Laporan Pementasan Drama

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 4

Laporan
Pementasan Teater

7
Laporan Pementasan Drama

Pada 3 Ogos 2018, kumpulan Unit R ambilan Jun 2016, elektif Drama dan Teater
Kanak-Kanak seramai 14 orang telah mempersembahkan sebuah pementasan Teater
Awang dan Peah Pemburu Ahli Sihir. Pementasan ini merupakan salah satu tugasan kerja
kursus bagi subjek elektif ini. Pementasan drama merupakan salah satu cabang dari
kegiatan yang berhubungan dengan akademik dan membantu proses belajar mahasiswa
dalam pentas seni drama. Kegiatan ini dapat membantu mahasiswa untuk mendalami dan
mengamalkan nilai-nilai yang penting dalam norma masyarakat (Muhammad Adli Badrudin,
2015).  Pementasan ini juga dapat menguji pengetahuan para mahasiswa mengenai
elemen-elemen penting bagi sesebuah drama yang baik. Hal ini kerana, sebelum
memulakan pementasan, para pelajar telah diberikan input yang secukupnya oleh
pensyarah isitu Puan Norehan binti Muhamad yang banyak memberi tunjuk ajar serta
sokongan moral kepada para mahasiswa. Selain itu, ia juga merupakan salah satu titik
permulaan bagi para pelakon untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelum ini
dari aspek pengurusan pentas dan publisiti, pembahagian watak serta unsur-unsur komedi
di dalam sesebuah pementasan.

Sebelum pementasan

Para pelakon dikehendaki memiliih salah satu teater kanak-kanak yang bersesuaian
dengan masyarakat sama ada bertemakan haiwan ataupun manusia. Oleh itu, kami telah
berbincang dan bersetuju untuk memilih Teater Awang dan Peah untuk dipentaskan.
Setelah memilih tajuk cerita yang bersesuaian, kami telah membahagikan tugas untuk
mengeluarkan watak di dalam cerita tersebut mengikut bab. Watak-watak ini seterusnya
dibahagikan kepada mahasiswa mengikut watak yang bersesusaian dengan personaliti
pelakon. Watak-watak di dalam teater Awang dan Peah adalah tidak terlampau berat untuk
dibawa dimana jalan ceritanya yang mudah difahami dan dekat dengan jiwa masyarakat
Malaysia. Antara watak yang terdapat dalam teater ini ialah 2 orang pemburu iaitu Awang
dan Peah, ahli sihir, Lily dan Bobo sebagai kanak-kanak, beberapa orang kampung dan 4
ekor haiwan. Penulis telah menyandang watak sebagai Mak Zaiton sebagai orang kampung
yang telah kehilangan anaknya iaitu Lily.

8
Setelah membahagikan watak kepada para pelakon, kami telah berbincang untuk
menghasilkan jawatankuasa pengurusan bagi teater ini. Jawatankuasa pengurusan terdiri
daripada pengarah, timbalan pengarah, penulis skrip, pengurus belakang tabir, props,
publisiti dan runner. Bagi penghasilan skrip, AJK yang terlibat telah membahagikan tugas
mereka mengikut bab dalam teater tersebut. Skrip yang baik perlulah mempunyai
kesinambungan antara satu watak dengan watak yang lain bagi menampakkan jalan cerita
yang berterusan. Seterusnya, skrip juga perlu diterapkan dengan nilai-nilai kecindan agar
menghasilkan jalan cerita yang lebih menarik dan plot yang bervariasi (9 Unsur Seni Peran
Dalam Seni Teater, 2017). Setelah skrip siap diolah mengikut kesesuaian watak masing-
masing, para pelakon telah membuat latihan melalui pembacaan skrip dan penghayatan
sebelum melakonkan watak tersebut. Daripada proses ini, para pelakon dapat mengkritik
dan memberi pandangan tentang teknik yang sepatutnya dilakukan bagi menjiwa watak
melalui pembacaan skrip yang dilakukan.

Seterusnya, bagi mengilap kemahiran lakonan pementasan kami, pensyarah


penasihat kami iaitu Puan Norehan binti Muhamad telah membuka peluang kepada para
pelakon untuk menonton pementasan teater “Usop Yeh Yeh” di JKKN Perak pada 13 Julai
2018. Melalui pemestasan tersebut, kami telah mempelajari cara lontaran suara yang baik,
penguasaan pentas serta penghayatan watak yang berkesan. Setelah itu, barulah para
pelakon mula berlatih membawa watak yang diberikan tanpa melihat skrip dari satu babak
ke babak yang lain. Di dalam fasa ini, pengarah telah memainkan peranan yang penting di
mana beliau akan melihat pergerakan cerita tersebut sama ada berjalan dengan lancar atau
sebaliknya. Selain itu, di atas nasihat pensyarah pembimbing, kami telah menyelitkan
adegan tarian dan nyanyian dalam lakonan tersebut bagi menyerikan lagi teater kami ini.
Sewaktu latihan lakonan, kami telah menggunakan waktu kelas dan juga waktu malam
untuk menyusun gerakan, penataan kesan bunyi serta menyiapkan props. Bagi penyediaan
props dan latar belakang, kami tidak menghadapi sebarang kesulitan disebabkan latar
tempat yang digunakan kebanyakkan bertempat di dalam hutan dan kawasan
perkampungan. Oleh itu, pembahagian persiapan props guna telah dibahagikan sama rata
antara para pelakon. Setiap pelakon perlu menyediakan props yang telah ditetapkan sehari
sebelum pementasan dilakukan. Disamping itu, penulis selaku AJK Publisiti telah
menghasilkan sebuah poster bagi mempromosikan teater kami ini. Poster tersebut
disebarkan kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh melalui TV Informasi di Blok Budiman
serta melalui Whatsapp group para pelajar.

9
Semasa pementasan

Pada 3 Ogos 2018, jam 8.00 malam lagi krew Teater Awang dan Peah, Pemburu
Ahli Sihir telah bersedia di Dewan Seri Tanjung bagi melakukan persiapan terakhir.
Persiapan pentas telah dilakukan pada petang Jumaat tersebut sambil membuat latihan
lakonan bersama kostum pelakon buat kali terakhir. Bagi persiapan pentas, kami telah
membuat pembahagian pentas kepada dua latar tempat iaitu hutan dan juga rumah Tok
Ketua. Kawasan hutan serta rumah ahli sihir akan merangkumi keseluruhan pentas,
manakala bagi rumah Tok Ketua, lakonan tersebut dilakukan di kawasan hadapan pentas
yang berlatar belakangkan tirai pentas. Tepat pada pukul 8.15 malam, persembahan
pembukaan telah dilakukan oleh saudara Muhammad Nazren Firdaus bagi menghiburkan
para tetamu. Setelah itu, pada pukul 8.40 malam, lakonan teater dimulakan dengan adegan
tarian haiwan-haiwan di dalam hutan dan teruskan dengan lakonan babak 1 sehingga babak
5. Bagi pengurusan pentas pula, seperti peralihan props, penataan cahaya dan bunyi, serta
pendokumentasian video kami telah meminta bantuan daripada adik-adik unit U bagi
memberikan sedikit sebanyak pengalaman kepada mereka semua. Dengan kerjasama
daripada semua pihak, Pementasan Teater Awang dan Peah Pemburu Ahli Sihir ini telah
berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan selama lebih kurang 30-40 minit.

Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang perlu di tambah baik pada masa
akan datang. Antaranya ialah teknik lontaran suara yang baik. Disebabkan oleh ketiadaan
portable microphone, para pelakon perlu menggunakan sepenuh tenaga untuk melontarkan
suara agar dapat didengari oleh keseluruhan penonton. Hal ini kerana, jika dialog yang
dilontarkan oleh para pelakon tidak dapat didengari, mesej daripada teater tersebut tidak
sampai ke jiwa penonton (NIzila Asin, 2007). Tambahan pula, pencahayaan bagi teater ini
juga agak kurang memuaskan kerana kekurangan sumber cahaya. Lebih-lebih lagi sewaktu
babak di rumah ketua kampung dimana para pelakon berada di hadapan tirai dan cuma
mengharapkan lampu ‘spotlight’ dikiri dan kanan dewan. Oleh itu, sebelum pementasan,
pemantauan terhadap pencahayaan juga perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil
persembhaan sebuah teater yang sempurna bagi semua aspek.

10
Selepas persembahan

Kira-kira pada pukul 9.15 malam, persembahan teater ini telah tiba ke
penghujungnya, para pelakon memperkenalkan nama dan watak masing-masing sambil
diiringi dengan tarian dan lagu ‘Malam Pesta Muda Mudi’. Setelah itu, majlis diteruskan lagi
dengan ucapan daripada pensyarah pembimbing kami, Puan Norehan serta upacara
penyampaian hadiah kepada juri dan tetamu jemputan. Juri pada malam tersebut ialah Dr
Nazri manakala tetamu jemputan ialah Encik Shamsudin selaku Ketua Jabatan Pengajian
Melayu. Kemudian, para pelakon turun ke bawah pentas bagi mengikuti sesi fotografi
bersama VIP serta para tetamu yang hadir. Pada malam tersebut, kami berasa amat
gembira dan bersyukur kerana teater ini telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada para warga IPG Kampus Ipoh di mana kira-kira seramai 100 orang
telah turun menyaksikan persembahan teater Awang dan Peah, Pemburu Ahli Sihir ini. Usai
penonton pulang, para krew telah menikmati jamuan makan malam disamping membuat
post-mortem terhadap kekurangan dan kelebihan daripada pementasan yang dilakukan.
Hasil daripada perbincangan,secara keseluruhannya para pelakon berpuas hati di atas
pementasan yang dilakukan, namun terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik.
Akhir sekali, para krew teater Awang dan Peah, Pemburu Ahli Sihir bekerjasama untuk
membersihkan semula kawasan dewan yang telah digunakan dan memastikan ia berada di
dalam keadaan yang bersih seperti sedia ada.

11
Lampiran

Sebelum Pementasan

Proses penyediaan props Latihan membaca dan menghafal skrip

Latihan lakonan tanpa skrip Lantikan Jawatankuasa Pengurusan

12
Pembahagiaan watak Pembahagian tugasan penyediaan props
Menonton Persembahan Teater Usop Yeh Yeh

Barisan para pelakon Bergambar bersama para pelakon

Sebelum memasuki auditorium

Tiket teater Usop Yeh Yeh

Semasa pementasan

13
Adegan menari di dalam teater Awang dan Peah

Selepas pementasan

14
RUJUKAN

9 Unsur Seni Peran Dalam Seni Teater. (2017). Retrieved from IlmuSeni.com:
https://ilmuseni.com/seni-pertunjukan/unsur-seni-peran

Muhammad Adli Badrudin. (2015). Laporan Akhir Projek Seni Persembahan DRama
Produksi Teater Tuah Jebat. 156.

15
NIzila Asin. (2007). Pendekatan Pelakon Dalam Lontaran Vokal dan Ekspresi Wajah Watak
Lakonan Monolog. 15.

16

Anda mungkin juga menyukai