Kerja Kursus Pengajian Am Kajian Pembeli

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 46

981102-10-6318

1.0 PENGENALANBe

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pada tahun 2016, ‘pembelian’ ditakrifkan sebagai
perbuatan atau hal membeli. Dalam erti kata lain, pembelian merupakan suatu perbuatan untuk
mendapatkan barang bagi kegunaan sendiri atau dijual semula, pembelian ini selalunya
dilakukan oleh minimum dua pihak atau lebih yang dikenali sebagai penjual dan pembeli.
Seterusnya , ‘dalam talian’ pula membawa takrifan penggunaan interaksi secara langsung
dengan menggunakan komputer oleh Kamus Pelajar Edisi kedua, 2016. Istilah ini membawa
maksud yang tersendiri iaitu berkaitan komputer dan telekomunikasi.

Perniagaan dalam talian merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan
teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual beli
antara penjual dengan pembeli melalui internet. Selain itu, menurut laman web
http://prpm.dbp.gov.my/ menjelaskan perniagaan dalam talian bukan sahaja pembelian dan
penjualan , tetapi termasuk juga perkhidmatan dan perkolaborasian dengan rakan niaga.
Perniagaan dalam talian ini meliputi banyak bidang seperti perkhidmatan internet, produk runcit
dan perdagangan dengan mengunakan pelbagai kaedah seperti media sosial, blog, laman web dan
dropship. Dalam era teknologi yang semakin pesat ini, fenomena pembelian menjadi semakin
popular susulan daripada perubahan hidup yang semakin sibuk.

Perniagaan dalam talian ini merupakan trend masyarakat masa kini semenjak penggunaan
internet meningkat dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Tambahan pula ,mereka yang
menggunakan kaedah ini juga tidak perlu mengeluarkan kos tambahan seperti bayaran petrol, tol,
letak kereta dan tidak perlu beratur bagi mendapatkan barangan yang diingini.Dengan membeli
secara dalam talian , kita mempunyai masa untuk membandingkan produk, harga dan mudah
untuk memilih. Pengguna mempunyai akses yang besar untuk membuat pilihan dan memilih
produk atau servis yang terbaik. Selain mudah berurusan secara dalam talian, kaedah membeli-
belah itu juga membolehkan si pengguna Internet manfaatkan masa lawatan ke dalam enjin
carian seperti Yahoo! ataupun Google tanpa perlu melawat stor ataupun butik-butik barangan
yang dikehendaki.

1
981102-10-6318

Di negara eropah, pembelian dalam talian sudah lama diamalkan dan trend ini semakin
rancak berkembang dalam kalangan penduduk tempatan. Berdasarkan laman web
http;//www.ons.gov.uk , jumlah pengguna menghabiskan masa melakukan pembelian dalam
talian meningkat sebanyak 18.5% berbanding Ogos 2015 dan terus meningkat sebanyak 0.4%
berbanding Julai 2016. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelian secara dalam talian telah
membuka peluang kepada pembeli untuk mendapatkan barangan yang tidak dijual di negara ini
secara ekslusif, bahkan membolehkan pengguna memiliki barangan edisi terhad serta
mendapatkannya dengan harga yang jauh lebih murah.

Seterusnya, di Malaysia, aktiviti ini semakin terkenal dan mendapat sambutan yang
mengalakkan ekoran daripada peningkatan bilangan pengguna internet di Malaysia. Menurut
laman web http;//web10.bernama.com/budget2014, Malaysia merupakan antara tiga negara teras
di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan ini dipacu
oleh perkhidmatan perlancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel. Pada hari ini
membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah menjadi norma kehidupan oleh
pengguna internet di Malaysia. Menurut kajian OpenMindsResources.com, sebanyak 29%
pengguna internet di Malaysia lebih suka menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1-2 jam
untuk membeli belah di internet. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji
jenis-jenis barangan yang menjadi pilihan dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru,
Klang mengikut faktor latar belakang tertentu.

Walaubagaimanapun setiap kebaikan pasti ada keburukannya, kaedah niaga secara dalam
talian semakin berkembang dari masa ke semasa hal ini menyebabkan para pengguna berisiko
besar terdedah kepada isu-isu penipuan. Buletin-buletin kes –kes jenayah online yang sering
dipaparkan sejak kebelakangan ini membawa perasaan bimbang pengguna untuk membeli
banrangan dalam talian. Para pengguna perlu peka mengenai maklumat barangan yang ingin
dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan penipuan seperti syarikat tidak
wujud atau mendapat barangan lain dari yang dipesan. Selain itu, para pengguna perlu lebih bijak
melayari laman web sesawang mencari maklumat mengenai barangan yang hendak dibeli kerana
ada setengah daripada laman tersebut dibina secara khusus untuk tujuan memperdayakan
pengguna. Oleh hal yang demikian , kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis risiko
yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam kalangan penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

2
981102-10-6318

Pembelian dalam talian ini semakin pesat dari semasa ke semasa bersesuaian dengan
kecanggihan teknologi yang semakin meningkat. Tambahan pula, menurut akhbar Sinar Harian
online , www.sinarharian.com.my , Rakyat Malaysia dikatakan memilih untuk membeli belah
secara dalam talian terutamanya pada musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas
dan terpaksa beratur panjang di pusat membeli-belah. Tinjauan juga mendapati ramai rakyat
Malaysia beralih kepada media sosial dan kandungannya banyak mempengaruhi apa yang dibeli
mereka semasa musim perayaan. Seterusnya, akhbar utusan Malaysia dalam laman webnya
http://www.m.utusan.com.my menyatakan statistik menunjukkan golongan wanita sering
dikaitkan dengan sikap suka membeli belah. Tambahan pula, menurut Prof. Madya Dr Mohamad
Fazli Sabri, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi
Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau menjelaskan sebanyak 90% daripada mereka
yang dikelaskan sebagai ketagih membeli belah ini adalah wanita yang membeli mengikut naluri
nafsu. Hal ini dikatakan demikian kerana , golongan wanita lebih mudah terpengaruh dengan
iklan-iklan dan ayat –ayat manis yang dimainkanyang peniaga. Golongan wanita mempunyai
sifat untuk berhias dan mencantikkan diri lebih tinggi berbanding lelaki .

Kesimpulannya, Rasional kajian ini telah dijalankan terhadap amalan pembelian dalam
talian dalam kalangan penduduk Taman Berkat Meru, Klang. Sesuai dengan perubahan gaya
hidup yang semakin maju jumlah penduduk Taman Berkat Meru, Klang yang mengamalkan
pembelian secara dalam talian ini semakin meningkat dari hari ke hari. Hal ini dikatakan
demikian kerana penduduk kawasan kajian terdedah dengan trend pembelian secara dalam talian
yang semakin popular mengikut peredaran masa. Tambahan pula, lambakan peniaga atas talian
yang menawarkan pelbagai barangan yang menarik dan memenuhi keperluan serta kehendak
penduduk. Di sambaing itu, kewujudan laman sosial dan rangkaian internet meluas dan mudah
juga mempengaruhi penduduk untuk membelibarangan secara dalam talian.

3
981102-10-6318

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti jenis-jenis barangan yang menjadi pilihan dalam talian oleh penduduk
Taman Berkat Meru , Klang

2. Mengkaji jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam kalangan
penduduk di Taman Berkat Meru Klang.

4
981102-10-6318

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian amalan pembelian secara dalam talian ini telah dijalankan di Taman Berkat Pekan
Meru, Klang, Selangor. Meru mula diteroka sekitar tahun 1901. Kumpulan peneroka ini adalah
dari keturunan orang Jawa yang tinggal di Batu Belah.Dikatakan bahawa mereka terdiri daripada
golongan imigran yang datang dari Tanah Jawa.Nama Meru telah dipilih bersempena nama
sebuah gunung di Tanah Jawa iaitu Gunung Mahameru yang mana ia merupakan daerah asal
kumpulan peneroka Kampung Meru. Penduduk Meru mula bertambah dari sehari ke sehari.
Kumpulan peniaga keturunan Cina mula berhijrah ke Kampung Meru dan diikuti oleh buruh
keturunan kaum India dan seterusnya memwujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

5
981102-10-6318

PETA 1 : NEGERI SELANGOR

Sumber : http://www.malaysia-maps.com/

Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung
Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri
Sembilan di sebelah selatan. Sungai-sungai utama ini dilihat sebagai faktor utama kepada
bermulanya petempatan awal masyarakat di sekitar kawasan ini.Perkembangan awal Selangor
sebagai sebuah kawasan petempatan banyak disumbangkan oleh faktor geografinya, dengan
memiliki jaringan sungai yang mampu mengairi sehingga ke kawasan pedalaman. Dengan
kelebihan ini, serta kekayaan flora dan faunanya, ia kemudian menyumbang kepada wujudnya
penempatan serta hubungan perdagangan dengan dunia luar.wujud

6
981102-10-6318

PETA 2 ; DAERAH KLANG

Sumber : http://www.google.maps.com

Klang  merupakan Bandar Di Raja, bandar terbesar Selangor, bandar dan sebuah daerah
di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Menyelusuri sejarah Bandar Diraja itu, Klang
dikatakan pernah menjadi wilayah di bawah pemerintahan Sriwijaya, Majapahit, Kesultanan
Melaka sebelum berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor Lama.Bandar ini pernah
menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-
kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.Selain itu,
Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah
selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya.

7
981102-10-6318

GAMBAR 1 : TAMAN BERKAT MERU

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Taman berkat  adalah sebuah petempatan kecil di daerah Klang, Selangor, Malaysia.


Kawasan ini sedang meningkat naik kerana terdapat banyak kemudahan disediakan seperti
sekolah rendah , menengah dan sekolah agaman. Corak kediaman di Taman Berkat meru yang
teratur dan kemas memudahkan aktiviti kemasyarakatan dijalankan. Hal ini telah meningkatkan
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Berkat yang rata-ratanya golongan
berusia. Taman Berkat meru didiami hampir 97% oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam.

8
981102-10-6318

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Menurut Kamus Edisi Keempat metodologi membawa maksud sitem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Selain itu, maksud lain
metodologi ialah kaedah, jalan, teknik,gaya,ragam,rentak,corak dan sistem. Hal ini dikatakan
demikian kerana metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawap perasalahan
kajian.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan pendekatan yang
digunakan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penganalisian data sesuatu kajian.
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis baranganyang menjadi pilihan dalam talian
dan mengkaji jenis- jenis risiko yang dihadapi oleh penduduk di Taman Berkat, Meru, Klang.

Instrument Kajian

 Instrument kajian ialah proses menyediakan alat data menerusi beberapa konsep yang
berkaitan antaranya keterangan latar belakang, sikap, pandangan dan persepsi. Kajian ini
mengunakan beberapa instrument bagi mendapatkan data seperti menggunakan boring temu
bual, kaedah rujukan dan borang soalselidik .

Kaedah Instrumen Kajian

Kuantitatif Borang soal selidik

Kuantilatif Borang Temu Bual, Rujukan

9
981102-10-6318

Cara Mendapatkan Responden

Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang penduduk Taman Berkat Meru, Klang.
Responden terbatas kepada penduduk yang tinggal di Taman Berkat Meru sahaja. Bagi teknik
persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan
rawak mudah di mana menggunakan prosuder persampelan ini, setiap penduduk Taman Berkat
Meru, Klang mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai seorang responden. Sampel
kajian terdiri 20 orang penduduk dimana 20 set borang soal selidik diedarkan kepada mereka
secara rawak mudah untuk mendapatkan data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula seorang
penduduk akan dipilih untuk ditemu bual. Selain itu,kaedah rujukan akan dilakukan oleh
pengkaji sendiri melalui rujukan di perpustakaan dan institusi lain.

Cara Mendapatkan Maklumat/Data daripada Responden

Borang soal selidik yang sesuai ialah untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang
tepat dan betul berdasarkan objektif kajian . Borang soal selidik yang terdiri daripada 3 bahagian
iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah mengenai latar belakang
responden manakala Bahagian B mengenai jenis-jenis barangan yang menjafi pilihan dalam
talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang dan di bahagian C mengenai jenis- jenis risiko
yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam kalangan penduduk di Taman Berkat Meru,
Klang. Seterusnya bagi kaedah yang digunakan pada bahagian B ialah kaedah Guttman. Soalan
yang ditanya dalam Bahagian B iaitu Ya atau Tidak untuk menjawab soalan. Kaedah Likert pula
digunakan dalam bahagian C. Bahagian C menggunakan skala permakahan skala likert lima
mata yang mengandungi lima aras iaitu 5-sangat setuju . 4-setuju, 3-kurang setuju , 2-tidak setuju
, 1-sangat tidak setuju

10
981102-10-6318

Jadual 4.1 Skala likert 5 aras digunakan

Sangat Setuju 5

Setuju 4

Kurang Setuju 3

Tidak Setuju 2

Sangat Tidak Setuju 1

Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan. Oleh itu, pengkaji akan menemu bual
seorang penduduk yang mendiami di kawasan Taman Berkat Meru, Klang. Tujuan utama temu
bual ini adalah untuk mengetahui risiko-risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian di
kalangan penduduk penduduk Taman Berkat Meru, Klang dan mengenalpasti jenis-jenis
barangan yang menjadi pilihan dalam talian oleh penduduk di Taman Berkat Meru, Klang.

Seterusnya, pengkaji juga mengunakan kaedah rujukan sebagai kaedah yang ketiga.
Pengkaji telah mengunjungi Perpustakaan Awam Tun Raja Uda di Shah Alam bagi mendapatkan
bahan-bahan rujukan seperti Kamus Dewan Bahasa, majalan dan buku-buku ilmiah berkaitan
kajian. Pengkaji juga telah merujuk internet dan surat khabar bagi mendapatkan sumber
tambahan. Pengkaji banyak menggunakan sumber daripada internet untuk mencari maklumat
mengenai pembelian secara dalam talian.

Akhir sekali , pengkaji menggunakan kaedah temu bual. Oleh itu, pengkaji akan
menemu bual seorang pendudukyang menetap di Taman Berkat Meru Klang. Temubual ini
bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian
dalam kalangan penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

11
981102-10-6318

Jadual 4.2: Kaedah Temu Bual Digunakan


Soalan Temu Bual
Informen: Azmira Binti Jamaluddin
Umur: 19

No Soalan Jawapan
.

1 Apakah yang mendorong anda untuk melakukan pembelian


secara dalam talian?

2 Apakah risiko terbesar anda ketika membuat pembelian


dalam talian?

3 Adakah risiko-risiko yang dihadapi mempunyai jalan


penyelesaian?

4 Bagaimanakah pengalaman anda semasa melakukan


pembelian secara dalam talian?

5 Pada pandangan anda , bagaimanakah pembelian dalam


talian membantu anda?

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Memproses Dan Mempersembahkan Data

Kaedah statistik deskripsi digunakan dalam penganalisis data yang berbentuk Skala
Guttman dan Skala Likert . Bagi memudahkan penganalisiaan data. Skala Gutmann dan Skala
likert akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2 dan 4.3

12
981102-10-6318

Jadual 4.2 : Pengelasan Skala Guttman

Kategori Ya Tidak

Jumlah

Jadual 4.3 : Pengelasan Skala Likert

Kategori

Tidak Setuju Setuju

1-Sangat Tidak Setuju 5-Setuju

2-Tidak Setuju 4-Setuju

3- Kurang Setuju

Selain itu,dalam aspek penganalisiaan data ,pengiraan manual akan diguna pakai oleh
pengkaji . Oleh yang demikian. peratus dan kekerapan sahaja akan dijadikan data untuk
dianalisis. Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk garfik iaitu graf bar, carta
pai dan jadual.

Rumusan

Kesimpulannya , metodologi yang telah dikenal pasti oleh pengkaji diharapkan dapat
menjamin kesahan dan memperolehi kebolehpercayaan dalam dapatan kajian. Oleh sebab itu,
pengkaji akan berdisiplin dalam menjalani tatacara kajian dengan ketat dan menepati prosedur
kutipan data serta instrument yang telah dikenal pasti dengan terperinci.

13
981102-10-6318

5.0 Dapatan Kajian

Bahagian ini menjelaskan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas daripada
responden dengan mengkaji jenis- jenis barangan yang menjadi pilihan secara dalam talian oleh
penduduk Taman Berkat Meru,Klang dan mengenal pasti jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh
pembeli dalam talian dalam kalangan penduduk di Taman Berkat Meru, Klang.

5.1 Demografi Respondan

5.1.1 Data Terhadap Jantina Responden

Jadual 2 : Jantina Responden

Bil Faktor Ketegori Kekerapan Peratusan

Lelaki 7 35 %
1 Jantina

Perempuan 13 65%

Sumber : Kajian Lapangan 2017

14
981102-10-6318

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Perempuan Lelaki

35%

65%

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Petunjuk :

Petunjuk rajah 1 diatas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina


dalam kalangan penduduk di kawasan Taman Berkat, Meru, Klang. Seramai 20 orang telah
disoal selidik dan seramai 7 orang responden adalah terdiri daripada jantina lelaki bersamaaan
35%. Manakalah, bagi jantina perempuan adalah seramai 13 orang responden bersamaan 65%.
Dapatan ini menunjukkan majoriti responden yang menjawap soal selidik adalah penduduk
perempuan berbanding penduduk lelaki di kawasan Taman Berkat, Meru, Klang. Ini
menunjukkan bahawa penduduk wanita lebih terpengaruh untuk melakukan pembelian
berbanding lelaki di kawasan Taman Berkat Meru. .Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat
sebuah kajian yang dibuat daripada comscore iaitu sebuah agensi yang menganalisis pasaran

15
981102-10-6318

internet di Amerika mendapati golongan wanita cenderung untuk membeli belah secara dalam
talian sebanyak 81% lebih tinggi dari kaum lelaki. Selain itu,

5.1.2 Data Terhadap Umur Responden

Jadual 3 : Umur Responden

Bil Faktor kategori kekerapan Peratusan

16 – 18 Tahun 6 30
2 Umur
19-35 Tahun 9 45

36 Tahun Ke Atas 5 25

Sumber : Kajian Lapangan 2017

16
981102-10-6318

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur Responden

25%

45% 19-35 Tahun


16-18 Tahun
36 Tahun keatas

30%

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Petunjuk :

Rajah 2 di atas menunjukkan demogafi responden berdasarkan umur 16 hingga 18


tahun, 19 hingga 35 tahun dan 36 tahun keatas di kawasan Taman Berkat Meru, Klang. Seramai
20 orang penduduk yang telah disoal siasat , 6 daripada responden berumur 16 hingga 18 tahun
bersamaan 30%. Sementara itu, bagi ketegori umur 19 hingga 35 tahun mencatatkan seramai 9
orang bersamaan 45%. Akhir sekali , seramai 5 orang responden berumur 36 tahun ke atas yang
bersamaan 25%. Rajah 2 menjelaskan bahawa responden yang berumur 19 hingga 35 tahun
adalah majoriti dan responden yang berumur 36 tahun ke atas adalah minority.Rajah ini
menunjukkan, responden yang berumur antara 19 hingga 35 tahun lebih cenderung kepada
pembelian secara dalam talian dan responden yang beumur 36 tahun ke atas tidak lagi aktif
melakukan pembelian secara atas talian. Menurut Persatuan Internet Malaysia (MyIX),
kumpulan usia 19-35 tahun menunjukkan peratusan paling aktif dalam menggunakan internet

17
981102-10-6318

iaitu sebnyak 73% dan hampir 51% daripadanya membuat pembelian dalam talian setiap hari.
Hal ini kerana mereka berkemungkinan besar sudah mempunyai telefon bimbit sendiri dan
akaun-akaun lama sesawang.

5.1.3 Data Terhadap Status Responden

Jadual 4 : Status Responden

Bil Faktor Ketegori Kekerapan Peratus

Bujang 11 55%

3 Status Berkahwin 9 45%

Duda / Janda -

Sumber : Kajian Lapangan 2017

18
981102-10-6318

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Status Responden

45% Bujang
55% Berkahwin

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Petunjuk :

Rajah 3 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan status dalam kalangan


penduduk di kawasan Taman Berkat , Meru, Klang. Seramai 20 orang responden telah disoal
selidik dan seramai 11 orang daripadanya terdiri daripada mereka yang memegang status bujang
iaitu bersamaan 55 %. Manakalah bagi yang memegang status berkahwin mencatatkan seramai 9
orang responden bersamaan 45 %. Dapatan ini menunjukkan majoriti responden yang menjawap
soal selidik adalah penduduk yang berstatus bujang kerana mereka lebih terpengaruh dengan
trend pembelian secara dalam talian. Menurut laman sesawang http;//www.rezara.weebly.com
menjelaskan sebanyak 70% pembeli dalam talian datangnya dari golongan berpendapatan
bulanan purata RM1000-RM5000 dan 30% peratus setiap RM5000 dan ke atas.Ini mungkin

19
981102-10-6318

disebabkan golongan bujang mempunyai peratusan melayari internet lebih lama dan mereka
mempunyai keinginan nafsu untuk memiliki sesuatu yang tinggi berbanding golongan yang
sudah berkahwin .

5.2.0 Jenis - Jenis Barangan yang dibeli Secara dalam Talian dalam
Kalangan Penduduk di Taman Berkat Meru, Klang.

5.2.1 Pakaian

Jadual 5 menunjukkan salah satu jenis barangan iaitu barangan pakaian yang
dibeli secara dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

Jadual 5 : Analisis barangan pakaian yang dibeli secara dalam talian dalam kalangan
penduduk di Taman Berkat, Meru, Klang.

Bil Jenis Ya Peratus Tidak Peratus


Barangan (Orang) (%) (Orang) (%)

1 Pakaian 18 90 2 10

Sumber : Kajian Lapangan 2017

20
981102-10-6318

Rajah 4 : Peratus Responden Terhadap Jenis Barangan Pakaian

100

90

80

70

60

50
90
40

30

20

10
10
0

Ya Tidak

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Petunjuk :

Jadual 5 dan rajah 4 menunjukkan analisis dan peratusan salah satu jenis barangan
yang dibeli secara dalam talian iaitu barangan pakaian dalam kalangan penduduk Taman Berkat,
Meru ,Klang. Seramai 20 orang responden telah disoal selidik didapati sebanyak 18 orang
responden menjawap ‘Ya’ bagi barangan pakaian iaitu bersamaan 90 % manakalah hanya
sebilangan kecil iaitu 2 orang responden menjawap ‘Tidak’ bersamaan 10% sahaja. Oleh yang
demikian, majoriti daripada penduduk memilih barangan pakaian sebagai barangan yang
menjadi pilihan dalam pembelian secara dalam talian iaitu sebanyak 90%.Data ini dikukuhkan
lagi dalam apabila laman sesawang http;/Jarvis-store.com membuat penganalisian terhadap
barangan jualan mereka yang lebih digemari pembeli. Menurutnya produk yang paling banyak
dijual adalah barangan pakaian. Menurut akhbar Sinar Harian dalam halaman 12, Khairul Anwar
dalam penulisannya menegaskan beberapa produk pakaian yang paling diminati oleh lelaki ialah

21
981102-10-6318

baju melayu,jaket dan kasut manakalah bagi wanita ialah tudung , baju berfesyen dan beg
tangan. Tambahan pula, pakaian merupakan barangan keperluan penduduk .Oleh itu, majoritinya
penduduk Taman Berkat Meru berpendapat barangan pakaian merupakan pilihan utama mereka
iaitu sebanyak 90%.

5.2.2 Alatan Sukan

Jadual 6 menunjukkan salah satu jenis barangan iaitu barangan alatan sukan yang
dibeli secara dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

Jadual 6 : Analisis jenis barangan alatan sukan yang dibeli secara dalam talian
dalam kalangan penduduk di Taman Berkat, Meru, Klang.

Bil Jenis Ya Peratus Tidak Peratus


Barangan (Orang) (%) (Orang) (%)

2 Alatan Sukan 6 30 14 70

Sumber : Kajian Lapangan 2017

22
981102-10-6318

Rajah 5 : Peratus Responden Terhadap Jenis Barangan Alatan Sukan

80

70

60

50

40
70
30

20
30
10

Ya Tidak

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Petunjuk :

Jadual 6 dan rajah 5 menunjukkan analisis dan peratusan salah satu jenis barangan
yang dibeli secara dalam talian iaitu barangan alatan sukan dalam kalangan penduduk Taman
Berkat Meru, Klang. Seramai 20 orang responden telah disoal selidik didapati sebilangan kecil
sebanyak 6 orang responden menjawap ‘Ya’ bersamaan 30% sahaja. Manakalah 14 orang
responden yang lain menjawap ‘Tidak’ iaitu sebanyak 70%. Analisi ini menunjukkan bahawa
alatan sukan kurang mendapat tempat dalam kalangan penduduk Taman Berkat, Meru, Klang
ketika melakukan pembelian secara dalam talian. Menurut akhbar Sinar Harian oleh Norshahzura
Mat Zuki dalam penulisannya yang bertajuk Sport Direct.com Pilih Malaysia . Pengarah
Pemasaran Sport Direct.com , Paul Gibbons berkata antara barangan sukan yang mendapat
23
981102-10-6318

permintaan yang tinggi ialah kecergasan dan larian, kelengkapan mendaki dan perkhemahan,
badminton dan berenang. Alatan ini kurang mendapat perhatian penduduk Taman Berkat Meru
kerana rata-rata daripada mereka kurang terdedah dengan aktiviti sukan yang mencabar
sebaliknya selesa dengan sukan kampung seperti tarik tali dan baling selipar.

5.2.3 Elektronik

Jadual 7 menunjukkan salah satu jenis barangan iaitu barangan elektronik yang
dibeli secara dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

Jadual 7 : Analisis barangan barangan elektronik yang dibeli secara dalam talian dalam
kalangan penduduk di Taman Berkat, Meru, Klang.

Bil Jenis Barangan Ya Peratus Tidak Peratus


(Orang) (%) (Orang) (%)

3 Barangan Elektronik 7 35 13 65

Sumber : Kajian Lapangan 2017

24
981102-10-6318

Rajah 6: Peratus Responden Terhadap Jenis Barangan Elektronik

70

60

50

40

65
30

20
35

10

Ya Tidak

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Petunjuk :

Jadual 7 dan rajah 6 menunjukkan analisis dan peratusan salah satu jenis barangan
yang dibeli secara dalam talian iaitu barangan elektronik dalam kalangan penduduk Taman
Berkat, Meru ,Klang. Seramai 20 orang responden telah disoal selidik didapati sebanyak 7 orang
responden sahaja menjawap ‘Ya’ bagi barangan elektronik iaitu bersamaan 35 % manakalah
selebihnya seramai 13 orang responden menjawap ‘Tidak’ bersamaan 65% . Hal ini dikatakan
demikian kerana barangan elektronik kurang mendapat perhatian dalam kalangan penduduk
Taman Berkat, Meru, Klang. adalah barangan yang menjadi keperluan dan majoriti penduduk
Taman Berkat ,Meru, Klang, Oleh yang demikian, lebih separuh daripada 20 orang responden
dalam kalangab penduduk Taman Berkat iaitu seramai 13 orang responden tidak memilih
barangan elektronik untuk dibeli secara dalam talian. Menurut laman sesawang

25
981102-10-6318

http;//www.amp.kaskus , antara barangan elektronik yang menjadi pilihan pembeli ialah telefon
pintar, power bank dan aksesori telefon. Barangan elektronik ini kurang mendapat perhatian
adalah berkemungkinan kerana penduduk Taman Berkat Meru kurang mempercayai kualiti
barangan elektronik dalam talian di samping tiada jaminan terhadap barangan tersebut.

5.2.4 Produk Kosmetik Dan Kecantikan

Jadual 8 menunjukkan salah satu jenis barangan iaitu barangan produk kosmetik dan kecantikan
yang dibeli secara dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

Jadual 8 : Analisis barangan produk kosmetik dan kecantikan yang dibeli secara dalam
talian dalam kalangan penduduk di Taman Berkat, Meru, Klang.

Bil Jenis Barangan Ya Peratus Tidak Peratus


(Orang) (%) (Orang) (%)

4 Produk Kosmetik Dan


Kecantikan 9 45 11 55

Sumber : Kajian Lapangan 2017

26
981102-10-6318

Rajah 7 : Peratus Responden Terhadap Jenis Barangan Produk Kosmetik Dan Kecantikan
60

50

40

30
55
45
20

10

Ya Tidak

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Petunjuk :

Jadual 8 dan rajah 7 menunjukkan analisis dan peratusan salah satu jenis barangan
yang dibeli secara dalam talian iaitu barangan produk kosmetik dan kecantikan dalam kalangan
penduduk Taman Berkat, Meru ,Klang. Seramai 20 orang responden telah disoal selidik didapati
sebanyak 9 orang responden menjawap ‘Ya’ bagi barangan kosmetik dan kecantikan iaitu
bersamaan 45 % manakalah selebihnya seramai 13 orang responden menjawap ‘Tidak’
bersamaan 55% . Sebanyak 45% yang menyatakan ‘Ya’ialah golongan wanita. Ini menunjukkan
barangan kosmetik dan kecantikan amat diminati penduduk wanita Taman Berkat Meru.Pada
umumnya wanita ingin selalu nampak cantik. Oleh hal yang demikian, produk kecantikan akan
menjadi keperluan bulanan wanita. Antara jenis produk kosmetik dan kecantikan yang menjadi
kegilaan penduduk wanita ialah produk pemutih kulit, krim jerawat dan sabun mandian.

27
981102-10-6318

5.2.5 Produk Kesihatan dan Ubat-ubatan

Jadual 9 menunjukkan salah satu jenis barangan iaitu barangan produk kesihatan dan ubat-ubatan
yang dibeli secara dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

Jadual 9 : Analisis barangan produk kesihatan dan ubat-ubatan yang dibeli secara dalam
talian dalam kalangan penduduk di Taman Berkat, Meru, Klang.

Bil Jenis Barangan Ya Peratus Tidak Peratus


(Orang) (%) (Orang) (%)

4 Produk Kesihatan dan 7 35 13 65


Ubat-Ubatan

Sumber : Kajian Lapangan 2017

28
981102-10-6318

Rajah 8 : Peratus Responden Terhadap Jenis Barangan Produk Kesihatan dan

Ubat-Ubatan

70

60

50

40

65
30

20
35

10

Ya Tidak

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Petunjuk :

Jadual 10 dan rajah 9 menunjukkan analisis dan peratusan salah satu jenis barangan
yang dibeli secara dalam talian iaitu barangan produk kesihatan dan ubat-ubatan dalam kalangan
penduduk Taman Berkat, Meru ,Klang. Seramai 20 orang responden telah disoal selidik didapati
sebanyak 7 orang responden sahaja menjawap ‘Ya’ bagi barangan kesihatan dan ubat-ubatan
iaitu sebanyak 35% . Seterusnya seramai 13 orang responden menjawap ‘tidak’ bagi barangan
kesihatan dan ubat-ubatan iaitu bersamaan 65%. Hal ini dikatakan demikian kerana barangan
produk kesihatan dan ubat-ubatan tidak menjadi trend yang diikuti penduduk Taman Berkat
Meru, Klang. Berdasarkan portal rasmi Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
terdapat beberapa risiko pembelian ubat-ubatan melalui internet. Kementerin juga menegaskan
pembelian ubat-ubatan atau produk kesihatan secara dalam talian membawa kepada kemudaratan

29
981102-10-6318

. Hal ini menyebabkan produk kesihatan dan ubat-ubatan ini tidak menjadi pilihan penduduk
Taman Berkat untuk mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan mereka.

5.3.0 Jenis-Jenis Risiko Yang Dihadapi Oleh Pembeli Dalam Talian Dalam
Kalangan Penduduk Di Taman Berkat Meru, Klang.

5.3.1 Jangka Masa Penerimaan

Jadual 10 menunjukkan risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam
kalangan penduduk di taman berkat meru,klang.

Jadual 10 : Analisis jenis risiko jangka masa penerimaan oleh pembeli dalam
talian dalam kalangan penduduk di Taman Berkat Meru, Klang.

Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju Setuju
Bil Jenis Risiko Setuju
(1) (2) (3) (4) (5)

F % F % F % F % F %

1 Jangka
Masa 0 0 7 35 8 40 5 25 0 0
Penerimaan

Sumber : Kajian Lapangan 2017

30
981102-10-6318

Rajah 9 : Peratusan Responden Terhadap Risiko Jangkaan Masa Penerimaan

45%

40%

35%

30%

25%

20% 40%
35%
15%
25%
10%

5%

0%

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan Jadual 10 dan Rajah 9 didapati paling ramai responden kurang setuju
dengan penyataan jenis risiko yag dihadapi ialah jangkaan masa penerimaan iaitu seramai 8
orang responden bersamaan 40%. Selain itu, seramai 7 orang responden pulak tidak setuju
dengan pernyataan risiko jangkaan masa penerimaan iaitu bersamaan 35% . Manakalah
sebilangan kecil responden setuju dengan pernyataan risiko jangkaan masa penerimaan iaitu
sebanyak 5 orang responden sahaja yang bersamaan 25%. Hal ini dikatakan demikian kerana
hanya sebilangan kecil responden sahaja yang bersetuju dengan pernyataan risiko jangkaan masa
penerimaan iaitu sebanyak 5 orang responden bersamaa 25%. Oleh hal yang demikian
menunjukkan pernyataan risiko jangkaan masa penerimaan kurang disetuju oleh responden
penduduk Taman Berkat, Meru. Risiko jangka masa penerimaan dari aspek kelewatan barangan
untuk sampai ke tangan pembeli, menurut temu bual yang dilakukan terhadap seorang
responden. Dia menjelaskan bentuk risiko masa penerimaan ialah penjual menipu barangan yang
dijual telah dikirimkan tetapi sebaliknya tidak. Sikap penjual yang sering melewat-lewatkan

31
981102-10-6318

pengiriman barang dilihat kurang terjadi dalam kalangan penduduk Taman Berkat kerana
peratusan yang kurang setuju dan tidak setuju lebih tinggi dari peratusan setuju.

5.3.2 Kerosakan

Jadual 11 menunjukkan risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam
kalangan penduduk di taman berkat meru,klang.

Jadual 11 : Analisis jenis risiko kerosakan oleh pembeli dalam talian dalam
kalangan penduduk di Taman Berkat Meru, Klang.

Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju Setuju
Bil Jenis Risiko Setuju
(1) (2) (3) (4) (5)

F % F % F % F % F %

2 Kerosakan 0 0 8 40 6 30 6 30 0 0

Sumber : Kajian Lapangan 2017

32
981102-10-6318

Rajah 10 : Peratusan Responden Terhadap Risiko Kerosakan

45%

40%

35%

30%

25%

20% 40%

15% 30% 30%

10%

5%

0%

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan Jadual 11 dan Rajah 10 menjelaskan bahawa paling ramai responden tidak
setuju dengan pernyataan jenis risiko kerosakan dalam pembelian secara dalam talian di
kalangan penduduk Taman Berkat, Meru, Klang iaitu seramai 8 orang responden bersamaan
40%. Selebihnya seramai 12 orang responden masing masing kurang setuju dan setuju dengan
pernyataan jenis risiko kerosakan iaitu masing masing hanya memegang sebanyak 30% sahaja.
Oleh hal yang demikian menujukkan majoriti responden penduduk Taman Berkat Meru, Klang
tidak bersetuju dengan pernyataan jenis risiko kerosakan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang
bersetuju dengan pernyataan risiko kerosakan ketika melakukan aktiviti pembelian secara dalam
talian . Risiko kerosakan ini sering terjadi kepada barangan makanan dan kaca. Menurut Pusat
Khidmat Aduan Pengguna Nasional dalam laman sesawang rasminya mnjelaskan permasalahan
terbesar yang dihadapi pengguna produk yang diterima dalam keadaan kurang memuaskan. Ini
menjejaskan kepercayaan pelanggan untuk membeli barangan dari penjual yang sama. Rajah ini

33
981102-10-6318

menunjukkan risiko ini kurang terjadi kepada penduduk Taman Berkat Meru kera kerana
peratusan kurang setuju dan tidak setuju lebih tinggi dari setuju.

5.2.1 Kualiti Produk

Jadual 12 menunjukkan risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam
kalangan penduduk di taman berkat meru,klang.

Jadual 12 : Analisis jenis risiko kualiti produk oleh pembeli dalam talian
dalam kalangan penduduk di Taman Berkat Meru, Klang.

Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju Setuju
Bil Jenis Risiko Setuju
(1) (2) (3) (4) (5)

F % F % F % F % F %

3 Kualiti 0 0 8 40 6 30 6 30 0 0
Produk

Sumber : Kajian Lapangan 2017

34
981102-10-6318

Rajah 11 : Peratusan Responden Terhadap Kualiti Produk

45%

40%

35%

30%

25%

20% 40%

15% 30% 30%

10%

5%

0%

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Jadual 12 dan Rajah 11 menjelaskan bahawa paling ramai responden tidak setuju dengan
pernyataan jenis risiko kualiti produk dalam pembelian secara dalam talian di kalangan
penduduk Taman Berkat, Meru, Klang iaitu seramai 8 orang responden bersamaan 40%.
Manakala seramai 6 orang responden kurang setuju dengan pernyataan risiko kualiti produk
bersamaan 30% . Selain itu hanya segelintir responden daripada penduduk Taman Berkat Meru
setuju dengan pernyataan risiko kualiti produk iaitu sebanyak 6 orang sahaja bersamaan
30%.Analisis ini menunjukkan majoriti responden penduduk Taman Berkat Meru, Klang tidak
bersetuju dengan pernyataan jenis risiko kualiti produk dan hanya sebilangan kecil sahaja yang
bersetuju dengan pernyataan risiko kualiti produk ketika melakukan aktiviti pembelian secara
dalam talian . Risiko ini dapat dijelaskan apabila pelanggan gagal untuk mentafsir kualiti sesuatu
produk hanya dengan melihat gambar.Tambahan pula, ada kemungkinan pembeli
meNyangkakan barangan yang dibeli adalah original tetapi sebaliknya tiruan.Lebih menyedihkan
lagi apabila harga yang dibelanjakan untuk barangan tersebut menyamai barangan original.

35
981102-10-6318

Namun dapat dilihat berdasarkn rajah ini bahawa penduduk Taman Berkat tidak setuju dengan
pernyataan risiko ini.

5.2.1 Barangan yang Dipesan Tidak Sampai

Jadual 13 menunjukkan risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam
kalangan penduduk di taman berkat meru,klang.

Jadual 13 : Analisis jenis risiko barangan yang dipesan tidak sampai yang
dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam kalangan penduduk di Taman
Berkat Meru, Klang.

Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju Setuju
Bil Jenis Risiko Setuju
(1) (2) (3) (4) (5)

F % F % F % F % F %

Barangan Yang
4 Dipesan Tidak 0 0 7 35 7 35 5 25 0 0
Sampai

Sumber : Kajian Lapangan 2017

36
981102-10-6318

Rajah 12 : Peratusan Responden Terhadap Risiko Barangan yang Dipesan Tidak Sampai

40%

35%

30%

25%

20%
35% 35%
15%
25%
10%

5%

0%

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan Jadual 12 dan Rajah 13 menjelaskan bahawa sebanyak 7 orang responden


dalam kalangan penduduk Taman Berkat Meru, Klang tidak setuju dengan pernyataan risiko
barangan yang dipesan tidak sampai iaitu bersamaan 35%. Analisis ini menunjukkan persamaan
apabila 7 orang responden juga direkodkan kurang setuju dengan pernyataan itu yang bersamaan
35%.. Oleh hal yang demikian majoriti responden di kawasan Taman Berkat Meru ,Klang kurang
bersetuju dan tidak bersetuju dengan pernyataan risiko barangan yang dipesan tidak sampai yang
mencatatkan gabungan peratusan 70%. Hal ini menunjukkan hanya sebilangan kecil responden
setuju dengan pernyataan ini iaitu hanya 5 orang responden bersamaan 25% sahaja. Pernyataan
risiko ini sering dikaitkan dengan scammer. Istilah ini didefinasikan oleh Kamus Cambridge
Advance Learner Dan Theasure sebagai seseorang yang mengambil duit daripada orang lain
mengunakan cara yang salah dengan memperdaya mangsa. Ada kemungkinan penjual
mendiamkan diri setelah pembeli menunjukkan resit pembayaran. Selain itu, terdapat kes lain
yang membawa kepada pernyataan risiko ini seperti barangan telah hilang semasa proses

37
981102-10-6318

penghantaran. Data ini dilihat bahawa risiko ini tidak menjadi perhatian penduduk Taman Berkat
kerana rata-rata mereka tidak setuju dan kurang setuju dengan pernyataan ini.

5.2.1 Mendedahkan Maklumat Peribadi

Jadual 14 menunjukkan risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam
kalangan penduduk di taman berkat meru,klang.

Jadual 14 : Analisis jenis risiko mendedahkan maklumat peribadi yang


dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam kalangan penduduk di Taman
Berkat Meru, Klang.

Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju Setuju
Bil Jenis Risiko Setuju
(1) (2) (3) (4) (5)

F % F % F % F % F %

Mendedahkan
5 Maklumat 1 5 8 40 9 45 2 10 0 0
Peribadi

Sumber : Kajian Lapangan 2017

38
981102-10-6318

Rajah 13 : Peratusan Responden Terhadap Mendedahkan Maklumat Peribadi

50%

45%

40%

35%

30%

25%
45%
20% 40%

15%

10%

5% 10%
5%
0%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan Jadual 13 dan Rajah 12 menjelaskan bahawa sebanyak 1 orang responden


sahaja sangat tidak setuju dengan pernyataan risiko mendedahkan maklumat peribadi yang
dihadapi pembeli dalam pembelian secara dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru ,
Klang iaitu bersamaan 5%. Manakala seramai 8 orang responden tidak bersetuju dengan
pernyataan ini iaitu sebanyak 40%. Selain itu , seramai 9 orang responden kurang bersetuju
dengan pernyaaan risiko mendedahkan maklumat peribadi iaitu sebanyak 45%. Di samping itu,
analisis ini turut menunjukkan sebilangan kecil responden iaitu seramai 2 orang sahaja setuju
dengan pernyataan risiko mendedahkan maklumat peribadi iaitu sebanyak 10% sahaja. Data ini
menujukkan tiada responden yang sangat setuju dengan pernyataan risiko mendedahkan
maklumat peribadi yang dihadapi pembeli secara dalam talian dalam kalangan Penduduk Taman
Berkat, Meru, Klang. Menurut Kosmo Online dalam laman sesawangnya
http;//www.kosmo.com.my menjelaskan rata-rata pembeli tidak gemar memilih pembelian
secara dalam talian kerana perlu mendedahkan data peribadi seperti nombor kad kredit dan

39
981102-10-6318

maklumat ringkas seperti alamat dan nombor telefon. Rajah ini menunjukkan penduduk Taman
Berkat Meru kurang setuju dengan pernyataan risiko ini kerana peratusan setuju hanya 10%
sahaja.

Jenis-Jenis Risiko yang Dihadapi oleh Pembeli dalam Talian dalam Kalangan Penduduk
Taman Berkat Meru Klang, Selangor.

Soalan Temu Bual


Informen: Azmira Binti Jamaluddin
Umur: 19

No Soalan Jawapan
.

1 Apakah faktor-faktor - Saya terpengaruh dengan barangan yang dipakai pengguna


anda melakukan laman sosial lain.
pembelian secara dalam -Menjimatkan masa saya sebagai pelajar kerana tidak perlu
talian? keluar ke kedai.

2 Apakah risiko terbesar -Saya sukar untuk menentukan kualiti produk.


anda ketika membuat -Saya sangat takut apabila bayaran sudah di lakukan tetapi
pembelian dalam talian? selepas itu penjual mendiamkan diri.
-Saya juga amat bimbang dengan perkhidmatan poslaju yang
tidak cekap .

3 Adakah risiko-risiko - Saya rasa untuk mengelakkan penipuan adalah dengan melihat
yang dihadapi ‘feedback ‘ pelanggan di laman sesawang peniaga itu.
mempunyai jalan -Saya seharusnya melakukan pembayaran cash on delivery jika
penyelesaian? melibatkan jumlah wang yang besar.

4 Bagaimanakah -Sepanjang saya membeli dalam talian hanya sekali sahaja saya
pengalaman anda semasa gagal menerima barang.
melakukan pembelian -Saya juga menerima barangan dalam tempoh yang ditetapkan
secara dalam talian? dan dalam keadaan yang baik.

5 Pada pandangan anda , -Pembelian dalam talian membantu saya mendapatkan barangan

40
981102-10-6318

bagaimanakah pembelian yang saya perlukan walaupun saya sibuk.


dalam talian membantu -Saya berasa mudah ketika melakukan pembelian dalam talian
anda? kerana boleh membanding-bandingkan harga daripada beberapa
peniaga.

Dapatan kajian melalui kaedah temu bual telah membincangkan tentang amalan
pembelian dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang. Seorang responden telah
ditemubual bagi menjawap lima soalan mengenai jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh penduduk
Taman Berkat Meru, Klang.

Responden menjelaskan beberapa perkara yang mendorong responden melakukan


pembelian secara dalam talian adalah kerana mengikut trend semasa. Responden terpengaruh
dengan barangan yang dipakai oleh pengguna laman sosial lain yang dirasakan mengikut fesyen
semasa. Di samping itu, responden berpendapat pembelian dalam talian ini menjimatkan masa
responden kerana sebagai pelajar responden tidak mempunyai masa untuk keluar membeli –
belah barangan.

Selain itu, responden menjelaskan beberapa risiko yang sering dihadapi ketika membuat
pembelian dalam talian. Responden menyedari bahawa kualiti produk merupakan risiko yang
terbesar. Gambar-gambar produk perniaga dalam talian sukar dikenalpasti tahap keasliannya.
Responden juga menambah bahawa peniaga dalam talian berpotensi menhilangkan diri setelah
menerima bukti pembayaran. Seterusnya, responden menyatakan bahawa risiko perkhidmatan
pengeposan barangan yang tidak efisyen juga menjadi fakor kepada kebimbangan peniaga dan
pembeli.

Seterusnya, responden menceritakan pengalaman melakukan pembelian secara dalam


talian yang dilakukan. Semenjak 3 tahun responden melakukan pembelian secara dalam talian,
responden merekodkan hanya 1 barangan sahaja yang responden gagal menerimanya sehingga
kini. Responden juga berkata selama responden melakukan pembelian ini responden belum
pernah menerima barangan yang salah. Sebaliknya ada beberapa ketika responden menerima
barangan yang mempunyai kesan retak.

41
981102-10-6318

Di samping itu , responden berkongsi beberapa panduan untuk menyelesaikan risiko yang
dihadapi pembeli secara dalam talian. Responden menasihati pembeli sebelum membuat
keputusan untuk membeli dari sesorng peniaga, pembeli seharusnya menyemak maklum balas
pelanggan lain di akaun peniaga tersebut, jika dilihat meyakinkan barulah pembeli boleh
membuat bayaran. Selain itu, pembeli juga dinasihatkan tidak terburu-buru dalam membuat
bayaran bagi barangan yang hendak dibeli. Responden menasihati agar pembeli meminta untuk
melakukan urusniaga secara cash on delivery kepada peniaga bagi barangan yang berharga.

Pandangan responden secara keseluruhan mengenai amalan pembelian secara dalam


talian sememangnya membawa banyak manfaat, namun terdapat juga keburukannya. Responden
berpendapat bahawa pembelian dalam talian banyak membantu responden mendapatkan sesuatu
ketika responden sangat sibuk. Responden juga menambah, pembelian dalam talian membantu
responden untuk menbandingkan barangan yang sama pada harga yang berlainan. Hal ini
membantu reponden untuk mendapatkan sesuatu barangan dengan harga jauh lebih murah.

42
981102-10-6318

6.0 RUMUSAN

6.1 Pengenalan

Kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tentang pembelian secara
dalam talian dalam kalangan penduduk Taman Berkat Meru, Klang . Objektif kajian adalah
untuk mengkaji jenis-jenis barangan yang menjadi pilihan dalam talian oleh Penduduk Taman
Berkat Meru,Klang dan mengenal pasti jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam
talian dalam kalangan penduduk di taman berkat meru, klang.

Bagi mencapai objektif kajian tersebut , seramai 20 orang penduduk yang tinggal di
Taman Berkat Meru, Klang iaitu kawasan kajian telah dipilih sebagai responden kajian ini.

6.2 Kaedah Kajian dan Demografi Responden

Terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih dalam kajian ini iaitu kaedah soal selidik, kaedah
temu bual dan kaedah rujukan. Dalam menjalankan kaedah soal selidik, sebanyak 20 orang
responden telah dipilih secara rawak daripada kawasan kajian iaitu Taman Berkat Meru, Klang.
Bahagian dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 7 orang lelaki dan 13 orang perempuan
telah terpilih secara rawak untuk menjawap satu set soal selidik dan kebanyakannya terdiri
daripada kategori umur 19 tahun hingga 35 tahun. Selain itu, hampir sebilangan besar responden
yang ditemu bual dalam ketegori bujang. Di samping itu, pengkaji turut menemu bual seorang
penduduk yang tinggal di kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam
mengenai pembelian secara dalam talian.

Setelah mengumpulkan data daripada responden dan kaedah temu bual, dalam aspek
penganalisian data pengkaji juga akan mengunakan pakai pengiraan manual. Oleh hal yang
demikian, kekerapan dan peratusan akan dijadikan aspek data untuk dianalisis.

43
981102-10-6318

6.3 Jenis- Jenis Barangan yang Menjadi Barangan Pilihan dalam Talian oleh Penduduk
Taman Berkat Meru, Klang.

Dapatan kajian memperoleh jenis-jenis barangan yang menjadi barangan pilihan dalam
pembelian secara dalam talian dan barangan yang tidak menjadi pilihan dalam pembelian secara
dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

Antara jenis-jenis barangan yang menjadi barangan pilihan dalam pembelian secara
dalam talian dengan nilai tertinggi adalah pakaian diikuti dengan barangan kecantikan dan
kosmetik . Seterusnya , jenis barangan yang kurang menjadi pilihan adalah alatan sukan,
barangan elektronik dan produk kesihatan dan ubat-ubatan. Oleh hal yang demikian , daripada
kajian ini , pengkaji dapat mengenal pasti jenis-jenis barangan yang menjadi pilihan dalam
pembelian secara dalam talian dan barangan yang tidak menjadi pilihan dalam pembelian secara
dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang.

6.4 Jenis-Jenis Risiko yang Dihadapi oleh Pembeli dalam Talian dalam Kalangan
Penduduk di Taman Berkat Meru, Klang.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pengamalan pembelian secara dalam
talian membawa pelbagai risiko kepada penduduk Taman Berkat Meru, Klang. Berdasarkan soal
selidik yang dikumpulkan , pengkaji mendapati kebanyakan responden yang bersetuju dengan
pengamalan pembelian secara dalam talian dalam kalangan penduduk Taman Berkat Meru
mendatangkan pelbagai risiko untuk mereka.

Antara risiko-risiko yang dihadapi oleh pembeli dalam talian dalam kalangan
penduduk di Taman Berkat Meru, Klang adalah risiko jangkaan masa penerimaan untuk
pembeli menerima bungkusan barangan pada tempoh yang sepatutnya dan risiko kerosakan
apabila pembeli menerima bungkusan, risiko kerosakan, barangan yang dipesan tidak sampai
dan mendedahkan maklumat peribadi .

44
981102-10-6318

6.5 Kesimpulannya

Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati jenis-jenis barangan yang menjadi
pilihan dalam talian oleh penduduk Taman Berkat Meru, Klang adalah pakaian, alatan sukan,
barangan elektronik, produk kosmetik dan kecantikan dan produk kesihatan dan ubat-ubatan.

Risiko-risiko juga dapat diperolehi daripada pembelian secara dalam talian seperti
jangkaan masa penerimaan, risiko kerosakan, kualiti produk, barangan yang dipesan tidak
sampai dan mendedahkan maklumat peribadi. Oleh hal yang demikian , setiap individu yang
mengamalkan pembelian secara dalam talian patutlah menkaji tentang jenis-jenis barangan
yang hendak dibeli secara dalam talian dan berwaspada dengan setiap risiko yang akan
dihadapi supaya pembelian secara dalam talian dapat memberikan pelbagai faedah kepada
setiap individu.

45
981102-10-6318

46

Anda mungkin juga menyukai