Novel Formula Termodinamik

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 9

Novel

Novel formula termodinamik

Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama
Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya
melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan.
Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi
Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang
satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir
menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman
dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.

Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin
menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat
Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan
Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa
nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan
bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya
digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang
dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di
antara mereka dengan Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan.

Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan. Projek tersebut akan dijalankan dengan
bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak
pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik. Namun
begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak
diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan, Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia
tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.

Studywithadmin – ns
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan projek mesin 2 dalam 1 mereka berjalan
lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana
komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar
ke kedai besi untuk dibentuk. Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh
pasangan sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan
terperinci tentang proses pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir Diploma
Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.

Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi memancing di
sawah untuk menenangkan fikiran. Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi
orang Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan- rakannya yang telah mencuri baja
tersebut.

Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk melaksanakan projek impiannya,
mencipta mesin menanam padi. Mesin ini amat relevan untuk masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi menjadi
bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan secara
terperinci menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.

Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan data formulanya
hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk
menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke
bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati formula tersebut. Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya
kepada nenek untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.

Studywithadmin – ns
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian ayahnya untuk
mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut mendapati ada pencerobohan
sedang berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan
menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia.

Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak
berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila atas urusan perniagaan.
Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang
menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya
tersenyum bangga. Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit.

Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan. Ramai penduduk
kampung datang menolong menanam padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum
disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada musim menanam kali ini. Tiba-tiba mereka
dikejutkan dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik
Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi
pertolongan kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek kemudiannya dihantar
ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Studywithadmin – ns

Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi mengelakkan
jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di
hospital menemani nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang daripada anak cucunya.
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak masanya dihabiskan di hadapan
komputer. Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya belum berhasil. Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital
sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu tidak dapat
disekat lagi. Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut
kepada Fikri dan Majibon. Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya. Majibon
membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama melarang mengambil hak orang lain.

Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka. Fikri pula
menentang hasrat Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara sihat.
Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha
keras mengesan kebocoran data tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat perkara
tersebut.

Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya
terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat mereka. Pada masa
yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan
keluar dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-
orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin
pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat menjejak penjenayah Kampung Warisan yang menyimpan barang-
barang curi di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah
itu.

Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas Isyak menuju ke pondok
yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam perjalanan mereka sampai di pangkalan. Dari situ mereka bergerak ke sebuah
pondok dan bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk
memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok
tersebut dapat diberkas dan dihantar ke balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.

Studywithadmin – ns
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua orang pemuda di
pondok berhampiran dengan pangkalan. Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD
tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf.

Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula mereka. Mereka cuba bertanya tentang
penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin
pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air telah
naik melepasi satu meter.

Aswan, Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk menyelamatkan diri. Aswan
rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana
cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dalam
suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-
rakannya. Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik
dan penghantar e-mel.

Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah membolehkan mereka memenangi Anugerah Saintis Muda dan
mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Pada hari keberangkatan, semua
ahli keluarga berada di lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut sama. Asma datang mengucapkan tahniah
kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah dan mawar merah buat Amir..

Studywithadmin – ns
Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau
kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma
anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke
Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti
semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu
projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir
menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor
Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya
mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta
model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di
belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan
perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang.

Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba
menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu
sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan
Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah
memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar
negara.

Studywithadmin – ns

Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang berwawasan tinggi dan masih
menuntut telah memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai. Inovasi tersebut
dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya
telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis
Muda.
• tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan masyarakat.
• mengamalkan etika
• taat kepada ajaran agama
• perniagaan dan keusahawana
• kasih sayang nenek terhadap anak cucunya
• tangguhngjawab terhadap seorang sahabat
• mengamalkan budaya ilmu

Amir ( watak utama )


• seorang yang pemaaf dan tidak berdendam
• seorang yang kreatif dan inovatif
• seorang yang bijaksana
• seorang yang penyayang

usamah ( watak sampingan )


• seorang perempuan yang kreatif dan inovatif
• seorang yang penyayang
• seorang yang bersungguh – sungguh
• seorang yang kurang sabar

Studywithadmin – ns
masyarakat
• masyarakat yang berpendidikan tinggi
• masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong - royong
• masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama
• masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri snediri

masa
• malam sambutan Hari Krismas
• selepas waktu isyak
• pada pukul 12:00 tengah malam
• pada suatu pagi

Studywithadmin – ns
tempat
• Kampung Warisan , Papar , Sabah
• bilik pembedahan
• sawah padi
• di dalam bilik
• tepi sungai
• di atas tangga , rumah Amir
• Pejabat Persendirian Damit , Syarikat Bahagia , Putatan
• rumah Majibon

• nilai kerjasama
• nilai kasih sayang
• nilai kejujuran
• nilai keberanian
• kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama
• kita semsstinya memiliki sikap kasih sayang
• kita sewajarnya memiliki sikap jujur
• kita hendaklah memiliki sikap berani

Studywithadmin – ns

Anda mungkin juga menyukai