Airmata Rasulullah Saw
Airmata Rasulullah Saw
Airmata Rasulullah Saw
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah
lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak
ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia
menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara
yang amat lemah.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah
ditarik.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
bukan merupakan
adakah kebiasaan
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
membawakan
makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
diberikan kepada
itu kepadanya.
Siapakah kamu?
pengemis
buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang
dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
SAW?
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.
Ada seorang lelaki yang bernama Hathib bin Abu Balta’ah telah melakukan perbuatan
yang menyalahi undang-undang agama dan negara.
Hathib menulis surat kepada beberapa orang Musyrikin di Mekah. Dia memberitahu
bahawa Rasulullah akan datang untuk menakluk Mekah dalam masa yang terdekat itu.
Seorang perempuan diarahkan membawa surat itu ke Mekah. Perempuan itu keluar
secara senyap-senyap dari Madinah.
Namun, tidak lama selepas perempuan itu meninggalkan Madinah, Rasulullah telah
memanggil tiga orang kanan baginda. Mereka ialah Ali, Zubir dan al-Miqdad.
“Pergilah kamu ke kebun Khakh. Di sana ada seorang perempuan membawa surat.
Ambil surat itu daripadanya dan bawa surat itu kepadaku,” kata Rasulullah.
Maka tiga orang sahabat itu pun menunggang kuda menuju ke tempat yang
dinyatakan. Di situ mereka menemui seorang perempuan yang sedang menunggang
seekor unta. Mereka segera menyekat perjalanan unta perempuan itu.
“Rasulullah pasti tidak akan berbohong. Baik engkau serahkan surat itu cepat
sebelum kami mengapa-apakan engkau,” kata mereka mengugut perempuan itu.
Surat itupun dibawa kepada Rasulullah dan baginda memeriksa surat itu. Rupa-
rupanya Hathib yang mengirimkan surat itu. Hathib dipanggil mengadap Rasulullah.
“Apakah ini, wahai Hathib?” soal Rasulullah sambil menunjukkan surat yang berada di
tangannya.
“Saya ada kawan-kawan daripada golongan kafir Quraisy. Namun saya bukan daripada
golongan mereka. Ada di antara golongan Muhajirin di Madinah mempunyai kaum
kerabat di Mekah yang boleh menjaga harta benda dan keluarga mereka yang tidak
ikut berhijrah.
“Tapi saya tidak mempunyai kaum kerabat seperti mereka. Saya ingin melakukan
sesuatu kepada kawan-kawan supaya mereka akan menjaga keluarga saya yang lemah
di Mekah. Saya berbuat demikian bukan sebab kufur atau murtad, tetapi kerana
inginkan perlindungan kepada keluarga dan harta benda saya,” kata Hathib.
“Dia menyata yang sebenarnya,” kata Rasulullah. Allah telah berfirman: “Kerjakanlah
apa yang kamu kehendaki, Aku telah memberi ampun kepada kamu”.
Oleh sebab Hathib turut serta dalam Perang Badar, maka Allah mengampunkan dosa
lelaki itu. Hathib pun mengucap kesyukuran dan berjanji tidak akan mengulanginya
lagi.
PENGAJARAN
- Walaupun kita sayangkan ahli keluarga kita, kita perlulah mendahului kasih sayang
kepada Allah dan agama Islam. Beriman dan taat kepada Rasulullah dengan sepenuh
hati akan memperoleh kejayaan.
PERBENDAHARAAN KATA
- Kufur: kafir
INFORMASI
- Hathib terhitung sebagai salah seorang yang mendapat kedudukan mulia kerana
telah turut dalam peperangan Badar. Rasulullah sudah berjanji bahawa orang Islam
yang turut dalam perang Badar adalah mendapat hak-hak istimewa dan dimuliakan.
(Utusan Malaysia)
Diriwayatkan oleh Mujahid: “Nabi Daud as. menangis selama 40 hari dalam sujud
tanpa mengangkat kepala sehingga tumbuh lumut-lumut dari titisan air matanya,
beliau juga menutup mukanya disebabkan kesalahan yang telah dilakukannya.”
Lalu kedengaran suara yang berkata: “Wahai Daud, apakah kamu lapar, kalau kamu
lapar kamu akan diberi makan. Kalau kamu haus kamu akan diberi minum, kalau kamu
tiada pakaian kamu akan diberi pakaian.”
Apabila Nabi Daud mendengar suara itu maka beliau pun memekik dengan pekikkan
yang sungguh kuat sehingga kayu yang basah menjadi kering dan terus terbakar
disebabkan takutnya kayu itu.
Kemudian Allah SWT menerima taubat Nabi Daud, lalu Nabi Daud berdoa: “Wahai
Tuhanku! Jadikanlah kesalahanku ditulis dalam tapak tanganku.” Maka tertulislah
kesalahan Nabi Daud ditapak tangannya. Nabi Daud tidak membuka tapak tangannya
walaupun ketika hendak makan, minum atau untuk keperluan lain. Setiap kali Nabi
Daud melihat kesalahan yang tertulis di tangannya beliau akan menangis.”
Mujahid meneruskan ceritanya lagi: “Dibawakan kepada Nabi Daud gelas yang
mengandungi 2/3 air untuk diminum, apabila Nabi Daud meletakkan gelas pada
bibirnya maka terpandanglah beliau akan kesalahan yang tercatit di tangan beliau.
Lalu menangislah Nabi Daud sehingga gelas tadi dipenuhi dengan air matanya.”
Diriwayatkan bahawa Nabi Daud tidak mengangkat kepalanya memandang ke langit
sehingga beliau wafat, ini adalah kerana malunya beliau kepada, Allah SWT.
Dalam munajatnya Nabi Daud as. pada Allah SWT, beliau berkata: “Wahai
Tuhanku! Apabila aku mengingatkan kesalahanku, maka sempitlah bumi ini bagiku.
Apabila aku ingat kepada rahmatMu maka kembalilah nyawaku. Mahasuci Engkau
wahai Tuhanku, Engkau datangkan doktor-doktor hamba Engkau untuk mengubati
kesalahanku. Kesemua mereka menunjukkan aku kepada Engkau. Maka celakalah bagi
orang-orang yang berputus asa dari rahmat Engkau.”
Pada suatu hari Nabi Daud telah mengingati dosanya, beliau pun melompat dengan
meletakkan tangannya ke atas kepala lalu berlari sehingga sampai di bukit. Kemudian
berkumpullah binatang buas mengadapnya. Berkata Nabi Daud as. pada binatang-
binatang itu: “Baliklah kamu semua, aku tidak memerlukan kamu semua.
Sesungguhnya yang aku kehendaki ialah, setiap orang hendaklah menangis di atas
kesalahan mereka itu, dan setiap yang melakukan kesalahan pada Allah hendaklah
menangis.”
Berkata Nabi Daud as. “Tinggalkan aku, biar aku menagis sebelum hari tangisan.
Sebelum datang hari di mana tulang-belulang aku dihancurkan dan dibakarnya
perutku, dan sebelum disuruh kepadaku oleh para malaikat yang bersikap kasar dan
keras. Mereka itu tidak sekali-kali menderhakai Allah dan mereka itu melaksanakan
apa yang diperintahkan oleh Allah ke atas mereka.”
Abdul Aziz bin Umar berkata: “Ketika Nabi Daud as. telah membuat kesalahan
maka kuranglah merdu suaranya, lalu beliau berdoa: “Wahai Tuhanku! Benarkanlah
suaraku dalam kebersihan suara orang-orang shiddiq.”
Dikisahkan bahawa apabila Nabi Daud telah lama benar menangis, tangisannya itu
tidak mendatangkan faedah, maka sempitlah baju besinya dan sangat susah benarlah
hatinya. Kemudian beliau berdoa: “Wahai Tuhanku! Apakah Engkau tidak mengasihani
akan tangisanku?”
Lalu Allah SWT berfirman: “Wahai Daud! Kamu lupa akan dosa kamu dan kamu
ingatkan tangisanmu itu.”
Berkata Nabi Daud as. “Ya Tuhanku dan Penghuluku! Bagaimana hendak aku lupakan
dosaku apabila aku membaca kitab Zabur, nescaya ia mencegah air yang mengalir
dari mengalir. Menenangkan hembusan angin, dan burung menaungi atas kepalaku.
Aku menjinakkan binatang-binatang liar di tempat sembahyangku. Wahai Tuhanku
dan Penghuluku! Apakah keliaran ini yang ada di antaraku dengan Engkau?”
Kemudian Allah SWT berfirman: “Wahai Daud! Itu adalah kejinakkan taat dan ini
keliaran maksiat Wahai Daud! Adam itu makhluk dari ciptaanKu, Aku ciptakan dia
dengan tangan (kekuasaan) Ku, Aku hembuskan padanya rohKu dan Aku suruh para
malaikatKu sujud kepadanya. Dengan mahkota kemuliaanKu Adam mengadu kepadaKu
kerana keseorangan, kemudian Aku kahwinkan dia dengan Hawa hamba wanitaKu dan
aku tempatkan dia dalam syurgaKu. Setelah itu dia telah berbuat maksiat kepadaKu,
lalu Aku usir dia dari tetanggaKu dengan tidak berpakaian (telanjang) dan hina.
Wahai Daud! Dengarlah dari Aku yang benar Aku firmankan, engkau minta kepada
Kami, Kami berikan kepada engkau. Engkau berbuat maksiat kepada Kami, kami
perlambat-lambatkan kepada engkau. Dan kalau engkau kembali kepada Kami nescaya
Kami terima engkau.”
Diriwayatkan bahawa apabila Nabi Daud hendak menangis maka dia tidak akan
makan dan minum selama seminggu, dan akan keluar beliau ke tanah lapang. Beliau
menyuruh anaknya Sulaiman supaya menyeru kepada semua yang ada dalam semak,
bukit-bukau, gunung-ganang dan di mana sahaja supaya datang untuk mendengar
ratapan Nabi Daud as.
Setelah nabi Sulaman as. menyampaikan berita tersebut maka datanglah binatang-
binatang buas, binatang-binatang yang menjalar, burung-burung, anak-anak gadis dan
orang ramai dari seluruh pelusuk. Kemudian Nabi Daud naik atas mimbar dan beliau
dikelilingi oleh Bani Israil (kaum Yahudi).
Lalu Nabi Daud as. memuji Allah SWT. Kemudian gemparlah mereka semua dengan
tangisan dan pekikan. Setelah itu Nabi Daud as. menceritakan tentang syurga dan
neraka. Apabila terdengar sahaja tentang syurga dan neraka maka matilah setengah
binatang-binatang yang menjalar, binatang liar, binatang buas dan manusia. Kemudian
Nabi Daud as. menceritakan tentang huru-hara hari kiamat dan beliau sendiri
menangis, maka di masa itu matilah segolongan makhluk Allah.
Apabila nabi Sulaiman as. melihat terlampau banyaknya yang mati maka beliaupun
berkata: “Wahai ayahku! Ayah telah membinasakan para pendengar setiap kali
syarahan. Kini telah banyak yang mati terdiri dari Bani Israil dan binatang-binatang.”
Kemudian Nabi Daud as. pun berdoa, dalam waktu beliau sedang berdoa itu tiba-
tiba seorang hamba dari Bani Israil berkata: “Wahai Daud! Kamu terlalu cepat
sangat meminta balasan dari Tuhanmu.”
Apabila Nabi Daud as. mendengar kata-kata hamba itu maka beliaupun jatuh
tersungkur dan pengsan. Nabi Sulaiman yang menyaksikan peristiwa itu berkata:
“Ketahuilah sesiapa yang berteman atau berkeluarga dengan Daud as. hendaklah
mereka itu membawa Nabi Daud ke tempat tidurnya, sesungguhnya orang-orang yang
bersama Daud as. itu telah mati disebabkan Nabi Daud menceritakan kepada mereka
tentang syurga dan neraka.
Setelah Nabi Daud as. sedar dari pengsannya, beliau bangun berdiri dan
meletakkan tangannya di atas kepala. Kemudian beliau masuk ke rumah tempat ia
beribadah dan dikuncinya dari dalam dan beliau pun berdoa: “Ya Tuhanku! Adakah
Engkau marah kepada-ku?” Begitulah Nabi Daud as. sentiasa bermunajat kepada
Allah SWT.
Nabi Sulaiman datang menghampiri rumah tempat ayahnya beribadat, beliau meminta
izin masuk. Setelah Nabi Daud as. mengizinkan anaknya masuk, Nabi Sulaiman
membawa bersamanya roti untuk ayahnya.
Berkata Nabi Sulaiman: “Wahai ayahku, makanlah roti ini, mudah-mudahan akan
menguatkan kesihatan ayah.”
Pada suatu hari Nabi Daud memberikan ceramahnya pada orang ramai, beliau banyak
memberi nasihat supaya takutkan kepada Allah. Pada masa beliau memulakan
ceramah terdapat 40,000 orang yang menghadiri majlis itu, oleh kerana para
pendengar itu berasa cukup takut kepada Allah SWT maka 30,000 orang dari
seramai 40,000 itu telah mati disebabkan takutnya mereka kepada Allah SWT.
Akhirnya yang pulang bersama Nabi Daud as. cuma 10,000 orang sahaja.
Dikisahkan bahawa Nabi Daud ada dua orang hamba perempuan, apabila Nabi Daud
merasa takut kepada Allah SWT maka kedua hamba itu akan naik duduk di atas dada
dan di kaki Nabi Daud, ini adalah kerana khuatir anggota Nabi Daud akan cerai-berai
oleh kerana takutnya ia kepada Allah SWT.
DARULNUMAN
Suatu ketika di Hari Raya, Sewaktu Rasulullah hendak pergi ke masjid, Baginda
mendapati seorang anak yang masih kecil sedang menangis di sebuah sudut jalan.
Rasulullah yang sangat berhati lembut dan penyayang kemudian mendatangi anak
kecil tersebut, lalu bertanya kepadanya : "Wahai anak, hari ini semua orang sedang
bergembira dengan datangnya Hari Raya Idul Fitri, tetapi kamu terlihat menangis
seorang diri disini, apa yang terjadi?"
Anak kecil itu menjawab: Aku sedih, teman-temanku semua bergembira dengan ibu
dan ayah mereka, mereka memakai baju baru dan perhiasan baru, sedangkan orang
tuaku telah bercerai, ibuku menikah dengan orang lain, ayah tiriku tidak peduli
denganku. Dan aku tidak mungkin dapat membeli baju baru.
Rasulullah kemudian tersenyum haru, lantas memeluk anak kecil tersebut dengan
penuh kasih, bagaikan anak Baginda sendiri. Setelah itu Rasulullah berkata padanya :
Wahai anak kecil yang dikasihi Allah, maukah jika engkau menjadi anakku, aku
menjadi ayahmu, dan Aisyah menjadi ibumu?.
Dengan terharu dan senyum yang tidak dapat terlukisakan, anak itu kemudian
memeluk Rasulullah dengan erat, air matanya mengalir karena merasakan kebaikan
dan kasih sayang Rasulullah kepada dirinya.
Rasulullah kemudian menggendong anak kecil itu dan membawa ke rumah, kemudian
menyerahkannya kepada Sayidatina Aisyah untuk dimandikan. Maka beberapa saat
kemudian, si anak kecil yang sebelumnya dekil, kotor, bau dan berantakan itu
berubah menjadi bagaikan bidadari kecil yang harum dan cantik.
Begitulah kasih sayang Baginda Rasulullah SAW, sanggup mengasihi dan menghibur
orang lain demi kebahagiannya. Baginda sangat sayang terutama kepada anak-anak
yang masih belum ada dosa. Marilah kita berusaha meneladani akhlak Rasulullah yang
sungguh agung, yaitu alah satunya dengan berkasih sayang sesama manusia
Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari,
apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur tersebut ialah
kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang tidak memaklumkan
kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan. Lalu Rasulullah berdiri dan solat jenazah
di atas kuburnya. Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya.
Sabdanya "Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling
bernilai dalam amalanmu?"
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim
mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.
Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan
untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebinggungan. Maka ia
pun mengangkatkan kepalanya menadah tangannya ke langit seraya berkata,
"Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta
itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh
keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku
adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim,
beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau, sehingga Allah Taala menjadikan
unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga
lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di
dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya
engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya
sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana
yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi,
orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui
seekor unta yang menghakimkannya.
PENGORBANAN SUCI
Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun
berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari
makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya
yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak
berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan
habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang
memakan tamannya.
Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga
berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat
keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke
sebuah rumah berhampiran.
Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan
dan akhirnya petani itu terbunuh. Peristiwa itu diketahui orangramai. Pemuda itu
dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas
dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam
sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya
dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang
amat mustahak.
Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa
dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti
diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja
urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak
mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk
menerima hukuman mati.
Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada
seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju
mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi
membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah
Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang
berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana
tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi
tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat
kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang
semula untuk pancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan
pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.
Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan
membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat
tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam
kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu
Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju
ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap
Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang
menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila
beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar
dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan
menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.
Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda
dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orangramai bertukar menjadi
reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang.
Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana
'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan
sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di
tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu
ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-
anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar
untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai
tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika
pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang
kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan
pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus
sujud tanda syukur kepada Allah.