Bahasa Melayu

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 12

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Ta h u n 4 S e s i 2 0 2 2 / 2 0 2 3
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
kepada guru bertugas pada akhir ujian.
1 5
B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

011 TERHAD
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Amir dan Rajib ____________ sekolah kerana menghadiri latihan hoki.


A di
B ke
C dari
D dalam

2 Penglihatan Siew Mei bertambah ____________ setelah dia menggunakan cermin mata
yang baharu.
A kabur
B jelas
C pudar
D kelam

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Linda membeli sebuah cincin mutiara di kedai perhiasan diri.
B Mariam menghadiahi suaminya sehelai tanjak berwarna hitam.
C Kakak mengambil sekeping pinggan di dapur sebelum makan.
D Ibu memberi segulung tikar mengkuang kepada rakan baiknya.

011 TERHAD
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jarjit menaiki kereta api dari Stesen Butterworth untuk menziarahi sahabatnya, Alvin di
Gemas. Dia berasa kagum akan kemudahan yang disediakan di dalam kereta api. Sepanjang
perjalanan, Jarjit tidak berasa bosan kerana dia menonton televisyen. Suhu pendingin hawa
yang nyaman membuatkan dia berasa selesa.

Apabila lapar, Jarjit ke gerabak kantin untuk menjamu selera. Sebelum turun, Jarjit
mengambil begnya di rak bagasi. Dia berasa gembira dengan pengalaman kali pertamanya
menaiki kereta api.

4 Apakah perasaan Jarjit terhadap kemudahan di dalam kereta api?


A Selesa
B Kagum
C Nyaman
D Dingin

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Alvin bertolak dari Stesen Gemas.
B Jarjit melawat sahabatnya di Butterworth.
C Pendingin hawa membuatkan Alvin lapar.
D Ini pengalaman pertama Jarjit menaiki kereta api.

6 Berikut ialah aktiviti Jarjit di dalam kereta api kecuali


A menziarahi sahabat.
B menjamu selera.
C menonton televisyen.
D mengambil beg.

011 TERHAD
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

011 TERHAD
TERHAD 5 011

BAHAN 1

BAHAN 2

Cikgu Shida telah membawa murid-muridnya melawat ke Perpustakaan Negara.


Lawatan ini bertujuan memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan murid-murid.
Terdapat pelbagai informasi yang berguna di dalam perpustakaan tersebut.

Murid-murid Cikgu Shida diminta ke bahagian kanak-kanak. Di situ ada


pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, buku dan majalah. Di sudut lain pula, ada
beberapa buah komputer riba untuk memudahkan pengunjung melayari Internet.

011 TERHAD
TERHAD 6 011

7 Tujuan program NILAM diadakan di sekolah adalah untuk


A menambahkan bilangan buku.
B membeli bahan bacaan yang baharu.
C meningkatkan jumlah murid ke sekolah.
D menyemai tabiat membaca dalam kalangan murid.

8
Pelbagai bahan bacaan yang disediakan di situ seperti akhbar, buku dan
majalah.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan yang bergaris di atas ialah
A biji.
B buah.
C butir.
D bentuk.

9 Perkataan tabiat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A sikap.
B fikiran.
C tindakan.
D pandangan.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Pelancaran program NILAM diadakan di pusat sumber.
B Murid-murid Cikgu Shida pergi ke Perpustakaan Negara.
C Hanya murid-murid Tahap 2 yang layak menyertai program NILAM.
D Semua murid sekolah mengikut Cikgu Shida ke Perpustakaan Negara.

011 TERHAD
TERHAD 7 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Selepas tamat latihan sukan, Kamal menuju ke perhentian bas untuk pulang. Dia
membaca buku sementara menunggu bas sampai. Bas yang ditunggu pun tiba.
Kamal menaiki bas tersebut. Dalam perjalanan, bas berhenti di satu perhentian
untuk menurunkan penumpang.

Tiba-tiba, Kamal ternampak dompet penumpang yang turun itu tercicir.


Kamal cepat-cepat mengambil dompet itu lalu memulangkannya. Penumpang
itu mengucapkan terima kasih kepada Kamal.

1 (a) Sementara menunggu bas, Kamal ____________ .


[1 markah]

(b) Apakah yang Kamal lakukan pada dompet yang tercicir itu?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Dalam perjalanan, bas berhenti di satu perhentian untuk menurunkan


penumpang.

[1 markah]

011 TERHAD
TERHAD 8 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Pada waktu rehat, kamu dan beberapa orang pengawas bertugas di kantin.
Kamu ternampak seorang murid menangis sambil menyeluk poket.

Apakah tindakan yang akan kamu ?

[5 markah]

011 TERHAD
TERHAD 9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang sambutan ulang tahun kelahiran.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara menyambut ulang tahun kelahiran.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

011 TERHAD
TERHAD 10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

011 TERHAD
TERHAD 11 011

AKTIVITI BERSAMA-SAMA KELUARGA

011 TERHAD
TERHAD 12 011

011 TERHAD

Anda mungkin juga menyukai