Contoh Buku Peraturan
Contoh Buku Peraturan
Contoh Buku Peraturan
PROFIL MURID
IKRAR PELAJAR
LAGU SEKOLAH
BAB 1 : PERATURAN AM
1. Waktu Persekolahan
2. Kehadiran murid ke sekolah
3. Lewat sampai ke sekolah
4. Perhimpunan
5. Keadaan Bilik Darjah
6. Waktu Pembelajaran
7. Tatacara Masuk ke bilik darjah / MakMAL Sains /Makmal Komputer / Pusat Sumber
8. Waktu Rehat
9. Kantin Sekolah
10. Tandas Sekolah
11. Keluar kelas ketika watu pengajaran dan pembelajaran
12. Harta Benda Sekolah
13. Barang-barang Larangan
14. Kehilangan Barang
15. Murid sakit / Kemalangan
BAB 3 : KESELAMATAN
1
BAB 5 : PERATURAN UMUM
1. Peperiksaan / Ujian
2. Laporan Kemajuan Murid
3. Lawatan Sambil Belajar
4. Yuran
5. Kelas Tambahan
6. Kerja Rumah
7. Lembaga Pengawas
8. Tindakan Dsiplin / Salahlaku Murid
2
PROFIL MURID
NAMA : _________________________________________________________
ALAMAT : ___________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(HP) : __________________________
Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Meninggalkannya/ menghilangkannya /
merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini adalah menjadi satu kesalahan.
3
IKRAR PELAJAR
Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua
daripada kami.
Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri,
keluarga, bangsa, agama dan Negara.
LAGU SEKOLAH
VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
4
MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA
PUNCA KUASA
Disiplin di Sekolah
Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh tiap-
tiap Sekolah – Lampiran C
5
mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru
dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian
murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-
ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan
Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami
bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.
4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui
peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara
yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga
menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing
Para 6.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik
kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya
mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat
bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang
baik.
BAB 1 : PERATURAN AM
1.WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 : Waktu persekolahan setiap hari adalah seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual Waktu
iaitu bermula pukul 7.45 pagi sehingga pukul 1.45 tengahari.
a. Tahap 1 : Ahad hingga Selasa 7.45 pagi hingga 1.15 petang .
Rabu hingga Khamis 7.45 pagi hingga 12.45 tengah hari.
b. Tahap 2 : Ahad hingga Selasa 7.45 pagi hingga 1.45 tengahari.
Rabu hingga Khamis 7.45 pagi hingga 1.15 petang
Rabu 7.45 pagi hingga 6.00 petang.
(aktiviti kokurikulum *tertakluk pada perubahan).
1.2: Semua murid hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu
persekolahan.
1.3 : Loceng pertama akan dibunyikan 15 minit sebelum waktu persekolahan dan semua murid
wajib beratur di tapak perhimpunan.
1.4: Murid akan berjalan di dalam barisan ke kelas masing-masing di bawah kawalan guru
bertugas dan pengawas sekolah.
1.5: Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu persekolahan
tanpa kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan.
6
1.6. Bagi urusan kecemasan, waris atau ibu/bapa/penjaga murid hendaklah membuat urusan di
pejabat dengan kebenaran Guru Besar atau penolong kanan.
1.7. Ibubapa/Waris/Penjaga mestilah mempastikan anak jagaan mereka terus pulang ke
rumah. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang
tidak diingini yang berlaku 15 minit selepas waktu pulang .
2. KEHADIRAN MURID
4. PERHIMPUNAN
4.1 Apabila loceng dibunyikan semua murid hendaklah datang segera ke dataran
perhimpunan.
4.2 Semasa perhimpunan, murid mesti berada dalam keadaan senyap dan berbaris mengikut
kelas masing-masing.
4.3 Semua murid tidak dibenarkan bercakap atau berbuat bising semasa perhimpunan.
4.4 Semua murid hendaklah mendengar segala pesanan dan mematuhi segala arahan Guru
Besar / Penolong Kanan , Guru Bertugas, Guru dan Pengawas yang memberi arahan.
4.5 Murid hendaklah berdiri tegak semasa Lagu Negaraku, Lagu Sekolah, Lagu Pendidikan
Cemerlang Kedah Gemilag dan lagu Negeri Kedah dinyanyikan serta bendera dinaikkan.
4.6 Apabila selesai perhimpunan, murid mestilah berbaris masuk ke kelas masing-masing
secara teratur bersama guru waktu pertama selepas perhimpunan.
7
13
5. KEADAAN BILIK DARJAH
5.1 Semua murid adalah bertanggungjawab bagi kebersihan dan kekemasan bilik darjah.
Aktiviti membersihkan kelas diadakan 10 minit sebelum waktu balik.
5.2 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas hendaklah mengawas kelas dan memastikan
alatan penting seperti kapur, pemadam dan lain-lain.Jika guru terlewat masuk ke kelas
melebihi 5 minit sila datang ke pejabat berjumpa dengan Guru Besar, atau Penolong
Kanan untuk memaklumkan perkara itu.
5.3 Lampu dan kipas hendaklah digunakan bila keadaan memerlukan dan menutup segera
bila tidak dikehendaki lagi atau semasa hendak meninggalkan kelas.
5.4 Buang sampah atau sisa ke dalam tong sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
5.5 Setiap kelas mestilah ada Jadual Waktu Kelas, Jadual Bertugas Harian, senarai nama
jawatankuasa kelas, Jadual Keberadaan Guru, Rekod Salah Laku Disiplin, Sudut
Kedatangan murid, Sudut Matapelajaran.dan Sudut Bacaan.
5.6 Papan kenyataan / softboard hendaklah dimanfaatkan.
5.7 Bila loceng terakhir berbunyi, murid yang bertugas hendaklah:
a Bersihkan papan hitam, padamkan lampu dan tutup kipas.
b Simpan barang-barang seperti kapur, pembaris dan pemadam di tempat yang
sepatutnya.
c. Selepas loceng pertama, ketua kelas dan penolong ketua kelas hendaklah mengira
jumlah semua murid yang hadir dan tuliskan jumlah kehadiran di penjuru atas
sebelah kanan papan hitam.
d. Setiap murid bertanggungjawab ke atas kerusi meja masing-masing.
5.8 Sebarang kerosakan, kehilangan dan pencemaran ke atas bilik darjah hendaklah
dilaporkan kepada guru kelas dengan segera.
5.9 Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas murid yang merosakkan peralatan di bilik
darjah.
5.10 Ketua Darjah bersama Guru Kelas hendaklah bertanggungjawab memastikan keperluan
peralatan bilik darjah mencukupi.
6.1 Apabila Guru, Guru Besar atau Pelawat masuk ke dalam bilik darjah semua murid
hendaklah bangun dan memberi salam atau ucap selamat pagi/ tengah hari.
6.2 Semua murid dikehendaki menjaga ketenteraman kelas.
6.3 Apabila guru tiada dalam bilik darjah, Ketua Darjah bertanggungjawab menjaga dan
mengawal semua murid. Semua murid hendaklah mematuhi arahan Ketua kelas.
6.4 Murid ditegah makan dan minum di dalam kelas.
6.5 Semasa guru sedang mengajar, semua murid hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap pelajaran. Bermain-main ketika guru sedang mengajar adalah satu kesalahan.
6.6 Setiap kerja rumah yang diberi oleh guru hendaklah diselesaikan pada waktu yang
ditetapkan oleh guru dengan usaha sendiri dan bukan meniru kawan.
6.7. Murid dilarang berniaga atau menjual sebarang barangan di dalam kelas.
8
7. MASUK KE BILIK DARJAH/MAKMAL SAINS/BENGKEL KH/ PUSAT
SUMBER
7.1 Semua murid hendaklah beratur di kaki lima / tepi kelas sebelum berjalan mengikut
barisan ke kelas yang berkenaan.
7.2 Apabila berjalan ke Makmal Sains/Bengkel Kem.Hidup/ Pusat Sumber dan padang
permainan, semua murid hendaklah berjalan dalam barisan dan senyap.
7.3 Tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal/bengkel/pusat sumber/padang permainan
atau bilik-bilik khas sebelum mendapat arahan atau tanpa pengawasan daripada guru.
8 WAKTU REHAT
8.1 Semua murid dilarang berada di dalam kelas atau sepanjang kaki lima kelas/bilik khas
kecuali dalam keadaan tertentu.
8.2 Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.
8.3 Murid dilarang membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah atau di tempat
lain dari kantin sekolah semasa waktu persekolahan dan aktiviti.
8.4 Murid tidak dibenarkan menjual makanan dan minuman di sekolah.
8.5 Murid tidak dibenarkan membeli makanan yang tidak mengenyangkan.
8.6 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa rehat tanpa kebenaran.
8.7 Murid yang keluar dari kawasan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas.
8.8 Semua murid hendaklah makan makanan dan minuman di kantin sekolah atau di tempat
rehat yang telah ditetapkan.
8.9 Murid tidak dibenarkan membawa makanan ke dalam kelas.
9. KANTIN SEKOLAH
10.1 Murid boleh menggunakan tandas sebelum waktu sekolah, semasa rehat dan selepas
rehat.
10.2 Murid yang terpaksa menggunakan tandas kerana kecemasan boleh meminta kebenaran
daripada guru yang sedang mengajar serta mendapatkan pas keluar kelas.
10.3 Murid hendaklah membersihkan tandas selepas menggunakannya.
9
10.4 Tarikkan “ flush” selepas membuang air besar.
10.5 Jika “ flush” rosak, gunakan timba atau paip getah untuk membersihkan tandas.
10.6 Dilarang membuang sampah/plastik kedalam lubang tandas atau sinki.
10.7 Dilarang bermain-main di dalam tandas.
10.8 Dilarang membazirkan air. Gunakan dengan cermat.
10.9 Dilarang murid datang ke tandas beramai-ramai.
10.10 Murid hendaklah menggunakan kad keluar kelas apabila hendak ke tandas.
12.1 Semua peralatan/perkakas/barang yang berada di dalam kawasan atau bangunan sekolah
adalah menjadi hak milik sekolah.
12.2 Semua murid ditegah mengambil atau meminjam harta benda sekolah tanpa kebenaran.
12.3 Tindakan akan dikenakan kepada murid yang mengganggu atau merosakkan harta benda
sekolah.
12.4 Semua murid bertanggungjawab menjaga dengan baik harta benda sekolah. Jika didapati
rosak, murid hendaklah melaporkan kepada pihak pentadbir sekolah atau guru.
12.5 Murid yang merosakkan harta benda sekolah hendaklah mengganti atau membayar
kerosakkan itu.
12.6 Murid dilarang menconteng dinding bangunan, papan hitam, cermin, kerusi, meja, almari
dan papan kenyataan.
12.7 Gunakan peralatan sekolah dengan cermat.
13 BARANG LARANGAN
13.1 Semua murid ditegah membawa sebarang senjata tajam atau berbahaya ke sekolah.
13.2 Semua murid dilarang membawa masuk makanan/minuman yang tidak halal ke sekolah.
13.3 Murid ditegah membawa alat-alat hiburan (seperti radio, radio kaset, gitar, video, kamera,
hp dll).
13.4 Adalah menjadi kesalahan jika membawa, mengedar atau menghisap rokok/vape atau
sebarang jenis dadah.
13.5 Semua murid dilarang memakai sebarang bentuk barang-barang kemas.
13.6 Murid dilarang membawa sebarang jenis permainan dari rumah termasuk kad dan
sebagainya.
13.7 Murid dilarang mengubah suai sebarang alatan pada basikal atau kenderaan yang
digunakan untuk ke sekolah. Sebarang pengubahsuaian pada basikal yang melanggar
peraturan sekolah akan diambil tindakan.
10
14 KEHILANGAN BARANG
14.1 Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru kelas,
guru bertugas atau guru Penolong Kanan Hem.
14.2 Murid yang menjumpai barang-barang di mana sahaja di dalam kawasan sekolah
hendaklah menyerahkannya kepada pengawas , guru, guru bertugas atau guru Penolong
Kanan Hem.
14.3 Adalah menjadi kesalahan murid menyimpan barang yang dijumpai tanpa kebenaran.
15.1 Murid yang memerlukan rawatan di hospital hendaklah mendapatkan Surat Rawatan
daripada guru bertugas atau guru Penolong Kanan Hem.
15.2 Murid yang sakit dan tidak hadir ke sekolah perlu memberitahu guru kelas atau Guru
Penolong Kanan Hem secara bertulis atau lisan.
11
2. PAKAIAN SERAGAM MURID MURID PEREMPUAN
2.1` Pinafore berwarna biru tua
2.2 Baju Putih berlengan pendek
2.3 Kasut getah berwarna putih (kanvas)
2.4 Sarung kaki berwarna putih
2.5 Baju kurung berwarna putih
2.6 Kain sarung berwarna biru tua
2.7 Tudung kepala berwarna putih berbentuk tiga segi dua sama atau mini telekung.
2.8 Memakai tandanama dan lencana sekolah.
2.9 Vest berwarna hitam
4. LENCANA SEKOLAH
5.1 Semua murid hendaklah memakai seluar panjang berwarna biru tua (track suit )
5.2 Semua murid lelaki hendaklah memakai baju T sekolah yang telah ditetapkan.
5.3 Semua murid perempuan hendaklah memakai baju T sekolah yang telah ditetapkan dan
berlengan panjang.
5.4 Sarung kaki berwarna putih.
5.5 Murid dilarang memakai pakaian seragam sekolah semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.
6. DISIPLIN / TINGKAHLAKU
12
6.3 Menghormati guru
6.4 Menghormati pengawas
6.5 Menghormati kawan
6.6 Berbudi bahasa
6.7 Sentiasa bercakap benar
6.8 Sentiasa jujur
6.9 Berani menghadapi cabaran
6.10 Sentiasa sabar menghadapi sebarang masalah
6.11 Sentiasa bersyukur
6.12 Rajin berusaha untuk meningkatkan prestasi diri
6.13 Bekerjasama
6.14 Bertanggungjawab
6.15 Kesederhanaan
6.16 Kebersihan fizikal, mental dan rohani
6.17 Beramanah
6.18 Kasih sayang-sayangkan keluarga, sekolah, guru, kawan-kawan dan harta benda.
BAB 3: KESELAMATAN
1.1 Murid tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah semasa persekolahan tanpa
kebenaran.
1.2 Murid yang hendak keluar kawasan sekolah semasa pembelajaran sedang dijalankan atas
sebab-sebab yang mustahak hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Guru
Penolong Kanan dengan menggunakan borang khas yang disediakan dan mencatatkan
nama ke dalam Buku Keluar Kawasan Sekolah . Urusan adalah di pejabat sekolah.
1.3 Murid yang memerlukan rawatan/pemeriksaan doktor hendaklah mendapatkan Borang
Rawatan di pejabat sekolah dan dapatkan tandatangan Guru Besar atau Guru Penolong
Kanan. Catatkan nama ke dalam Buku Rawatan.
1.4 Murid tidak dibenar bercakap dengan orang luar atau pelawat termasuk ibu bapa semasa
waktu belajar kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan.
1.5 Murid tidak dibenar keluar kawasan sekolah dengan sesiapa pun termasuk ibu bapa
kecuali mendapat kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan.
1.6 Jika didapati orang luar yang mencurigakan di dalam kawasan sekolah, hendaklah
dilaporkan segera kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
1.7 Jika berlaku sebarang kemalangan di dalam kawasan sekolah mestilah dilaporkan kepada
Guru Bertugas/ Pengawas.
1.8 Murid perempuan dilarang berada di tempat sunyi berseorangan.
2. KEBAKARAN / KECEMASAN
13
2.1 Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di mana-mana bangunan sekolah
hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pengawas, Guru Bertugas atau Guru
Penolong Kanan atau pun terus kepada Guru Besar.
2.2 Loceng atau siren akan dibunyikan sebanyak 3 kali berturut-turut dengan bunyi yang
panjang setiap kali berbunyi.
2.3 Semua murid mestilah keluar dari bilik darjah atau bangunan sekolah dengan cepat,
senyap, dan tenang ke padang permainan.
2.4 Murid-murid hendaklah berbaris dan ikut barisan masing-masing seperti pelan yang
ditampal di kelas-kelas.
2.5 Murid yang tidak ada di dalam kelas hendaklah terus ke tempat berkumpul di padang
permainan dan laporkan kepada Guru Kelas/ Guru Bertugas.
2.6 Ketua Darjah hendaklah mengambil Buku Jadual Kedatangan di pejabat dan Guru Kelas
hendaklah menyemak atau membuat panggilan nama-nama murid dengan serta merta.
2.7 Ketua Darjah memberi jumlah murid yang ada serta nama murid yang tercicir kepada
Guru Darjah atau Guru Bertugas.
2.8 Guru-guru dan kakitangan sekolah juga hendaklah keluar dari bangunan sekolah serta
merta ke padang permainan.
2.9 Semasa di tempat perhimpunan/ padang perhimpunan, Guru Bertugas dengan bantuan
Pengawas bertanggungjawab mengawal ketertiban perhimpunan .
2.10 Guru pengawas bertanggungjawab memberi arahan selanjutnya dengan kerjasama
Penolong Kanan.
2.11 Tidak dibenarkan sesiapa pun meninggalkan perhimpunan tanpa kebenaran Guru
Bertugas.
3. KESELAMATAN KENDERAAN
3.1 Semua basikal yang digunakan oleh murid hendaklah dalam keadaan baik seperti
mempunyai brek, loceng, lampu, tongkat dan kunci.
3.2 Semua basikal hendaklah disimpan di bangsal basikal dengan teratur dan berkunci.
3.3 Murid ditegah berkumpul di bangsal basikal.
3.4 Dilarang murid menyimpan basikal di luar kawasan sekolah. Pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku kecurian.
3.5. Murid dilarang mengubah suai sebarang alatan pada basikal atau kenderaan yang
digunakan untuk ke sekolah. Sebarang pengubahsuaian pada basikal yang melanggar
peraturan sekolah akan diambil tindakan
4.1 Semua murid hendaklah mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya dan peraturan-
peraturan perjalanan dalam kawasan sekolah.
4.2 Murid tidak dibenar menunggang basikal di dalam kawasan sekolah.
4.3 Murid yang menaiki bas hendaklah berbaris semasa menaiki dan menuruni bas dan tidak
berebut-rebut.
4.4 Jaga tatatertib atau kelakuan semasa di dalam bas.
4.5 Murid yang datang dengan kereta, motosikal atau bas dilarang berhenti di hadapan pintu
pagar atau menghalang jalan masuk/keluar ke kawasan sekolah.
14
4.6 Murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di tepi laluan yang disediakan.
2.1 Murid tidak dibenar masuk ke perpustakaan semasa pelajaran sedang dijalankan.
2.2 Murid dibenar masuk ke perpustakaan waktu pelajaran dijalankan jika mendapat
kebenaran atau diarah oleh guru.
2.3 Murid dibenarkan memasuki perpustakaan semasa rehat dan semasa pulang.
2.4 Setiap murid yang hendak memasuki perpustakaan hendaklah berpakaian kemas.
2.5 Murid tidak dibenar membuat bising atau mengganggu ketenteraman semasa di dalam
perpustakaan.
2.6 Semua murid yang hendak meminjam buku hendaklah menggunakan Kad Perpustakaan.
15
2.7 Kad Perpustakaan dibekalkan kepada semua murid. Lekatkan sekeping gambar berukuran
kad pengenalan di ruang yang ditetapkan.
2.8 Kad Perpustakaan yang tidak mempunyai gambar murid tidak sah dan murid yang
berkenaan tidak dibenar meminjam buku.
2.9 Murid yang menghilangkan Kad Perpustakaan dan ingin mendapatkan kad yang baru,
bayaran akan dikenakan.
2.10 Setiap orang murid dibenar meminjam 2 buah buku sahaja selama 2 minggu.
2.11 Murid yang lewat memulangkan buku dari tarikh yang ditetapkan akan dikenakan denda
sebanyak 10 sen bagi setiap hari yang lewat.
2.12 Murid yang menghilangkan buku perpustakaan akan dikenakan denda dengan membayar
kos/harga buku yang berkenaan atau diharamkan daripada meminjam sebarang buku di
perpustakaan.
2.13 Murid dibenar meminjam buku pada hari-hari yang telah ditetapkan dalam jadual.
2.14 Setiap buku yang telah dibaca di perpustakaan hendaklah diletakkan semula di tempat
asalnya.
2.15 Murid tidak dibenarkan memulangkan/meminjamkan buku untuk orang lain kecuali
dalam keadaan yang tertentu yang dibenarkan oleh guru.
3.1 Murid tidak dibenar masuk ke Makmal atau Bilik Sains tanpa kebenaran guru.
3.2 Murid dilarang bermain atau menyentuh semua peralatan di bilik makmal kecuali dengan
kebenaran atau diarah oleh guru.
3.3 Eksperimen atau percubaan tidak dibenarkan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
3.4 Semua peralatan yang digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan di tempat
yang telah ditetapkan.
3.5 Sebarang kerosakan atau kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada guru
dengan segera.
3.6 Sebelum meninggalkan bilik makmal, pastikan semua punca elektrik/suiz ditutup, kerusi
meja disusun dan bersih dari sampah sarap.
3.7 Utamakan keselamatan apabila berada di bilik makmal.
4.1 Murid tidak dibenar masuk Ke Bilik Tayangan tanpa kebenaran atau pengawasan guru.
4.2 Murid dilarang menonton TV atau Video tanpa kebenaran atau pengawasan guru.
4.3 Murid dilarang membawa masuk Kaset Video tanpa kebenaran guru.
4.4 Jangan bermain-main atau membuat bising di dalam Bilik Tayangan.
4.5 Pastikan semua peralatan elektrik atau punca elektrik ditutup sebelum keluar dari Bilik
Tayangan.
4.6 Pastikan semua kerusi tersusun rapi dan lantai bersih sebelum keluar.
4.7 Murid hendaklah berbaris dan jangan berebut-rebut semasa masuk atau keluar dari Bilik
Tayangan.
16
1. PEPERIKSAAN/UJIAN
1.1 Semua murid diwajibkan untuk mengambil peperiksaan.ujian yang dijalankan di sekolah.
1.2 Murid di larang meniru waktu peperiksaan atau ujian.
1.3 Murid yang tidak hadir peperiksaan tanpa sebab boleh di anggap gagal dalam mata
pelajaran yang tidak diambilnya.
1.4 Wang peperiksaan akan dikutip daripada waris mengikut kadar yang di perlukan.
2.1 Murid tidak dibenarkan memadam atau menanda markah dalam buku rekod prestasi.
2.2 Buku Rekod Prestasi hendaklah di serahkan kepada ibubapa atau waris untuk
ditandatangani.
2.3 Buku Rekod Prestasi hendaklah diserahkan kembali kepada guru kelas pada tarikh yang
ditetapkan.
4.1 Semua murid dikehendaki menjelaskan yuran atau bayaran tambahan sekolah yang
ditetapkan kepada guru kelas.
4.2 Derma untuk PIBG bagi satu keluarga murid ialah ditetapkan pada jumlah RM15.00.
5 KELAS TAMBAHAN
5.1 Murid-murid terlibat dikehendaki hadir kelas bimbingan/tambahan pada hari-hari yang
ditetapkan oleh sekolah.
5.2 Murid hendaklah berpakaian kemas sebaik-baiknya memakai uniform sekolah.
6 KERJA RUMAH
6.1 Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan di rumah.
6.2 Kerja rumah hendaklah dibuat sendiri.
6.3 Jangan siapkan kerja rumah pada pagi hari persekolahan di sekolah atau semasa rehat di
dalam kelas.
7 LEMBAGA PENGAWAS
17
7.1 Lembaga pengawas sekolah adalah di bawah Jagaan Guru Disiplin.
7.2 Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturan-peraturan disiplin dan
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid dalam segala bidang.
7.3 Pengawas sebagai pemimpin kecil dalam kalangan murid. Mereka menjadi penghubung
di antara murid dengan pihak pentadbir sekolah.
7.4 Hubungan Lembaga Pengawas dengan murid hendaklah mesra. Murid boleh
menyampaikan apa jua kemusykilan kepada Lembaga Pengawas mengenai perkara-
perkara yang berkaitan dengan disiplin sekolah dan kebajikan pelajar.
7.5 Setiap murid MESTI mematuhi arahan pengawas. ENGKAR dan ENGGAN mematuhi
peraturan pengawas bermakna tidak mahu mematuhi peraturan sekolah. Oleh itu tindakan
disiplin akan dikenakan.
7.6 Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan murid, kes-kes kesalahan
berat hendaklah dirujuk kepada Guru Disiplin.
Murid boleh dihukum mengikut Akta Unit Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
1998.
1. HUKUMAN
1.1 Nasihat/kaunseling.
1.2 Amaran
1.3 Rotan satu kali
1.4 Rotan 2 kali
1.5 Rotan melebihi 3 kali
1.6 Digantung persekolahan
1.7 Ditukar ke sekolah lain
1.8 Dibuang sekolah
1.9 Laporkan kepada polis
18
7. Lain-lain kegiatan Kokurikulum yang dirancang termasuklah:
a. Sukan/Olahraga antara rumah
b. Tilawah Al-Quran/Hafiz ayat-ayat lazim/Kuiz Agama Islam
c. Pertandingan mengarang/melukis
LAMPIRAN A
Contoh Pakaian Seragam Pelajar Lelaki Berseluar Panjang dan Berbaju Lengan
Pendek
19
Tali pinggang
berwarna hitam
Seluar sekolah
berwarna biru gelap
LAMPIRAN B
Tudung kepala
berwarna putih
20
Lencana sekolah
Kasut putih
21
Adalah dimaklumkan bahawa semua isi Buku Peraturan sekolah ini telah dipersetujui
oleh semua pihak sekolah, PIBG dan pihak yang berkaitan.
22
DISEDIAKAN OLEH :
……………………
( Lembaga Disiplin,)
Unit HEM
Sk Teluk Wang
DISAHKAN OLEH :
……………………………
( SUBBERI BIN SALLEH)
Guru Besar ,
Sk Teluk Wang.
DILULUSKAN OLEH :
………………………
23