tubuh kita memerlukan air untuk mengekalkan kesihatan diri.
6. Oleh itu, kita perlu minum banyak air.

Latihan 14
1. Kita harus menjaga kesihatan diri.
2. Kita harus makan makanan yang berkhasiat .
3. Elakkan daripada makan makanan ringan yang tidak berkhasiat.
4. Telur dan daging adalah antara sumber protein.
5. Kita boleh mengelakkan daripada penyakit dengan mengambil
vitamin.
6. Makanan yang seimbang baik untuk kesihatan dan tumbesaran.

Latihan 15
1. Pada hari Ahad yang lalu, kami sekeluaraga melawat datuk
di kampung.
2. Rumah datuk terletak di Parit Jawa.
3. Kami pergi dengan menaiki kereta.
4. Datuk menyambut kedatangan kami dengan gembira.
5. Saya memeluk datuk dengan penuh mesra.
Latihan 16
1. Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah Hakimi mengadakan Hari
Sukan Tahunan.
2. Hakimi mengambil bahagian dalam acara lumba lari.
3. Hakimi telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan
itu.
4. Guru-guru dan kawan-kawan mengucapkan tahniah kepada
Hakimi.
5. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
6. Mereka membersihkan padang sekolah sebelum pulang ke rumah.

Latihan 17
1. Boon Ng gemar menonton televisyen.
2. Masanya banyak dihabiskan dengan menonton televisyen.
3. Kadang-kadang, dia menonton televisyen sehingga jauh malam.
4. Dia malas membuat kerja-kerja sekolah yang disuruh oleh
gurunya.
5. Setiap hari, Boon Ng dimarahi guru kerana dia selalu tertidur
di dalam kelas.
6. Akibatnya, dia telah gagal dalam peperiksaan.

Latihan 18
1. Nama saya pokok buluh.
2. Saya dilahirkan di tepi sebatang sungai.
3. Badan saya kurus dan tinggi.
4. Setiap hari, saya dapat melihat ikan berenang-renang di air.
5. Ramai orang yang datang bermandi-manda dan berkelah di
sini.
6. Saya berasa sangat gembira.
Memadankan Frasa ( Jawapan )
Latihan 1
Murid-murid itu sedang bergotong-royong di sekolah. Ada kumpulan
yang mencuci longkang. Mereka juga mengutip sampah-sarap .
Kawasan sekolah menjadi bersih dan ceria. Murid-murid itu berasa
sangat gembira.

Latihan 2
Azam memelihara beberapa ekor ikan emas. Dia memelihara ikan itu
di dalam sebuah akuarium. Dia menghias akuarium itu dengan batu-batu
yang cantik.Dia turut memberi makanan kepada ikan itu. Dia berasa
gembira apabila melihat ikan-ikan itu.

Latihan 3
Pasukan penangkap itu berkhemah di tepi sebatang sungai. Mereka
juga mendirikan beberapa buah khemah. Mereka dilarang membuang
sampah di kawasan itu. Mereka turut membersihkan kawasan tempat
berkhemah. Kita mesti menyayangi alam sekitar.

Latihan 4
Kampung Budi telah dilanda musim kemarau. Hujan tidak turun setelah
sekian lama. Penduduk kampung juga telah terputus bekalan air. Sungai
di kampung itu juga kering-kontang. Tumbuh-tumbuhan turut mati
kerana kekurangan air.

Latihan 5
Saya murid Tahun Dua Bijaksana. Saya bersekolah di SJK ( C ) Nam
Heng. Sekolah saya bersih dan cantik . Guru-guru saya sangat baik.
Semua murid belajar dengan selesa.

Latihan 6
Hari ini hari lahir saya . Ibu dan kakak memasak kek yang sedap .
Ayah dan abang menghias rumah . Saya mendapat banyak hadiah .
Saya berasa sangat gembira .
Latihan 7
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Murid-murid pergi ke
kantin. Mereka berbaris dengan tertib. Mereka makan di meja yang
disediakan. Selepas itu, mereka kembali ke kelas.

Latihan 8
Kai Ling , Siti dan Anisa berkawan baik. Mereka tinggal di Desa
Cermelang. Mereka belajar di sekolah yang sama. Pada masa lapang ,
mereka bermain bersama-sama. Mereka selalu bermain buaian di
taman.

Latihan 9
Wei Han membela dua ekor arnab.Arnab-arnabnya berwarna putih.
Arnab-arnabnya sangat pantas berlari.Wei Han menjaga arnab-arnabnya
dengan baik. Dia selalu memberi arnab-arnabnya makan lobak dan
kangkung.

Latihan 10
Fauzi dan Chong hendak ke Kedai Buku Popular. Mereka hendak
membeli buku rujukan. Semasa mereka menunggu bas, mereka ternampak
seorang lelaki buta ingin melintas jalan raya. Mereka pun membantu
orang buta itu melintas jalan raya. Orang buta itu mengucapkan
terima kasih kepada Fauzi dan Chong.
Latihan 11
Ayam adalah sejenis haiwan peliharaan. Orang memelihara ayam bagi
mendapatkan telur dan daging. Ayam tinggal dalam reban.
Ayam betina akan bertelur dan mengeramkan telurnya sehingga menetas.
Telur yang menetas akan menghasilkan anak ayam.

Latihan 12
Sekolah saya telah mengadakan majlis persaraan untuk Cikgu Lim.
Beliau merupakan guru kelas 3 Majmuk. Saya merupakan wakil kelas
untuk menyampaikan ucapan penghargaan terakhir untuknya.
Pada permulaannya, saya berdebar-debar untuk naik ke pentas.
Saya memberanikan diri dan menyampaikan ucapan dengan penuh
semangat. Cikgu Lim berasa terharu dan teruja. Selepas itu, Cikgu Lim
menaiki tandu dan diarak keliling sekolah.Semua murid dan guru berasa
sedih kerana kehilangan seorang guru yang sungguh berdedikasi.
Susun Ayat
Latihan 1
Pada hari Ahad yang lepas, Ali pergi memancing dengan ayahnya.
Mereka membawa kail, umpan, dan bakul.Mereka memancing di tepi
sungai. Mereka mendapat banyak ikan. Mereka membawa ikan pulang
ke rumah dan memberikannya kepada ibu.

Latihan 2
Pada cuti penggal yang lalu, kami sekeluarga bercuti ke Pulau
Langkawi.Kami ke sana dengan menaiki feri.Kami melawat ke tempat
-tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar, dan
Padang Mat Sirat. Kami juga sempat bergambar di sana.Kami berasa
sungguh gembira.

Latihan 3
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah melawat ke Melaka. Saya
melawat ke Melaka bersama dengan keluarga.Tempat pertama yang
dilawati ialah Taman Mini Malaysia.Selepas itu kami melawat ke Taman
Buaya dan Taman Rama-rama.Sebelum pulang, kami bersiar-siar dan
membeli- belah di Bandar Hilir.

Latihan 4
Razi telah melawat datuknya yang tinggal di Kuching. Datuk dan
neneknya tinggal di sebuah perkampungan.Semasa di Kuching, Razi
telah melawat ke Kampung Budaya.Dia juga dibawa oleh datuknya ke
Pantai Damai. Razi begitu gembira dengan percutian itu.

Latihan 5
Saya sebuah komputer riba.Setelah siap dipasang, saya dihantar ke
sebuah kedai komputer.Banyak pelanggan datang melihat dan menguji
kehebatan saya.Nanum, harga saya agak mahal.Mereka tidak mampu
membeli saya.
Latihan 6
Sekolah saya mengadakan perhimpunan pada setiap hari Isnin.
Selepas loceng berbunyi , murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan.
Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing.Perhimpunan
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.Murid-murid berdiri tegak
semasa menyanyikan lagu Negaraku.

Latihan 7
Pak Cik Kim seorang pekebun sayur.Pak Cik Kim menanam pelbagai
jenis sayuran. Setiap hari Pak Cik Kim menjaga tanamannya dengan baik.
Pak Cik Kim memetik sayur-sayuran yang sudah matang. Pak Cik Kim
menjual sayur-sayurannya itu di pasar.

Latihan 8
Hari ini ialah 16 haribulan Mei. Hari ini kami menyambut Hari Guru.
Semua murid dan guru berkumpul di dewan sekolah. Mula-mula,
Guru Besar menyampaikan ucapan. Selepas itu, murid-murid mengadakan
persembahan.

Latihan 9
Ah Leong seorang budak yang nakal.Suatu hari , Ah Leong membaling
batu ke arah seekor burung. Malangnya , batu itu terkena sarang lebah.
Ah Leong menjerit kesakitan akibat disengat lebah.Ah Leong menyesal
dan berjanji akan berubah sikap.

Latihan 10 Latihan 11
6, 1 , 3 , 5 , 2 , 4 3 , 1 , 5 , 2 , 4

Latihan 12
2, 1 , 7, 3 , 5, 6, 4 , 9 , 8

Latihan 13
3, 5 , 8 , 1 , 4 , 2 , 6 , 7 , 9
Kembangkan Ayat ( Jawapan )
Latihan 1
1. Ramai orang sedang berkelah di tepi pantai.
2. Adik pandai membina istana pasir.
3. Adam dan Farid bersiar-siar di tepi pantai.
4. Mereka suka mengutip kulit siput.

Latihan 2
1. Halaman pejabat pos bersih dan indah.
2. Siti membeli setem di kauter .
3. Ramai orang datang berurusan di pejabat pos.
4. Mereka sedang beratur untuk membayar bil.

Latihan 3
1. Tapak sulaiman ialah hidupan laut yang unik.
2. Penyelam itu melihat seekor ikan berenang-renang di
hadapannya.
3. Ikan lumba-lumba berenang dengan pantas .
4. Ikan jerung mempunyai gigi yang tajam.

Latihan 4
1. Mereka sedang menyertai pertandingan mewarna.
2. Suzy sedang melukis gambar bunga .
3. Guru besar terpegun melihat lukisan itu.
4. Ibu membeli pensel warna untuk adik.

Latihan 5
1. Terdapat pelbagai jenis buah dijual di gerai itu.
2. Adik suka makan jagung bakar.
3. Kak Ju membeli sebiji tembikai di pasar malam.
4. Ibu sedang memilih sayur-sayuran yang segar.

Latihan 6
1. Ani sedang menunggu ibunya di stesen kereta api.
2. Alif melihat pemandangan melalui tingkap.
3. Gerabak kereta api itu panjang.
4. Ramai penumpang berdiri di dalam gerabak itu.
Latihan 7
1. Kumar menyabun badannya supaya bersih.
2. Hazlin membantu ibunya di dapur.
3. Adam bangun awal setiap pagi.
4. Boboi rajin mengulang kaji pelajaran.

Latihan 8
1. Bunga ros ini cantik dan wangi.
2. Emak menanam pokok bunga matahari .
3. Bunga raya mempunyai lima kelopak.
4. Pokok teratai hidup subur di dalam air.
Latihan 9
1. Adik suka makan sayur sawi.
2. Ibu membeli sayur kubis dan buah epal di pasar raya.
3. Kakak suka makan kentang goreng.
4. Cili padi sangat pedas.

Latihan 10
1. Kulit buah durian tajam dan berduri.
2. Isi buah manggis manis dan sedap
3. Mereka sedang mengait buah langsat di kebun datuk.
4. Amira dan rakan-rakannya suka makan buah tembikai.

Latihan 11
1. Emi memelihara ikan di dalam kolam .
2. Burung itu membuat sarang di atas pokok .
3. Ayam betina itu sedang mengeram telurnya di dalam reban.
4. Pretha membela seekor hamster di dalam sangkar .
Latihan 12
1. Mereka sedang berjalan kaki menuju ke perpustakaan.
2. Pengawas perpustakaan sedang menyusun buku di atas rak buku .
3. Mereka membaca buku dengan senyap.
4. Mereka sedang beratur untuk meminjam buku.

Latihan 13
1. Ruang tamu rumah Albert luas.
2. Bilik air sentiasa bersih kerana dicuci oleh ibu .
3. Ibu sedang memasak di dapur .
4. Abang tidur di atas sofa kerana keletihan .
Latihan 14
1. Si Tompok sedang tidur di atas meja .
2. Fifi suka bermain dengan kucingnya setiap petang.
3. Kucing itu sangat manja dengan tuannya.
4. Si Comel suka minum susu dan makan ikan rebus.

Latihan 15
1. Puan Tan seorang guru Matematik.
2. Polis berjaya menangkap peragut itu.
3. Bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran itu.
4. Nelayan menangkap ikan di tengah laut.

Latihan 16
1. Lelaki yang kacak itu abang saya .
2. Abang bermain bola sepak bagi pasukan sekolahnya.
3. Abang menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya
bersama-sama Farid.
4. Abang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.
5. Semua jawapan yang diberikannya adalah betul.

Latihan 17
1. Pada masa lapang ,Lee Ping membaca buku cerita dan melukis .
2. Puan Ida gemar menanam bunga orkid dan bunga kertas.
3. Mak Cik Joyah sedang duduk di ruang tamu sambil minum kopi .
4. Orang ramai suka pergi ke taman itu untuk bersenam.
5. Mereka bersiar-siar di tepi pantai untuk menenangkan fikiran .

Latihan 18
1. Adik suka bermain dengan buih-buih sabun sewaktu mandi.
2. Kakak menyiram pokok bunga di halaman rumah.
3. Ibu sedang menyiang ikan di dapur dengan sebilah pisau
yang tajam.
4. Bapa dan abang membersihkan longkang di hadapan rumah.
5. Adik menyorok di belakang almari apabila dipanggil oleh nenek.
Latihan 19
1. Mak Munah sedang mengutip durian di dusun buah-buahan.
2. Pak Abu sedang mengait buah rambutan dengan sebatang galah .
3. Pekerja itu membantu Encik Zahid mengangkat sebuah bakul
yang berat.
4. Beruk itu boleh disuruh memetik buah kelapa.
5. Encik Zahid menjual buah-buahan di pasar.

Latihan 20
1. Encik Amin membawa anaknya bersiar-siar di taman bunga.
2. Taman bunga itu ditanam pelbagai jenis bunga seperti dahlia,
melur , dan sebagainya .
3. Rama-rama yang cantik itu hinggap di atas kelopok bunga dahlia.
4. Kura-kura sedang sibuk mencari makanan di tepi kolam.
5. Sejak dari kecil, Encik Amin amat sayang akan anaknya.
Bina Ayat ( Jawapan )
Latihan 1
1. Kakak menyiram pokok bunga di halaman rumah.
2. Bapa membaca surat khabar d ruang tamu.
3. Ali suka mendengar radio.
4. Ahmad suka makan kek.

Latihan 2
1. Bapa menebang pokok.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Abang memancing ikan di tepi sungai.
4. Doktor sedang merawat pesakit.

Latihan 3
1. Ibu menggoreng telur di dapur.
2. Datuk saya suka minum teh.
3. Mimi menyikat rambut.
4. Abang mengirim surat kepada kakak yang berada di luar
negara.

Latihan 4
1. Bapa menunggang motosikal.
2. Mekanik sedang membaiki kereta yang rosak itu.
3. Kai Meng pandai bermain gitar.
4. Andy menggosok gigi di bilik mandi.

Latihan 5
1. Adik menonton televisyen di ruang tamu.
2. Saya suka makan mi sup .
3. Kakak sedang makan ayam goreng.
4. Saya membantu ibu melipat baju.
Latihan 6
1. Mereka bermain dengan gembira.
2. Ibu membeli jagung di gerai.
3. Xiu Mei memasukkan pinggan ke dalam besen.
4. Kucing Elaine sedang minum susu.

Latihan 7
1. Saya membantu ibu memotong tembikai.
2. Dia menyapu jem pada roti.
3. Susan memasukkan buku ke dalam beg.
4. Ibu menolong adik mengikat rambut.

Latihan 8
1. Saya bersarapan sebelum pergi ke sekolah.
2. Peter dan John sedang bermain layang-layang di padang.
3. Bapa memandu kereta ke pejabat.
4. Ibu menjemur pakaian di bawah sinaran matahari.

Latihan 9
1. Ayah saya mencuci kereta menggunakan span.
2. Ibu menyiram pokok bunga menggunakan penyiram.
3. Kakak mengikat plastik sampah menggunakan tali.
4. Xiao Li mencuci tangan sebelum makan.

Latihan 10
1. Kelvin mandi menggunakan sabun.
2. Zi Jun menggosok gigi dengan ubat gigi.
3. Ken membasuh rambut menggunkan syampu.
4. Wei Han memakai baju yang bersih.
Latihan 11
1. Kita hendaklah makan makanan yang bersih.
2. Kita hendaklah minum banyak air kosong.
3. Kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat.
4. Buah-buahan dan sayur-sayuran baik untuk kesihatan.

Latihan 12
1. Murid - murid beratur ketika membeli makanan di kantin.
2. Murid-murid menggunakan jejantas untuk menyeberangi
jalan raya dengan selamat.
3. Aina menolong ibunya memotong sayur di dapur.
4. Joan membasuh tangan menggunakan sabun.

Latihan 13
1. Datuk berehat di pondok.
2. Ayah mencangkul di kebun.
3. Puan Siti berjalan di atas titi.
4. Pak Abu mengayuh basikal ke kebun sayur.

Latihan 14
1. Ramu makan muruku sambil menonton televisyen.
2. Anisa ingin makan kuih baulu itu tetapi sudah habis.
3. Ai Ling dan Ai Fang makan kuih cakoi di kantin.
4. SeoW Mei memberikan sepinggan karipap kepada jirannya.

Latihan 15
1. Wei Han dan abangnya suka bermain permainan komputer.
2. Kiran suka mengambil gambar.
3. Suasana sunyi pada waktu malam.
4. Kanak-kanak itu bermain layang-layang.
Latihan 16
1. Mereka melawat jiran yang sakit.
2. Mereka memakai tali pinggang keledar semasa menaiki
kereta.
3. Ibu menyimpan pisau dan gunting di dalam laci.
4. Kita hendaklah melintas di lintasan belang .

Latihan 17
1. Mei Sin suka menyanyi.
2. Jururawat itu bekerja di hospital.
3. Saya membeli makanan di kantin.
4. Pak Cik Ali menebang sebatang pokok.

Latihan 18
1. Datuk menanam sayur di kebun.
2. Siti sedang tidur di dalam bilik.
3. Tingkap itu sudah pecah.
4. Kami bermain bola di padang.

Latihan 19
1. Ayah sedang mengecat pagar.
2. Aini membeli buku itu di kedai buku.
3. Dia menyusun kasut di rak kasut.
4. Pasukan Pengakap sedang mendirikan khemah.

Latihan 20
1. Jenny dan Jin Hua belajar di dalam kelas.
2. Guan Hong membuat jadual harian.
3. Wei Hong dan adiknya sedang mengulang kaji di
perpustakaan.
4. Penduduk kampung sedang bergotong-royong
mencantikkan taman permainan.
Latihan 21
1. Kamala sapu sampah di bilik tidur.
2. Goon Chan mencuci longkang di belakang rumah.
3. Tukang kebun mencantas pokok bunga di tepi pagar sekolah.
4. Lee Shia mengutip sampah di tepi sungai.

Latihan 22
1. Ayah mencuci kereta.
2. Emak membeli kereta baharu.
3. Kami membeli kereta baharu.
4. Kereta Encik Gopal rosak.

Latihan 23
1. Puan Chin menghantar anaknya ke sekolah dengan kereta.
2. Kar Chun meniup belon.
3. Burung berkicau dengan merdu sekali.
4. Puan Tan menjual sayur di pasar tani.

Latihan 24
1. Kakak sedang mengelap pinggan yang telah dicuci.
2. Siti menolong ibunya menyapu sampah di dapur.
3. Kelly gemar menyanyi pada masa lapang.
4. Chin Mei menyusun buku agar kelihatan kemas.

Latihan 25
1. Jefry membantu Cikgu Lim mengangkat buku ke bilik guru.
2. Puan Aida mengemop lantai yang basah.
3. Puan Ng menutup tingkap kerana hujan turun dengan lebat.
4. Murid-murid menari di atas pentas.

Latihan 26
1. Chan Wah melawat Kota A'Famosa .
2. Kah Meng menunggu bas sejak dari tadi.
3. Hobi Ai Ling ialah mengumpul setem.
4. Jururawat sedang merawat tangan Lin Dan yang cedera.
Latihan 27
1. Ibu jemur pakaian di ampaian.
2. Kami memakai pakaian sukan.
3. Mereka sedang menjalani latihan.
4. Chan How mencuci longkang di belakang rumahnya.

Latihan 28
1. Siew Ling membalut buku latihannya.
2. Chun Li mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik adiknya.
3. Amir menonton perlawanan bola sepak di televisyen.
4. Kwan Lim memadam papan hitam sehingga bersih.

Latihan 29
1. Mei Lan membantu ibunya memasak di dapur.
2. Mereka pergi ke Jepun dengan menaiki kapal terbang.
3. Zhi Man suka meneropong bintang pada setiap malam.
4. Labah-labah membuat sarang di dinding rumah usang itu.

Latihan 30
1. Haikal gembira kerana mendapat basikal baharu semasa
hari jadinya.
2. Mei Mei mencuci kasut sekolah sehingga bersih.
3. Mei Ling dan Siew Ling mahir bermain congkak.
4. Adam dan adiknya bersembunyi di belakang sofa.

Latihan 31
1. June Khaw mempunyai suara yang merdu.
2. Tan Chong gemar melukis pada waktu petang.
3. Wen Xin dan kawan-kawannya bermain bola sepak.
4. Kami memberi sebuah hadiah kepada adiknya.
Latihan 32
1. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau.
2. Nelayan itu mnejala ikan di tengah laut.
3. Ayam jantan berkokok pada waktu pagi.
4. Nenek menjahit pakaian dengan menggunakan mesin jahit.

Latihan 33
1. Datuk membaca surat khabar di ruang tamu.
2. Amin memberi ikannya makanan.
3. Murid-murid melukis mural di dinding sekolah.
4. Kita mesti bangun awal pagi untuk ke sekolah.

Latihan 34
1. Kita hendaklah memakai uniform sekolah yang bersih.
2. Kita haruslah rajin membersihkan kelas.
3. Loceng berbunyi menandahkan perhimpuan bermula.
4. Ayah menyimpan maklumat di dalam pemacu pena.

Latihan 35
1. Puan Rohani menyediakan makanan untuk keluarganya.
2. Kami membuang sampah ke dalam tong sampah selepas
berkelah.
3. Abang memotong kuku dengan pengetip kuku.
4. Saya meminjam buku di perpustakaan.

Latihan 36
1. Kakak membantu ayah membuka pintu pagar.
2. Abang saya suka bermain yoyo cina.
3. Pak Cik Lim memandu bad dengan berhati-hati.
4. Nenek pandai membuat kuih-muih tradisional.
Bina Ayat
Latihan 1
1. Adik sedang bermain bola.
2. Ayah sedang mencedok air dari perigi.
3. Emak sedang menyidai baju.
4. Nenek sedang duduk di atas bangku di halaman rumah.

Latihan 2
1. Seorang guru sedang mengajar tiga orang murid menari.
2. Ada lukisan pada dinding kelas.
3. Ada murid yang sedang bermain alat permainan.
4. Dua orang murid sedang membaca buku.

Latihan 3
1. Pekerja itu mengepam minyak.
2. Seorang pekerja sedang menyapu sampah.
3. Lelaki itu mengepam tayar motorsikalnya.
4. Lelaki itu mencuci cermin keretanya.

Latihan 4
1. Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin.
2. Tiga orang murid berkelah di bawah pokok.
3. Seorang murid sedang membaca buku.
4. Dua orang murid sedang berborak.

Latihan 5
1. Dua orang budak sedang menunggang basikal.
2. Budak-budak sedang membeli aiskrim.
3. Budak perempuan itu bermain buaian.
4. Dua orang budak lelaki bermain jongkang-jongket.

Latihan 6
1. Ben Li memadam papan hitam dan Tina mengelap tingkap.
2. Boon Kong dan Danial menyusun meja.
3. Asni dan Hugo menyapu sampah.
4. Hadif membuang sampah ke dalam tong sampah .
Latihan 7
1. Gajah itu bermain bola.
2. Harimau mempunyai belang di badannya.
3. Dua ekor monyet sedang makan pisang.
4. Seorang pengunjung mengambil gambar singa.
Latihan 8
1. Sebuah keluarga masuk ke dalam kedai.
2. Dua orang pekerja sedang menyusun buku.
3. Lelaki tua itu mengangkat beberapa buah buku.
4. Budak lelaki itu sedang membaca buku.
Latihan 9
1. Murid-murid berbaris semasa membeli makanan di kantin.
2. Pengawas sekolah mengawasi murid-murid ketika di kantin.
3. Murid-murid makan di meja yang disediakan.
4. Murid-murid meletakkan bekas makanan di tempat yang
disediakan.
Latihan 10
1. Keluarga Farid menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.
2. Ramai rakan dan jiran berkunjung ke rumah Farid.
3. Pelbagai jenis makanan yang enak telah disediakan.
4. Farid dan ibu bapanya sibuk melayan tetamu yang datang.

Latihan 11
1. Pasangan warga emas sedang berehat di taman.
2. Seorang ibu menemani anaknya bermain jongkang-jongket.
3. Seorang bapa sedang menghayun buaian anaknya.
4. Seorang nenek mengawasi cucunya yang bermain papan
gelongsor.

Latihan 12
1. Ramai orang di stesen tersebut.
2. Orang ramai beratur semasa membeli tiket.
3. Orang ramai sedang menaiki LRT yang baru tiba.
4. Kemudahan eskalator juga disediakan di sana.
Latihan 13
1. Seorang pleanggan sedang mengambil angka giliran.
2. Seorang wanita sedang mengisi borang.
3. Seorang pengawal keselamatan membuka pintu untuk
pelanggan .
4. Ramai pelanggan sedang menanti dengan sabar di ruang
menunggu.
Latihan 14
1. Seorang murid perempuan sedang membayar di kaunter.
2. Seorang lelaki sedang memilih pensel.
3. Dua orang murid lelaki sedang melihat baju kemaja-T.
4. Dua orang murid perempuan sedang membeli air botol.
Latihan 15
1. Kelvin makan makanan yang berkhasiat.
2. Kelvin dan keluarganya menjaga kebersihan rumah.
3. Kelvin selalu memakai pakaian yang bersih.
4. Kelvin juga gemar bersenam supaya badannya sihat.
Latihan 16
1. Aini sedang bermain buaian.
2. Aini ternampak seekor kucing yang comot.
3. Aini membawa kucing itu balik lalu memberinya minum susu.
4. Aini suke bermain dengan kucing itu.

Latihan 17
1. Saya mengikut ibu ke pasar malam.
2. Di pasar malam banyak gerai menjual bermacam-macam
barang.
3. Saya dan ibu singgah di gerai ikan untuk membeli ikan.
4. Selepas itu, kami membeli buah limau di gerai buah-buahan.

Latihan 18
1. Saya mempunyai hobi mengumpul setem.
2. Saya juga bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan.
3. Saya mengumpul pelbagai jenis setem dari dalam dan luar
negara.
4. Saya mendapat banyak maklumat daripada hobi mengumpul
setem ini
Latihan 19
1. Pada setiap hari Isnin diadakan perhimpunan sekolah.
2. Murid-murid dan guru-guru akan berkumpul di tapak
perhimpunan.
3. Semua murid dan guru akan berdiri tegak sambil menyanyikan
lagu Negaraku.
4. Selepas itu, guru besar akan menyampaikan ucapan.

Latihan 20
1. Hari ini diadakan pertandingan bola keranjang.
2. Wei Han dan pasukannya bermain dengan bersungguh-sungguh.
3. Mereka telah berjaya menjadi juara pertandingan itu.
4. Mereka bersalaman selepas tamat permainan itu.

Latihan 21
1. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.
2. Ibu mengajar di SJK ( C ) Masai.
3. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Malaysia.
4. Ibu sangat mengambil berat tentang anak muridnya.

Latihan 22
1. Bunga raya ialah bunga kebangsaan negara kita.
2. Terdapat pelbagai warna bunga raya iaitu, kuning , jingga, dan
merah.
3. Bunga raya mempunyai lima kelopak dan tidak mengeluarkan
bau.
4. Bunga raya ditanam di merata-rata tempat sebagai hiasan.

Latihan 23
1. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah melancong
ke Pulau Pinang.
2. Kami berpeluang menaiki Jambatan Pulau Pinang.
3. Kami juga sempat bermandi-manda di Batu Feringgi.
4. Saya berasa gembira kerana dapat melawat tempat-tenpat
menarik di Pulau Pinang.
Latihan 24
1. Aku ialah sekaki payung.
2. Aku diperbuat daripada besi dan kain.
3. Tubuhku kalis air.
4. Manusia memerlukan aku untuk berlindung daripada hujan dan
panas.

Latihan 25
1. Internet boleh digunakan untuk menghantar e-mel.
2. Kita boleh membuat panggilan video dengan saudara yang jauh.
3. Kita juga boleh membayar bil melalui Internet.
4. Maklumat dari dalam dan luar negara mudah diperoleh.

Latihan 26
1. Kampung kami telah dilanda banjir yang teruk.
2. Kami terpaksa dipindah ke balai raya.
3. Pegawai kesihatan datang untuk memeriksa kesihatan kami.
4. Setelah bajir surut, kami pulang untuk membersihkan rumah.

Latihan 27
1. Sang Kancil ternampak rambutan masak di seberang sungai.
2. Sang Kancil mendapat idea untuk menipu buaya.
3. Sang Kancil mengarahkan buaya beratur atas arahan Raja
Sulaiman.
4. Akhirnya, Sang Kancil dapat menyeberangi sungai dengan
selamat.

Latihan 28
1. Pak Ali menjual ikan di pasar malam.
2. Puan Tan membeli ikan di gerai Pak Ali.
3. Hadif beratur untuk membeli air.
4. Encik Ramu memilih barang untuk dibeli.
5. Amir berjalan dengan ibunya.
Latihan 29
1. Keluarga Kelvin berkelah di kawasan air terjun.
2. Puan Sally membentangkan tikar di atas tanah.
3. Kelvin dan adiknya bermain air.
4. Kristen membawa makanan keluar dari kereta.
5. Encik Aimon menikmati pemandangan indah di situ.

Latihan 30
1. Seorang doktor sedang memeriksa pesakit.
2. Seorang jururawat membantu doktor .
3. Seorang jururawat menyorong kerusi roda pesakit.
4. Kaki pesakit itu berbalut.
5. Seorang wanita dan anaknya menunggu giliran untuk berjumpa
dengan doktor.

Latihan 31
1. Sambutan Hari Kanak-kanak sedang berlangsung.
2. Murid-murid dan guru-guru sedang menonton persembahan di
dewan.
3. Seorang murid perempuan menyanyi.
4. Seorang murid lelaki bermain piano.
5. Seorang murid lelaki yang lain bermain guitar.

Latihan 32
1. Encik Farid membaca surat khabar.
2. Puan Nora menjahit baju menggunakan mesin jahit.
3. Amira menghidangkan air minuman di atas meja.
4. Fauzan membaca buku dengan tekun.
5. Amirah seronok bermain dengan kucing peliharaannya.

Latihan 33
1. Ayah menyapu longkang menggunakan sapu lidi.
2. Ibu menyidai baju di ampaian.
3. Kakak memberus kasut menggunakan berus.
4. Adik menjemur kasut yang basah.
5. Abang membasuh basikal dengan sabun.
Latihan 34
1. Abang Ali menggantung jam pada dinding.
2. Kakak menatang dulang yang berisi secawan air kopi.
3. Emak melipat baju yang baru diambil dari ampaian.
4. Samara mengajar adik-adiknya membuat kerja sekolah.
5. Ayah duduk di sofa sambil membaca surat khabar.

Latihan 35
1. Tony membantu ayahnya , Encik Tan mencuci kereta.
2. Dino dan Gina sedang bermain bola.
3. Puan Jane sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
4. Kent mengutip sampah lalu memasukkannya ke dalam beg plastik .
5. Jenny sedang menyapu daun-daun kering yang berguguran di
halaman rumah.
Latihan 36
1. Keluarga Hafiz menyambut Hari Raya.
2. Mereka memakai pakaian yang cantik.
3. Ramai tetamu yang datang ke rumah.
4. Ibunya menghidangkan kuih-muih.
5. Mereka juga bersalam-salaman.

Latihan 37
1. Lina sekeluarga melawat ke Pulau Langkawi.
2. Mereka pergi dengan menaiki feri.
3. Mereka berasa kagum melihat keindahan pulau itu.
4. Mereka juga mengunjungi Makam Mahsuri.
5. Lina membeli coklat di sebuah kedai.
Latihan 38
1. Aminah menghadiri majlis perkahwinan.
2. Ramai tetamu yang datang ke majlis itu.
3. Pengantin itu sedang bersanding.
4. Pengantin sedang bersanding di atas pelamin.
5. Acara menepung tawar juga diadakan.
Latihan 39
1. Datuk meletakkan makanan itik ke dalam bekas takungan.
2. Nenek menabur beras kepada ayam-ayam peliharaannya.
3. Wei Quan mengutip telur ayam lalu dimasukkan ke dalam bakul.
4. Ayah Wei Quan mencuci reban ayam yang kotor dan berbau
busuk.
5. Ibu sedang memasak makanan untuk tengah hari di dapur.

Latihan 40
1. Farah sedang memasukkan majalah lama ke dalam tong kitar
semula.
2. Chee Kiat memasukkan sebiji botol plastik ke dalam tong kitar
semula.
3. Han Xiang sedang mengikat surat khabar lama dengan tali.
4. Siew Lan memasukkan tin aluminium ke dalam tong kitar semula.
5. Betty dan Qing En mencatat jumlah barangan yang telah
dikumpulkan.

Latihan 41
1. Murid-murid hendaklah senyap nsemasa berada di perpustakaan.
2. Guna sedang mengambil buku dari rak.
3. Ali sedang membaca surat khabar.
4. Beberapa orang murid perempuan sedang mengulang kaji
pelajaran.
5. Anita sedang meneliti maklumat dari buku yang dibacanya.

Latihan 42
1. Beberapa orang pengunjung sedang mandi di laut .
2. Ibu sedang makan mi goreng.
3. Ayah membaca surat khabar di bawah pokok.
4. Aiman dan abang bermain bola di pantai.
5. Amira sedang membina istana pasir.
Latihan 43
1. Puan Siti sedang menyapu sampah di halaman rumah.
2. Encik Bakar menggunakan mesin untuk memotong rumput.
3. Suhaila mengutip sampah lalu memasukkannya ke dalam plastik.
4. Suzana sedang mengelap tingkap yang kotor.
5. Sulaiman sedang mencuci longkang.

Latihan 44
1. Kit Fong makan sebiji epal sebagai pencuci mulut.
2. Hadif minum sekotak susu segar.
3. Mei Chen makan sepinggan nasi.
4. Yen Ling memberikan wang kepada pekerja kantin itu.
5. Ken membasuh tangannya di sinki.

Latihan 45
1. Aimi dan Mary melihat seekor labah-labah yang kecil dengan
kanta pembesar.
2. Kok Seng berjoging sambil mendengar muzik.
3. Mereka bersenamrobik sambil mendengar radio.
4. Puan Elisa merakam pemandangan di taman rekreasi dengan
kamera digitalnya sambil menyanyi.
5. Aiman bertanya kepada Kee Guan sama ada ingin bermain
gelongsor atau jongkang-jongket.

Latihan 46
1. Wei Jing sedang mencuci tangannya di singki.
2. Mei Mei sedang membasuh mukanya di singki.
3. Wendy mengeringkan tangannya.
4. Pei Shan membuang tisu ke dalam tong sampah.
5. Mandy menolak pintu tandas dengan berhati-hati.

Latihan 47
1. Siti dan Suzi menyapu lantai dengan penyapu di dalam kelas.
2. Ali, Steven , Raju menyusun meja dan kerusi supaya kemas.
3. Kok Siong memadam papan putih hingga bersih.
4. Jayanti dan Lina mengelap tingkap dengan menggunakanm kain.
5. Kelas 1 Dinamik menjadi bersih dan cantik selepas di bersihkan.
Latihan 48
1. Wei Han bangun daripada tidur pada pukul 6.00 pagi.
2. Dia mengemaskan katilnya sendiri pada setiap pagi.
3. Dia menggosok gigi supaya giginya bersih dan cantik.
4. Selepas itu, Wei Han mandi dan menyabun badannya.
5. Sebelum pergi ke sekolah, Wei Han memakai pakaian seragam
dengan kemas.

Latihan 49
1. Ini sekolah Kai Ling.
2. Nama sekolahnya SJK ( C ) Masai.
3. Di sekolah Kai Ling ada sebuah dewan, kantin, dan perpustakaan .
4. Di sekolahnya juga ada kolam ikan yang terletak di hadapan
pejabat.
5. Kai Ling gembira belajar di sekolahnya.

Latihan 50
1. Saya dan keluarga melawat Zoo Negara.
2. Ayah telah membeli tiket sebelum masuk.
3. Pelbagai jenis haiwan yang terdapat di zoo itu.
4. Setelah penat berjalan, kami pun berhenti untuk makan
bekalan yang dibawa.
5. Pada pukul 3.00 petang, kami menyaksikan pertunjukan singa
laut.

Latihan 51
1. Hasan dan adiknya, Zara berjalan kaki ke sekolah.
2. Mereka mematuhi peraturan jalan raya.
3. Mereka memandang ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.
4. Mereka juga menggunakan jejantas yang disediakan untuk
melintas jalan.
5. Mereka menunggu arahan lampu isyarat.
Latihan 52
1. Joan suka makan buah rambutan.
2. Ibunya membeli buah rambutan di gerai buah-buahan.
3. Buah rambutan rasanay manis.
4. Buah rambutan ada warna merah dan kuning.
5. Harganya juga sangat murah.

Latihan 53
1. Hong Lee dan rakannya melihat semut dengan kanta pembesar.
2. Penjual aiskrim itu memberikan aiskrim coklat dan strawberi
kepada Mei Mei.
3. Lee Fong duduk di bangku taman sambil mengikat tali kasutnya.
4. Joanne mengambil telefon bimbit di dalam poket lalu menelefon
rakannya.
5. Aizat mengambil gambar di taman rekreasi itu sambil menyanyi.

Latihan 54
1. Adam memasakkan botol plastik ke dalam tong kitar semula.
2. Siew Mei mengikat surat khabar dengan tali.
3. Swee Ling membawa kotak minuman dengan bakul.
4. Kim Seng mengutip tin kosong di atas rumput.
5. Fauzi membuang kertas ke dalam tong kitar semula.

Latihan 55
1. Ayah memotong rumput dengan mesin rumput.
2. Ibu menyediakan makanan dan minuman di atas meja.
3. Kakak menyapu sampah dengan penyapu.
4. Abang mencuci lantai dengan berus.
5. Adik memasukkan sampah ke dalam tong sampah.

Latihan 56
1. Encik Mutuh berehat di bawah pokok yang rendang.
2. Encik Wai dan isterinya berbual-bual sambil membawa anak
mereka bersiar-siar.
3. Encik Chee Liang melihat anak-anaknya bermain buaian dan
jongkang-jongket.
4. Ai Lee berpimpin tangan dengan datuknya.
5. Suzie berjoging dengan ayah dan ibunya.
Latihan 57
1. Chin Liang dan Kok Weng membersihkan kolam ikan.
2. Danny mengali lubang.
3. Pey Ern dan Kai Pick membuang daun kering pada pokok bunga.
4. Anita menyiram pokok bunga.
5. Kok Leong mencabut rumput.

Latihan 58
1. Mun Yee mencuci basikal yang kotor di bawah pokok manga dengan
tekun.
2. Kakak Mun Yee sedang menjemur kain di ampaian di tepi pagar
rumah.
3. Abang Mun Yee sedang mengecat pagar rumah dengan cat.
4. Ibu Mun Yee sedang menanam pokok bunga hiasan di dalam pasu.
5. Ayah Mun Yee sedang memberi makanan kepada ikan koi di dalam
kolam.

Latihan 59
1. Puan Hayati menggoreng ayam di dalam minyak yang panas dengan
berhati-hati.
2. Anak peremupuan Puan Hayati sedang menghidang air minuman
di atas meja.
3. Anak lelaki Puan Hayati sedang mengemop lantai rumah yang licin
itu.
4. Suami Puan Hayati sedang membaiki lampu rumah mereka yang
rosak.
5. Adik bongsu Puan Hayati sedang mencuci pakaian dengan
menggunakan mesin basuh.

Latihan 60
1. Murid-murid itu melawat ke Taman Botani.
2. Lawatan itu disertai oleh dua orang guru.
3. Taman Botani terdapat banyak tumbuhan dan haiwan.
4. Guru itu memberi penerangan kepada murid-murid.
5. Mereka berasa sangat gembira semasa melawat.
Lengkapkan Karangan ( Jawapan )
Latihan 1
1. membawa 2. melawat 3. menaiki 4. bertolak
5. memandu 6. nenek 7. gembira

Latihan 2
1. kotor 2. bersih 3. berus 4. kapur
5. menjemur

Latihan 3
1. kehidupan 2. aktiviti 3. bersenam 4. kesihatan
5. berjoging 6. cerdas 7. berkhasiat 8. mencegah

Latihan 4
1. layang-layang 2. bertiup kencang 3. jalan raya
4. menaiki 5. tengah-tengah 6. nampak 7. terlanggar
8. menyesal

Latihan 5
1. Ahad 2. ibunya 3. sayur-sayuran 4. bakul
5. dahaga 6. soya 7. gembira 8. rumah

Latihan 6
1. kilang 2. Seiko 3. hitam 4. kotak 5. kapal terbang
6. dipamerkan 7. pemuda 8. membelek-belek
9. berkhidnmat 10. menjaga

Latihan 7
1. melancong 2. menaiki 3. mendarat 4. membawa
5. menginap 6. bersiar-siar 7. bermain 8. mengajak
9. melihat 10. membeli

Latihan 8
1. berkelah 2. kereta 3. makanan 4. menukar
5. pelampung 6. makan 7. enak 8. pulang
9. membuang 10. gembira
Latihan 9
1. cuti sekolah 2. menaiki kereta 3. membeli tiket
4. besar dan cantik 5. sempat bergambar 6. sebagai kenangan
7. melihat persembahan 8. berasa kagum 9. sungguh menyeronokkan
10. membeli cenderamata

Latihan 10
1. Kasih sayang 2. tempat tinggal 3. mengasuh anak-anak
4. sayang akan 5. menghargai jasa 6. kebahagian anak-anak
Latihan 11
1. berkebun 2. di tepi 3. serai 4. menanam 5. daripada
6. kerana 7. untuk 8. lazat 9. menghilangkan 10. fikiran

Latihan 12
1. minum , membersihkan diri dan membasuh pakaian
2. minuman 3. proses fotosintesis 4. menyiram tanaman
5. subur 6. mati kekeringan

Latihan 13
1. kampung 2. kereta api 3. stesen 4. gerabak 5. selesa
6. selera 7. Harga 8. sedap 9. indah 10. angin

Latihan 14
1. di sekolah hospital kerajaan di Melaka
2. doktor pakar bedah selama dua puluh tahun
3. klinik sawsta di Johor Bahru
4. menjadi seoang doktor
5. membanggakan saya
6. merawat pesakit

Latihan 15
1. mahir 2. menunggang 3. jika 4. baik 5. atau 6. untuk
7. pakaian 8. bahaya 9. melindungi 10. kerana
Jawapan
Karangan ( 1 )
Aku ialah sebantang pensel. Aku dijual di sebuah kedai. Aku telah
dibeli oleh seorang budak. Dia menggunakan aku untuk menulius. Aku
berasa gembira kerana dapat berkhidmat.

Karangan ( 2 )
Pada waktu pagi Ali suka bersenam. Dia bersenam bersama
keluarganya. Mereka bersenam di taman. Udara di taman itu sangat
segar. Bersenam juga dapat menyihatkan badan.

Karangan ( 3 )
Saya menpunyai sebuah basikal. Basikal itu dihadiahkan oleh
ayah. Basikal itu sangat cantik dan berwarna biru. Saya selalu
menunggang basikal ke sekolah. Saya menjaga basikal itu dengan
baik.

Karangan ( 4 )
Saya mempunyai seorang kakak. Rupa kakak saya sangat cantik.
Dia memiliki rambut yang panjang . Dia juga baik hati dan penyayang.
Saya bertuah mempunyai seorang kakak yang baik hati.

Karangan ( 5 )
Pada hujung minggu kami pergi bekelah. Kami membawa makanan
dan minuman. Semasa berkelah kami mandi di laut. Air laut sangat
jernih. Selepas itu, kami menjamu selera dengan makanan yang lazat.

Karangan ( 6 )
Pada musim cuti sekolah, kami sekeluarga pulang ke kampung.
Kebetulan masa itu ialah musim buah-buahan. Kami telah pergi ke
dusun datuk. Kami dapat menikmati buah-buahan seperti durian,
rambutan , dan manggis. Rasa buah-buahan itu sangat lazat.

Karangan ( 7 )
Aku ialah sebuah kereta Proton Waja. Aku dimiliki oleh Encik
Yusof. Dia akan memandu aku semasa pergi ke pejabat. Dia juga
selalu membawa keluarganya makan angin. Aku berasa gembira
kerana sangat disayangi.
Karangan ( 8 )
Hobi Kai Meng ialah menonton televisyen. Dia suka menoton
televisyen pada masa lapang . Dia menggemari rancangan kartun
dan sukan. Hobi menonton televisyen sangat berfaedah. Kai Meng
juga dapat menambahkan pengetahuannya.

Karangan ( 9 )
Sahabat baik saya bernama Mei Mei. Kami mempunyai hobi dan
cita-cita yang sama. Mei Mei seorang yang baik hati dan pintar. Dia
juga selalu membantu saya dalam pelajaran. Saya berasa bangga
mempunyai sahabat yang baik.

Karangan ( 10 )
Guru yang saya sayangi ialah Cikgu Tan. Beliau mengajar kami
Bahasa Malaysia . Beliau juga guru kelas Tahun 2 Amanah . Beliau
seorang yang pemurah dan bertanggungjawab. Saya berjanji akan
mengingati jasa beliau.

Karangan ( 11 )
Saya telah menyertai pertandingan melukis. Saya telah melukis
gambar pemandangan . Saya mewarna lukisan itu dengan cantik dan
berhati-hati. Setelah siap saya menghantar lukisan itu kepada guru.
Saya berasa terkejut apabila diumumkan sebagai johan.

Karangan ( 12 )
Ali sekeluarga telah pulang ke kampungnya pada cuti sekolah yang
lalu. Nama kampung Ali ialah Kampung Manong . Kampung itu terletak
di tepi pantai. Suasana di kampung itu juga sungguh damai. Penduduk
di situ bekerja sebagai nelayan. Mereka hidup aman dan harmoni.

Karangan ( 13 )
Kai Meng telah menyambut hari lahirnya yang ketujuh. Ramai rakan
yang datang ke rumahnya. Kai Meng berasa gembira kerana mendapat
banyak hadiah. Makanan yang sangat enak telah disediakan oleh
ibunya . Majlis sambutan hari lahir itu tamat pada pukul 6.00
petang.
Karangan ( 14 )
Menara Kuala Lumpur terletak di Bukit Nanas. Menara ini siap
dibina pada tahun 1996. Menara Kuala Lumpur merupakan sebuah
menara yang tertinggi di Malaysia. Menara ini menjadi kebanggaan
semua rakyat Malaysia. Di sini ada disediakan teropong jarak jauh
yang digunakan untuk melihat pemandangan bandar raya Kuala
Lumpur.

Karangan ( 15 )
Kin Yan dan keluarganya makan angin ke Cameron Highlands.
Udara di Cameron Highlands sangat sejuk. Di Cameron Highlands
ada ladang teh yang luas. Kin Yan dan keluarganya juga mandi-manda
di Air Terjun Lata Iskandar. Kin Yan dan keluarganya berasa sangat
gembira.

Karangan ( 16 )
Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang . Jalur Gemilang
mempunyai empat warna, iaitu merah , putih , kuning , dan biru . Segi
empat tepat pada Jalur Gemilang berwarna biru . Bintang dan bulan
sabit pula berwarna kuning. Jalur Gemilang mempunyai empat belas
jalur. Tujuh jalur berwarna merah dan tujuh jalur berwarna putih.

Karangan ( 17 )
Pada hujung minggu yang lepas, saya mengikut ayah saya pergi memancing.
Kami memancing di sebuah tasik yang luas. Ayah membantu saya memasang
umpan. Selepas setengah jam menunggu, akhirnya saya mendapat seekor ikan
yang besar. Saya berasa sungguh seronok.

Karangan ( 18 )
Di taman perumahan saya, ada sebuah tanman permainan. Saya selalu
bermain di taman permainan itu. Taman permainan itu luas and cantik. Saya
pergi ke sana dengan kawan-kawan pada waktu petang. Kami bermain lompat
tali, buaian , gelongsor dan jongkang-jongket. Kami bermain dengan gembira.
Karangan ( 19 )
Pada minggu lepas, Encik Lim dan keluarganya pergi berkelah di Pantai
Teluk Cempedak. Setibanya di sana, mereka memilih tempat duduk di bawah
sepohon pokok yang redang. Puan Lim membentangkan tikar dan Kai Meng
menyusun bekalan yang dibawa.
Selepas itu, Kai Meng dan adiknya membina istana pasir di tepi pantai. Ben
Li dan Nathan pula mandi-manda dengan gembira. Apabila hari menjelang
petang , mereka pun bertolak pulang.

Karangan ( 20 )
Sekolah saya mempunyai sebuah perpustakaan yang luas. Perpustakaan
yang luas. Perpustakaan ini lengkap dengan kemudahan seperti pendingin hawa
dan komputer. Perpustakaan ini juga bersih dan kemas. Terdapat banyak
buku di dalam perpustakaan ini seperti buku cerita dan buku rujukan.
Pada waktu rehat, perpustakaan sekolah saya menjadi tumpuan murid-
murid. Mereka berada di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran
kerana suasananya tenang. Mereka juga boleh meminjam pelbagai jenis buku
untuk dibaca pada masa lapang.

Karangan ( 21 )
Pada hari Khamis yang lalu, satu acara sukaneka telah berlangsung di sekolah
saya. Acara itu diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi. Ramai
ibu bapa dan tetamu yang hadir untuk menyaksikan sukaneka tersebut.
Murid-murid tahap satu mengambil bahagian dalam acara sukaneka itu.
Mereka memakai pakaian sukan yang lengkap. Mereka menyertai pelbagai
acara seperti terompah gergasi, mencari gula-gula dalam tepung, membawa
bola ping pong dengan sudu, meniup belon dan lain-lain. Para penonton bersorak
untuk memberikan sokongan kepada para peserta. Acara sukaneka berlangsung
dengan sangat meriah.

Karangan ( 22 )
Aku ialah sebuah komputer riba. Aku dibuat di kilang komputer yang terletak
di Shah Alam . Kemudian, aku dihantar ke Kedai Komputer Siber untuk dipamerkan
kepada orang ramai di dalam almari kaca. Seorang pemuda yang juga seorang
mahasiswa telah membeli aku.
Pemuda itu membawa aku pulang. Dia menggunakan aku untuk melayari internet
dan mencari maklumat. Aku juga digunakan untuk menyiapkan tugasnnya di universiti.
Selepas beberapa tahun, badanku mulai lemah dan uzur . Aku dijangkiti virus dan
akhirnya rosak. Aku berasa sedih kerana tidak dapat berkhidmat kepada pemuda itu lagi.
Karangan ( 23 )
Saya sebatang pokok bunga. Nama saya Mawar. Saya tinggal di halaman rumah.
Saya mempunyai banyak kawan. Mereka ialah Matahari, Orkid dan Bakung. Tuan
kami ialah seorang suri rumah tangga. Setiap hari, anak perempuannya akan
menyiramkan kami dengan air. Kami memerlukan cahaya matahari dan air yang
mencukupi untuk hidup.
Saya berharap dapat hidup dengan sihat untuk menemani tuan saya seumur hidup.

Karangan ( 24 )
Haiwan peiharan saya ialah seekor kucing. Kucing saya dibeli nama Si Putih.
Si Putih dihadiahi bapa sempena hari jadi saya. Setiap hari, saya memberi Si Putih
makan ikan dan nasi serta minum susu . Pada waktu lapang, saya akan bermain bola
dengan Si Putih.
Saya sayang akan Si Putih. Saya berharap Si Putih dapat menemani saya seumur
hidup.

Karangan ( 25 )
Wei Han digelar ulat buku kerana dia sangat suka membaca buku.
Setiap hari, Wei Han akan pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. Selain itu,
dia suka mengunjungi kedai buku untuk membeli buku yang diminati. Dia juga tidak
melepaskan peluang untuk mengunjungi pameran buku yang diadakan di kawasan
tempat tinggalnya.
Buku-buku yang dibeli akan dibalut dan dijaga dengan baik oleh Wei Han.

Karangan ( 26 )
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan hari kantin.
Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk mengutip dana daripada hasil jualan.
Pada hari tersebut , pengunjung datang beramai-ramai ke sekolah saya. Para
pengunjung membeli barang menggunakan kupon.
Hari Kantin berjalan dengan lancar. Guru besar mengucapkan terima kasih
kepada semua warga sekolah.

Karangan ( 27 )
Tingting ialah sejenis permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak.
Permainan ini memerlukan pemain melontar batu ke dalam petak. Kemudian, pemain
akan melompat ke dalam petak yang telah dibuat dengan menggunakan sebelah kaki.
Permainan ini bertujuan untuk menguji kecekapan pemain mengimbangi badan mereka.
Karangan ( 28 )
Encik Johny seorang juruterbang yang mahir dan berpengalaman. Beliau bekerja
dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS ). Encik Johny akan memastikan
pesawat berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan penerbangan. Beliau
sentiasa memakai uniform yang kemas. Beliau bertangguanjawab menjaga keselamatan
penumpang dan memandu pesawat ke destinasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Karangan ( 29 )
Pokok kelapa ialah sejenis pokok pelbagai guna. Isi buah kelapa boleh dimakan dan
dijadikan santan untuk masakan. Air buah kelapa pula boleh diminum. Daunnya boleh
dibuat sarung ketupat. Lidinya pula boleh dijadikan penyapu. Seterusnya batang pokok
kelapa juga boleh dijadikan titi. Sabutnya boleh dijadikan berus pencuci atau dipintai
menjadi tali. Akhir sekali, tempurung kelapa pula boleh dijadikan senduk atau
barangan kraf tangan.

Karangan ( 30 )
Sekolah saya ada sebuah perpustakaan yang besar.
Perpustakaan itu dipenuhi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Murid-murid suka
meminjam buku dari perpustakaan . Terdapat juga murid-murid yang suka mengulang
kaji pelajaran di dalam perpustakaan.
Perpustakaan sekolah merupakan satu tempat yang penting bagi semua murid.

Karangan ( 31 )
Nama ayah saya ialah Lim Wei Han. Ayah saya berumur 46 tahun. Ayah saya bekerja
sebagai mekanik.
Rupa ayah saya kacak dan segak. Makanan kegemaran ayah saya ialah nasi ayam
dan mi sup. Ayah suka minum jus oren dan kopi panas. Warna kegemarannya pula ialah
biru muda. Hobi ayah saya pada masa lapang ialah membaca buku.
Ayah saya seorang yang baik hati dan penyayang. Saya sangat sayang dan hormat
akan harmat akan ayah saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk
menggembirakan ayah saya.

Karangan ( 32 )
Susu merupakan minuman yang mempunyai banyak khasiat. Antara kebaikan minum
susu ialah tulang menjadi kuat. Jika kita selalu minum susu, maka badan kita akan
menjadi sihat. Badan yang sihat akan menjadikan hidup kita lebih ceria.
Karangan ( 33 )
Aku sebuah telefon bimbit. Namaku ialah Samsung . Aku kepunyaan seorang remaja
bernama Julia. Julia seorang tuan yang baik.
Aku boleh menyampaikan pesanan ringkas, membuat panggilan video dan melayari
Internet. Aku menghiburkan tuan aku dengan muzik dan video. Aku boleh merakam
gambar dan juga video .
Walaupun aku canggih tetapi aku takut terjatuh. Jika aku terjatuh aku boleh rosak
dan tamatlah riwayat aku. Aku harap tuan aku akan menjagaku dengan baik.

Karangan ( 34 )
Aku sebuah mesin basuh automatik. Aku dimiliki oleh keluarga Mei Mei. Setiap hari,
aku digunakan untuk mencuci pakaian keluarga Mei Mei. Aku sangat cekap membuat
kerja-kerja cucian. Keluarga Mei Mei sayang akan aku. Mereka menggunakan aku
dengan berhati-hati.
Pada suatu hari, bekalan elektrik di rumah Mei Mei telah terputus. Ibu Mei Mei
telah membawa semua pakaian yang kotor ke kedai dobi yang berhampiran.
Aku berasa sangat sedih. AAku harap, aku dapat terus berkhidmat kepada keluarga
Mei Mei.

Karangan ( 35 )
Senanam merupakan aktiviti pergerakan fizikal. Ia sesuai diamalkan terutama pada
waktu lapang. Ia boleh dilakukkan di kawasan padang , halaman rumah atau di mana
sahaja kawasan yang sesuai dan selamat.
Senanam membawa kebaikan kepada kesihatan manusia. Ia membantu mengawal
berat badan bagi mereka menghadapi masalah obesiti. Jika ia dilakukan dengan betul,
badan akan berpeluh sekali gus membuang sisa toksin dalam badan. Apabila badan
sihat, otak dapat berfikir dengan baik dan cerdas.
Kesimpulannya, amalkan senaman untuk menikmati kehidupan yang sihat.

Karangan ( 36 )
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran saya sejak kecil. Saya suka akan nasi
lemak yang dimasak oleh nenek kerana rasanya sungguh sedap. Nasi lemak itu dibungkus
dengan daun pisang dan kerana itulah nasi lemak yang dimasak oleh nenek berbau
wangi.
Selain itu, sambal yang dimasak oleh nenek tidak pedas. Nenek juga akan meletakkan
ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng dan juga hirisan tinum sebagai pelengkapkan
hidangan nasi lemak. Nasi lemak nenek lebih enak daripada nasi lemak biasa kerana
adanya ayam goreng berempah.
Setiap kali pulang ke kampung , nenek pasti memasak nasi lemak sebagai sarapan
saya. Saya ingin belajar memasak nasi lemak supaya dapat memasak nasi lemak sendiri
apabila besar nanti.
Karangan ( 37 )
Pendahuluan :
Nama saya Chan Wen Lin. Saya bercita-cita menjadi seorang guru.

Isi 1 :
Saya berminat menjadi guru. Saya ingin mengajar di sekolah rendah.

Isi 2 :
Ibu bapa saya selalu memberi galakan. Mereka memberitahu saya tentang kebaikan
menjadi guru. Saya ingin mengikut jejak emak saya menjadi seorang guru.

Isi 3 :
Saya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Saya menyediakan
jadual waktu belajar supaya dapat belajar dengan lebih baik.

Penutup :
Saya berharap saya dapat mencapai cita-cita saya. Saya berjanji menjadi seorang
guru yang baik.

Karangan ( 38 )
Pendahuluan :
Aku sebuah telefon biasa. Namaku Telex. Aku dikeluarkan di sebuah kilang di Kulau
Lumpur . Aku berwarna merah jambu.

Isi 1 :
Aku dihantar ke sebuah kedai. Aku dipamerkan di dalam almari berkaca. Aku berpeluang
berkenalan dengan kawan-kawan berjenama lain.

Isi 2 :
Aku berasa iri hati terhadap kawan-kawanku yang berjenaman baik dan canggih kerana
aku hanya sebuah telefon biasa. Walau bagaimanapun hargaku sangat murah.

Isi 3 :
Pada suatu hari, seorang pemuda telah membeliku. Dia menggunakanku dengan baik.
Tuanku menggunakanku untuk berhubung dengan kawan-kawannya.

Penutup :
Aku berasa sangat gembira hidup dengan tuanku. Aku ingin terus bersama-sama
tuanku dan berkhidmat untuknya selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai