Sinopsis Buku 2022 9 Strategi Membangunkan Kecemerlangan Sekolah
Sinopsis Buku 2022 9 Strategi Membangunkan Kecemerlangan Sekolah
Sinopsis Buku 2022 9 Strategi Membangunkan Kecemerlangan Sekolah
Nama Sekolah: Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Kod Sekolah: MHA1001
6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ‘Membangunkan Kecemerlangan Sekolah: Memperkasakan Kepimpinan Pengetua Dan
Guru Besar’ adalah sebuah buku perkongsian pintar yang mencoretkan pengalaman penulis dan
teori-teori pengurusan yang diamalkan dalam membangunkan kecemerlangan sekolah. Ia
memaparkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan kepimpinan
sekolah untuk meraih visi kecemerlangan yang diimpikan. Buku ini juga memperjelaskan strategi
yang dirancang untuk meningkatkan keberhasilan program-program yang diatur oleh pihak
sekolah dalam membangunkan modal insan bagi mendepani cabaran abad ke-21. Buku ini
digarap melalui pengalaman penulis dalam menggalas tugas dan tanggungjawab membangunkan
setiap sekolah yang diamanahkan. “Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”, buku
ini memperjelaskan isu dan cabaran yang dihadapi untuk melakukan perubahan dan
penambahbaikan dari hari pertama menjejakkan kaki sehinggalah keluar dari sekolah yang
dipimpin. Kemenjadian pelajar dan kecemerlangan sekolah merupakan bukti nyata yang dapat
mengubah persepsi masyarakat bahawa sebuah sekolah walau di mana sekalipun lokasinya
boleh meraih kecemerlangan berdasarkan kepimpinan dan perancangan strategik yang tepat.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua pendidik dan pemimpin sekolah untuk mendalami ilmu
kepimpinan dan pengurusan yang efektif. Pengalaman dan teori yang digarap boleh dijadikan
panduan untuk kepimpinan sekolah memperkasakan peranan dan tanggungjawab yang
diamanahkan. Memperkasakan kepengetuaan merupakan satu agenda penting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan modal insan yang holistik demi
kesejahteraan kehidupan masa hadapan dan membangunkan negara tercinta ini.
........................................................ ........................................................
( MUHAMAD FARHAN BIN ROHMAN) ( )