Peraturan Kriket MSSM B12 & B18
Peraturan Kriket MSSM B12 & B18
Peraturan Kriket MSSM B12 & B18
BAWAH 12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA KUALA LUMPUR
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Semua permainan akan dijalankan mengikut Undang-undang Kriket sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh Kelab Kriket Maryleborne, tertakluk kepada pindaan-
pindaan yang diluluskan oleh Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM).
2. PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem liga satu kumpulan dalam kumpulan
bagi pusingan pertama dan kalah mati bagi pusingan separuh akhir dan akhir.
3. SISTEM PERTANDINGAN
Semua pasukan akan dibahagi kepada 2 kumpulan. Johan dan Naib Johan setiap
kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir secara cross-over. Kedua-dua
pasukan yang kalah dalam separuh akhir akan dikira sebagai pemenang ketiga.
4. HAD MASA
4.1 Semua perlawanan mengandungi satu innings bagi setiap pasukan dan setiap
innings dihadkan kepada :-
10 (6 ball) overs – Untuk semua perlawanan
4.2 Tiga / Empat permainan akan diadakan setiap hari di sebuah padang yang
ditetapkan. Semua perlawanan akan ditamatkan dalam hari yang ditetapkan
dan masa pertandingan rasmi adalah seperti berikut :-
c) Perlawanan Ketiga : 11.30 pg - 01.00 tgh - Cut off time - 12.10 tgh
Innings pertama bermula 11.30 pg hingga 12.10 tgh
Rehat 10 minit
Innings berikut bermula 12.20 tgh hingga 01.00 tgh
4.2.3 Sekiranya sesuatu perlawanan tertangguh kerana cuaca atau sebab-sebab
tertentu yang tidak dapat dielakkan, pengadil akan menyusun semula jumlah
overs bagi innings kedua-dua pasukan. Penyusunan ini hendaklah dibuat
dengan mematuhi syarat bahawa bilangan overs tidak kurang daripada separuh
(½) overs asal. Jika syarat ini tidak dapat dipenuhi, maka perlawanan
berkenaan dianggap seri.
4.2.4 Jika permainan tidak dapat dijalankan langsung, maka perlawanan tersebut
akan dikira sebagai seri tanpa lawan dan setiap pasukan akan diberikan satu
mata.
4.2.5 Sekiranya sesuatu innings habis lewat oleh sebab kelewatan pasukan
memadang pasukan tersebut akan dipenalise untuk slow over rate dan jumlah
over batting mereka akan dikurangkan.
4.2.6 Bagi pasukan memukul pula seorang pemukul boleh dikeluarkan secara timed
out sekiranya tidak bersedia untuk menghadapi balingan dalam tempoh masa 2
minit.
5. HAD SEKATAN
5.1 Seorang pembaling tidak boleh membaling lebih daripada 2 overs dalam satu
innings 10 overs.
5.2 Had minimum pembaling ialah 10 overs dalam empat puluh minit dan
Jawatankuasa Pengelola akan mengarahkan pengadil memastikan bahawa
peraturan ini dipatuhi.
5.3 Sekiranya seorang pembaling tidak mampu menhabiskan satu over kerana
sebab-sebab tertentu, baki balingan (balls) hendaklah dibaling oleh seorang
pembaling yang lain. Baki balingan (balls) yang berkenaan adalah dikira
sebagai satu over kepada pembaling yang mengambil alih.
Pasukan yang memperoleh kadar larian setiap over (Run-rate per over)
yang lebih besar dihitung tepat kepada 2 tempat perpuluhan akan
menjadi pemenang. Perhitungan kadar larian setiap over bagi pasukan
yang memukul pertama akan dibuat berdasarkan jumlah overs yang
telah ditetapkan.
6.4 Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 6.1, 6.2 & 6.3,
maka kedua-dua pasukan dianggap seri.
6.5 Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama (tie), maka
kedua-dua pasukan dianggap seri. (Peringkat Kumpulan )
6.6 Pasukan yang tidak bersedia untuk memulakan sesuatu perlawanan 30 minit
selepas masa yang ditetapkan akan dianggap menarik diri atau menyerah
kalah.
6.8 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dianggap sebagai johan kumpulan.
Pasukan dengan jumlah pungutan mata yang kedua terbanyak adalah sebagai
Naib Johan.
6.9 Sekiranya terdapat dua atau tiga pasukan mendapat jumlah mata yang sama
maka kedudukan pasukan akan ditentukan seperti berikut.
6.9.1 Pasukan yang mempunyai net run rate yang lebih besar dalam
permainan permainan kumpulan dikira menang. Cara kiraan:-
(Jumlah larian yang dibuat dibahagikan dengan jumlah over yang
dihadapi dan tolak dengan jumlah larian yang diberi bahagi
jumlah over yang dibaling)
7. PUSINGAN KEDUA
Peraturan over eliminator diguna pakai di peringkat suku akhir, separuh akhir,
tempat 3/4 dan akhir sekiranya perlawanan tie. (Setiap pasukan akan diberikan
satu over (6 balingan). Pasukan memukul boleh batting untuk 1 over atau innings
dianggap tamat apabila 2 wiket jatuh.
7.1 Jika masih seri, over eliminator akan diguna sekali lagi.
7.2 Jika masih juga seri keputusan akan dibuat melalui undian. (Toss Sekali )
8. PENDAFTARAN
8.1 Tiap-tiap pasukan mempunyai tidak lebih daripada 15 pemain.
8.2 Semua pemain hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pemain yang
dibekalkan. Senarai yang lengkap berserta dengan salinan kad pengenalan
hendaklah dibawa bersama-sama semasa hari pertama permainan mengikut
jadual.
8.3 Senarai nama pemain untuk satu perlawanan (match registration) hendaklah
diserahkan kepada pegawai bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan
dimulakan.
9. MINUMAN
9.1 Dalam sesuatu innings, minuman boleh dibawa ke padang sekali sahaja. Jika
cuaca terlalu panas, dengan arahan pengadil minuman boleh dibawa dua kali
sewaktu perlawanan dijalankan.
9.2 Minuman hanya boleh dibawa selepas perlawanan berjalan lebih daripada 20
minit atau 5 overs.
10.2 Pengadil akan memberitahu ketua pasukan yang berkenaan bahawa dia akan
melaporkan kejadian itu kepada Jawatankuasa Pengelola.
11. PENALTI
Mana-mana pasukan yang melanggar sebarang peraturan pertandingan boleh
digantung atau disingkirkan daripada perlawanan, bergantung kepada keputusan
Jawatankuasa Pengelola / Lembaga Tatatertib.
12 GELANGGANG
12.1 Dalam permainan yang dijalankan di atas tikar (Matting), bola yang dibaling
ke penghujung matting atau terkeluar adalah disifatkan sebagai no ball.
12.2 Semua bola yang dibaling yang terkeluar lebih 2 kaki di luar off stump
disifatkan sebagai wide.
12.3 Semua bola yang dibaling keluar sebelah leg stump disifatkan sebagai wide.
12.4 Semua bola yang dibaling terus (full toss / beamer) melepasi paras pinggang
pemukul akan dipanggil sebagai no ball.
12.5 Satu bouncer dibenarkan setiap over. Jika bola kedua atau seterusnya yang
dibaling melantun dan melepasi paras bahu pemukul yang berdiri pada
posisi dirian biasa (atas crease) pengadil akan memanggil bola tersebut
sebagai no ball.
13. BANTAHAN
Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM