Karangan Syarahan SPM

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Syarahan - Tanggungjawab Anak - anak Kepada Ibu Bapa

Ketika keriakan  pertama seorang bayi yang lahir ke dunia ini, justeru tersenyumlah si ibu dan si
ayah kerana menerima seorang ahli baru. Mereka berasa gembira kerana kehidupan sebagai
suami isteri kini mulai lengkap. Segala penat lelah si ibu yang mengandungkan dan melahirkan
anak terubat serta merta. Segala amanah dan tanggungjawab dilaksanakan ibu bapa tanpa
merunggut demi cahaya mata yang dikasihi.Persoalannya, adakah segala pengorbanan yang
dilakukan mereka itu akan terbalas kelak?

Yang saya hormati saudara/saudari Pengerusi Majlis. Barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, barisan penjaga masa yang tidak alpa walau sesaat seterusnya hadirin-hadirat sekalian.
Selamat sejahtera salam perpaduan. Di pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk Tanggungjawab Anak-Anak Terhadap Ibu bapa.

Hadirin-hadirat yang saya hormati sekalian,

Kebanyakan anak-anak marcapada ini sudah biasa bercakap kasar dengan ibu bapa
mereka. Cara mereka berkomunikasi bersama ibu bapa mereka sama seperti mana mereka
berkomunikasi dengan rakan sebaya. Seolah mereka memandang rendah darjat ibu bapa mereka.
Justeru, kita sebagai seorang anak perlu bercakap lemah-lembut kepada ibu bapa kerana ini
adalah salah satu cara untuk menjaga perasaan mereka. Jika kita imbas kembali, ibu bapa
menasihati kita menggunakan bertuturan yang lembut. Hal ini disebabkan mereka menginginkan
nasihat mereka itu  dapat diikuti oleh si anak. Begitu juga cara anak-anak bercakap dengan ibu
bapa iaitu melalui tutur kata yang lemah-lembut bukannya dengan cara menengking atau
mengherdik mereka.

Umpama labah-labah kasihkan telurnya. Inilah peribahasa yang paling sesuai dijadikan
teladan oleh anak-anak dalam memupuk sikap kasih sayang kepada ibu bapa mereka. Sebagai
seorang anak kita wajib menjaga dan menguruskan keperluan mereka ketika sakit. Kita perlu
ikhlaskan hati dan melakukan dengan penuh kasih sayang seperti mana ibu bapa kita menjaga
kita sewaktu kecil dahulu. Tidak kurangnya, ada yang mengambil alternatif dengan menghantar
ibu bapa mereka yang uzur  ke Rumah Kebajikan Orang Tua. Betullah kata pepatah yang
menyatakan “seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum
tentu boleh menjaga seorang ibu ”.

Kita sebagai anak perlu mengingati jasa ibu bapa kita semasa membesarkan kita. Ibu kita
akan memarahi seekor nyamuk yang menghisap darah dan sanggup bersengkang mata
menjagakita ketika sakit. Manakala, ayah kita menggunakan tulang empat keratnya menyara kita
sekeluarga. Janganlah kita sengaja membutakan  mata dan memekakkan telinga dengan jasa dan
pengorbanan mereka itu. Oleh itu, sebagai seorang anak yang baik janganlah kita mengabaikan
kasih sayang kita kepada mereka kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.

Hadirin-hadirat yang saya muliakan ,

Mendoakan ibu bapa juga adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh anak-anak.
Masalahnya, anak-anak masa kini keliru kerana mereka beranggapan doa kepada ibu bapa
hanyalah selepas kematian ibu bapa mereka. Kita sebagai seorang anak yang baik perlu sentiasa
berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan usia mereka dan kita sempat mencurahkan bakti kepada
mereka. Kita perlu ingat bahawa doa seorang anak kepada ibu bapanya akan diberi ganjaran paha
yang tidak ternilai di akhirat kelak. Namun begitu, kita haruslah mendoakan perkara yang baik
untuk ibu bapa kita.

Hadirin - hadirat sekalian,

Kesimpulannya, janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada ibu bapa 


kerana tanggungjawab kita itu sesungguhnya belum mampu membalas segala pengorbanan
mereka terhadap kita. Janganlah sesekali melukai hati mereka kerana mereka sanggup
mempertaruhkan nyawa, masa dan tenaga mereka semata-mata ingin melihat cahaya mata
mereka membesar dengan baik dan dapat menjadi insan yang berguna. Dengan itu, kita jangan
melupakan pengorbanan mereka dan menjaga mereka. Janganlah kita lalai dan alpa terhadap
tanggungjawab kita kepada mereka semata-mata ghairah mengejar meterialistik sehingga orang
melabelkan kita sebagai “kacang melupakan kulit”.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai