BM Tahun 6

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 6 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang Nama Pemeriksa:
yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
jawapan yang disediakan di dalam kertas
ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada
1 5
guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu amat ____________ akan kejayaan abang memperoleh ijazah hingga menitiskan air
mata.

A hiba
B tenang
C sedih
D bangga

2 Semua murid Tahun 6 _____________ menjalani Ujian Akhir Semester pada tahun
hadapan.
A akan
B telah
C pernah
D sedang

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Fauzi akan membeli kasut itu tetapi wangnya tidak cukup.
B Izati pernah menyaksikan pameran buku itu pada tahun lepas.
C Adib telah menyertai pertandingan syarahan pada bulan depan.
D Zaki dapat menyertai rombongan itu jika diizinkan oleh ayahnya.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Panitia Bahasa Melayu SK Makmur mengadakan pertandingan deklamasi sajak sempena


bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tahap Dua
dan dilaksanakan secara berkumpulan. Siti, Raju dan Mei Ling ingin menyertai pertandingan
tersebut. Mereka bertemu dengan Cikgu Zarina untuk mendapatkan maklumat tentang
pertandingan itu.

Mereka mula berlatih untuk membuat persediaan dan saling membantu semasa
latihan. Mereka dapat mendeklamasikan sajak dengan baik dan telah diumumkan sebagai
pemenang. Siti, Raju dan Mei Ling telah mendapat hadiah dan sijil penghargaan.

4 Siapakah penganjur pertandingan deklamasi sajak itu?


A Murid-murid SK Makmur
B Panitia Bahasa SK Makmur
C Panitia Bahasa Melayu SK Makmur
D Murid-murid Tahap Dua SK Makmur

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu.
B Siti, Raju dan Mei Ling menerima hadiah dan sijil penghargaan.
C Cikgu Zarina diberi masa sehari untuk berlatih dan membuat persediaan.
D Mereka telah menyertai pertandingan deklamasi sajak peringkat negeri.

6 Berikut ialah amalan-amalan baik berdasarkan petikan kecuali


A bantu-membantu semasa latihan.
B bertanya kepada guru tentang pertandingan.
C membuat persediaan sebelum pertandingan bermula.
D mendapatkan maklumat daripada rakan tentang pertandingan.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Kim Seng: Hai, Badrul! Kamu sedang membaca apa?

Badrul: Oh, Kim Seng! Saya sedang membaca maklumat tentang aktiviti
gotong-royong yang akan diadakan di kawasan perumahan kita. Nanti
kita boleh sama-sama menyertai gotong-royong ini.

Kim Seng: Wah, satu program yang menarik tu Badrul! Aktiviti ini dapat
mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk.

Badrul: Melalui aktiviti ini, kita dapat bekerjasama menjaga kebersihan dan
keindahan kawasan perumahan kita. Pihak penganjur juga menyediakan
makanan, minuman dan sijil penyertaan kepada semua penduduk yang
menyertai aktiviti ini.

Kim Seng: Tidak sabar rasanya saya untuk menyertai program gotong-royong.

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Badrul sedang membaca maklumat tentang


A aktiviti gotong-royong.
B penjagaan kebersihan rumah.
C keindahan kawasan perumahan.
D penyediaan makanan dan minuman.

8
Setiap penyertaan akan menerima sijil.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A buah.
B cebis.
C pucuk.
D keping.

9 Perkataan penyertaan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A persetujuan.
B penglibatan.
C pertandingan.
D persefahaman.

10 Pilih penyertaan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Badrul dan Kim Seng menyediakan jamuan.
B Kita perlu menjaga kebersihan persatuan penduduk.
C Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan silaturahim.
D Peserta perlu menanam pokok bunga di kawasan perumahan.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Zikri dan pasukannya berjaya ke peringkat akhir dalam Kejohanan Bola Tampar
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan (MSSNS). Tiba-tiba, Zikri
terpandang ibu dan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Zikri berasa terharu.
Selama ini, ayah tidak pernah menyokong pelibatannya dalam bidang sukan.
Namun, kedatangan mereka telah menyemarakkan semangatnya untuk berjuang.
Akhirnya, Zikri dan rakan-rakan berjaya mengungguli perlawanan tersebut. Pak
Jamal menghampiri Zikri lalu memeluknya.

"Maafkan ayah, Zikri," bisik Pak Jamal sambil tersenyum bangga.

1 (a) Satu susuk tubuh yang Zikri kenali itu ialah ____________.
[1 markah]

(b) Apakah pencapaian Zikri dan pasukannya dalam Kejohanan Bola Tampar MSSNS?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Kedatangan mereka telah menyemarakkan semangatnya untuk berjuang.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan (√ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

"Maafkan ayah, Zikri," bisik Pak Jamal sambil tersenyum bangga.

Pak Jamal telah memaafkan Zikri sambil tersenyum bangga.

Pak Jamal meminta maaf kepada Zikri sambil tersenyum bangga.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian,berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Cikgu Aminah meminta Amir untuk mengambil buku latihan di bilik guru
dengan segera. Dalam perjalanan ke bilik guru, tiba-tiba Amir terserempak
dengan seorang murid yang sedang menangis kerana terjatuh dan kakinya
terseliuh.

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, apakah yang harus kamu lakukan?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang kegiatan berkebun.

Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah berkebun.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

PERKHEMAHAN

TERHAD
011
TERHAD 10 011

TERHAD
011
TERHAD 11 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai